SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12529
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Empty
PostSubject: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Icon_minitime25/7/2008, 11:56 am

First topic message reminder :

Gila remaja 16 tahun - Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. Dia mungkin ada di depan anda!

Oleh SUBASHINI RAJANDRA

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Ru_01.1




HAMPIR kesemua kajian dan penyelidikan awal yang dilakukan ke atas kejadian rogol, di dalam dan luar negara, hanya bertumpu pada insiden yang berlaku. Kalau diselami jauh pun, ia masih menyentuh kesan yang dialami oleh mangsa rogol dan cara-cara menangani punca kejadian tersebut.
Jarang sekali perhatian diberikan kepada bukti yang menghala kepada pesalah. Malah ia berbalik semula kepada mangsa rogol yang dikatakan menggoda pemangsa.
Secara puratanya, empat orang wanita dirogol setiap hari di Malaysia. Ini bermaksud setiap hari kita ‘menggadaikan’ maruah wanita yang mungkin merupakan ibu kepada seorang anak kecil, isteri, pelajar sekolah atau pekerja profesional.
Pada tahun 1980, sebanyak 138 kes rogol dilaporkan kepada pihak polis. Ia satu angka yang kecil. Namun tahun-tahun berikutnya menyaksikan jenayah ini semakin menjadi-jadi.
20 tahun kemudian, jumlah kes meningkat kepada 1,217. Pada tahun 2006, bilangannya ialah 2,431. Apa yang lebih membimbangkan ialah ratusan kes dipercayai tidak dilaporkan kepada pihak berkuasa.
“Sudah tiba masanya kita mengambil pendekatan holistik dengan mewujudkan keperluan memahami secara mendalam diri perogol.
“Oleh kerana mereka yang bersalah dan melakukan perbuatan keji itu, seharusnya satu penilaian dilakukan ke atas pemikiran, perasaan, pendapat dan perangai pesalah dalam usaha menurunkan statistik,” hujah Dr. Rohana Ariffin, penyelidik bersama dan penyunting buku Rapist & Rape, Who & Why.
Selalunya, orang ramai memberi fokus yang lebih kepada mangsa kerana mereka dianggap memerlukan sokongan moral dan kaunseling.
Sesetengahnya pula terus menuding jari kepada mangsa rogol kononnya merekalah yang menjadi punca kerana mengenakan baju yang seksi, memakai mekap atau kasut tumit tinggi.
Tidak kurang juga keadaan persekitaran yang mendorong kejadian. Pesalah pula bagaikan secara tidak sengaja telah ‘disorokkan’ di belakang tabir.
Dr. Rohana berkata: “Apabila kita memfokuskan kajian kepada pesalah, beberapa soalan berbangkit: Siapakah perogol ini dan mengapa mereka merogol?
“Bolehkah kita memperoleh profil perogol lelaki? Apakah sebab di sebalik seleksi mangsa dan apa yang berlaku sebelum insiden ini tercetus?”
Buku Shame, Secrecy & Silence oleh Dr. Rohana pada tahun 1997 membongkar perkara-perkara tertentu berhubung kejadian rogol, perogol dan agensi yang terbabit.
Namun tinjauan ini terhad kepada 42 orang perogol dan merangkumi penjara di bahagian utara iaitu Taiping dan Pulau Pinang.
Kajian pada tahun 2003 oleh Rachel Samuel, seorang pensyarah di Fakulti Pengurusan Perniagaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka, bagaimanapun menjadi penggerak kepada pengklasifikasian perogol.
Kajian selama 10 bulan itu melibatkan temu ramah dengan 90 orang yang telah disabitkan kesalahan merogol. Mereka dibahagikan kepada enam kategori berdasarkan maklumat sosiodemografik, keluarga, persekolahan, sejarah hubungan seksual, kejadian rogol dan tingkah laku perogol itu sendiri.
Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Ru_01.2TEROWONG yang cerah dan dilalui ramai pengguna dapat mengurangkan risiko jenayah rogol.




Dengan bantuan kira-kira empat orang penyelidik termasuk Dr. Rohana yang merupakan bekas profesor madya di Universiti Sains Malaysia (USM) dan seorang aktivis yang memperjuangkan hak persamaan jantina, Rachel mengunjungi empat buah penjara, yakni di Seremban, Kajang, Sungai Buloh dan Johor Bahru.
Hasilnya, muncul satu petunjuk yang mengejutkan. Data purata umur perogol di negara ini ialah 41 tahun.
Secara lazimnya, 37 peratus penjenayah sumbang muhrim terdiri daripada mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas manakala mereka yang merogol kenalan berusia 40 tahun dan ke bawah.
“Statistik ini memperlihatkan sebahagian besar perogol di Malaysia adalah golongan berusia berbanding di luar negara.
Di Amerika Syarikat, misalnya, 80 peratus perogol adalah mereka yang berumur di bawah 30 tahun,” kata Dr. Rohana.
“Berlainan, di Malaysia kita menyaksikan hanya 27 peratus perogol datang daripada kumpulan usia di bawah 30 tahun manakala 13 peratus lagi adalah kumpulan perogol berusia di bawah 25 tahun.”
Adakah trend ini dipengaruhi oleh sindrom usia pertengahan yang dilalui oleh kaum lelaki?
Rachel menjelaskan bahawa kemungkinan kaum lelaki pada usia berkenaan merasakan diri mereka tidak ‘diendah’ oleh wanita.
“Satu sebab ialah kurang tarikan dari segi fizikal. Kedua ialah isu andropaus yang membuat mereka rasa kurang macho.
“Jadi, itu sahajalah yang dipandang berat semasa membuktikan sifat macho ke atas mangsa.
“Bagi mereka, perbuatan sedemikian bukanlah rogol memandangkan tiada penggunaan kekerasan seperti pisau,” jelas Rachel merujuk kepada beberapa pengakuan penjenayah.
Sebanyak 60 peratus daripada perogol yang ditemui, masing-masing bersetuju dengan kenyataan bahawa wanita dicipta untuk memuaskan nafsu lelaki dan bersifat menggoda.
Sebanyak 80 peratus bersetuju bahawa wanita perlu diajar dan ditunjuk jalan yang betul. Tanpa disedari, pengakuan ini menjurus sekali lagi bahawa wanita bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keganasan rogol.
Jika anda menerima hakikat di atas, ikuti petikan ini dan renung-renunglah. Seorang perogol berusia 57 tahun yang merogol seorang budak berusia 14 tahun, berpendirian bahawa: “Jika makanan sudah dihidang, kalau saya tak makan, lalat akan datang. Biar saya yang makan.”
Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Ru_01.3SESETENGAH orang menuding jari kepada mangsa rogol kononnya merekalah yang menjadi punca berlakunya kejadian tersebut.




Sama juga dengan seorang lagi perogol berusia 55 tahun yang mengambil kesempatan ke atas anak jiran yang berumur 15 tahun kala isterinya mencapai fasa menopaus. “Nak ‘tidur’, bantal pun sampai, kita pun tidurlah.”
Isu kekuasaan ke atas wanita juga ditekankan oleh perogol. Faktor-faktor lain ialah bilangan dan hubungan antara adik-beradik, status perkahwinan ibu bapa, siapa yang membesarkan diri, diskripsi penjaga atau ibu bapa, pengalaman di sekolah dan pendedahan kepada unsur-unsur keganasan.
“Dari segi sejarah hubungan seksual, persepsi dan tingkah laku perogol serta pola pemilihan mangsa cukup menarik.
“Jika anda membayangkan hanya wanita yang berkulit cerah mempunyai kebarangkalian tinggi, 47 daripada 90 perogol yang dikaji menggemari wanita berkulit hitam manis dan gelap.
“Manakala 61 peratus bercitarasakan wanita yang memiliki rambut panjang dan 43 perogol suka pada wanita yang berbadan langsing.
“Ada juga yang tertarik pada wanita kurus,” kata Dr. Rohana. Beliau menambah, 52 peratus perogol berminat dengan wanita dalam lingkungan usia 10 hingga 29 tahun.
Secara perbandingan, statistik tahun 1995 menunjukkan 60 peratus mangsa rogol terdiri daripada mereka yang berusia 16 tahun dan ke bawah.
“Sebab itu kesannya amat buruk jika had umur kesalahan rogol dalam Kanun Keseksaan diturunkan daripada 16 kepada 12 tahun. Mengikut undang-undang sebelum ini, mereka yang mengadakan hubungan seks dengan gadis berusia bawah 16 tahun dianggap merogol secara automatik.
“Ini bermaksud seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke atas kini hanya diklasifikasikan rogol setelah terbukti bahawa dia tidak membenarkan perlakuan tersebut.
“Jika hubungan seksual tersebut berlaku atas persetujuan kedua-dua pihak, ia tidak disabitkan sebagai kesalahan rogol.
“Persoalan ini tidak wujud sebelum ini jika kanak-kanak perempuan di bawah usia 16 tahun dirogol,” luah Rachel kesal.
Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Ru_01.4DARI kiri: Rachel, Dr. Rohana, Dr. Ng Yen Yen dan Nanthini.




Sebagai Pengarah Program Wanita untuk Pembangunan Wanita, Era Consumer Malaysia, Nanthini Ramalo yang banyak terlibat dengan aktiviti kaunseling dan membina kendiri yakin pembukuan data-data terperinci ini memberi kesedaran dan kefahaman terhadap jiwa perogol.
“Setakat ini, kami hanya menerima mangsa rogol yang datang mendapatkan kaunseling. Namun buku Rapist & Rape membuka ruang kepada Era Consumer menggambarkan cara pemikiran perogol sebelum menawarkan kaunseling.”
Era Consumer yang menerbitkan 2,000 naskhah buku tersebut, kini mengedarkannya secara percuma di pejabat-pejabat di Petaling Jaya.
Pada majlis pelancaran yang diadakan baru-baru ini, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti, Datuk Dr. Ng Yen Yen mengalu-alukan agar lebih ramai warga muda terutamanya remaja membaca buku setebal 65 muka surat itu.
Bagi mereka yang berminat membaca Rapist & Rape, Who & Why, boleh memuat turun buku tersebut di laman web www.eraconsumer.org.
Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Ru_01.5
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/

AuthorMessage
ProjectD
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Kk-Keningau-Beaufort-Kuching
Tag ID: : SFC02081
Points : 14366
Reputation : 10
Number of posts : 6723

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Icon_minitime5/1/2009, 8:17 am

jangan jadi mangsa rogol..siapa yang suka pakai seksi2 tue....tukar la..pakai2 la baju jubah...risiko di rogol kurang sikit... Laughing
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
zhariffz
ELITE
ELITE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 04040
Points : 12801
Reputation : 7
Number of posts : 3450

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Icon_minitime5/1/2009, 8:42 am

very2 gud info..tp zaman skrg, perogol x kisah ba, wlupun klu x sexy risiko kurang, tp ttp ada kmungkinan jg.......so, kpd kaum2 hawa, sentiasa bhati2, walau dmana jg anda brada...kpd perogol, ingatla org tsayang, nnt klu kena tangkap, masuk pjara, teda yg jaga bini d umah, laz2 bini kena rogol.......jgnla ingat pmpuan hanya pemuas nafsu smata2, khormatan harus d d hormati........hehehe Very Happy


Last edited by zhariffz on 10/1/2009, 9:36 am; edited 1 time in total
Back to top Go down
babylie89
SUPERIOR
SUPERIOR
babylie89

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 35
location : Labuan
Tag ID: : SFC 03942
Points : 12208
Reputation : 3
Number of posts : 2753

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Icon_minitime5/1/2009, 8:47 am

datz iz a very gud info 2 us..
jd bg jaum hawa renungkn larr info2 trsebut agar dpt mengelakkan perkara nie trhadap dri anda..
anyway thnx 4 da info..
info nie sgt bernas..
ekekeke
Back to top Go down
http://www.friendster.com/babylie89
MieY_kItTy
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
Tag ID: : SFC 3398
Points : 12456
Reputation : 4
Number of posts : 1858

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Icon_minitime5/1/2009, 9:00 am

kaum pompuan di luar sana...ingatlah bahawa mahkota berharga anda itu tidak ada dijual
dimana2 mahupun di cp, wisma merdeka atau pun di 1B....so jagalah tingkahlaku dn
juga pemaikaian harian anda supaya tidak di aim oleh sang perogol....
Back to top Go down
froneTier
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
froneTier

Female
Countries/State : Sabah
Age : 41
location : Jesselton
Tag ID: : SFC 03082
Points : 12680
Reputation : 11
Number of posts : 2208

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Icon_minitime8/1/2009, 3:59 pm

memakai pakaian sexy bkn lah satu sebab kena rogol,.budak2 yg masih kecil,x sexy d rogol jg,nenek yg dah tua x sexy d rogol jg,.
ini ada lah d sebab kan oleh nafsu seseorang,.bila sudah d kuasai nafsu jahat ,semua pun mau d rogol,.x kira sexy atau tidak.
tgk saja,pelacur yg pakai sexy tidak pula d rogol.
ini ada lah faktor perogol itu sendiri..
Back to top Go down
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12529
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Icon_minitime10/1/2009, 9:21 am

betul tu frontier
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
>Butterfly<
SENIOR
SENIOR
>Butterfly<

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 39
location : Selangor
Tag ID: : SFC 05070
Points : 11954
Reputation : 12
Number of posts : 610

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Icon_minitime22/4/2009, 11:32 pm

pakai jubah la senang... tertutup semua aurat...
Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 34
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18885
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Icon_minitime15/6/2011, 3:01 pm

Fadzliey wrote:
Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Ru_01.5
So kpd wanita� sila renungkn n amik info sdikit mngenai informasi di atas.. Yang penting jg diri slalu. Tp kan bkn jak Wanita yg penah kena rogol.. aku penah bc 1 artikel yg lelaki jg mnjadi mangsa rogol oleh wanita? Mmmm dlm kes ni MACAMANA pula? tiada� ka tips� yg brguna utk mngelakkn drpd mnjadi mangsa rogol versi Lelaki?... Mad

haa btul ni..ada prnh jg kes llaki kna rogol...waduhhh.....berlawanan lg pula... Suspect
Back to top Go down
Sponsored content




Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Empty
PostSubject: Re: Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.   Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol. - Page 2 Icon_minitime

Back to top Go down
 

Kenalilah ciri-ciri lelaki perogol.

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 2 of 2Go to page : Previous  1, 2

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: