SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Ronaldo perlu dibedah Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Ronaldo perlu dibedah Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Ronaldo perlu dibedah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12409
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Ronaldo perlu dibedah Empty
PostSubject: Ronaldo perlu dibedah   Ronaldo perlu dibedah Icon_minitime4/7/2008, 9:32 am

Ronaldo perlu dibedah Sl_01.1
LONDON - Gergasi bola sepak England, Manchester United, semalam mengesahkan laporan perubatan awal Cristiano Ronaldo menunjukkan bintang sayap Portugal itu perlu menjalani pembedahan buku lali kanan.
Menurut laporan tersebut, Ronaldo tidak mempunyai pilihan lain kecuali perlu melakukan pembedahan, sekali gus menyebabkan dia tidak dapat beraksi sekurang-kurangnya enam minggu sehingga sembuh.
United bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa mereka belum lagi memutuskan tindakan lanjut yang akan diambil ekoran kecederaan itu.
"Pegawai perubatan Manchester United mengadakan pertemuan pasukan perubatan Persatuan Bola Sepak Portugal dan Ronaldo di Lisbon hari ini (kelmarin) untuk meninjau keadaan buku lali kanan pemain itu.
"Keputusan awal menunjukkan dia memerlukan nasihat lanjut pakar dan pengumuman mengenai tindakan yang akan diambil akan dibuat kemudian,'' kata United dalam satu kenyataan.
Masa depan Ronaldo di United berada di dalam dilema sejak akhir-akhir ini selepas dia secara terbuka menyuarakan hasrat untuk meninggalkan Old Trafford dan menyertai gergasi bola sepak Sepanyol, Real Madrid.
Pengurus United, Alex Ferguson menyuarakan kekecewaan terhadap tindakan yang dilakukan oleh Real untuk memancing Ronaldo yang masih memiliki kontrak di Old Trafford sehingga 2012.
Ronaldo menjaringkan 42 gol buat United sepanjang musim lalu dalam semua kejohanan dan membantu kelab tersebut merangkul kejuaraan Liga Perdana dan Liga Juara-Juara Eropah.
- AFP
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12409
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Ronaldo perlu dibedah Empty
PostSubject: Re: Ronaldo perlu dibedah   Ronaldo perlu dibedah Icon_minitime4/7/2008, 1:53 pm

Debaran United tunggu laporan perubatan Ronaldo



Ronaldo perlu dibedah Mainpix1
SAKIT: Ronaldo mengerang kesakitan dan cuba dibantu pemain Jerman, Bastian Schweinsteiger ketika saingan suku akhir Euro 2008 di Basel, Switzerland, 19 Jun lalu.

LONDON: Sudah terbit petanda membimbangkan sama ada mutiara bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo dapat beraksi untuk juara kelab Eropah, Manchester United dalam musim baru Liga Perdana Inggeris (EPL) yang bermula bulan depan ketika kecederaan buku lali kanan yang dikhabarkan memerlukan pembedahan.

Perkembangan itu turut mengheret perbalahan di antara pengurus pasukan, Sir Alex Ferguson dan bekas jurulatih Portugal, Luiz Felipe Scolari selepas pengendali dari Brazil itu dikaitkan sebagai antara punca kecederaan itu ketika latihan pusat sebelum kancah Euro 2008 bermula di Switzerland dan Austria, bulan lalu.

Kini, pasukan perubatan dari United dan Portugal dikhabarkan akan meminta nasihat pakar berhubung kecederaan buku lali yang dialami Ronaldo, menurut kenyataan kelab juara EPL itu kelmarin walaupun pihak dari United tidak menyebut apa-apa mengenai pembedahan itu.


Ronaldo yang mendedahkan kecederaan itu selepas kekalahan Portugal di suku akhir Euro 2008 bulan lalu, berkata dia menanggung kecederaan itu selama tiga bulan ketika membantu cabaran United dalam EPL dan juga Liga Juara-Juara Eropah.

Dia tidak menolak kemungkinan memerlukan pembedahan yang mungkin mengambil masa kira-kira enam minggu untuk memulihkan kerjaya bola sepak yang kini meniti ke tahap tertinggi ketika dia mula digelar pemain nombor satu dunia.

"Pegawai perubatan Manchester United bertemu pasukan perubatan dari Persatuan Bola Sepak Portugal dan Cristiano Ronaldo di Lisbon hari ini (semalam) berhubung rawatan terhadap buku lali kanannya yang tercedera," kata United di laman web mereka (www.manutd.com).
"Sebagai susulan, nasihat pakar diperlukan dan pengumuman akan dibuat mengenai tindakan selanjutnya," kata kenyataan United itu lagi.

Ronaldo kekal sebagai tumpuan utama kerana dia masih belum pasti di mana dia akan beraksi musim depan dan United berkata, pemain itu bukan untuk dijual biarpun Real Madrid juga menegaskan mereka berminat.

Ronaldo berkata, kemungkinan dia ke Real juga besar apabila ditanya mengenai masa depannya di Lisbon oleh televisyen Portugal dengan berkata:

"Saya tidak akan bercakap mengenai apa-apa, saya tidak boleh bercakap," katanya.
Ronaldo memenangi EPL dan Liga Juara-juara Eropah bersama United musim lalu, menjaringkan 42 gol dan dinobatkan sebagai Pemain Bola Sepak Terbaik EPL untuk kali kedua berturut-turut. – Reuters
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
jeff
SENIOR
SENIOR
jeff

Male
Age : 52
location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan
Points : 12309
Reputation : 0
Number of posts : 737

Ronaldo perlu dibedah Empty
PostSubject: Re: Ronaldo perlu dibedah   Ronaldo perlu dibedah Icon_minitime4/7/2008, 1:54 pm

macam2 saja bola sepak ni.....kadang2 macam main "politik" pula... dont know
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 12285
Reputation : 0
Number of posts : 2370

Ronaldo perlu dibedah Empty
PostSubject: Re: Ronaldo perlu dibedah   Ronaldo perlu dibedah Icon_minitime4/7/2008, 6:08 pm

Ronaldo is da best.... Very Happy
Back to top Go down
drakult
SIFU
SIFU


Male
Age : 47
location : SU, SA, SB
Points : 12258
Reputation : -1
Number of posts : 6286

Ronaldo perlu dibedah Empty
PostSubject: Re: Ronaldo perlu dibedah   Ronaldo perlu dibedah Icon_minitime4/7/2008, 6:18 pm

wakakaka..makin patah sudah MAN U..hahahahaa..ini kali lah peminat MAN U suma kecundang..hidup SusuMuRata F.C..hahahaa..MANTAP!!?!! Very Happy
Back to top Go down
m_hafiz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
m_hafiz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : Borneo Paradise,)mcm d kK,)
Tag ID: : SFC 05031
Points : 12434
Reputation : 7
Number of posts : 1146

Ronaldo perlu dibedah Empty
PostSubject: Re: Ronaldo perlu dibedah   Ronaldo perlu dibedah Icon_minitime9/3/2009, 1:26 pm

respek respek respek respek respek respek :respek:moga cepat sembuh,)
Back to top Go down
Sponsored content




Ronaldo perlu dibedah Empty
PostSubject: Re: Ronaldo perlu dibedah   Ronaldo perlu dibedah Icon_minitime

Back to top Go down
 

Ronaldo perlu dibedah

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: BULETIN SUKAN-
Jump to: