|
Author | Message |
---|
jeff SENIOR
Age : 52 location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan Points : 12415 Reputation : 0 Number of posts : 737
| Subject: Chelsea Tiba 28/7/2008, 7:39 am | |
| Ujian terakhir ChelseaOleh MN NORZASRUDIN norzasrudin@kosmo.com.my KAPTEN Chelsea, John Terry diberikan sambutan meriah ketika tiba di Kuala Lumpur semalam.
JURULATIH Chelsea, Luiz Felipe Scolari menganggap perlawanan menentang Pilihan Malaysia di Stadium Shah Alam malam esok sebagai persiapan terakhir The Blues bagi menghadapi musim baru bulan depan. Malah bekas jurulatih Portugal ini dikatakan sudah memiliki skuad bayangan untuk menghadapi perlawanan pembukaan Liga Perdana England menentang Portsmouth 17 Julai ini. Scolari berkata, selepas hampir 20 hari berada di Stamford Bridge, dia sudah semakin serasi dengan skuad bimbingannya itu. Ketika ini, kira-kira 75 peratus pemain utama skuad itu telah dikenal pasti Scolari bagi membawa cabaran musim baru. "Selepas dua perlawanan pra-musim di China dan Macau, kami berjaya menjaringkan 11 gol tetapi masih terlalu awal untuk menentukan prestasi sebenar skuad The Blues. "Tetapi selepas 15 hingga 20 hari saya bersama skuad ini, saya sudah ada gambaran pemain yang akan mengisi tempat dalam kesebelasan utama kami untuk menghadapi perlawanan Liga Perdana menentang Portsmouth. "Saya mempersiapkan pasukan saya untuk menghadapi satu kejohanan di Rusia dan selepas itu, akan-anak buah saya akan menghadapi aksi liga pertama menentang Portsmouth. "Setakat ini pemain-pemain saya semakin menunjukkan peningkatan dan jika prestasi ini dapat dikekalkan, saya yakin kami mampu memberi cabaran yang hebat musim baru nanti," kata Scolari pada sidang media di Hotel Place of Golden Horses semalam. SCOLARI (kanan) menjawab soalan pemberita sambil diperhatikan Azzudin pada sidang media di Hotel Place of Golden Horses semalam.
Chelsea tiba di Kuala Lumpur semalam selepas mengadakan siri perlawanan persahabatan di China dan Macau sebelum ini. "Kami menyertai empat kejohanan musim ini dan sudah pasti kami mahu memenangi semua empat gelaran itu tetapi saya yakin ia tidak semudah yang digambarkan. "Apa yang penting, kami perlu memberi komitmen 100 peratus sebelum saya memutuskan siapa yang layak menyertai kesebelasan utama," tambah Scolari. |
|
| |
jeff SENIOR
Age : 52 location : Kolombong,Tuaran, n Sandakan Points : 12415 Reputation : 0 Number of posts : 737
| Subject: Re: Chelsea Tiba 28/7/2008, 7:40 am | |
| Jangan terlalu julang ChelseaOleh TAUFEK RAZAK dan SAYED HESHAM IDRIS
| Joe Cole (depan) bersama Michael Ballack disambut peminat-peminat Chelsea sejurus tiba di hotel penginapan di Seri Kembangan semalam menjelang perlawanan persahabatan menentang Malaysia di Stadium Shah Alam, malam esok.
|
KUALA LUMPUR - Jurulatih skuad bola sepak kebangsaan, B. Sathianathan mengingatkan anak-anak buahnya supaya tidak terlalu menghormati pemain Chelsea apabila turun beraksi pada perlawanan persahabatan di Stadium Shah Alam, malam esok. Katanya, pemain negara perlu lebih berani bertindak dan mengambil kesempatan bukannya terlalu mengagumi pemain-pemain bertaraf dunia Chelsea yang bakal mereka hadapi. "Itu yang saya tekankan dalam latihan hari ini (semalam) supaya pemain kita lebih berani memegang bola dan mengatur gerakan apabila ada peluang. "Jangan pandang tinggi sangat mereka. Yang penting dapat main dengan baik dan beri tentangan kuat kepada Chelsea. "Buktikan pemain dari Malaysia juga ada kebolehan dan bakat besar dalam bola sepak," katanya, semalam. Namun, Sathianathan tetap tidak dapat menyembunyikan kebimbangannya dengan kemenangan besar yang dicatat Chelsea dalam dua perlawanan persahabatan terdahulu di China dan Macau. Katanya, China yang mutu bola sepaknya lebih tinggi berbanding Malaysia, begitu mudah dibelasah Chelsea. Sehubungan itu, beliau berusaha mengemaskini dan mendisiplinkan khususnya bahagian pertahanan dalam latihan semalam. "Saya lebih tekankan mengawal pergerakan bola antara bahagian pertahanan dan tengah hari ini supaya pemain kita ampuh bertahan dan menyerang. "Tujuan saya supaya mereka dapat simpan tetapi tidak hilang bola, bertahan dan menyerang secara bersama-sama. "Perlu diingat Chelsea kalau dapat bola, mereka suka simpan lama. Jadi itu kita kena sekat," tegasnya. Sathianathan bagaimanapun belum dapat memutuskan kesebelasan utama yang bakal diturunkannya esok. Namun, untuk mencari gol, beliau mempertaruhkan kepada empat pemain iaitu Hairuddin Omar, Safee Sali, Nizaruddin Yusof dan Mohd. Zaquan Adha Razak. "Kita tidak akan bermain secara bertahan sebaliknya akan tetap menyerang jika dapat menguasai bola," ujarnya. |
|
| |
Fadzliey MODERATOR
Age : 45 location : Beaufort Points : 12578 Reputation : 0 Number of posts : 1268
| Subject: Re: Chelsea Tiba 28/7/2008, 12:49 pm | |
| Chelsea.. Chelsea... Yeahh Yeahh |
|
| |
junraz CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 51 location : Negeri Dibawah Bayu Points : 12648 Reputation : 0 Number of posts : 1635
| Subject: Re: Chelsea Tiba 28/7/2008, 2:37 pm | |
| Chelsea kasi turun pemain simpanan sja lwn malaysia ni...hikk..hik.. |
|
| |
api696 SENIOR
Age : 54 location : LA - Bfort - KK Points : 12296 Reputation : 0 Number of posts : 737
| Subject: Re: Chelsea Tiba 28/7/2008, 2:53 pm | |
| konform malaysia menang....klu men pakai ilmu itam.... Naa...tersebut suda bro ilmuitam plak...ihihi.. |
|
| |
Yakuza MODERATOR
Countries/State : Age : 39 location : penampang,beringgis,papar Points : 12606 Reputation : 3 Number of posts : 1457
| Subject: Re: Chelsea Tiba 28/7/2008, 10:22 pm | |
| tatap siap la team malaysia .... hidup chealsea |
|
| |
ara JUNIOR
Age : 37 location : kk Points : 11999 Reputation : 0 Number of posts : 97
| Subject: Re: Chelsea Tiba 28/7/2008, 11:01 pm | |
| ahahahah 15-0 kali nii kn..bilaaa laaa MU mo dtg niii |
|
| |
codeng SUPERIOR
Age : 40 Points : 12391 Reputation : 0 Number of posts : 2370
| Subject: Re: Chelsea Tiba 28/7/2008, 11:57 pm | |
| confirm Malaysia menang besar nie.... Malaysia 15 - 0 Chelsea.... |
|
| |
Yakuza MODERATOR
Countries/State : Age : 39 location : penampang,beringgis,papar Points : 12606 Reputation : 3 Number of posts : 1457
| Subject: Re: Chelsea Tiba 29/7/2008, 11:23 am | |
| |
|
| |
Fadzliey MODERATOR
Age : 45 location : Beaufort Points : 12578 Reputation : 0 Number of posts : 1268
| Subject: Re: Chelsea Tiba 29/7/2008, 1:44 pm | |
| syok tingu Malaysia lwn Chelsea mlm ni.. mo p kedai jap beli kuaci... |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12364 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: Chelsea Tiba 31/7/2008, 6:10 pm | |
| apa lah hebatnya chealsea nie.. |
|
| |
arep CONTRIBUTOR
Age : 39 location : Malaysia Points : 12637 Reputation : 0 Number of posts : 1160
| Subject: Re: Chelsea Tiba 31/7/2008, 7:38 pm | |
| - drakult wrote:
- apa lah hebatnya chealsea nie..
brooo bukan chealsea tapi chelsea........ hebat apa dpt turun malaysia MU,arsenal ngan liverpool ade turun ka...... |
|
| |
drakult SIFU
Age : 47 location : SU, SA, SB Points : 12364 Reputation : -1 Number of posts : 6286
| Subject: Re: Chelsea Tiba 1/8/2008, 1:36 am | |
| chelsea lah club paling lemah aku pernah tgk..heran naper org minat sgt kat chealsea.. |
|
| |
fizul03 REGULAR
Countries/State : Age : 39 location : ~Sandakan~KK~UMS Points : 12077 Reputation : 0 Number of posts : 320
| Subject: Re: Chelsea Tiba 4/8/2008, 12:51 am | |
| betul tu drakult...heran kan...2-0 jak kasi kalah malaysia...huhuhu |
|
| |
arep CONTRIBUTOR
Age : 39 location : Malaysia Points : 12637 Reputation : 0 Number of posts : 1160
| Subject: Re: Chelsea Tiba 9/8/2008, 8:30 am | |
| - drakult wrote:
- chelsea lah club paling lemah aku pernah tgk..heran naper org minat sgt kat chealsea..
bukan lemah cume tak nak kasi malu jaaaaa kat pasukan malaysia kalo menang besar.... |
|
| |
Sponsored content
| Subject: Re: Chelsea Tiba | |
| |
|
| |
|