SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Periksa pam bahan api.. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Periksa pam bahan api.. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Periksa pam bahan api..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12551
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Periksa pam bahan api.. Empty
PostSubject: Periksa pam bahan api..   Periksa pam bahan api.. Icon_minitime2/5/2008, 6:03 pm

MUNGKIN ramai yang pernah mengalami masalah enjin kenderaan tiba-tiba tersengguk-sengguk dan terus mati walaupun cuba dihidupkan beberapa kali.

Masalah ini sering berlaku ketika waktu pagi atau bergegas ke sesuatu tempat untuk menghadiri temu janji sehingga mengganggu kelancaran aktiviti hari berkenaan.

Beberapa kemungkinan punca keadaan itu berlaku adalah palam pencucuh yang kotor, bahan api bercampur air atau pengaliran bahan api yang tidak sempurna.

Bahan api dialirkan dari tangki ke enjin menggunakan pam khas yang akan menyedutnya untuk disalur melalui kabel atau hos getah, manakala penapis khas diletakkan antara tangki dan pam itu bagi menyekat kotoran, habuk atau air.

Secara umumnya, ada dua jenis pam bahan api yang digunakan dalam sesebuah kenderaan itu iaitu sama ada pam mekanikal atau elektronik.

Ia adalah komponen yang dikategorikan sebagai tahan lama tetapi bukan bermakna tidak boleh rosak.

Justeru, bagi mengelakkan keadaan yang tidak diduga berlaku terutama ketika waktu kecemasan, pemilik digalakkan sentiasa memeriksa kesempurnaan pam berkenaan.

Bagi mengesan aliran bahan api sama ada lancar atau sebaliknya, langkah pertama perlu dilakukan ialah menanggalkan hos pada bahagian yang disambungkan dengan karburator.

Pemilik perlu memastikan hujung hos ditadahkan ke dalam botol atau tin bagi mengelakkan bahan api meleleh.

Untuk menguji sama ada pam berfungsi atau sebaliknya, dapatkan bantuan rakan untuk membantu memusing kunci.

Perlu diingatkan, jangan menghidupkan enjin kerana apa yang diperlukan hanya sekadar membuka suis bateri.

Jika pam berfungsi dengan baik, anda boleh mendengar bunyi pam bergerak dan pada masa sama, petrol akan melimpah keluar sebaik suis dibuka.

Namun, sekiranya bahan api tidak keluar, bermakna aliran bahan berkenaan tersekat dalam pam atau penapis tersumbat.

Bagi memeriksa penapis, pemilik perlu membuka klip dan longgarkan kedua bahagian hujung penyambung sebelum mencuci penapis dengan menggunakan sedikit minyak atau bahan api.

Penggunaan petrol mampu menanggalkan semua kotoran dan keladak yang melekat pada penapis berkenaan.

Bagaimanapun, cara terbaik adalah menggunakan penyembur angin bagi membersihkan keladak yang tersekat di celah penapis.

Bagi kenderaan yang menggunakan pam mekanikal, perlu berhati-hati jika mahu memeriksa pam berkenaan berikutan pam terbabit dilengkapi penapis nipis.

Biasanya, penapis halus berjaya memerangkap kotoran atau keladak sehingga menutupi rongga halus penapis.

Pastikan pelapik atau gasket sekeliling penapis sentiasa dalam keadaan baik kerana ia boleh menyebabkan kebocoran jika tidak dipasang dengan cermat.

Bagaimanapun, mencuci penapis pam mungkin masih tidak cukup untuk menyelesaikan masalah aliran bahan api daripada tersekat.

Sekiranya masalah sama masih terus berlaku, pemilik dinasihati supaya menukar beberapa komponen di dalam pam berkenaan seperti penapis, pelapik (gasket) dan injap.

Pastikan penapis dan injap dipasang mengikut kedudukan asal kerana sebarang kesilapan akan menyebabkan peralatan gagal diketatkan dengan sempurna.

Sekiranya kenderaan menggunakan pam elektronik, pemilik perlu memiliki kemahiran dan tahu kedudukan setiap komponen di dalam pam berkenaan sebelum melakukan sebarang pemeriksaan.

Biasanya pam elektrik mengandungi tiga komponen utama iaitu injap, diaphragm dan points.

Pemeriksaan pam elektronik lebih memerlukan kemahiran teknikal.

Sebaik-baiknya, bawalah kenderaan ke bengkel berhampiran untuk diperiksa mekanik berpengalaman.

Diingatkan, palam pencucuh kenderaan perlu diperiksa atau dibuat penyelarasan semula selepas kenderaan bergerak setiap 10,000 kilometer dan perlu ditukar setiap 20,000 kilometer.

Bagi mengujinya, hidupkan enjin dan pastikan kabel atau terminal palam pencucuh bersambung dengan baik pada enjin dan cabutkan kabel satu persatu.

Sekiranya enjin menunjukkan tanda berhenti atau bergoyang setiap kali kabel dicabut bermakna palam itu masih dalam keadaan baik dan jika tidak menunjukkan sebarang perubahan, ia menunjukkan palam itu rosak dan perlu diganti.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
mantan73
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
mantan73

Male
Age : 111
location : SEMPORNA-KK
Points : 12287
Reputation : 0
Number of posts : 1268

Periksa pam bahan api.. Empty
PostSubject: Re: Periksa pam bahan api..   Periksa pam bahan api.. Icon_minitime2/5/2008, 6:16 pm

bagus ni info tau...thanks bro.
Back to top Go down
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12551
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Periksa pam bahan api.. Empty
PostSubject: Re: Periksa pam bahan api..   Periksa pam bahan api.. Icon_minitime2/5/2008, 6:43 pm

you are very welcome bro..
sama2 kita tambah ilmu.. Very Happy
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
Sponsored content




Periksa pam bahan api.. Empty
PostSubject: Re: Periksa pam bahan api..   Periksa pam bahan api.. Icon_minitime

Back to top Go down
 

Periksa pam bahan api..

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: START YOUR ENGINE'S :: TIPS & INFOMATION AUTOMOBILE-
Jump to: