Ramai diantara kita pernah mengalami bateri kenderaan lemah secara mengejut apabila hendak menghidupkan enjin. Syukurlah jika ia berlaku di rumah atau di tempat ramai orang, boleh la kita minta S.O.S. Bagaimana jika berlaku di tempat yang terpencil? Setiap takdir ada hikmahnya. Tidak pula bersalahan untuk berusaha dan berikhtiar supaya bateri kenderaan kita panjang jangka hayatnya.
Umumnya bateri buatan yang baik mampu bertahan diantara 3 hingga 5 tahun. Secara purata bateri kenderaan hanya mampu bertahan 24 bulan hingga 30 bulan. Kenapa ia berlaku? Salah satu faktor yang menyumbang kepada kelemahan kuasa bateri kenderaan kita terlalu awal ia pembentukkan SULFATION di plet plet bateri. SULFATION ini adalah tindakbalas semula jadi kimia.Ia akan meliputi dan menutupi atas plet plet bateri. SULFATION ini akan hilang semasa bateri di cas atau semasa alternator sedang berjalan. SULFATION ini tidak dapat di hilangkan semua semasa process pengecasan. SULFATION yang tertinggal itu akan mengeras kemudian menebal sedikit demi sedikit di plet plet.
SULFATION ini akan menjadi penghalang atau penebat kepada cas cas dari masuk dan keluar dari plet plet bateri dan akan menyebabkan kuasa bateri lemah walaupun kita cas bateri kita berjam jam lamanya.
Cuba tanya taukey jual bateri tu...kenapa bateri baru yang belum bukak plastik dan tidak disambungkan kat mana mana boleh hilang powernya..apabila biarkan terlalu lama..mana pergi powernya??
Ada beberapa faktor yang menyumbang dan mencepatkan process pembentukan SULFATION ini berlaku dengan cepat seperti senarai dibawah.