SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
deeyan
MODERATOR
deeyan

Male
Countries/State : Sabah
Age : 44
location : Putatan - KK - Nabawan
Tag ID: : SFC 03516
Points : 12522
Reputation : 4
Number of posts : 1780

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Empty
PostSubject: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)   PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Icon_minitime18/12/2008, 12:39 am

Pengenalan
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah sejenis jangkitan virus yang disebabkan oleh beberapa kumpulan virus termasuklah enterovirus (setakat ini terdapat 66 jenis telah dikenalpasti).

Deskripsi
Jangkitan ini menyebabkan timbulnya ruam berserta lepuh di tekak, tonsil, tangan (tapak tangan), kaki (pada tapak kaki) dan di sekitar kawasan lampin. Biasanya penyakit ini hanya sekadar sakit ringan dan ruam yang timbul itu akan hilang dalam tempuh 5 hingga 7 hari.

Penyebab
Terdapat beberapa jenis virus yang menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut. Virus yang biasa yang menjadi penyebab penyakit ini ialah virus Coxsackie A16. Kadang-kala terdapat jenis kuman virus lain seperti virus Coxsackie A atau enterovirus 71 yang boleh mencetuskan penyakit ini. Virus Coxsackie merupakan salah satu dari jenis virus yang terdapat di dalam kelompok virus yang dikenali sebagai enterovirus seperti virus Polio, virus Coxsackie dan Echovirus.

Di Malaysia, kuman Echovirus 7 atau Echo7 telah dikenalpasti sebagai virus yang menjadi punca kematian seorang kanak-kanak dan mungkin juga tiga kanak-kanak yang lain, baru-baru ini. Wabak penyakit HFM yang berlaku tempoh hari (Sarawak 1997) adalah disebabkan oleh virus Coxsackie dan Enterovirus 71 (EV71). EV71 telah disah menyebabkan 4 dari 31 kematian akibat penyakit ini di Sarawak pada 1997.

Cara penyakit ini merebak
Penyakit tangan, kaki dan mulut ialah penyaki berjangkit yang sederhana. Ia merebak melalui sentuhan atau kontak secara langsung dengan lelehan yang keluar dari hidung dan tekak atau najis mereka yang telah dijangkiti kuman ini. Penyakit ini amat mudah berjangkit pada minggu pertama pesakit menghidapinya. Penyakit tangan, kaki dan mulut tidak boleh merebak kepada atau daripada binatang peliharaan ataupun binatang-binatang lain.

Tempoh pengeraman dan peringkat bagi penyakit HFM.
Selepas seseorang itu dijangkiti kuman virus ini tempoh pengeramannya adalah di antara 2 hingga 6 hari. Gejala seperti demam dan ketidakselesaan pada mulut biasanya akan hilang pada hari ketiga atau keempat. Ulser mulut akan hilang pada hari ke 5 hingga 7 tetapi lepuh dan bintik-bintik merah di tangan, kaki akan hanya hilang dalam tempuh 10 hari. Demam berkemungkinan mencapai panas sehingga 39 C.

Faktor-Faktor Risiko
Kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun amat mudah dijangkiti penyakit tangan, kaki dan mulut. Walau bagaimanapun, penyakit ini boleh menjangkiti sesiapa sahaja tanpa mengira peringkat umur. Jangkitan ini akan menghasilkan daya tahan (imuniti) terhadap virus tertentu tetapi serangan atau episod yang kedua mungkin akan berlaku berikutan jangkitan dari beberapa jenis virus yang lain dalam kelompok enterovirus.

Insidens
Biasanya penyakit ini menjangkiti kanak-kanak yang berumur di antara 2 minggu hingga 3 tahun. Virus Coxsackie 16A ialah agen penyakit tangan, kaki dan mulut yang mencetuskan endemik di Malaysia dan biasanya berlaku pada tahap yang sederhana. Pada bulan September 2000, lebih daripada 1000 kanak-kanak di Singapura telah didiagnoskan mengidap penyakit tangan, kaki dan mulut. Di Malaysia, pada bulan Oktober 2000, sebanyak 137 kes telah dilaporkan di negeri Johor sahaja yang merupakan 40% dari keseluruhan jumlah kes (362) yang dilaporkan sepanjang tahun 2000.

Tanda-Tanda Dan Gejala
Di antara gejala jangkitan ialah:
• Demam
• Sakit tekak
• Ulser pada tekak dan mulut
• Sakit kepala
• Ruam bersama lepuh terdapat di tangan, kaki dan di kawasan lampin
• Hilang selera makan

Komplikasi
Kemungkinan berlakunya sawan berikutan deman panas.

• Kemungkinan berlakunya jangkitan pada sistem saraf (seperti Meningitis virus atau Ensefalitis).

• Kemungkinan terdapatnya keradangan pada otot jantung (Myocarditis).

Komplikasinya sangat merbahaya dan boleh membawa maut.

Ujian-Ujian
Diagnosis penyakit tangan, kaki dan mulut boleh dilakukan berasaskan sejarah penyakit dan pemeriksaan fizikal. Biasanya pengesahan diagnosis melibatkan ujian darah yang dilakukan di makmal khas yang akan menentukan jenis virus yang terlibat.

Pemantauan
Sila hubungi doktor jika :-
• Anak anda tidak membuang air kecil lebih dari 8 jam

• Anak anda kelihatan begitu tidak sihat (kelihatan kusut, mengantuk, pucat atau berbelak-belak, resah atau meragam dan tidak dapat tidur atau berpeluh dingin)

• Demam yang berpanjangan sehingga lebih daripada 3 hari.

• Kesakitan pada mulut semakin teruk.

• Anak anda mengalami lemah otot kaki dan tangan atau diserang sawan.

Jika anak anda ada menunjukkan simptom seperti di atas, dapat rawatan doktor segera. Jangan bersikap sambil lewa. Sebarang kelewatan untuk mendapatkan rawatan mungkin boleh menyebabkan kematian.

Prognosis
Kebanyakkan kes penyakit HFM adalah yang ringan dan sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 7 hari. Malangnya, sehingga hari ini kita tidak boleh menjangka siapa yang boleh sembuh dan siapa yang akan mengalami komplikasi yang menjurus kepada kematian.

Pencegahan
Kawasan di Malaysia yang mempunyai populasi terbesar terutamanya kawasan luar bandar, tidak digalakkan menggunakan ubat-ubatan tradisional dan merawat sendiri penyakit HFM jika telah disyaki. Penyakit HFM boleh menjangkiti mana-mana kanak-kanak dan di mana saja tanpa mengira kawasan geografi. Pengawalan penyakit daripada merebak mestilah diberikan keutamaan. Secara amnya, orang awam hendaklah mengikuti langkah-langkah berikut :-

• Berhati-hati dan tumpukan perhatian kepada nasihat yang diberikan.

• Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda dan gejala penyakit HFM mestilah dibawa berjumpa doktor secepat mungkin. Jangan terlambat dalam mendapatkan rawatan.

• Jangan bawa anak anda ke tempat awam seperti pasaraya, pusat membeli-belah, kolam renang awam, sekolah-sekolah, pusat penjagaan kanak-kanak dan lain-lain.

• Anda mestilah lebih berhati-hati dari segi kebersihan semasa menyediakan makanan dan selepas keluar dari tandas. Basuhlah tangan sebelum dan selepas menyediakan makanan dan sebelum dan selepas ke tandas.

• Basuhlah tangan anda selalu terutamanya selepas menyalin lampin.
• Permukaan yang telah tercemar hendaklah dibasmi kuman dengan menggunakan pencuci.

• Basuh pakaian yang terkena kotoran secepat mungkin.

• Jangan berkongsi barang kegunaan seperti tuala mandi, berus gigi, pakaian dan sebagainya.

• Elakkan diri daripada mengikuti aktiviti luar rumah sehingga pihak berkuasa telah mengesahkan selamat untuk menjalani kegiatan harian.

• Elakkan diri daripada mendekati pesakit penyakit HFM.

• Pihak kesihatan hendaklah memeriksa tahap kebersihan di tempat di mana terdapat ramai kanak-kanak tinggal (contohnya tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak) dan arahkan supaya tempat itu ditutup jika tahap kesihatannya tidak mencapai tahap kebersihan yang sepatutnya.

Kanak-kanak yang dijangkiti penyakit HFM tidak dibenarkan mengikuti program di pusat penjagaan kanak-kanak, sekolah atau aktiviti berkumpulan yang lain.

Langkah berikut adalah cara lain untuk pencegah yang boleh diambil:-
1. Berikan rawatan di rumah untuk kes yang tidak disyaki penyakit HFM tetapi jika anda nampak tanda-tanda komplikasi seperti sakit pada leher atau pada tangan dan kaki, segera dapatkan rawatan doktor.

2. Jika demam anak anda masih tidak berubah selepas diberi ubat, segera berjumpa doktor semula.

3. Jika terdapat tanda-tanda dehidrasi (kulit dan membran mucus kering, turun berat badan, meragam, keletihan, kurang air kencingl atau air kencing berwarna gelap), segera berjumpa doktor.
Back to top Go down
deeyan
MODERATOR
deeyan

Male
Countries/State : Sabah
Age : 44
location : Putatan - KK - Nabawan
Tag ID: : SFC 03516
Points : 12522
Reputation : 4
Number of posts : 1780

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Empty
PostSubject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)   PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Icon_minitime18/12/2008, 12:44 am

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Images10

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Hfmd0210

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Hfmd_f10
Back to top Go down
MieY_kItTy
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
Tag ID: : SFC 3398
Points : 12458
Reputation : 4
Number of posts : 1858

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Empty
PostSubject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)   PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Icon_minitime7/1/2009, 10:17 am

selama ari ni dok tngok kt news jer...la ni bru tau...good info Very Happy
Back to top Go down
deeyan
MODERATOR
deeyan

Male
Countries/State : Sabah
Age : 44
location : Putatan - KK - Nabawan
Tag ID: : SFC 03516
Points : 12522
Reputation : 4
Number of posts : 1780

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Empty
PostSubject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)   PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Icon_minitime9/1/2009, 3:05 pm

MieY_kItTy wrote:
selama ari ni dok tngok kt news jer...la ni bru tau...good info Very Happy

kta sama2 kongsi ilmu bro... Very Happy
Back to top Go down
Trankz
FRESHIE
FRESHIE
Trankz

Male
Age : 43
location : Kudat
Points : 11569
Reputation : 0
Number of posts : 15

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Empty
PostSubject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)   PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Icon_minitime23/2/2009, 2:09 pm

Bole tahan jua info 2 pula....tp sumber dr mana pula 2? so nak tny sikit mbe agak bodoh, kalau org ber kiss 2 boleh kena penyakit 2 tak???? dont know sekirany salah seorang da terjankit????
Back to top Go down
deeyan
MODERATOR
deeyan

Male
Countries/State : Sabah
Age : 44
location : Putatan - KK - Nabawan
Tag ID: : SFC 03516
Points : 12522
Reputation : 4
Number of posts : 1780

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Empty
PostSubject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)   PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Icon_minitime24/2/2009, 5:56 pm

mmg blh bjgkt sbb ada kontek kulit kan...jan ckp bcium, kongsi tuala n
pakaian pun blh jg 2...2 sebab la pesakit akan diasingkn (kuarantin) dr
org yg sihat...

p/s : semua sumber di perolehi dr buku rujukan, garispanduan dan website kementerian kesihatan malaysia
Back to top Go down
lisa da greto
MODERATOR
lisa da greto

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 37
location : kota kinabalu
Tag ID: : sfc 03860
Points : 12042
Reputation : 2
Number of posts : 443

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Empty
PostSubject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)   PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Icon_minitime1/3/2009, 3:33 am

itu ka tanda 2..pyakit..bjngkit?cam na boleh blaku ar?kalu urg yg ad pykit tue?
takuutt..gli nya..
Back to top Go down
deeyan
MODERATOR
deeyan

Male
Countries/State : Sabah
Age : 44
location : Putatan - KK - Nabawan
Tag ID: : SFC 03516
Points : 12522
Reputation : 4
Number of posts : 1780

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Empty
PostSubject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)   PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Icon_minitime2/3/2009, 12:29 am

lisa da greto wrote:
itu ka tanda 2..pyakit..bjngkit?cam na boleh blaku ar?kalu urg yg ad pykit tue?
takuutt..gli nya..

ya ...mcm 2 la tanda2 dia 2...kt atas ada info cara merebak
n pencegahan penyakit ni... besa nya kita ambil remeh kebersihan kita 2 yg senang dijgkti penyakit
Back to top Go down
vampienell
JUNIOR
JUNIOR
vampienell

Male
Age : 45
location : Tamparuli-Tambunan-Tenom
Tag ID: : SFC 04047
Points : 11709
Reputation : 0
Number of posts : 173

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Empty
PostSubject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)   PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Icon_minitime5/3/2009, 7:08 pm

bukan budak2 sekolah rendah ka yg slalu kena tu?besanya org dewasa jarang kena disebabkan antibodi kuat berbanding budak2...right me if i'm wrong ah..hehehe What a Face
Back to top Go down
intrax
ELITE
ELITE
intrax

Male
Countries/State : Australia
Age : 38
location : Kota belud-SaNdAkaN
Website : http://dynastyclub.forumotion.net
Tag ID: : SFC 03293
Points : 12551
Reputation : 9
Number of posts : 3111

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Empty
PostSubject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)   PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Icon_minitime10/3/2009, 7:28 pm

o begini pula jadi dah taulah.. penyakit ni .. thanks for the info
Back to top Go down
http://www.borneoforestheritage.org.my
deeyan
MODERATOR
deeyan

Male
Countries/State : Sabah
Age : 44
location : Putatan - KK - Nabawan
Tag ID: : SFC 03516
Points : 12522
Reputation : 4
Number of posts : 1780

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Empty
PostSubject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)   PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Icon_minitime11/3/2009, 1:54 pm

intrax wrote:
o begini pula jadi dah taulah.. penyakit ni .. thanks for the info

u r welcome Very Happy
Back to top Go down
vampienell
JUNIOR
JUNIOR
vampienell

Male
Age : 45
location : Tamparuli-Tambunan-Tenom
Tag ID: : SFC 04047
Points : 11709
Reputation : 0
Number of posts : 173

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Empty
PostSubject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)   PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Icon_minitime13/3/2009, 12:04 pm

wei bro klu penyakit gigi putih cam avatar ko tu bahaya ka tu ah?hehehe What a Face
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12515
Reputation : -6
Number of posts : 1063

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Empty
PostSubject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)   PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Icon_minitime27/4/2009, 8:11 am

we rock best info we rock
respek monster
Back to top Go down
deeyan
MODERATOR
deeyan

Male
Countries/State : Sabah
Age : 44
location : Putatan - KK - Nabawan
Tag ID: : SFC 03516
Points : 12522
Reputation : 4
Number of posts : 1780

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Empty
PostSubject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)   PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Icon_minitime28/4/2009, 12:39 am

sasukey wrote:
we rock best info we rock
respek monster

TQ bro...kita share pa yg ada Very Happy
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12515
Reputation : -6
Number of posts : 1063

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Empty
PostSubject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)   PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Icon_minitime29/4/2009, 8:36 am

ada jua la org tua yg kena cari ubt pun bnyak yg inda ngam
Back to top Go down
doe
MODERATOR
doe

Female
Age : 37
location : kota kinabalu sabah bah....
Tag ID: : sfc 03138
Points : 12507
Reputation : 4
Number of posts : 1458

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Empty
PostSubject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)   PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Icon_minitime29/4/2009, 10:15 am

eee......... kin takut nie..
Good information nie taw..
inda payah aku baca news...
sini jak pn ok da...
Very Happy Very Happy job...
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12515
Reputation : -6
Number of posts : 1063

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Empty
PostSubject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)   PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Icon_minitime2/5/2009, 10:21 am

ya betul tu
Back to top Go down
Trankz
FRESHIE
FRESHIE
Trankz

Male
Age : 43
location : Kudat
Points : 11569
Reputation : 0
Number of posts : 15

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Empty
PostSubject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)   PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Icon_minitime11/6/2009, 4:47 pm

mmg blh bjgkt sbb ada kontek kulit kan...jan cakap bcium, kongsi tuala n
pakaian pun blh jg 2...2 sebab la pesakit akan diasingkn (kuarantin) dr
org yg sihat...

p/s : semua sumber di perolehi dr buku rujukan, garispanduan dan website kementerian kesihatan malaysia




so amcm lah crny tuk elak coz kadang kalau da berdua 2 konfem berkiss 2 kan..tak caya lah kalau orang cakap dia tak akn berkiss kalau da berdua ngan aweknya...takkan jena quarintin jua awek sendiri.. Suspect ... relax

well info ne mmg lah berguna... Very Happy
Back to top Go down
deeyan
MODERATOR
deeyan

Male
Countries/State : Sabah
Age : 44
location : Putatan - KK - Nabawan
Tag ID: : SFC 03516
Points : 12522
Reputation : 4
Number of posts : 1780

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Empty
PostSubject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)   PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Icon_minitime11/6/2009, 5:34 pm

Trankz wrote:
mmg blh bjgkt sbb ada kontek kulit kan...jan cakap bcium, kongsi tuala n
pakaian pun blh jg 2...2 sebab la pesakit akan diasingkn (kuarantin) dr
org yg sihat...

p/s : semua sumber di perolehi dr buku rujukan, garispanduan dan website kementerian kesihatan malaysia




so amcm lah crny tuk elak coz kadang kalau da berdua 2 konfem berkiss 2 kan..tak caya lah kalau orang cakap dia tak akn berkiss kalau da berdua ngan aweknya...takkan jena quarintin jua awek sendiri.. Suspect ... relax

well info ne mmg lah berguna... Very Happy

2 la bro...klu da tau aweks 2 sakit, x kn ko nak kiss jg, 2 cari pnykt namanya Laughing ...kn lbh bgs ko bw jmpa doktor... tapi besanya kontek kpd pskt tidak d kuarantin kecuali pesakit saja...
Back to top Go down
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 14161
Reputation : 6
Number of posts : 2276

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Empty
PostSubject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)   PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Icon_minitime12/6/2009, 2:57 pm

bah..kalau sudah dapat awek tu, kena tahu latar belakang sejarah kesihatannya la tu..suruh cek kahak untuk elak TiBi, darah utk HIV dan Hepatitis serta kuman jadah lain seperti Herpes,Kulat Siflis, Gonorrhoe..adeh..

P/S : jgn sebarang Kizz orang.. kepada lelaki, kepada perempuan..waspada setiap masa.. nasib baik la kita semua umat sioloon alim2 semua..ahaks
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
darede4n
FRESHIE
FRESHIE
darede4n

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 44
location : Sandakan-->Tawau-->Penang
Points : 11240
Reputation : 1
Number of posts : 19

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Empty
PostSubject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)   PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Icon_minitime15/7/2009, 10:46 pm

good info... takut jg penyakit ni... tengkiu...
Back to top Go down
Sponsored content




PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Empty
PostSubject: Re: PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)   PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD) Icon_minitime

Back to top Go down
 

PENYAKIT TANGAN, KAKI DAN MULUT (HFMD)

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: BULETIN KESIHATAN :: Penyakit Berjangkit-
Jump to: