andypeterh ELITE
Age : 44 location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau Points : 12549 Reputation : 1 Number of posts : 4411
| Subject: Semakin ramai pasangan cerai guna SMS, e-mel 17/12/2007, 10:02 am | |
|
[url=mailto://][/url]
LONDON: Seorang setiap tujuh orang mengatakan mengalami nasib serupa dengan bekas suami Britney Spears apabila diberitahu kekasih bahawa hubungan mereka sudah berakhir menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau e-mel, mengikut keputusan satu tinjauan, kelmarin.
Bersembunyi di sebalik teknologi seolah-olah menunjukkan cara yang pengecut untuk memutuskan hubungan tetapi ada juga segelintir lagi yang dengan mudah menghentikan semua komunikasi dengan kekasih mereka tanpa notis.
“Kebanyakan kita menghantar e-mel dan SMS setiap hari, jadi tidak hairanlah ia kini digunakan untuk meninggalkan seseorang - walaupun menimbulkan perasaan jijik sekali pun,” kata Rob Barnes dari moneysupermarket.com, yang menjalankan tinjauan itu.
“Keputusan itu menunjukkan satu peratus penduduk akan menggunakan tapak rangkaian sosial untuk meninggalkan pasangannya. Ia amat menarik untuk melihat bagaimana ia mengubah satu tapak seperti Facebook dan MySpace menjadi lebih menonjol dalam kehidupan seharian kita.”
Antara mangsa paling berprofil tinggi yang ditinggalkan menerusi SMS ialah Kevin Federline, yang dilaporkan menerima berita bahawa Spears memfailkan perceraian ketika sedang membuat rakaman untuk pertunjukan televisyen.
Kajian itu membabitkan 2,194 responden di Britain yang berusia antara 18 hingga 24 tahun. Lebih mengejutkan ialah hampir 25 peratus daripada mereka mengaku pernah menggunakan surat untuk memaklumkan kepada kekasih untuk memutuskan hubungan mereka.
Tinjauan sebelum ini oleh LetsTalk.com mendapati, 49 peratus remaja Amerika Syarikat mengakui bahawa SMS adalah ciri terpenting telefon bimbit.
Laporan mengatakan, 12.5 bilion SMS dihantar hingga Jun lalu di Amerika, kenaikan sebanyak 72 peratus berbanding setahun lalu. Selain itu, sembilan peratus mengakui menerima SMS kekasih yang memutuskan hubungan mereka. - Agensi |
|
napster MODERATOR
Countries/State : Age : 40 location : KLIA (hometown papar) Tag ID: : SFC 03920 Points : 17614 Reputation : 116 Number of posts : 6364
| Subject: Re: Semakin ramai pasangan cerai guna SMS, e-mel 23/4/2009, 3:00 pm | |
| lafaz cerai guna sms masih blh digunakan ke? |
|