Di sini ada sedikit petua tradisional yang sering digunakan oleh orang-orang dahulu. Kepada rakan-rakan, silalah kongsikan petua yang anda ketahui....
Asma Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh
lada putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi pepesan.
Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan menghilangkan penyakit
asma.
Bau BadanSapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang
telah diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa
ketika dan bilas dengan air bersih.
Bayi SelsemaBeberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga
mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan
melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.
Hidung Berdarah Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas
sedikit dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan kehidung
yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala meninggi.
Sakit GigiKunyah sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk
beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.