KUALA LUMPUR - GALAXY S III Samsung Malaysia Electronics boleh didapatkan di pasaran Malaysia menerusi rakan kongsi telekomunikasinya Celcom, DiGi dan Maxis bermula 31 Mei, 2012, dan cawangan Samsung Elite Partner kemudiannya pada Jun 2012.
Pengarah Urusannya Kwon Jae Hoon dalam satu kenyataan berkata dengan pengenalan Samsung GALAXY S III, syarikat itu yakin ia dapat mengatasi kejayaan Samsung GALAXY S II yang terjual sebanyak 20 juta unit di seluruh dunia sejak pelancarannya tahun lepas.
Samsung Malaysia berkata dengan telefon baharu itu yang hanya seberat 133 gram dan lebar 8.55mm, merupakan peranti pertama yang menampilkan pemproses aplikasi teras kuad.
"Ini menyediakan kepada pengguna prestasi dipertingkat, melayari web dengan pantas, pelbagai guna, kualiti grafik terbaik dan antara muka pengguna yang responsif dengan segera di skrin yang lebih besar," kata Samsung.
Samsung GALAXY S III dikuasakan oleh Android 4.0, Ice Cream Sandwich dan bateri 2,100 mAh, kata syarikat itu.- Bernama
sumber:http://www.sinarharian.com.my/bisnes/samsung-galaxy-s-iii-tiba-di-pasaran-malaysia-1.51900