SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Cinta lewat usia Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Cinta lewat usia Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Cinta lewat usia

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12517
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Cinta lewat usia Empty
PostSubject: Cinta lewat usia   Cinta lewat usia Icon_minitime10/1/2009, 9:26 am

Cinta lewat usia
Benarkah usia mempengaruhi hasrat cinta seseorang?




DALAM urusan percintaan, ada beberapa persamaan yang pastinya dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia.

Misalnya, bangkit perasaan berbunga-bunga saat sedang jatuh cinta, sehingga ada di antara anda mengalami tekanan perasaan, rasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya, ia jelas berbeza.

Usia 30-an

Ini merupakan saat di mana anda mula memikirkan alam perkahwinan dan mencari seseorang untuk dijadikan teman hidup. Tetapi malangnya, anda seringkali diketemu dengan orang yang tidak tepat, di saat atau di tempat yang tidak sepatutnya anda menjalinkan hubungan dengannya.

Anda juga akan berfikir, kenapa begitu sulit untuk bertemu dengan seseorang seperti yang diidam-idamkan selama ini.

Selain itu, anda akan memikirkan impaknya apabila anda mula jatuh cinta dengan seseorang yang tidak secocok, seperti yang didambakan selama ini. Akhirnya, masalah besar akan timbul. Agar tidak terlepas daripada segala kebimbangan, langkah yang disenaraikan minggu ini seharusnya diterapkan.

* Tentukan batas waktu

Saat anda merencanakan untuk mendirikan rumah tangga, tetapi pasangan tidak sependapat dengan anda dengan memberi pelbagai alasan serta pertimbangan, langkah pertama adalah dengan menentukan batasan waktu.

Beri kekuatan kepada diri sendiri, bilakah masa terbaik bagi menamatkan zaman bujang. Misalnya, anda menetapkan satu tarikh lain untuk memulakan bicara pernikahan dengan pasangan.

Tiba sahaja waktu yang telah anda tentukan, katakan kepadanya hasrat atau tujuan dan keinginan anda yang terpendam.

Sekiranya, tiada sebarang perubahan atau si dia masih terpinga-pinga untuk menjawab lamaran anda, kenapa harus membuang masa. Jadi, lakukan perkara yang difikirkan terbaik untuk anda.

* Fleksibel

Setiap orang mempunyai minat dan hobi yang berbeza-beza. Oleh itu, walaupun anda saling menyintai, masih timbul hal-hal kecil yang harus dihadapi. Dalam hal ini, bincang sebab dan cara penyelesaiannya.

Apabila pasangan memilih untuk menonton televisyen di rumah dan anda pula mengajaknya keluar, cari jalan penyelesaian. Misalnya, ajak dia minum kopi di sebuah kafe, kemudian barulah membawanya menonton pertandingan bola sepak kegemarannya di rumah. Ingat, tiada siapa yang dapat mengubah seseorang, selain insan yang benar-benar dia sayangi.

Dalam urusan percintaan, terdapat beberapa persamaan yang pastinya akan dialami oleh setiap orang dalam pelbagai peringkat usia. Misalnya, perasaan berbunga-bunga saat sedang dilamun cinta, sehingga membuatkan seseorang berasa sedih dan sakit hati disebabkan patah hati. Namun, dari segi sasaran dan prioritasnya jelas berbeza.

Usia 40-an

Biasanya pada usia ini, mereka yang gagal dalam perkahwinan akhirnya akan memilih jalan singkat iaitu penceraian. Mereka yang gagal dalam perkahwinan pertama dulu, sekiranya kembali bercinta, biasanya mereka sudah lupa cara-cara menjalin hubungan atau berasa ragu untuk melakukan sesuatu walaupun telah menemui pasangan yang secocok.

* Perbaiki keterampilan bercinta

Apabila anda ingin bercinta buat kali kedua selepas putus ikatan perkahwinan, anda seharusnya menenangkan diri dahulu. Lakukan introspeksi dengan meminta seorang rakan menjadi teman kamu. Tanyakan kepadanya, apa kekurangan yang ada pada diri anda atau adakah anda perlu memperbaiki penampilan. Mungkin anda tidak menyedarinya secara langsung.

Satu perkara yang perlu diingatkan, perubahan yang anda lakukan tidak bererti anda harus berubah secara drastik. Anda tidak perlu melakukan pembedahan plastik untuk memperbaiki hidung atau anggota lain yang dianggap boleh memberi tuah kepada anda.

* Elak bercinta selepas cerai

Bagi sesetengah pasangan, mereka dilihat begitu terdesak untuk bercinta lagi sebaik sahaja baru bercerai. Apabila bercerai, anda memerlukan waktu untuk menyembuhkan luka lama dan bermuhasabah diri, misalnya mengapa terjadi perceraian. Ini penting agar kegagalan tersebut tidak berulang kembali.

Untuk mengetahui bahawa anda benar-benar ingin bercinta lagi, tanyakan kepada diri sendiri:

nAdakah anda menganggap semua lelaki tidak guna?

nAtau adakah semua wanita materialistik?

nAdakah anda terikat dengan pelbagai kegiatan, selain anak-anak dan pekerjaan?

nAdakah anda dapat mengendalikan diri dan dapat membentuk kehidupan percintaan baru?

Sekiranya jawapan anda 'ya' untuk semua pertanyaan di atas, bererti anda memiliki sikap dan pendirian yang sebenar.

* Hati-hati dengan buah hati

Tiada masa untuk bercinta? Luangkan waktu untuk bercinta dengan membawa anak-anak ke rumah sanak keluarga mahupun ibu bapa atau pengasuh yang boleh dipercayai. Anda tidak perlu memperkenalkan teman baru kepada anak-anak, tetapi cukup hanya mengatakan kepada mereka bahawa jika mereka memiliki kawan, maka anda juga memerlukan teman baik.

Perlu diiingatkan, anda seharusnya berterus-terang kepada anak-anak tentang apa juga yang anda rasakan ketika itu. Jangan sesekali menyimpan rahsia, takut nanti perkara tersebut terlepas ke telinga mereka tanpa diduga daripada pihak lain. Jika ini berlaku, masalah lain pula akan muncul. - NOOR HASLIZA NUSI
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
m_hafiz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
m_hafiz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : Borneo Paradise,)mcm d kK,)
Tag ID: : SFC 05031
Points : 12542
Reputation : 7
Number of posts : 1146

Cinta lewat usia Empty
PostSubject: Re: Cinta lewat usia   Cinta lewat usia Icon_minitime6/3/2009, 3:51 pm

umur bukan penghalang tapi ada jodoh rezeki kawin ar...:weeee:N good article teruskn berinfo.... :cantek:
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12501
Reputation : -6
Number of posts : 1063

Cinta lewat usia Empty
PostSubject: Re: Cinta lewat usia   Cinta lewat usia Icon_minitime24/4/2009, 10:07 pm

ya betul umur bkn panghalang untk kita meneruskan cinta.
Back to top Go down
iejan
FRESHIE
FRESHIE
iejan

Female
Countries/State : Perak
Age : 39
location : damansara selangor
Points : 11458
Reputation : 4
Number of posts : 75

Cinta lewat usia Empty
PostSubject: Re: Cinta lewat usia   Cinta lewat usia Icon_minitime25/4/2009, 3:11 am

tol 2 tp klo ssorg tu dh serik....
susah tu tuk putik kn lik bibik prcintaan 2
ambil ms y lm 2...... cry Sad
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12501
Reputation : -6
Number of posts : 1063

Cinta lewat usia Empty
PostSubject: Re: Cinta lewat usia   Cinta lewat usia Icon_minitime28/4/2009, 3:56 pm

takdir d tgn allah
Back to top Go down
siotto
WEBMASTER
siotto

Male
Countries/State : Sabah
Age : 44
location : Kudat - Lahad Datu
Tag ID: : SFC 02605
Points : 15209
Reputation : 7
Number of posts : 3274

Cinta lewat usia Empty
PostSubject: Re: Cinta lewat usia   Cinta lewat usia Icon_minitime4/5/2009, 10:49 pm

biar la lambat dapat bercinta masa usia tua...asalkan bahagia..
Back to top Go down
otai_queen
MODERATOR
otai_queen

Female
Countries/State : Terengganu
Age : 40
location : Kudat
Tag ID: : SFC 03014
Points : 15192
Reputation : 25
Number of posts : 6310

Cinta lewat usia Empty
PostSubject: Re: Cinta lewat usia   Cinta lewat usia Icon_minitime4/5/2009, 10:59 pm

tak kisah la dpt jodoh di usia muda atau sudah tua...

yg penting bahagia dan berkekalan...
Back to top Go down
iejan
FRESHIE
FRESHIE
iejan

Female
Countries/State : Perak
Age : 39
location : damansara selangor
Points : 11458
Reputation : 4
Number of posts : 75

Cinta lewat usia Empty
PostSubject: Re: Cinta lewat usia   Cinta lewat usia Icon_minitime7/5/2009, 3:41 am

nk2 lak kbhgiaan dtg tanpa dduga kn...
mne y perit sblm pd ni sgla2nye brakhir kn...
y pnting sgla2nye kte brserah je pd y esa...
insyaallah......brkekalan nt...
n dtemukn jgk kbhgian 2 nt...
amin....
klo dh jodoh lari cm ner pn xkmnenye...
Back to top Go down
Liah
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Liah

Female
Age : 46
location : kota kinabalu
Tag ID: : SFC 04179
Points : 12882
Reputation : 15
Number of posts : 1258

Cinta lewat usia Empty
PostSubject: Re: Cinta lewat usia   Cinta lewat usia Icon_minitime13/5/2009, 2:26 pm

Very Happy good n4

tapi mcm kena tempias je sis liah ni. Laughing

xkisah la suda berusia @ muda yg penting mesti bahagia n berkekalan.insyaAllah klu ada jodoh. tapi klu hati ni suda serik d permainkan mcm mana mu bercinta lg.sedih n seksanya rasanya dpermainkan.tapi 2 semua ketentuan illahi.
coz semua insan mau diri d sayangi dan menyayangi serta ambil berat pada kita. Sad . asalakan jgn sesekali gangu rumahtangga org lain
Back to top Go down
aku_alli
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
aku_alli

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : WP Labuan
Website : nebiula.blogspot.com
Tag ID: : SFC 04520

Points : 13214
Reputation : 10
Number of posts : 1680

Cinta lewat usia Empty
PostSubject: Re: Cinta lewat usia   Cinta lewat usia Icon_minitime13/5/2009, 2:29 pm

bagi aku la kan, umur tu cuma angka. kohkohkoh.
Back to top Go down
mnaz
REGULAR
REGULAR
mnaz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 41
location : tuaran-sipitang
Tag ID: : SFC 05636
Points : 11801
Reputation : 7
Number of posts : 403

Cinta lewat usia Empty
PostSubject: Re: Cinta lewat usia   Cinta lewat usia Icon_minitime13/5/2009, 2:36 pm

jodoh yg datang itu x kenal usia urg tu...klu dah jodoh kahwin je la...hihi..dan jodoh itu dtg dari tuhan...hanya dia yg menentukan..
Back to top Go down
yiez patzi
SENIOR
SENIOR
yiez patzi

Female
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : kota kinabalu
Tag ID: : SFC 04738
Points : 12458
Reputation : 3
Number of posts : 886

Cinta lewat usia Empty
PostSubject: Re: Cinta lewat usia   Cinta lewat usia Icon_minitime14/5/2009, 12:26 pm

cinta lewat usia..

usia bukanlah penghalang cinta. mana tau cinta lewat usia itulah cinta sejati yg akan menemani sehingga ke hujung nyawa. ewa... Very Happy
Back to top Go down
Liah
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Liah

Female
Age : 46
location : kota kinabalu
Tag ID: : SFC 04179
Points : 12882
Reputation : 15
Number of posts : 1258

Cinta lewat usia Empty
PostSubject: Re: Cinta lewat usia   Cinta lewat usia Icon_minitime16/5/2009, 9:54 am

cinta lewat usia....

Suspect hemmmmm...bg sis. kadang2 ada yg fobia utk bercinta kerna kenangan silam yang menyakitkan hati n takut utk memulakan sesuatu yang baru..harap2 jgnlah d jadi kenangan lama penyebab napa xmau bercinta lg walau pun sudah berusia.pada peringkat ni la kdg2 kita kena pikir juga hari yg akan dtg coz makin hari makin senja pale .tapi ni bergantung pada pendirian seseorang..coz kita xbuli memaksa utk d cintai dan menyintai...terlepas tan(jgn ayam gan bau t***).usia bkn lah penghalang utk kita bercinta dan dlm usia ni juga fikiran kita matang.jodoh yang datang xmengira usia dan ketentuan yang maha esah sama ada kita suka @ x klu sudah namanya jodoh.( bak kata pepatah mengatakan jgn ayam terlepas tangan bau t***) Wink .kita kena terima seadanya.
Back to top Go down
aRyE
SENIOR
SENIOR
aRyE

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : K.k L!KAS<-->CpTaNG
Tag ID: : SFC 06922
Points : 12138
Reputation : 4
Number of posts : 883

Cinta lewat usia Empty
PostSubject: Re: Cinta lewat usia   Cinta lewat usia Icon_minitime16/7/2009, 1:52 am

uhuhu cinta lewat usia ni.... bagi aku larrr... baik jugak coz' , diri dah matang dan da bersedia tuk mendirikan mahligai...

>> cinta tak kenal usia.....tapi apa pun , itu semua kehendak ilahi.... tiada 1 pun tahu rahsia disebalik nya......

peace, no war....
Back to top Go down
Sponsored content




Cinta lewat usia Empty
PostSubject: Re: Cinta lewat usia   Cinta lewat usia Icon_minitime

Back to top Go down
 

Cinta lewat usia

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: PEREMPUAN DOT NET :: Cinta-
Jump to: