KISAH SEORANG PANGLIMA
Tahun 1441- Sebelum memulakanperjalanan menuju ke medan perang, seorang panglima menemui rakan yg cukup dipercayainya.
PANGLIMA: Simpan anak kunci ini! Jika aku tak kembali, kau bukakanlah
cawat besi isteri ku. Aku izinkan dia berkahwin dengan sesiapa yg
disukainya.
RAKAN : Baiklah sahabat ku.
Menjelang petang, ketika panglima bersama tenteranya berehat di sebuah
lembah, kelihatan di kejauhan seorang lelaki menunggang kuda cukup
pantas menuju ke arah kumpulan tentera itu. Setelah hampir, barulah
panglima mengenalinya - dia ialah rakan yg cukup dipercayainya itu.
RAKAN : Maaf... panglima bagi kunci yg salah!! (Hhmmh hampeh, dah cuba buka dulu rupanya! hehe)
NENEK TUA
Seorang nenek berusia 65 tahun melahirkan seorang anak. Rakan- rakannya
datang berkunjung untuk menjenguknya. Ketika mereka ingin melihat bayi
nenek tersebut..
nenek itu berkata "Nanti dulu". Beberapa
minit kemudian mereka berkata ingin melihat bayi itu lagi. Tetapi nenek
itu tetap berkata "Nanti dulu".
Akhirnya mereka bertanya :
"Bila kami boleh melihat bayi engkau..?" "Bila dia menangis". "Kenapa
kami harus tunggu sampai dia menangis?" "Sebabnya aku lupa.. dimana aku
letak bayiku tadi.."
LAWAK BUDI BAHASA LRT
Seorang gadis cantik menaiki LRT yang sangat penuh sesak. Gadis itu
berdiri betul betul didepan seorang pemuda. Seketika kemudian pemuda
itu bangun, namun belum sempat pemuda itu berkata apa apa, gadis cantik
itu menolak pemuda itu dengan lembut ke tempat duduknya sambil berkata,
"Terima kasih, saya lebih suka berdiri". Pemuda itu tercengang dengan
penuh kehairanan. Dia sedikit jengkil kerana ditolak oleh gadis itu
walaupun secara lembut. Pemuda itu pun berdiri semula tetapi sekali
lagi gadis cantik itu menolaknya duduk semula dan berkata dengan
sedikit kuat hingga didengari oleh lain lain penumpang, "Tak apa, tak
payah susah susah, saya lebih suka berdiri." Tanpa putus asa pemuda itu
berdiri lagi untuk kali yang ketiga sambil menjerit, "Woii cik kak !!
Saya nak turun laaaaa!!! Saya dah terlepas perhentian saya tau !!? Apa
punya perasan lah dia ni?!!!
p/s kpd pompuan2 cantik sekalian x yah r over sgt....