Britney Spears bercakap dengan pokokBEBERAPA anggota polis mengawal pintu masuk ke bilik kecemasan Pusat Perubatan UCLA, Los Angeles di mana Spears (gambar kecil) dimasukkan untuk mendapatkan rawatan kelmarin. - AP
LOS ANGELES – Penyanyi bermasalah, Britney Spears dikejarkan ke Pusat Perubatan UCLA, Los Angeles selepas dia dilihat bercakap dengan pokok dengan menggunakan loghat British, lapor sebuah akhbar semalam.
Beberapa paparazzi yang mengekori Spears melihat penyanyi itu menghentikan keretanya di tepi jalan selepas membeli air minuman Red Bull dan pil sembelit pada pukul 1.20 pagi waktu tempatan.
Spears yang memberitahu paparazzi bahawa dia berasa pening serta mahu pulang ke rumah kemudiannya berjalan di dalam semak dan mula bercakap sendirian dalam loghat British.
Beberapa jam kemudian, sebuah ambulans tiba di kediaman Spears yang diikuti dengan empat kereta peronda polis dan enam buah motosikal polis.
Ruang angkasa kediaman penyanyi yang terkenal dengan lagu Oops!...I Did It Again itu juga dilaporkan ditutup untuk mengelakkan menjadi tumpuan pihak media yang mahu membuat liputan.
Beberapa anggota paramedik kemudiannya memasuki kediaman Spears selama sepuluh minit sebelum penyanyi itu dibawa ke pusat perubatan itu dengan ambulans.
Ambulans yang membawa penyanyi itu juga turut diiringi oleh kereta peronda polis dan sebuah kenderaan yang dinaiki oleh ibu Spears, Lynne dan teman lelakinya, Adnan Ghalib.
Lynne dilaporkan bergegas ke kediaman anaknya itu di Beverly Hills selepas Spears membuat satu panggilan kecemasan.
Beberapa kereta peronda polis dan helikopter juga dilaporkan dikejarkan ke tempat kejadian.
Agensi berita X17 mendakwa Lynne bimbang anaknya itu mungkin cuba untuk membunuh diri tetapi dia memberitahu bahawa Spears kini berada dalam keadaan selamat.
Sementara itu pembantu Spears, Sam Lufti mendakwa tiada apa yang berlaku dan dia juga menolak dakwaan bahawa penyanyi itu cuba membunuh diri. – Agensi
~dipetik dari kosmo online~