SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
SPR-umpama sampah.. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
SPR-umpama sampah.. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 SPR-umpama sampah..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
otai
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
otai

Male
Countries/State : Australia
Age : 42
location : Kudat Sabah
Tag ID: : 999999
Points : 12596
Reputation : 0
Number of posts : 1159

SPR-umpama sampah.. Empty
PostSubject: SPR-umpama sampah..   SPR-umpama sampah.. Icon_minitime17/9/2007, 8:21 am

SPR dan pengerusinya umpama sampah

SPR dan pengerusinya umpama sampah - Bersih

Wan Nordin Wan Yaacob

Wed | Mar 28, 07 | 02:43:42 PM


KUALA LUMPUR, 28 Mac (Hrkh) - Sudah 11 kali pilihan raya umum diadakan,
namun perkara yang sama tetap berbangkit iaitu mengenai integriti
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dilihat banyak pihak tidak
menjalankan fungsi secara adil, telus dan wibawa.


Advertisement


Meskipun sesekali, SPR melalui pengerusi-pengerusinya membuat kenyataan
seakan mahu membersihkan badan itu dari pelbagai masalah yang dihadapi,
namun ianya hanya menghiasi dada-dada akhbar untuk tujuan sensasi,
tidak lebih dari itu.


ImagePengendalian perjalanan pilihan raya umum dan beberapa pilihan
raya kecil tetap dipertikai oleh pembangkang terutamanya yang melihat
SPR sebagai agen bagi Umno dan BN untuk mengekalkan kuasa.


Tidak endahkan mahkamah


Terbaru 21 Mac lalu kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul
Rahman sekali lagi mengundang celaan oleh pelbagai pihak termasuk
pembangkang dan NGO yang melihat kenyataan itu berupa satu penipuan.


"Sebagai seorang kakitangan awam, Abdul Rashid perlu bertanggungjawab
mengendalikan pilihan raya dan menjawab segala permasalahan yang
diutarakan oleh orang awam, tetapi kenyataan beliau baru-baru ini
sangat mengecewakan," kata wakil Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil
(Bersih), R.Sivarasa semasa mengadakan sidang media Bersih di Pejabat
KeADILan dekat Brickfield hari ini.


Turut hadir Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Zulkifli Ahmad; wakil
DAP, Ronnie Liu; wakil Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arutchelvan dan
wakil Suara Rakyat Malaysia (Suaram), K.Shan.


Mengulas lanjut kenyataan Abdul Rashid, Sivarasa berkata, Pengerusi SPR
itu sebenarnya sengaja tidak mengendahkan perkembangan-perkembangan
terkini di mana Mahkamah-mahkamah telah menyatakan dengan jelas peranan
yang sepatutnya dimainkan oleh SPR dalam menjayakan pilihan raya secara
keseluruhan.


Malah kenyataan Abdul Rashid itu, tegas beliau hanyalah untuk
menyelamatkan SPR yang sebenarnya diperkudakan oleh BN untuk
mengekalkan kuasa.


Pengerusi SPR itu sebenarnya menjawab bagi pihak BN dan dalam banyak
kes membuktikan bahawa pengendalian pilihan raya oleh SPR sebenarnya
hanya menyebelahi pihak BN, katanya.


Pinda akta untuk kebalkan SPR


Sebagai contoh katanya, pada tahun 2001, Hakim Dato' Muhammad Kamil
Awang membatalkan keputusan Pilihan Raya bagi Likas, Sabah atas alasan
senarai pemilih bagi pilihan raya yang diadakan pada tahun 1998 bagi
kawasan berkenaan tidak mengikut undang-undang kerana adanya pengundi
hantu dibenarkan mengundi pada hari pembuangan undi.


Dalam penghakimannya, Muhammad Kamil telah menyatakan bahawa SPR gagal
menjalankan tanggungjawabnya dalam mengesah, menggazet senarai pemilih
yang mencurigakan di samping banyak laporan yang dibuat ke atas
kepincangan SPR, katanya.


Begitupun selepas penghakiman tersebut, kerajaan dengan kerjasama SPR
membuat pindaan kepada Akta Pilihan Raya 1954 pada bulan Jun 2002 di
mana senarai pemilih yang disahkan atau disahkan semula oleh SPR
dianggap muktamad dan diterima, kata Sivarasa.


"Pindaan ini secara efektifnya menolak segala peluang yang ada untuk
mencabar kredibiliti dalam senarai pemilih. Hari ini dalam keadaan SPR
itu kebal dari dicabar dari sebarang petisyen pilihan raya yang bakal
wujud dalam senarai pemilih, mengapa Rashid mencabar pihak yang
mengkritik beliau untuk membawanya ke mahkamah," kata Sivarasa lagi.


Hilang kertas undi


Sementara itu dalam pilihan raya 2004, terdapat laporan mengenai
kehilangan 10,245 kertas undi bagi Parlimen Kuala Terengganu;
bagaimanapun Abdul Rashid ketika itu hanya menyatakan kehilangan itu
kerana pengundi membawa pulang kertas undi sebagai koleksi
kenang-kenangan, kata Sivarasa.


"Kenyataan itu disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab malah ianya
memalukan bagi seorang penjawat awam yang memegang sebuah badan yang
seharusnya tidak boleh berpihak kepada mana-mana pihak," kata Sivarasa
lagi.


Dalam kes lain katanya, pada pilihan raya 2004, Parti KeADILan Rakyat
(KeADILan) telah memohon kepada mahkamah berhubung penggunaaan beberapa
versi senarai pemilih, isu memanjangkan tempoh mengundi hingga jam 7.00
petang di Selangor, mencatit nombor siri pengundi dan dengan kes SPR
membenarkan 'pondok panas' didirikan pada saat akhir meskipun SPR
sebelum itu mengumumkan tidak ada sebarang pondok panas.


Namun, ketika itu SPR melalui Peguam Negara telah menghalang permohonan
KeADILan dengan alasan pihak pendakwa menggunakan 'jalan belakang'
untuk mencabar pilihan raya dan berkata hanya petisyen sahaja jalan
untuk sebarang pendakwaan, ujar Sivarasa lagi.


Dalam avidavitnya, KeADILan telah menyatakan bahawa permohonan yang
dibuat bukanlah untuk membatalkan keputusan pilihan raya umum tetapi
mahukan peraturan ditetapkan oleh mahkamah untuk menjelaskan
undang-undang sebagai panduan kepada SPR menjalankan pilihan raya untuk
keselesaan semua, katanya lagi.


Bagaimanapun Abdul Rashid dalam jawapan-jawapannya terhadap beberapa
kes yang diutara pembangkang, tetap mempertegaskan bahawa SPR
menjalankan pilihan raya secara telus, dan tidak pernah mengakui
kesilapan yang dilakukan, kata Sivarasa.


Dengan kes-kes yang didedahkan itu kata Sivarasa, kredibiliti SPR itu
sendiri sebenarnya tidak lagi diyakini oleh rakyat, justeru baginya
sudah sampai masanya Abdul Rashid meletak jawatan.


Abdul Rashid 'rubbish'


Sementara itu, Ronnie Liu pula menyatakan bahawa bukan sekali Abdul
Rashid membuat kenyataan yang dianggap sebagai 'rubbish' (sampah) itu,
sebaliknya Abdul Rashid dilihat telahpun menjadi jurucakap bagi Umno
dan BN bagi menjawab segala masalah yang diutara pembangkang kepada SPR.


Menurutnya, jika di India atau di Indonesia, setiap laporan yang dibuat
ke atas perjalanan pilihan raya akan diambil perhatian dengan serius
termasuk ada beberapa kes membabitkan calon menggunakan kemudahan
kerajaan ketika berkempen, pihak SPR di India membatalkan perjalanan
pilihan raya dan mengadakannya semula.


"Tetapi di Malaysia, meskipun kes yang dihadapkan ialah kes senarai
pemilih yang mencurigakan dengan banyak nama yang tanpa alamat, dan ada
satu alamat yang mempunyai banyak nama pengundi, tetapi ianya tidak
diendahkan SPR," katanya.


Sambil menyifatkan pengendalian pilihan raya sejak dahulu hingga kini
tidak pernah telus dan hanya berpihak kepada Umno/BN, Ronnie menggesa
rakyat bangkit bagi memperjuangkan hak memilih dengan bebas.


Tiga tuntutan tidak dilaksana


Dalam pada itu, Dr Zulkipli pula menyatakan setakat ini tiga tuntutan
yang dibuat oleh Bersih pada Disember tahun 2006 lalu kepada SPR dan
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya SPR
menjalankan pilihan raya dengan bersih masih belum dipenuhi oleh pihak
SPR.


Antara tuntutan itu ialah, penggunaan dakwat untuk 'celup jari' bagi
mengelak pengundi mengundi dua kali; penghapusan undi pos dan
pembersihan daftar pemilih.


Begitupun dalam tuntutan menggunakan dakwat untuk 'celup jari' yang
mempunyai kos yang murah pihak SPR hanya mencadangkan penggunaan
Biometrik (pengimbas cop jari) yang dilihat lebih mahal, kata Dr
Zulkifli.


"Kita positif kepada cadangan itu (Biometrik) cuma kita bimbang
pelaksanaannya nanti hanyalah akan menguntungkan pihak kerajaan
sahaja.Kita mahu kerajaan gunakan celup jari lebih murah, dan ianya
diamalkan oleh negara-negara seperti India, Indonesia dan beberapa
negara lain," katanya lagi.


Rashid cabar pembangkang


Pada 21 Mac lalu, SPR membidas pihak tertentu terutama parti
pembangkang yang sering mempertikaikan ketelusan badan itu dengan
mendakwa tidak pula mengemukakan bukti untuk menyokong tuduhan tersebut.


Abdul Rashid ketika menyelar pembangkang berkata, sekiranya benar SPR
tidak bersikap telus dalam mengendalikan proses pilihan raya di negara
ini, pihak terbabit perlu mengemukakan bukti dan membawa SPR ke
mahkamah.


Beliau menegaskan, Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan jelas
menyatakan bahawa sebarang pertikaian berkaitan dengan pilihan raya
perlu ditentukan oleh mahkamah.


‘‘Saya tidak boleh terus berhujah (menjawab tuduhan tersebut) kerana ia
tidak akan tamat. Mereka sudah beberapa kali membawa SPR ke mahkamah
tetapi tidak ada apa- apa pun yang mengatakan kami tidak telus.


‘‘Kalau mereka kata kita tidak telus mereka perlu buktikannya. Saya
tidak ada satu bukti pun yang menyatakan tidak telus,” kata Abdul
Rashid lagi.


Pengerusi SPR itu mengulas dakwaan beberapa parti politik pembangkang
yang terus membangkitkan isu ketelusan SPR dalam mengendalikan proses
pilihan raya di negara ini. - mks.
Back to top Go down
 

SPR-umpama sampah..

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: