MiRA_TaSHa ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 39 location : Kota Kinabalu Tag ID: : SFC 00002 Points : 13010 Reputation : 0 Number of posts : 2047
| Subject: Patung sihir 14/9/2007, 11:51 pm | |
| Hmm..siapalah yg punya angkara syirik nih...Buat ilmu hitam kat orang..Dan sapelah yg menjadi mangsa ilmu hitam tersebut..Inilah angkara manusia yg jauh menyimpang dari "jalan yg lurus" ... SEREMBAN: “Bulu roma saya tiba-tiba meremang sebaik memandang anak patung itu,” kata seorang kakitangan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) yang menemui dua pasang anak patung terikat di pokok yang didakwa disihir di tepi jalan di Jalan Taman Panchor di sini, petang kelmarin. Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Isa, 47, bersama beberapa rakannya menemui anak patung itu berbalut kain kuning dan merah serta diikat dengan keadaan terbalik jam 4 petang ketika melakukan kerja penyelenggaraan jalan raya di situ. Katanya, ketika seorang daripada rakannya hendak membuang air kecil, dia ternampak anak patung itu terikat dengan keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas di sebatang pokok. “Tidak ada seorangpun daripada kami berani mendekati anak patung itu kerana ia disyaki perbuatan jahat pihak tertentu,” dakwanya. Isa yang bekerja di Unit Kejuruteraan Bahagian Jalan MPS, berkata dia segera memaklumkan kepada adik iparnya yang juga pengamal perubatan tradisional. Adik ipar Isa yang dikenali sebagai Sham, 30-an bersama sekumpulan pemuda datang ke lokasi patung terbabit jam 12 tengah malam kelmarin untuk membuang sihir itu. Tinjauan mendapati terdapat dua pasang anak patung dibalut kain serta berikat benang di sebatang pokok. Difahamkan, dengan keadaan anak patung itu diterbalikkan kepala ke bawah, mangsa sihir itu menderita sakit kepala dan apabila benang yang mengikat itu putus bermakna mangsa meninggal dunia.Lokasi anak patung itu yang diikat di tepi jalan juga bagi memudahkan pengamal ilmu sihir meninjau sama ada ikatan benang itu terputus atau tidak. Selepas selesai upacara menanggalkan ikatan anak patung itu, Sham mendakwa sihir itu digunakan untuk memusnahkan sebuah keluarga.Menurut Sham, berdasarkan patung yang digunakan, iaitu satu patung lelaki dan anak perempuan kecil serta sepasang anak patung lelaki dan perempuan menunjukkan ia cuba menyihir satu keluarga.“Seorang bapa, abang, kakak dan adik perempuan menjadi mangsa perbuatan terbabit dan saya yakin keluarga yang sedang menderita itu tinggal berdekatan tempat anak patung itu ditemui,” katanya.Ketika upacara membuang sihir, seorang daripada pemuda yang mengikutinya tiba-tiba diserang histeria dan menuturkan kata-kata pelik menyebabkan suasana agak tegang sebelum dia dipulihkan.
Semua patung dibakar bagi memastikan sihir pada patung itu dimusnahkan. |
|
>Butterfly< SENIOR
Countries/State : Age : 39 location : Selangor Tag ID: : SFC 05070 Points : 11940 Reputation : 12 Number of posts : 610
| Subject: Re: Patung sihir 22/4/2009, 5:04 pm | |
| apa barang pakai sihir... skrg dh moden, zaman dh maju, org skrg pakai pistol ar.... |
|