SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Laluan sukar buat Chong Wei Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Laluan sukar buat Chong Wei Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Laluan sukar buat Chong Wei

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Ben507
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Ben507

Male
Countries/State : Sabah
Age : 41
location : SANDAKAN,BUNDU TUHAN,PUTATAN
Tag ID: : SFC 2357
Points : 12214
Reputation : 0
Number of posts : 1557

Laluan sukar buat Chong Wei Empty
PostSubject: Laluan sukar buat Chong Wei   Laluan sukar buat Chong Wei Icon_minitime15/4/2008, 8:31 pm


Laluan sukar buat Chong Wei Cw10


Pentas ABC jadi medan pemain negara buru tiket skuad Piala Thomas

PERSEORANGAN utama negara Lee Chong Wei (gambar) berdepan undian sukar pada Kejohanan Badminton Asia (ABC) di Johor Bahru, bermula hari ini, dalam usahanya untuk merebut kembali kejuaraan yang dimenangi dua tahun lalu.

Ketika ABC menjadi kejohanan terakhir bagi pemain Asia untuk mencari mata bagi membolehkan tersenarai ke Sukan Olimpik, Beijing, Ogos ini, pemain negara pula mempunyai misi lain iaitu cuba memperkukuhkan ranking serta mengintai peluang ke Piala Thomas/Uber di Jakarta, bulan depan.



Dengan Chong Wei dan Wong Choong Hann tampak akan mengisi slot dua wakil negara ke Sukan Olimpik serta pasangan Choong Tan Fook-Lee Wan Wah dan Koo Kien Keat-Tan Boon Heong bagi beregu lelaki, tumpuan pemain negara pastinya untuk memikat jurulatih bagi beraksi di Jakarta.

Pasukan negara masih belum memutuskan pemain yang akan beraksi di Piala Thomas terutama sekali perseorangan lelaki bagi mengisi slot pemain ketiga dan keempat, yang kini menjadi saingan sengit antara Hafiz Hashim, Lee Tsuen Seng, Tan Chun Seang dan pemain muda, Mohd Arif Latif Abdul Latif.

Oleh itu, prestasi mereka di Johor Bahru akan mempengaruhi barisan kejurulatihan dalam memutuskan senarai empat pemain perseorangan dan tiga gandingan beregu yang akan memikul cabaran negara di Jakarta.
Apapun, tumpuan pasti kepada Chong Wei yang diharapkan akan dapat menjuarai kejohanan yang dimenangi pada 2006, sekalipun berdepan laluan sukar.

Di pusingan pertama, Chong Wei, pilihan kedua kejohanan akan membuka saingan menentang Tanongsak Saensoomboonsuk dari Thailand, dengan seorang lagi pemain negara Gajah Putih itu, Boonsak Ponsana menanti di pusingan ketiga.

"Ia undian sukar buat Chong Wei," kata ketua jurulatih, Yap Kim Hock. "Tetapi saya menjangkakan Chong Wei akan dapat mengharungi cabaran ini dan beraksi cemerlang di hadapan penonton sendiri bagi memastikan dapat mara ke final."

Di separuh akhir, Chong Wei dijangka berdepan musuh utamanya, Bao Chunlai dari China.
Tumpuan juga pasti kepada gandingan Kien Keat-Boon Heong yang dikritik hebat selepas persembahan buruk awal musim ini kerana belum memenangi sebarang gelaran berbanding tiga kejuaraan menjadi milik mereka dalam tempoh yang sama, tahun lalu.

Diletakkan selaku pilihan ketiga, Kien Keat-Boon Heong mendapati diri mereka berada dalam kelompok undian pasangan Indonesia, Alvent Yulianto-Luluk Hadiyanto, dan hanya kejuaraan di kejohanan ini akan memastikan tempat mereka dalam Sukan Olimpik tidak tergugat.

Sementara itu, pemain nombor satu dunia, Lin Dan mengharapkan dapat memenangi kejuaraan pertamanya di Malaysia.

"ABC amat penting buat saya dan saya seronok bermain di Malaysia," kata Lin Dan di Johor Bahru, semalam. "Selepas tidak beraksi di Terbuka Malaysia awal tahun ini, saya bertekad untuk tidak terlepas kejohanan ini.

"Memang saya mengharapkan untuk muncul juara dalam kejohanan yang belum saya menangi dengan peluang paling hampir ialah pada 2001 di Manila," katanya yang akan membuka saingan menentang pemain Indonesia, Andreas Adityawarman.
Back to top Go down
 

Laluan sukar buat Chong Wei

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: BULETIN SUKAN-
Jump to: