SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Guru 'dirompak' melalui telefon Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Guru 'dirompak' melalui telefon Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Guru 'dirompak' melalui telefon

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15445
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Guru 'dirompak' melalui telefon Empty
PostSubject: Guru 'dirompak' melalui telefon   Guru 'dirompak' melalui telefon Icon_minitime12/12/2012, 10:48 pm

Guru 'dirompak' melalui telefon Image

ALOR GAJAH - Pelik, tetapi benar.

Hanya dengan satu panggilan telefon tanpa terputus talian selama lebih empat jam, wang tunai berjumlah RM16,457 milik seorang guru wanita lesap sekelip mata.

Semuanya gara-gara terpedaya dengan helah tiga lelaki mendakwa mereka kakitangan Pos Malaysia, pegawai polis dari Bukit Aman dan pegawai Bank Negara, Menceritakan detik hitam itu, mangsa dikenali sebagai Ita Rahmat (bukan nama sebenar), 36, berkata, kejadian
bermula jam 11.15 pagi kelmarin apabila dia menerima panggilan telefon daripada seorang individu yang mengatakan dirinya dari Pos Malaysia.

“Dia beritahu saya ada surat dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tetapi surat itu sudah dihantar semula ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman. Dia beri saya satu nombor siri dan mengatakan akan sambungkan talian saya kepada pihak polis,” kata Ita sambil memberitahu dia
menerima panggilan seterusnya setengah jam kemudian selepas sambungan terputus.

Menurutnya, panggilan yang diterima pada jam 11.45 pagi itu datang daripada seorang lelaki yang kemudiannya meminta dia menyebut nombor siri tersebut.

“Selepas menyatakan nombor siri itu, saya terkejut apabila dia memberitahu saya perlu ke mahkamah berhubung satu kes tangkapan seorang lelaki tidak dikenali. Tambahnya, sebanyak RM80,000 telah dikeluarkan atas nama saya di bawah sebuah bank tempatan, tetapi saya beritahu dia saya tidak ada buka akaun di bank tersebut,” katanya.

Panik akaun bank akan dibekukan Bagaimanapun, Ita berkata, pegawai polis itu memberitahu dia perlu 'memindahkan' semua wang yang dia ada di bank kepada akaun bukan miliknya kerana akaun di atas namanya akan dibekukan.

Ita yang mula panik mendengar perkhabaran tersebut, kemudian disambungkan kepada seorang lelaki lain pula yang mendakwa dirinya Pegawai Kewangan Bank Negara.

“Pegawai kewangan itu menyuruh saya mengisytiharkan akaun dan jumlah simpanan yang ada. Selepas itu, saya diarahkan agar tidak mematikan talian telefon dan diminta ke sebuah bank di Masjid Tanah dengan memindahkan sebanyak RM9,057 ke dalam satu akaun lain yang diberi,” katanya.

Menurut Ita, selesai urusan di bank, lelaki itu mintanya ke Pejabat Pos pula dan mengarahkan dia mengeluarkan sejumlah RM7,500 simpanan lain dan meminta ia dimasukkan ke dalam satu lagi akaun.

“Bagaimanapun hanya RM5,000 dapat dimasukkan ke dalam akaun tersebut yang didaftarkan atas penama lain.

Baki RM2,500 kemudian saya diminta masukkan ke dalam akaun lain lagi. Tetapi disebabkan masalah teknikal, hanya RM2,400 dapat dimasukkan,” kata Ita yang telah memindahkan sejumlah RM16,457 ke dalam tiga akaun berbeza.

Talian tidak dimatikan lebih empat jam Ita berkata, ketika kesemua transaksi itu dilakukan, talian telefon langsung tidak dimatikan.

“Saya berhubung dengan mereka tanpa memutuskan talian sejak jam 11.45 pagi sehinggalah transaksi terakhir kira-kira jam 4 petang.

“Selepas memasukkan kesemua duit, saya terpaksa menunggu selama tiga jam sebelum lelaki berkenaan memaklumkan pihak Bukit Aman akan menghubungi saya,” katanya.

Ita yang berasa tidak sedap hati dengan apa yang berlaku kemudian bertindak menghubungi talian Bukit Aman sebelum panggilannya disambut seorang wanita memaklumkan bahawa dia telah ditipu dan diminta supaya berhati-hati.

“Saya beritahu masalah saya kepada wanita berkenaan namun wanita itu meminta saya berwaspada memandangkan banyak kes penipuan melalui talian,” katanya yang terus membuat laporan di Balai Polis Masjid Tanah, kelmarin.

Ita yang ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah Cawangan Jenayah Komersil mendakwa sangat terkilan dengan apa yang berlaku dan ia menjadi pengajaran kepada orang ramai supaya berhati-hati.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Umar Ali Saifuddin Shaharuddin mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Polis menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan melalui talian telefon,” katanya.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/guru-dirompak-melalui-telefon-1.111673
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
madee
MODERATOR
madee

Male
Countries/State : Indonesia
Age : 45
location : KB - Labuan - Tenom
Tag ID: : sFc 04528
Points : 20365
Reputation : 26
Number of posts : 8968

Guru 'dirompak' melalui telefon Empty
PostSubject: Re: Guru 'dirompak' melalui telefon   Guru 'dirompak' melalui telefon Icon_minitime13/12/2012, 9:41 am

berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan sindiket penipuan melalui talian telefon
Back to top Go down
Ms. Loli
FRESHIE
FRESHIE
Ms. Loli

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 31
location : Kuala Lumpur
Points : 8944
Reputation : 1
Number of posts : 50

Guru 'dirompak' melalui telefon Empty
PostSubject: Re: Guru 'dirompak' melalui telefon   Guru 'dirompak' melalui telefon Icon_minitime28/12/2012, 11:36 am

dah habis buat transaksi baru nak call bukit aman?? apa ke jadah nya??
Back to top Go down
Sponsored content




Guru 'dirompak' melalui telefon Empty
PostSubject: Re: Guru 'dirompak' melalui telefon   Guru 'dirompak' melalui telefon Icon_minitime

Back to top Go down
 

Guru 'dirompak' melalui telefon

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: