ahfick REGULAR
Countries/State : Age : 33 location : kota kinabalu,tuaran, Website : ahfickqree@yahoo.com/facebook Tag ID: : SFC 15300 Points : 10920 Reputation : 7 Number of posts : 483
| Subject: 6 cara mengatasi keegoan lelaki 7/8/2011, 5:43 am | |
| Untuk mengawal atau mengatasi ego seorang lelaki adalah suatu perkara yang agak sukar. Tetapi ianya tidak mustahil kerana lelaki juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Berkemungkinan anda perlu menukar cara pendekatan atau penyampaian untuk mengatasi ego mereka. Ianya memerlukan sedikit kesabaran dan masa untuk anda berjaya mengatasinya. Terpulang kepada kreativiti anda sendiri untuk menggunakan pendekatan yang dirasakan sesuai.
Dengar apa yang mereka katakan- Seorang lelaki amat gemar apabila wanita mahu mendengar apa kata mereka. Ini berkemungkinan kerana kenalurian sebagai pemimpin yang sebati dengan jiwa. Tetapi lelaki juga manusia biasa, apa yang mereka katakan tidak semestinya seratus peratus tepat. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa yang mereka nyatakan, cuba beri bantahan dengan cara yang lembut. Ini adalah kerana sekiranya anda memberi bantahan dengan cara yang keras, sudah semestinya seorang lelaki itu akan lebih berkeras dengan anda untuk menjaga keegoan mereka.
Buatkan mereka berasa bijak- Seorang lelaki amat mementingkan kehormatan mereka. Sekiranya anda merasakan pendapat yang mereka berikan tidak masuk akal sekalipun, jangan memberi kenyataan sehingga mereka menganggap anda memikirkan mereka tidak bijak! Ia akan memburukkan lagi keadaan kerana mereka akan cuba untuk mempertahankan walaupun mereka sebenarnya sedar mereka salah.
Buatkan mereka merasakan sebagai SUPER HERO- Tidak dapat dinafikan setiap lelaki di dunia amat mengharapkan untuk menjadi hero kepada seseorang wanita. Buatkan mereka merasakan mereka adalah penyelamat anda. Sekiranya anda mempunyai masalah dan tahu bahawa pasangan anda mungkin tidak dapat membantu, jangan sesekali cuba untuk menyembunyikannya. Tanyakan pendapat mereka walaupun peratus mereka untuk membantu adalah amat sedikit.
Pujian- Hanya dengan pujian yang sederhana sahaja mampu untuk mengurangkan keegoan seorang lelaki. Bukan wanita sahaja yang gemarkan pujian, tetapi lelaki juga sama. Sekiranya mereka telah berusaha melakukan sesuatu untuk anda, berilah mereka sedikit pujian. Ini akan membuatkan mereka merasakan anda betul-betul menghormati mereka. Apabila anda telah menunjukkan rasa hormat, tidak mutahil untuk mereka juga menghormati diri anda.
Pastikan anda berada dalam keadaan yang cantik- Tahukah anda bahawa keegoan lelaki akan menurun sekiranya melihat sesuatu yang cantik? Untuk panduan wanita, sekiranya anda sedang dalam perselisihan faham dengan pasangan anda, pastikan pada waktu perbincangan itu anda berada didalam keadaan yang cantik. Ini kerana dari segi psikologi, sekiranya anda berada di dalam keadaan yang tidak terurus atau sebagainya, ia akan menaikkan lagi kemarahan pasangan anda. Berhiaslah secantik-cantiknya untuk tatapan suami anda.
Buatkan mereka merasakan merekan betul- Sememangnya agak sukar untuk mengurangkan ego seseorang lelaki. Anda perlu bijak untuk membuatkan mereka merasakan mereka betul walaupun sebenarnya mereka salah. Gunakan kreativiti anda tersendiri untuk melakukannya. Cuba elakkan daripada memberi bantahan secara terus kerana ia pasti secara terang menunjukkan mereka salah. Cuba berikan penjelasan secara kiasan supaya mereka tidak sedar anda membantah apa yang mereka nyatakan. Biarkan mereka sendiri yang memikirkannya. |
|