SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
DR.M ulas kenapa BN kalah.. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
DR.M ulas kenapa BN kalah.. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 DR.M ulas kenapa BN kalah..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
vip_user
SUPERIOR
SUPERIOR
vip_user

Male
Age : 42
location : kota kinabalu
Points : 12520
Reputation : 0
Number of posts : 2311

DR.M ulas kenapa BN kalah.. Empty
PostSubject: DR.M ulas kenapa BN kalah..   DR.M ulas kenapa BN kalah.. Icon_minitime15/3/2008, 6:55 pm

Are you surprised by the results?

Adakah Tun terperanjat dengan keputusan (pilihanraya semalam)?

Mahathir:
Saya rasa ia memang menggemparkan. Walaupun saya menjangkakan BN akan
kalah tetapi saya tidak fikir mereka boleh tumbang di lima negeri.

Saya
minta maaf, saya salah pilih Pak Lah. Saya tidak sangka seseorang
Perdana Menteri boleh menukar semua dasar sebuah kerajaan. Jadi saya
fikir masyarakat seluruhnya mesti rasa sangat-sangat marah. Ketiga-tiga
kaum, Cina, Melayu dan India semuanya memberi reaksi.

Apakah Tun akan menekan Pak Lah agar meletakkan jawatan?

Saya
rasa dia patut memikul tanggungjawab (atas kekalahan) ini. Macam tahun
2004, ketika mendapat majoriti besar, kemenangan itu digambarkan kerana
dirinya 100 peratus. Sekarang dia harus terima 100 peratus
tanggungjawab itu.

Apa maksud Tun mengambil tanggungjawab?

Dia telah memusnahkan Umno, merosakkan BN. Dan dia harus bertanggungjawab atas kekalahan teruk ini.

Jika dia enggan mengambil tanggungjawab, apakah anda fikir Umno akan memastikan dia melepaskan jawatan?

Saya
fikir orang Umno di peringkat akar umbi sangat takut pada lelaki ini.
Ketika saya (memimpin) dulu, mereka boleh mencabar saya. Tapi kali saya
sendiri tidak dibenarkan bercakap. Saya diundang berucap di depan
ahli-ahli Umno tetapi semuanya terpaksa dibatalkan. Mereka kata, polis
meminta mereka membatalkannya.

Apabila anda kata (dia harus) 'meletakkan jawatan', apakah anda maksudkan Umno atau Perdana Menteri?

Saya
fikir dia patut (letak jawatan). Kalau orang Jepun, dia sudah lakukan
'hara-kiri'. Saya fikir pencapaian Najib (Razak) bagus. Dia telah
menang dengan menakjubkan, lebih baik berbanding 2004.

Apakah yang anda fikir penyebab kekalahan ini?

Saya fikir menantunya (Khairy Jamaluddin) ada peranan besar.

Anak
muda ini yang tidak pernah mencapai apa-apa sebelumnya tetapi jelas
Perdana Menteri lebih bersedia mendengar daripadanya berbanding polis,
anggota Cawangan Khas dan angkatan tentera, yang lebih dekat dengan
masyarakat akar umbi.

Mereka terlalu percaya pada laporan akhbar
mereka sendiri sehingga mereka tidak dapat mendengar (sumber-sumber)
yang lain. Mereka membuang apa sahaja yang mereka tidak gemar.

Apakah anda fikir masa untuk mengadakan pilihanraya ini tidak sesuai, salah perhitungan?

Ia bolehlah disebut salah perhitungan tetapi saya ragu-ragu jika mereka menangguhkan tahun depan, keputusannya akan berlainan.

Apakah isu-isu yang mendorong tumbangnya negeri-negeri itu?

Banyak isu yang menyebabkan perasaan orang ramai, walaupun ada pertumbuhan ekonomi, mereka tidak rasa apa-apa (nikmat).

Mereka
rasa kenaikan kos sara hidup satu faktor besar. Mereka juga nampak
bahawa kerajaan kini ditadbir oleh satu keluarga sahaja. Apabila
keutamaan keluarga melebihi kabinet, kerajaan, maka orang akan
menentangnya.

Apakah anda fikir kerosakan ini akan kekal bersama BN?

Semuanya
boleh diubah jika anda buat sesuatu dengan baik. Mereka menjadi begitu
bongkak sehingga mereka menutup semua pandangan lain yang mereka tidak
suka dan percaya pada laporan mereka sendiri yang tidak sejajar dengan
apa yang sebenarnya terjadi dalam negara.

Dengan kejayaan pembangkang menembusi banyak lagi negeri-negeri, apakah yang akan terjadi?

Akan wujud ketidakstabilan untuk seketika. Jika pembangkang pandai, mereka boleh memperbaiki keadaan itu.

Apakah anda fikir Anwar Ibrahim masih lagi relevan?

Saya fikir dia masih lagi relevan tetapi dia tidak akan menjadi perdana menteri di negara ini.

Jika anda berada di tempat Pak Lah, apakah anda akan tergesa-gesa untuk menubuhkan kerajaan?

Saya akan mengambil tanggungjawab. Jika orang minta saya meletakkan jawatan, saya akan letak.

Selepas ketewasan teruk ini, apakah anda fikir BN masih mampu memperbaiki keadaan ini?

Masih ada harapan. Tetapi sama ada pemimpin-pemimpin bertekad untuk memperbaiki BN adalah persoalan lain.

Siapakah yang patut menggantikan Pak Lah?

Najib
menang dengan 26,000 undi dan jumlah ini lebih banyak daripada 2004
ketika BN sangat, sangat popular. Sebaliknya, Pak Lah - yang mempunyai
majoriti 18,000 undi sebelumnya - kini hanya berjaya mendapat 11,000.

Kenyataannya, dia telah hilang banyak undi. Dan tidak banyak pemimpin yang berjaya meningkatkan majoriti sejak 2004.

Benar,
menantunya menang (di Rembau) tetapi dia hanya menang dengan majoriti
kecil, lebih rendah daripada sebelumnya. Dia juga bertanding di kerusi
yang selamat.

Bagaimana memperbaiki Umno?

Orang yang bertanggungjawab harus undur.

Jika
orang Melayu tidak mengundi pembangkang, kekalahan teruk ini tidak akan
terjadi. Kenapa boleh berlaku keadaan penyokong Umno memilih
pembangkang kali ini?

Mereka fikir mereka kini dalam tekanan.
Inflasi meningkat. Kehidupan mereka ala kadar. Semua tahu bahawa anda
boleh cakap (bahawa) pertumbuhan (ekonomi) kini 6 peratus tetapi di
mana 6 peratus ini di badan mereka? Mereka terpaksa membayar lagi.

Saya
telah cakapkan perkara ini kepada Malaysiakini. Apabila anda berkata 6
peratus, ia hanya ukuran purata. Ia boleh dicapai apabila seseorang
memiliki peratusan yang tinggi tetapi orang lain tidak mendapat
apa-apa. Anda tidak boleh menunjukkan perangkaan jenis ini dan kemudian
berharap orang ramai akan mengundi anda.

Seseorang yang cerdik
akan tahu bahawa ia (statistik) tidak betul. Mereka yang tidak faham
semua perangkaan ini, akan berpandukan apa yang sebenarnya dialami
mereka. Apa yang mereka hadapi ialah kos sara hidup yang semakin tinggi
dan tingkat kehidupan mereka makin rendah.

Jika kita tengok
(sejarah) pilihanraya umum 1969, selepas Perikatan (kini BN) tewas,
anda termasuk dalam golongan yang mendesak Perdana Menter (Tunku Abdul
Rahman) melepaskan jawatannya kepada timbalannya (Tun Abdul Razak
Hussein) ...

Saya dalam keadaan dilema kerana saya masih lagi ahli Umno.

Apakah anda akan menjadi pendesak lagi?

Saya
akan terus bercakap. Jika orang tanya, saya akan berikan pendapat saya.
Dan pandangan saya dalam perkara ini ialah orang yang bertanggungjawab
harus berundur.

Melihat barisan pemimpin BN sekarang, apakah anda fikir kerajaan BN boleh mengurus ekonomi?

Tidak,
saya tidak fikir mereka boleh mengurusnya. Walaupun mereka mempunyai
ramai orang dan banyak wang, mereka tidak dapat berbuat apa-apa.

Kenapa?

Anda kena tanya pemimpin-pemimpin di negeri.

Pulau Pinang telah jatuh ke tangan DAP, bagaimanakah keadaan ini memberi kesan kepada Melayu?

Ia
bukan hanya di Pulau Pinang. Jika kita hendak membaikinya, kita mesti
mempunyai pemimpin-pemimpin Melayu, kita memang ada kerajaan Melayu dan
warga Melayu mestilah tahu bagaimana mengatasi masalah mereka.

Apakah yang pemimpin veteran seperti Tengku Razaleigh (Hamzah) boleh buat untuk membantu Umno, setakat kini?

Mereka boleh memberi idea.

Apakah ia untuk melawan dan memaksa Pak Lah meletakkan jawatan?

Saya
tidak bercakap soal pemberontakan tetapi (kita) mesti beri tekanan. Dan
jika tekanan itu diabaikan oleh Pak Lah, maka ia akan menjadikan
perkara ini suatu ketegangan.

Apakah anda fikir kemenangan besar itu akibat dorongan Anwar?

Saya tidak fikir kerana dia. Saya fikir keinginan (mereka) menentang BN lebih kuat daripada (mereka) menyokong pembangkang.

Mereka
(pengundi) tiada pilihan. Jika adan tidak memilih BN, siapa lagi yang
anda pilih? Hanya ada dua calon. Jadi anda memangkah calon pembangkang
atau anda langsung tidak membuang undi. Kedua-duanya menyebabkan BN
hilang banyak sokongan.

Orang kata Umno masih takutkan Pak Lah. Jadi bagaimana mereka boleh menekan Pak Lah agar berundur?

Saya yakin akan ada beberapa anggota yang berani di luar sana.

Apakah ada pilihan lain bagi Pak Lah selain melepaskan jawatan?

Saya
tidak fikir ada pilihan lain. Seseorang yang bertanggungjawab 100
peratus harus menunjukkan bahawa dia sedia bertanggungjawab.

Ada orang kata jika majoriti dua pertiga BN dinafikan, peristiwa 13 Mei akan berulang. Kenapa ia tidak terjadi sekarang?

Tidak, saya tidak fikir ia akan berulang. Polis juga sangat berhati-hati, melarang orang berdemonstrasi dan jangan berarak.

Pada
1969, polis memberi keizinan kepada pembangkang menganjurkan perarakan
kemenangan. Dan mereka bergerak ke Kampung Baru dan mula menghina
orang-orang di situ, yang tentunya akan dibalas. Ia berakhir dengan
rusuhan. Jika polis terus bertegas dengan demonstrasi dan perarakan,
saya tidak fikir akan wujud apa-apa masalah.

Apakah ini waktunya menghapuskan politik perkauman?

Saya
katakan, ini (penolakan pada BN) melibatkan semua kaum. Bukan Cina
sahaja tolak BN atau semua India tolak BN. Dalam kes ini, anda lihat
Cina, India dan Melayu menolak BN kecuali di Sabah dan Sarawak.

Umno
masih mengekalkan banyak kerusi berbanding parti-parti komponen seperti
MIC dan MCA. Apakah mereka sanggup mendesak Pak Lah meletakkan jawatan?

Itu
terpulang pada mereka sama ada mahu menekan atau tidak tetapi konsep BN
masih relevan. Jika tidak ada (presiden MIC) Samy Vellu, maka cari
seorang lagi Vellu.

Boleh ulas tentang Zam (Zainuddin Maidin)?

Dia
menang atau kalah? [ada orang jawab "kalah"] Oh, dia kalah. Cara dia
berkempen sangat kelakar, memberitahu orang supaya tengok muka dia dan
menunjukkan pada mereka bagaimana ia (muka Zam) tidak pernah
berubah-ubah. Tetapi saya fikir, muka yang tidak berubah-ubah akan
menyebabkan orang jemu. Kadang-kadang anda mesti ketawa, kadang-kadang
anda kena menangis.

Dia beritahu semua orang "Ini muka tak
bertukar, tak bertukar" [Zainuddin berkempen dengan menyindir politik
Anwar yang sering berubah-ubah]. Siapa yang berminat tengok muka diah?
Jika dia Britney Spears, lainlah ...

Jika anda mengalami ketewasan yang sama, apakah anda juga letak jawatan?

Ya,
saya akan undur jika itulah kehendak orang ramai. Saya selalu tunduk
pada hasrat orang ramai, sehinggakan ramai yang pernah menentang saya
dimasukkan semula sebagai anggota kabinet, dan mereka itu termasuklah
Pak Lah, Syed Hamid (Syed Albar), Rais Yatim dan (Abdul) Kadir Sheikh
Fadzil. Ini semua (pemimpin) pernah menentang saya.

Tetapi
apabila Pak Lah dipilih sebagai naib presiden, saya tidak boleh
(melantiknya) seperti yang dikehendaki Umno. Jadi, saya lantiknya
kembali dalam kabinet.
Back to top Go down
sdil_trdtoms
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Age : 41
location : w.p labuan-kk-sdk
Points : 12452
Reputation : 0
Number of posts : 1199

DR.M ulas kenapa BN kalah.. Empty
PostSubject: Re: DR.M ulas kenapa BN kalah..   DR.M ulas kenapa BN kalah.. Icon_minitime31/3/2008, 12:23 pm

tue lah aku dah kata klu dia bg bonus sblm pilihanraya ari 2 mmg BN mng Very Happy !
Back to top Go down
codeng
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Age : 40
Points : 12383
Reputation : 0
Number of posts : 2370

DR.M ulas kenapa BN kalah.. Empty
PostSubject: Re: DR.M ulas kenapa BN kalah..   DR.M ulas kenapa BN kalah.. Icon_minitime31/3/2008, 3:08 pm

banyak relevannya pendapat Tun nie...
Back to top Go down
Viero
MODERATOR
Viero

Male
Countries/State : Sabah
Age : 105
location : Melbourne
Website : https://www.facebook.com/Vieros
Points : 12777
Reputation : 18
Number of posts : 2464

DR.M ulas kenapa BN kalah.. Empty
PostSubject: Re: DR.M ulas kenapa BN kalah..   DR.M ulas kenapa BN kalah.. Icon_minitime31/3/2008, 3:15 pm

Hemm...Betul tu DR.M...
Back to top Go down
https://www.facebook.com/Vieros
Sponsored content




DR.M ulas kenapa BN kalah.. Empty
PostSubject: Re: DR.M ulas kenapa BN kalah..   DR.M ulas kenapa BN kalah.. Icon_minitime

Back to top Go down
 

DR.M ulas kenapa BN kalah..

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: