SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
PTPTN: 13,900 bayar sekali gus, nikmati diskaun 20%  Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
PTPTN: 13,900 bayar sekali gus, nikmati diskaun 20%  Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 PTPTN: 13,900 bayar sekali gus, nikmati diskaun 20%

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15323
Reputation : 31
Number of posts : 1806

PTPTN: 13,900 bayar sekali gus, nikmati diskaun 20%  Empty
PostSubject: PTPTN: 13,900 bayar sekali gus, nikmati diskaun 20%    PTPTN: 13,900 bayar sekali gus, nikmati diskaun 20%  Icon_minitime29/12/2012, 5:52 pm

PTPTN: 13,900 bayar sekali gus, nikmati diskaun 20%  Image

KUALA LUMPUR - Seramai 13,900 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tampil menyelesaikan pinjaman pembiayaan pendidikan PTPTN bagi menikmati tawaran diskaun sebanyak 20 peratus seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata jumlah tersebut direkodkan bagi tempoh 1 Oktober sehingga 15 Disember lepas melibatkan jumlah pembiayaan sebanyak RM47.94 juta manakala jumlah bayaran balik yang diterima adalah RM38.36 juta.

Katanya, jumlah diskaun pengurangan bayaran balik adalah sebanyak RM9.59 juta itu dianggap sebagai hadiah kepada peminjam PTPTN serta galakan supaya peminjam tampil membuat pembayaran.

"Diskaun 20 peratus itu diberikan kepada peminjam yang menyelesaikan hutang secara sekali gus dalam tempoh 1 Oktober 2012 hingga 30 September 2013," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Ismail berkata daripada 13,900 peminjam yang membuat bayaran balik secara sekali gus itu, seramai 629 merupakan peminjam yang telah disenarai hitam dengan jumlah pembiayaan pendidikan sebanyak RM4.07 juta.

"PTPTN sebelum ini telah mengumumkan bahawa golongan ini layak menikmati diskaun 20 peratus sebagai satu langkah realistik yang membuka ruang kepada mereka untuk melunaskan pinjaman," katanya.

Beliau berkata PTPTN turut memberikan diskaun sebanyak 10 peratus kepada peminjam yang membuat ansuran bayaran balik mengikut jadual bayaran balik yang ditetapkan PTPTN iaitu selama 12 bulan berturut-turut atau 12 bulan ke hadapan bermula 1 Oktober lepas.

Dalam Belanjawan 2013 yang dibentangkan September lepas, Perdana Menteri mengumumkan diskaun 20 peratus bagi mereka yang membayar jumlah pinjaman
tertunggak sepenuhnya sebelum 30 Sept tahun depan.

Mereka yang gagal membayar selepas tarikh akhir tetapi telah berusaha membayar pinjaman mereka pada masanya untuk tempoh 12 bulan juga layak mendapat diskaun 10 peratus.

Tambah beliau, selaras dengan pengumuman Belanjawan 2013 juga, PTPTN memberi kelonggaran pertukaran ujrah sehingga hujung bulan ini kepada semua peminjam termasuk peminjam yang telah disenarai hitam.

"PTPTN menyeru agar peminjam PTPTN yang telah disenarai hitam tampil berunding dengan PTPTN dan tidak melepaskan peluang untuk menikmati insentif yang telah disediakan itu," katanya.

Media sebelum ini melaporkan Ketua Eksekutif PTPTN, Agos Cholan mengumumkan bahawa PTPTN menawarkan kepada peminjam yang disenarai hitam atau disaman membuat pertukaran ujrah bermula 17 Okt lepas.

Sistem ujrah yang menawarkan upah satu peratus setahun atas kadar rata adalah kaedah pembiayaan berlandaskan prinsip syariah bertujuan mengurangkan beban peminjam yang selama ini gagal menyelesaikan pinjaman pembiayaan pendidikan.

Katanya, setiap peminjam yang tampil ke PTPTN akan diberikan surat tawaran yang perlu diisi dengan maklumat terkini dan diserahkan semula ke PTPTN dalam masa 90 hari dari tarikh surat tawaran diperoleh.

"Kaedah ini memberi peluang kepada golongan berkenaan menstruktur semula pembayaran balik pinjaman melalui kaedah ujrah atau mengikut kadar yang mereka mampu," kata Ismail.

Dalam pada itu, beliau berkata sehingga 30 Nov lepas, seramai 18,098 peminjam telah mendapat Ijazah Sarjana Muda Dengan Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang melibatkan jumlah pembiayaan sebanyak RM503.34 juta. - Bernama



sumber:http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-13-900-bayar-sekali-gus-nikmati-diskaun-20-1.116409
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
 

PTPTN: 13,900 bayar sekali gus, nikmati diskaun 20%

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: