SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Artis tunang, kahwin, cerai Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Artis tunang, kahwin, cerai Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Artis tunang, kahwin, cerai

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12549
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Artis tunang, kahwin, cerai Empty
PostSubject: Artis tunang, kahwin, cerai   Artis tunang, kahwin, cerai Icon_minitime29/12/2007, 7:37 pm



Oleh Norhayati Nordin
yati@hmetro.com.my


CEPAT benar masa berlalu, diam tak diam 2007 hampir melabuhkan tirainya. Justeru, pastinya sepanjang tahun ini ada gembira dan dukanya. Bagaimanapun, siapa sangka 2007 menjadi pilihan kebanyakan artis menamatkan zaman bujang mereka.











Selain mengikat hubungan cinta dibina dengan perkahwinan, tidak kurang pula artis yang bertunang. Namun, di sebalik keceriaan itu, ada juga yang bersedih kerana ikatan kasih mereka terputus ‘di tengah jalan’. Apapun, segalanya ditentukan Ilahi.

Mengimbau detik manis 2007, ia dimulakan dengan berita pertunangan penyanyi genit, Siti Sarah Raissuddin, 23, yang memilih pemuda New Zealand, Muhamad Harith Fuad Robinson, 24. Pasangan ini bertemu di pusat beli-belah Suria KLCC, tahun lalu.

Siti Sarah dan tunangnya berkenalan menerusi laman bual di Internet. Pada majlis pertunangannya, anak gadis pelakon Raissuddin Hamzah itu menerima wang hantaran RM40,000. Malah, pasangan muda ini mengambil keputusan mengikat pertunangan selama dua tahun.

Selain itu, bekas pemain gitar utama kumpulan New Boyz, Ridza Faitullah Abdul Rahim, 24, atau Rizz menamatkan zaman solo dengan gadis pilihan, Norashidalaila Mohd Ghani pada Februari lalu dengan wang hantaran RM8,888 dan mas kahwin RM90.

Turut bertemu jodoh, pelakon Nasrizal Ngasri atau Bell, 27, yang mengahwini Farhana Mahamad Fairi, 25, pada 30 Mac lalu. Bell dan Farhana sudah berkenalan selama lima tahun. Pada majlis pernikahannya, Bell menyerahkan wang hantaran RM8,888 serta mas kahwin RM80.

Selain Bell, pelakon Siti Naziyah Sheikh Mustafar atau Nadia Mustafar, 32, turut memilih 30 Mac lalu untuk disatukan dengan lelaki pilihannya, Hazil Isham Ismail, 33. Bagaimanapun, perkahwinan itu adalah kedua bagi pasangan ini.

Kegagalan pada perkahwinan pertama, nyata bukan penamat bagi Nadia dan Hazil membina ‘mahligai’ baru yang berasaskan cinta. Bagi menyemarakkan kasih dibina, pasangan ini memilih New Zealand sebagai lokasi bulan madu.

Pada 4 April lalu, pemenang tempat ketiga Pencarian Gadis Metro 2004, Balkisyh Semundur Khan, 21, bernikah dengan Mohd Aizad Mohd Rosli, 24. Pelakon muda itu memilih adik pengarah drama, Jurey Latif sebagai suami dengan wang hantaran RM10,000.

Tanggal 12 Mei pula, menjadi pilihan bekas peserta Malaysian Idol 2 (MI2) dan One In A Million (OIAM), Farah Asyikin Datuk Zulkifli atau Farah, 27, dan Dr Fariz Yahya, 29. Pada majlis pernikahannya, Farah menerima mas kahwin, RM155 dan wang hantaran RM15,555.


Tidak ketinggalan, bekas anggota kumpulan VE, Zaf atau nama sebenarnya Zafri Nazaruddin yang memilih wartawan, Norliza Ismail sebagai suri hidupnya. Pasangan merpati dua sejoli ini diijabkabulkan pada 16 Jun lalu.


Bekas anggota kumpulan Phyne Ballerz, Beego pula mengabadikan tarikh 07/07/07 untuk majlis pertunangannya. Beego atau Md Aszerul Nizam, 27, memilih gadis idaman, Intan

Shahira Mohd Shahrul, 25. Pasangan kekasih ini akan diijabkabulkan pada 28 Disember ini.

Pada 12 Julai lalu, penyanyi dan komposer, Farish Ramli atau Cat, 33, mengakhiri zaman bujangnya dengan peguam, Hartini Ramly. Anggota kumpulan Fabulous Cats itu menyerahkan wang hantaran RM13,000 berserta mas kahwin, RM80.

Sementara itu, penyanyi Ning Baizura Sheikh Hamzah, 32, mengikat pertunangan dengan Omar Sharif Christopher Layton Dalton, 33, juga pada 12 Julai lalu. Ning dan tunangnya berkenalan dengan di majlis perkahwinan rakannya di Bali, Indonesia, September 2006.

Perantara Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3, Nuraffenda Mohd Ibrahim atau Fenda, 25, turut memilih peguam, Azizan Ariff Ariffin, 39, sebagai teman hidup. Pasangan ini bernikah pada 28 Julai lalu selepas setahun bercinta.

Tidak sampai setahun ‘menjanda’, aktres Natasha Liana Hudson, 24, berkahwin buat kali kedua dengan Datuk Shahrin Zahari pada 4 Ogos lalu. Bagaimanapun, majlis pernikahan pasangan ini diadakan secara tertutup di Carcosa Seri Negara.

Pelakon, Eizlan Yusof yang bersedia menjadi suami pada usia 36 tahun, memilih gadis Sabah, Vie Shantie Haroon Khan, 21 sebagai isteri. Pada majlis pernikahan, Eizlan menyerahkan wang hantaran RM77,777,77 dan mas kahwin RM300.

Seorang lagi Personaliti TV3, Azizah Ariffin, 38, turut menamatkan zaman jandanya tahun ini. Siapa sangka ibu kepada dua anak itu bertemu jodoh dengan jejaka lebih muda, Mohd Khafairil Mohd Khalil atau Fairil, 28.

Sekian lama menyulam cinta, penyanyi dangdut kelahiran Benut, Johor, Rohaizah Nordin atau Haiza, 27, akhirnya bergelar isteri kepada bekas anggota skuad hoki negara, Norhanafpe Omar, 27. Di majlis pernikahannya, Haiza menerima wang hantaran RM22,178.

Tarikh 8 September menjadi detik bersejarah kali kedua buat primadona filem Melayu, Fazira Wan Chek atau Erra Fazira, 33, apabila mengikat pertunangan dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin, 32.

Lebih sebulan bertunang, pasangan sejoli itu bernikah pada 25 Oktober lalu. Sebagai menggantikan wang hantaran yang patut diterima, Erra hanya meminta senaskhah Al-Quran. Justeru, permintaan itu amat mengejutkan.

Bukan saja Erra Fazira, kegembiraan 2007 turut diabadikan pasangan pelakon Nisdawati Nazaruddin atau Lis Dawati, 28 dan Fauzi Nawawi, 34. Pasangan ini bernikah pada 9 September lalu dengan wang hantaran RM21,111 dan mas kahwin RM999.

Tempoh 10 tahun berumah tangga, tidak cukup mengukuhkan kasih sayang dibina Ajai dan Nurul apabila pasangan yang pernah dilabel ‘sehati, sejiwa’ ini mengambil keputusan bercerai. Ikatan kasih dibina pasangan ini terlerai pada 20 Oktober lalu.

Tanpa angin dan ribut, tiba-tiba saja pengarah terkenal, Aziz M Osman bercerai dengan isterinya, Nur Aliah Lee Abdullah yang dikahwini 15 tahun lalu. Selain itu, Jamal Abdillah bercerai buat kali ketiga dengan isteri, Fatimatunzahra.

Kesinambungan perkahwinan diteruskan dengan pelakon Pushpa Narayan, 29, yang memilih pemuda Serani, Richard Frederick Robless, 39. Ikatan perkahwinan pasangan ini dilakukan dalam dua adat iaitu Hindu dan Kristian.

Selain itu, bekas anggota kumpulan Ellite, Shasha Saidin turut bertemu jodoh. Kalau suaminya dulu 'mat saleh', bagi perkahwinan kali kedua, Shasha memilih warga Indonesia, Priyanto Nutosoemarsono sebagai suaminya.

Peserta Mentor, Sitti Surianie Jul Karim atau Yanie, 22, bernikah dengan pasangannya, Irfin Abdul Manan, 27, pada 23 November lalu. Tidak ketinggalan, penyampai radio Hot FM, Sharifah Aleya Syed Zainal Rashid, 24, diijabkabulkan dengan Muhammad Ashraf Aasimudin, 27, pada 8 Disember lalu

Bintang Akademi Fantasia 1 (AF1), Atie atau Suriati Abu Bakar juga menamatkan zaman bujang dengan Saiful Anuar Baharim pada 15 Disember lalu. Selain itu, pelakon Zul Yahya, 37, juga melangsungkan pernikahan dengan Siti Raihan Mohd Rodzi, 23, pada 24 Disember lalu.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
 

Artis tunang, kahwin, cerai

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Local-
Jump to: