SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
8 faktor BN tewas lawan Anwar Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
8 faktor BN tewas lawan Anwar Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 8 faktor BN tewas lawan Anwar

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 15096
Reputation : 101
Number of posts : 7895

8 faktor BN tewas lawan Anwar Empty
PostSubject: 8 faktor BN tewas lawan Anwar   8 faktor BN tewas lawan Anwar Icon_minitime27/8/2008, 12:07 am

'Malaysia Baru' Anwar pukau pengundi

Berdasarkan senario semasa, BN berdepan dengan satu tentangan yang amat luar biasa dan peluang untuk menguasai kerusi tersebut amat sukar berdasarkan faktor-faktor berikut:

Pertama, Umno sama ada di peringkat Permatang Pauh mahupun di peringkat negeri berada dalam keadaan yang amat lemah.

Transformasi politik di peringkat negeri telah melemahkan kedudukan Umno Pulau Pinang dan sehingga kini masih belum pulih dan terus bergolak.

Misalnya Umno Jelutong parah sehingga sumber berita menyatakan ahli-ahli cawangan meninggalkan parti untuk menyertai PKR.

Begitu juga dengan bahagian-bahagian lain yang lemah dan mempunyai hubung kait dengan kelemahan dan perebutan kuasa dalaman yang sedang berlaku di peringkat persekutuan kesan daripada keputusan pilihanraya umum lepas.

Transformasi kerajaan negeri daripada BN kepada Pakatan Rakyat telah menyebabkan punca pendapatan pemimpin-pemimpin Umno di peringkat bahagian tergendala.

Pemimpin-pemimpin peringkat ini tidak lagi mempunyai apa-apa peranan dalam negeri - dan keadaan ini turut menyumbang kepada kelemahan pentadbiran peringkat bahagian.

Berbeza sama sekali dengan Pakatan Rakyat yang semakin kukuh dari segi pengurusan organisasi.

Kedua, faktor calon akan menyumbang kepada prestasi parti dalam pilihanraya kecil namun sehingga kini calon umno belum diumumkan. Malah tawaran diri untuk bertanding oleh Mohamad Ezam Mohd Nor telah ditolak oleh Umno Permatang Pauh.

Manakala mufti Perlis walaupun ditawarkan untuk bertanding telah menolak.

Calon tempatan bersesuaian, namun kemungkinan besar akan berlaku sabotaj di peringkat bahagian sendiri kerana sekiranya calon BN dari Umno menang, beliau akan menjadi pemimpin besar baik di peringkat bahagian mahupun persekutuan.

Pemimpin bahagian yang tidak terpilih pula akan berusaha untuk menghalang kemenangan tersebut.

Calon PKR iaitu Anwar sendiri dilihat sebagai seorang calon gergasi - berbanding keupayaan berpidato calon BN yang amat kurang dalam kalangan pemimpin BN buat ketika ini.

Ketiga, keputusan kerajaan Persekutuan menangguhkan atau membatalkan beberapa projek mega yang dijanjikan kepada rakyat Pulau Pinang telah meningkatkan perasaan tidak berpuas hati di kalangan rakyat negeri.

Walaupun perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi sendiri anak negeri itu, tindakan kerajaan pimpinannya telah ditafsirkan sebagai satu keputusan politik untuk "membalas dendam". Perkara ini dijangka menjadi satu isu dan akan diinterpretasikan dalam bentuk undi.

Kerajaan negeri, walaupun dikuasai oleh Pakatan Rakyat, namun masih terlalu awal untuk menilai keupayaan dan kebolehan pentadbiran.

Pemimpin-pemimpin negeri akan mengadu bahawa kerajaan persekutuan menganaktirikan kerajaan negeri dan gagal memberikan bantuan sewajarnya walaupun rakyat Pulau Pinang turut menyumbang dari segi bayaran cukai.

Keempat, kenaikan harga barang, petroleum dan situasi ekonomi yang tidak menentu juga turut menjadi isu. Walaupun pilihanraya umum telah berlalu, namun setakat ini kerajaan persekutuan masih belum bergerak dengan pantas kerana perebutan kuasa dalam Umno.
Perebutan kuasa dan usaha-usaha berterusan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing dalam parti telah menghalang penumpuan dalam tugas-tugas kerajaan. Hasilnya, usaha-usaha untuk menangani kemelesetan ekonomi dan isu-isu yang mempunyai kepentingan rakyat terbantut.

Keadaan ini menyebabkan taraf kehidupan rakyat semakin terancam dan terganggu. Ia akan menimbulkan ketidakpuasaan hati yang akan mendorong pemilih untuk tidak mengundi calon BN.

Isu-isu projek mega yang gagal dan isu komisen akan turut berkumandang. Misalannya projek MRR2. Projek tersebut dibina dengan kos RM238 juta, kemudian baik pulihnya menelan lagi kos RM70juta dan kini lebuhraya jejambat itu kembali retak.

Kelima, kes moral yang ditimbulkan semula mempunyai kesan timbal balas kepada parti pemerintah. Majoriti tidak bersetuju dan tidak percaya tuduhan terbaru terhadap Anwar.

Kajian Merdeka Center membuktikan masyarakat tidak menerima tuduhan tersebut dan menganggap laporan polis ke atas Anwar satu konspirasi politik. Dalam situasi yang sedemikian, Umno sebenarnya terperangkap.

Sekiranya tuduhan dikenakan ke atas Anwar sebelum tarikh penamaan calon, maka dunia akan melihat tindakan tersebut sebagai satu usaha kerajaan BN untuk menghalang beliau daripada kembali ke dalam arus perdana politik negara tetapi sekiranya Pejabat Peguam Negara berpendapat, tidak ada fakta untuk didakwa di mahkamah, maka dunia akan turut menyalahkan parti pemerintah kerana cuba membina kes palsu untuk menghalang kebangkitan Anwar.

(Anwar telah dituduh di mahkamah atas tuduhan mengadakan hubungan seks luar tabii sehari selepas Suruhanjaya Pilihan Raya [SPR] mengumumkan tarikh 16-26 Ogos untuk pilihanraya kecil Permatang Pauh - editor)

Keenam, tidak dilupakan juga pengundi Cina dan India. Gabungan dua kumpulan pemilih tersebut 17,826 undi yang merupakan satu jumlah yang agak besar.

Dalam situasi sekarang, tidak keterlaluan sekiranya dinyatakan sebilangan besar daripada dua kumpulan masyarakat tersebut tidak akan mengundi parti pemerintah. Tahap ketidakpuasaan hati mereka lebih tinggi terhadap Umno daripada MCA atau MIC.

Sikap pemimpin Umno yang celupar dan menghina kumpulan pengundi bukan Melayu dengan memanggil sebagai 'penderhaka' kerana mengundi pembangkang akan ditiupkan sebagai satu isu.

Malah keengganan pemimpin MIC untuk menetapkan tarikh peralihan kuasa akan turut menjauhkan masyarakat India daripada MIC dan BN. Kedudukan MIC baik di peringkat negeri mahupun bahagian juga lemah.

Kemasukan masyarakat Cina bersama PKR dan masalah dalaman MCA juga akan turut menyumbang undi pengundi cina kepada PKR. Manakala Gerakan dan PPP berada dalam situasi yang sangat lemah untuk memberikan apa-apa impak untuk memenangi hati pengundi.

Ketujuh, Badan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf) tetap merupakan satu kuasa politik masyarakat India yang akan membantutkan usaha untuk memenangi hati pengundi India. Keengganan kerajaan untuk membebaskan kelima-lima pemimpinnya ditafsirkan sebagai keengganan Umno, dan bukan keputusan BN.

Anggapan ini muncul kerana kesemua komponen BN dari Semenanjung telah menggesa kerajaan agar membebaskan kelima-lima pemimpin Hindraf kecuali Umno.

Anwar menjanjikan pembebasan kelima-lima pemimpin tersebut dan sudah tentu ia akan mempengaruhi minda pemilih India. Oleh yang demikian sudah tentu pengundi India akan melihat Umno dari perspektif negatif.

Malah kedudukan dari segi jawatan kerajaan untuk masyarakat India bawah kerajaan Pakatan Rakyat lebih menonjol berbanding kerajaan persekutuan.

Kelapan, walaupun BN masih mempunyai kelebihan kerana menguasai media, sumber kewangan dan jentera kerajaan, namun P44 bukanlah satu laluan mudah untuk dimenangi.

Sekiranya kerajaan persekutuan membuat pelaburan secara besar-besaran seperti yang dilakukannya dalam pilihanraya Ijok atau menumpukan terlalu banyak masa untuk menonjolkan isu moral atau melaksanakan strategi serangan peribadi ke atas Dr Wan Azizah, ia akan mengundang lebih banyak tindak balas negatif daripada pemilih.

Berdasarkan analisis ini, saya berpendapat Anwar akan memenangi kes beliau di "mahkamah rakyat" dengan kuasa majoriti sekurang-kurangnya 20,000 undi.

Bagaimanapun tidak dinafikan kedua-dua pihak mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kedua-dua parti yang bertanding harus bekerja untuk memenangi hati rakyat. Sebarang kesilapan atau tindakan keterlaluan boleh menyebabkan kekalahan.

Pendekatan bersopan wajar menjadi pegangan. Pilihanraya ini sebenarnya satu medan yang terbaik untuk penganalisis politik menjalankan kajian akan peranan kuasa rakyat.


Menurut blognya Security, K Raveendran Nair dilahirkan di Bukit Mertajam, bersebelahan Permatang Pauh, 33 tahun lalu.
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
kuai
MODERATOR
kuai

Female
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : kota kinabalu
Tag ID: : SFC 03039
Points : 11998
Reputation : 0
Number of posts : 1258

8 faktor BN tewas lawan Anwar Empty
PostSubject: Re: 8 faktor BN tewas lawan Anwar   8 faktor BN tewas lawan Anwar Icon_minitime27/8/2008, 12:14 am

GO PKR...SA SUPPORT PKR LA...HUHUHUHUU
Back to top Go down
csilusz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 41
location : Tambunan-lahad datu
Tag ID: : SFC 03201
Points : 11998
Reputation : 0
Number of posts : 1494

8 faktor BN tewas lawan Anwar Empty
PostSubject: Re: 8 faktor BN tewas lawan Anwar   8 faktor BN tewas lawan Anwar Icon_minitime27/8/2008, 8:43 am

Vote for changee!!!!!! malatupszzz!!!!
Back to top Go down
MieY_kItTy
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
Tag ID: : SFC 3398
Points : 12442
Reputation : 4
Number of posts : 1858

8 faktor BN tewas lawan Anwar Empty
PostSubject: Re: 8 faktor BN tewas lawan Anwar   8 faktor BN tewas lawan Anwar Icon_minitime27/8/2008, 8:57 am

kalah menang itu politik pnya pasal...yg aku tau bulan2 aku bratur kt BSN gaji aku ada...semua politik sabun...hahahaha Laughing Laughing
Back to top Go down
ariel87
REGULAR
REGULAR
ariel87

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : KK-Ranau
Points : 12587
Reputation : 0
Number of posts : 263

8 faktor BN tewas lawan Anwar Empty
PostSubject: Re: 8 faktor BN tewas lawan Anwar   8 faktor BN tewas lawan Anwar Icon_minitime27/8/2008, 2:37 pm

MieY_kItTy wrote:
kalah menang itu politik pnya pasal...yg aku tau bulan2 aku bratur kt BSN gaji aku ada...semua politik sabun...hahahaha Laughing Laughing

ko mmg teda jiwa politik la ni kn..
xpa,rlax ja ko.. Smile Smile
Back to top Go down
shalina7981
SUPERIOR
SUPERIOR
shalina7981

Male
Age : 45
location : papar-putatan-tg aru-asia city kk
Points : 12357
Reputation : 0
Number of posts : 2041

8 faktor BN tewas lawan Anwar Empty
PostSubject: Re: 8 faktor BN tewas lawan Anwar   8 faktor BN tewas lawan Anwar Icon_minitime27/8/2008, 2:47 pm

mana-2 pemerintah aku ikut saja bah.........
Back to top Go down
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 12391
Reputation : 0
Number of posts : 2370

8 faktor BN tewas lawan Anwar Empty
PostSubject: Re: 8 faktor BN tewas lawan Anwar   8 faktor BN tewas lawan Anwar Icon_minitime28/8/2008, 2:24 pm

Kerajaan Malaysia stil da best....
Back to top Go down
bigcatclaw
REGULAR
REGULAR
bigcatclaw

Male
Age : 48
location : Tenom
Tag ID: : SFC 02834
Points : 12242
Reputation : 3
Number of posts : 399

8 faktor BN tewas lawan Anwar Empty
PostSubject: Re: 8 faktor BN tewas lawan Anwar   8 faktor BN tewas lawan Anwar Icon_minitime31/8/2008, 7:52 am

Nama pun demokrasi.
Terpulanglah siapa rakyat mau pilih.
Ni lepas kalah di Prmatang pauh ada pula menteri yg cakap knunnya pengundi di sana telah membuat pilihan yang salah.
Salah pilih atau tidak try dulu bah kasi diurang bentuk kerajaan.
Back to top Go down
ilmuhitam
JUNIOR
JUNIOR
ilmuhitam

Female
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : keyboard 2 yr screen
Points : 12062
Reputation : 3
Number of posts : 234

8 faktor BN tewas lawan Anwar Empty
PostSubject: Re: 8 faktor BN tewas lawan Anwar   8 faktor BN tewas lawan Anwar Icon_minitime31/8/2008, 1:49 pm

BANG!!! YOUR HEAD!!! APAPUN!!! GUE TATAP SOKONG!! PANJAHAT!!! hahaah
Back to top Go down
fizul03
REGULAR
REGULAR
fizul03

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : ~Sandakan~KK~UMS
Points : 12077
Reputation : 0
Number of posts : 320

8 faktor BN tewas lawan Anwar Empty
PostSubject: Re: 8 faktor BN tewas lawan Anwar   8 faktor BN tewas lawan Anwar Icon_minitime1/9/2008, 2:07 pm

Masa ini laa kerajaan sekarang harus membuat satu tindakan yang besar , selami jiwa rakyat...dengar apa yg rakyat mau!! segala harta dan kekayaan semua pemimpin BN mau bolot!! fikir-fikirkanlah dan selamat beramal!!
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/fizul03
under18crew
SIFU
SIFU
under18crew

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : Kota Belud
Tag ID: : SFC 02544
Points : 13052
Reputation : 13
Number of posts : 16246

8 faktor BN tewas lawan Anwar Empty
PostSubject: Re: 8 faktor BN tewas lawan Anwar   8 faktor BN tewas lawan Anwar Icon_minitime1/9/2008, 5:53 pm

anwar jga lh the best..tp jgn ja psl2 kpinaran dia 2 malaysia kna jual2..hihi.
Back to top Go down
vandalheart
SENIOR
SENIOR
vandalheart

Male
Age : 47
location : Papar, Sabah
Points : 12266
Reputation : 6
Number of posts : 631

8 faktor BN tewas lawan Anwar Empty
PostSubject: Re: 8 faktor BN tewas lawan Anwar   8 faktor BN tewas lawan Anwar Icon_minitime2/9/2008, 3:16 pm

Pilih calon...jgn pilih parti...pasal masing2 ada ular..sama saja

PKR di sabah ni...ermm...entahlah hehehe
Back to top Go down
hantukubur
MODERATOR
hantukubur

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : KK
Tag ID: : SFC 03473
Points : 12013
Reputation : 0
Number of posts : 1331

8 faktor BN tewas lawan Anwar Empty
PostSubject: Re: 8 faktor BN tewas lawan Anwar   8 faktor BN tewas lawan Anwar Icon_minitime16/9/2008, 12:15 pm

Jgn percaya politik nihh.. suma BS tu!! mana-mana pun sama jg naga!! kuat temberang ngabu jak kerja diorg tuh.. minyak naik ada yg mo kasi turun kunu mana dpt turun tuh itu harga minyak dunia bha tuh... jgn percayalah tuh..

Vote for me.....
Back to top Go down
http://hantukubur-gigabyte.blogspot.com/
mantan73
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
mantan73

Male
Age : 111
location : SEMPORNA-KK
Points : 12271
Reputation : 0
Number of posts : 1268

8 faktor BN tewas lawan Anwar Empty
PostSubject: Re: 8 faktor BN tewas lawan Anwar   8 faktor BN tewas lawan Anwar Icon_minitime16/9/2008, 12:44 pm

hantukubur wrote:
Jgn percaya politik nihh.. suma BS tu!! mana-mana pun sama jg naga!! kuat temberang ngabu jak kerja diorg tuh.. minyak naik ada yg mo kasi turun kunu mana dpt turun tuh itu harga minyak dunia bha tuh... jgn percayalah tuh..

Vote for me.....

kenapa plk tidak buli kasi turun bro? sbagai pemerintah sa rasa kehidupan rakyat jelata harus diutamakan..dgn kenaikan harga minyak pastinya semua brg akan affected dan yg menanggung beban adalah rakyat. Knp tidak dorang tangguh dahulu projek2 mega n guna wang itu utk subsidi minyak? Stop projek mega d johor (tp bayar balik pampasan entah brp duit) tp buat yg baru di pulau pinang, bukan buang duit rakyat kaitu namanya? Itu baru sa sentuh pasal beberapa projek mega jak tu, blm lagi lain2 prbelanjaan yg sepatutnya buli dijimatkan...hahahaha klu d ulas 10 mukasurat pun x habis ni..apa2pun itu cuma pandangan sa jak yg amat terasa dgn corak kehidupan d masa kini...biarlah rambutku kuning yg penting jiwaku adalah kepada rakyat. Laughing hahahaha....mampatkan diri masing2 supaya kemampanan yg di idam2kan dpt diperolehi dgn jayanya.
Back to top Go down
intrax
ELITE
ELITE
intrax

Male
Countries/State : Australia
Age : 38
location : Kota belud-SaNdAkaN
Website : http://dynastyclub.forumotion.net
Tag ID: : SFC 03293
Points : 12535
Reputation : 9
Number of posts : 3111

8 faktor BN tewas lawan Anwar Empty
PostSubject: Re: 8 faktor BN tewas lawan Anwar   8 faktor BN tewas lawan Anwar Icon_minitime12/10/2008, 3:08 pm

susah juga mo cakp tentang ni politik ni klu di lihat pada bn.. banyak kebaikan juga dengan jasa2 yang di beri kepada rakyat..ni tapi masaalhni dari pemimpin yang bersilih ganti ni..mementingkan kepentingan sendiri .susah juga.. kalu di tengok kan anuar pun ,, anuar it ok satu jak yang mungkin merisaukan tentang pkr anwar coz anuar ni meminta pertolongan dari us nha... disini lah sebab nya banyaknya terjadi konflik.. sekurang2 kerajaan juga telah mengambil peranan dalam hal sebegini..
jadi dalam sepekara begini lebih baik kita pilih jalan untuk mengukuh kan negara.. wait and see what heppening

vote..malaysia
Back to top Go down
http://www.borneoforestheritage.org.my
>Butterfly<
SENIOR
SENIOR
>Butterfly<

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 39
location : Selangor
Tag ID: : SFC 05070
Points : 11940
Reputation : 12
Number of posts : 610

8 faktor BN tewas lawan Anwar Empty
PostSubject: Re: 8 faktor BN tewas lawan Anwar   8 faktor BN tewas lawan Anwar Icon_minitime23/4/2009, 12:01 am

parti yg bagus mempunyai pemimpin yg adil...
Back to top Go down
Sponsored content




8 faktor BN tewas lawan Anwar Empty
PostSubject: Re: 8 faktor BN tewas lawan Anwar   8 faktor BN tewas lawan Anwar Icon_minitime

Back to top Go down
 

8 faktor BN tewas lawan Anwar

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: