SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Merias bulu mata Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Merias bulu mata Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Merias bulu mata

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12515
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Merias bulu mata Empty
PostSubject: Merias bulu mata   Merias bulu mata Icon_minitime18/2/2008, 6:56 am

Merias bulu mata

Oleh IZYAN LIYANA MOHD DARIF


Bulu mata yang pendek dapat dilentikkan agar tampak lebat apabila mengenakan koleksi bulu mata palsu yang sesuai.
Merias bulu mata St_01.1
PELBAGAI jenis warna dan rekaan bulu mata palsu.




BAYANGKAN, bulu mata yang asalnya pendek dan tidak lentik, dapat bertukar menjadi lebat dan panjang selepas mendapat 'sentuhan' bulu mata palsu.
Pada hari ini, wanita Malaysia mampu melemparkan senyuman dan berasa bangga kerana tidak perlu memesan atau ke luar negara bagi mendapatkan bulu mata palsu.
Merias bulu mata St_01.3



Selepas Amerika Syarikat, Eropah dan negara-negara Asia, kini Malaysia turut menerima tempias kemodenan teknik solekan mengenakan bulu mata.
Golongan wanita kini dengan mudah mendapatkan pelbagai jenis bulu mata palsu yang ditawarkan di kedai dan butik-butik kecantikan.
Jurusolek Butik Pesak Heritage Bridal, Khairul Akhmar Kamaruddin memberitahu, meskipun terdapat beberapa pusat kecantikan menawarkan perkhidmatan penyambungan bulu mata tetapi kaum wanita masih selesa dan gemar mengenakan bulu mata palsu.
"Kemunculan bulu mata palsu merupakan pembaharuan dan kemodenan dalam bidang solekan. Golongan wanita tidak perlu lagi berasa bimbang atau malu sekiranya memiliki bulu mata yang pendek. Ini kerana, masalah itu boleh diatasi dengan melentikkannya dalam sekelip mata dengan menggunakan bulu mata palsu.
Merias bulu mata St_01.2
PELBAGAI jenis warna dan rekaan bulu mata palsu.


"Walaupun penjualan bulu mata sudah mula memenuhi pasaran tempatan pada awal tahun 2000 tetapi ia masih gagal meraih minat wanita. Bagi mereka, penggunaan bulu mata palsu hanya sesuai digayakan ketika melangsungkan majlis perkahwinan atau khusus untuk golongan selebriti sahaja," kata Khairul yang turut menjelaskan bulu mata wanita Asia kebanyakannya berukuran pendek berbanding wanita Eropah.
Di pasaran kini, wanita mempunyai kebebasan untuk memiliki bulu mata yang terdiri daripada pelbagai konsep dan rekaan. Antaranya ialah bulu mata yang bertahtakan butiran manik-manik kecil, dihiasi dengan bintang, menyerupai kelopak rama-rama atau diselitkan dengan helaian bulu ayam.
Sambil melekatkan bulu mata palsu berbulu ayam, Khairul memberitahu bulu mata palsu berkonsepkan funky dan glamor, sesuai digayakan ketika menghadiri parti hari jadi, koktel atau majlis makan malam yang bertemakan ceria dan chic.
Merias bulu mata St_01.4



Jelas beliau lagi, bulu mata palsu lebih terserlah dan menarik, sekiranya menggenakan pembayang mata berona lembut dan cerah. Elakkan penggunaan warna pembayang mata yang gelap dan terang kerana ia akan mencacatkan solekan mata.
Kaum wanita yang ingin kelihatan anggun dan cantik untuk ke pejabat, anda boleh mengenakan bulu mata palsu yang serupa dengan bulu mata asli. Anda boleh menggayakan bulu mata palsu yang lebat atau lentik, berwarna hitam.
"Bagi mendapatkan hasil bulu mata palsu yang baik dan lentik, pastikan anda mengepit bulu mata asli terlebih dulu. Kemudian mewarnakannya dengan maskara berwarna hitam. Pasti, bulu mata asli bersatu dan melengkung dengan baik.

"Selepas itu, letakkan gam bulu mata palsu dan tunggu hingga separuh kering, sebelum meletakkan bulu mata tersebut. Jika melekatkan bulu mata palsu dalam keadaan basah, bulu mata palsu mudah tertanggal dan tidak akan melekat dengan sempurna," katanya sambil memberitahu gam bulu mata juga memainkan peranan penting.
Jangan sesekali membeli gam yang tidak berkualiti dan murah. Ia boleh membuatkan sekitar mata mengalami alahan seperti gatal-gatal dan kemerahan.
Mengulas fenomena wanita yang gemar mendapatkan perkhidmatan penyambungan bulu mata, Khairul menasihatkan supaya berhati-hati dan pastikan mengunjungi pusat kecantikan yang profesional.
Tidak dinafikan, perkhidmatan penyambungan bulu mata, menghasilkan bulu mata yang cantik dan lentik tetapi pada masa yang sama, ia akan 'menyakitkan' di kemudian hari kelak.
Merias bulu mata St_01.5



"Ia terbukti apabila seorang kenalan saya mengalaminya sendiri. Selepas mendapatkan khidmat menyambung bulu mata, dia mengalami masalah alahan di sekitar mata, sukar melelapkan dan mengerlipkan mata kerana tidak selesa dengan kemunculan bulu mata baru," katanya yang menyarankan wanita memilih bulu mata palsu berkualiti, antaranya bulu mata palsu rekaan shu uemura.
Ini kerana bulu mata palsu jenama tersebut dihasilkan dan diperbuat oleh pakar yang mempunyai kemahiran tinggi dalam proses pembuatan.
Sekitar tahun 2007, Shu Uemura telah memperkenalkan Tokyo Lash Bars iaitu sebuah kaunter kecantikan wanita yang berlokasi di pusat beli-belah Mid Valley. Ia bertujuan memberi peluang kepada wanita untuk mendapatkan solekan dan menggayakan bulu mata palsu pilihan.
Merias bulu mata St_01.6



Kaunter moden, chic dan tidak formal ini sesuai dikunjungi oleh pelanggan wanita yang ingin berpenampilan cantik pada solekan mata.


Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 42
location : KK/KL
Points : 12272
Reputation : 0
Number of posts : 478

Merias bulu mata Empty
PostSubject: Re: Merias bulu mata   Merias bulu mata Icon_minitime18/2/2008, 10:35 am

Tu dia...more info pasal kecantikan oleh kak ryn.. Very Happy Very Happy .
tapi mimie nk share ngan suma kat sini yg mimie pena buat curl utk bulu mata. Mula2 takut gak..tp bila ada member yg buat ok. mimie pun try la.
Emmmm result nya mimie tak perlu la melentikkan bulu mata stiap pagi. Nmpak natural aja. Masa 1st time buat,curl nya btahan dlm 2mth. Bila buat yg 2nd time,lama gak tahan..dlm 3mth.

Alah macam nk curl rambut gak,tp ini d bulu mata. Cuma kita perlu tutup mata dlm 30-45min brgantung pd jenis bulu mata kita. Kalu bulu mata lembut sgt,lama la sket,baru la nmpak n jd curl nya.
Cantik tau..cuba la... Wink
Back to top Go down
Baby Princess
JUNIOR
JUNIOR
Baby Princess

Female
Age : 36
location : Nilai,N.9
Points : 12247
Reputation : 0
Number of posts : 191

Merias bulu mata Empty
PostSubject: Re: Merias bulu mata   Merias bulu mata Icon_minitime18/2/2008, 2:19 pm

girls...

ada satu mascara d sasa,nama mascara tu fibrewig...

best seller mascara if im not mistaken...

nda payah pakai curler bulu mata pun boleh lentik jg..

my friends ada try n dia ckp bgs....

i might get one later...hehe... What a Face
Back to top Go down
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 42
location : KK/KL
Points : 12272
Reputation : 0
Number of posts : 478

Merias bulu mata Empty
PostSubject: Re: Merias bulu mata   Merias bulu mata Icon_minitime19/2/2008, 5:06 am

Psstt baby princess,

Butul bah nda pyh pakai curler lg...bagus tu tau. EZ la kan..Tp maybe ikut jenis bulu mata gak ba tu. Coz kalu yg jenis bulu mata degil mcm mimie ni,DIOR punya pun nda dpt kasi lentik ooo without curler. Buli tp nda tahan...

Maybe Kamurang masi muda masi virgin tu bulu mata...Senang urus,senang membentuk pale . Jan mara men2 jak.


Neway, TQ 4 sharing the info..mo d try gak ni tau. Bah jom p sasa..
Back to top Go down
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12515
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Merias bulu mata Empty
PostSubject: Re: Merias bulu mata   Merias bulu mata Icon_minitime19/2/2008, 7:58 am

Kakak mau cuba juga lah ni ...tak pernah lagi guna maskara selama ni, apa

cadangan mimie dan baby untuk kakak ? (brand) Suspect
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 42
location : KK/KL
Points : 12272
Reputation : 0
Number of posts : 478

Merias bulu mata Empty
PostSubject: Re: Merias bulu mata   Merias bulu mata Icon_minitime19/2/2008, 8:17 pm

Sori lambat reply,bz td ada class...

Mimie pena try maskara DIOR & eyelash volume loreal. Ok gak kak. Cuma my bulu mata ni degil sket..thats y mimie p kasi curl bulu mata..so nda payah la pakai2 maskara..unless p function2 la.

Tp c baby princess ckp maskara brand sasa bgus..try la kak .

Baby pls komen...

Msti abg jeff pas ni,merenung jak mata akak... Very Happy
Back to top Go down
Baby Princess
JUNIOR
JUNIOR
Baby Princess

Female
Age : 36
location : Nilai,N.9
Points : 12247
Reputation : 0
Number of posts : 191

Merias bulu mata Empty
PostSubject: Re: Merias bulu mata   Merias bulu mata Icon_minitime19/2/2008, 11:42 pm

hehe..

honestly im not really into makeup...

jarang gila pki mascara,sma juga la ada bulu mata yg degil..

hehe..

br mau try yg sasa ni..

nanti klu ok,saya gtau la..

hehe... What a Face
Back to top Go down
Princess_Cutie01
REGULAR
REGULAR
Princess_Cutie01

Female
Age : 34
location : Sabah
Points : 12436
Reputation : 0
Number of posts : 384

Merias bulu mata Empty
PostSubject: Re: Merias bulu mata   Merias bulu mata Icon_minitime24/2/2008, 3:48 pm

menakutkan pula bulu mata ni..
Back to top Go down
sakura
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sakura

Female
Age : 46
location : JB
Points : 12488
Reputation : 0
Number of posts : 1109

Merias bulu mata Empty
PostSubject: Re: Merias bulu mata   Merias bulu mata Icon_minitime24/2/2008, 4:54 pm

mimie1010 wrote:
Tu dia...more info pasal kecantikan oleh kak ryn.. Very Happy Very Happy .
tapi mimie nk share ngan suma kat sini yg mimie pena buat curl utk bulu mata. Mula2 takut gak..tp bila ada member yg buat ok. mimie pun try la.
Emmmm result nya mimie tak perlu la melentikkan bulu mata stiap pagi. Nmpak natural aja. Masa 1st time buat,curl nya btahan dlm 2mth. Bila buat yg 2nd time,lama gak tahan..dlm 3mth.

Alah macam nk curl rambut gak,tp ini d bulu mata. Cuma kita perlu tutup mata dlm 30-45min brgantung pd jenis bulu mata kita. Kalu bulu mata lembut sgt,lama la sket,baru la nmpak n jd curl nya.
Cantik tau..cuba la... Wink
biasa kat mana ada tempat utk buat bulu mata tu erk??
Back to top Go down
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 42
location : KK/KL
Points : 12272
Reputation : 0
Number of posts : 478

Merias bulu mata Empty
PostSubject: Re: Merias bulu mata   Merias bulu mata Icon_minitime24/2/2008, 5:58 pm

Tu dia kak sakura pun berminat. Caya la babe Very Happy ,bak kata drakult MANTAP...

U kat JB kan...Pi aje kat salon2 yg ada buat facial muka. Besa kat KL n KK,any salon yg buat facial,mmg buat curl bulu mata. Besa dorg tulis d iklan dpn pintu salon..melentik bulu mata.Kalu KL price 45-55 skali buat utk kedua2 belah bulu mata. KK price 30-40 kat CP. JB mimie nda pasti lak. Kak sakura p la survey2 dlu k. Try la skali,tahan gak tu 2-3mth lentik nya tu. Bgantung pd bulu mata kita la.

Selamat mencuba..
Back to top Go down
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 42
location : KK/KL
Points : 12272
Reputation : 0
Number of posts : 478

Merias bulu mata Empty
PostSubject: Re: Merias bulu mata   Merias bulu mata Icon_minitime24/2/2008, 6:06 pm

Apa yg menakutkan princess_cutie? Suspect . Since ur age masi belasan tahun,sure u still not need this kind of treatment n service What a Face . But once u reach 21 above,masuk2 alam dewasa nie,no harm to try. coz all this things nda membahayakan kesihatan pun. As u knw,gurlz ni nda dpt di pisahkan dgn benda2 kecantikan ni kan...Besa la kan.

So jgn ada perasaan takuts k... U go gurlz... Very Happy

Back to top Go down
sakura
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sakura

Female
Age : 46
location : JB
Points : 12488
Reputation : 0
Number of posts : 1109

Merias bulu mata Empty
PostSubject: Re: Merias bulu mata   Merias bulu mata Icon_minitime24/2/2008, 6:54 pm

mimie1010 wrote:
Tu dia kak sakura pun berminat. Caya la babe Very Happy ,bak kata drakult MANTAP...

U kat JB kan...Pi aje kat salon2 yg ada buat facial muka. Besa kat KL n KK,any salon yg buat facial,mmg buat curl bulu mata. Besa dorg tulis d iklan dpn pintu salon..melentik bulu mata.Kalu KL price 45-55 skali buat utk kedua2 belah bulu mata. KK price 30-40 kat CP. JB mimie nda pasti lak. Kak sakura p la survey2 dlu k. Try la skali,tahan gak tu 2-3mth lentik nya tu. Bgantung pd bulu mata kita la.

Selamat mencuba..
TU BOLEH BERTAHAN BERAPA LAMA ERK?SETAKAT NIE BELUM PENAH NMPK LAGILAH..
Back to top Go down
Baby Princess
JUNIOR
JUNIOR
Baby Princess

Female
Age : 36
location : Nilai,N.9
Points : 12247
Reputation : 0
Number of posts : 191

Merias bulu mata Empty
PostSubject: Re: Merias bulu mata   Merias bulu mata Icon_minitime24/2/2008, 9:32 pm

girls..i already try the fibrewig mascara..

malang mesti guna curler juga la..

mayb bulu mata saya ni degil ba..hehe...

but i think this is the best mascara..

nda tau la mcm mana mau describe..

cuba dulu la,baru tau ok ka nda..

but i love this mascara... Very Happy
Back to top Go down
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12515
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Merias bulu mata Empty
PostSubject: Re: Merias bulu mata   Merias bulu mata Icon_minitime24/2/2008, 10:00 pm

Haaa... tu dia ulasan dan cadangan dari mimie dan baby.....kakak tak berani beri cadangan atau komen sebab kakak pun tak pernah guna maskara dan tiada pengalaman guna maskara ni....adalah sekali tu waktu kawin hehehe lepas tu tak pernah lagi guna2 maskara.....maskara2 yg kakak ada pun dah kakak sedekah kan dengan maid kakak yg dulu...Sekarang ni macam mau cuba balik lah Very Happy macam teruja pulak
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
Baby Princess
JUNIOR
JUNIOR
Baby Princess

Female
Age : 36
location : Nilai,N.9
Points : 12247
Reputation : 0
Number of posts : 191

Merias bulu mata Empty
PostSubject: Re: Merias bulu mata   Merias bulu mata Icon_minitime25/2/2008, 12:18 am

hehe..

bagi opinion berdasarkan pengalaman ja ni.. Smile

pki la blk kak..

saya pun jarang pki juga..

tpi best guna fibrewig ni..

mayb blk kk nanti mau try pg curl bulu mata la mcm mimie..

then baru senang mau apply mascara..

hehe.. Very Happy
Back to top Go down
ZieHaR d GreatZ
REGULAR
REGULAR
ZieHaR d GreatZ

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : PapaR - KeninGaU - KoTa KinaBaLu
Tag ID: : SFC 00007
Points : 12916
Reputation : 0
Number of posts : 470

Merias bulu mata Empty
PostSubject: Re: Merias bulu mata   Merias bulu mata Icon_minitime12/3/2008, 12:39 pm

selain melentikkan bulu mata yang terbaru ni pla memanjang bulu mata(extension eyelashes)...terpulang dengan panjang bulu mata yang dipilih untuk disambungkan.Canggih dah sekarang ni kan...kalau dah dekat-dekat nak terbuka bulu mata tu boleh ke salon balik untuk repair secara percuma atau berbayar..disyorkan untuk sesiapa yang berbulu mata pendek....
Back to top Go down
https://www.facebook.com/ziehar
otai_queen
MODERATOR
otai_queen

Female
Countries/State : Terengganu
Age : 40
location : Kudat
Tag ID: : SFC 03014
Points : 15190
Reputation : 25
Number of posts : 6310

Merias bulu mata Empty
PostSubject: Re: Merias bulu mata   Merias bulu mata Icon_minitime28/6/2008, 11:12 am

ZieHaR d GreatZ wrote:
selain melentikkan bulu mata yang terbaru ni pla memanjang bulu mata(extension eyelashes)...terpulang dengan panjang bulu mata yang dipilih untuk disambungkan.Canggih dah sekarang ni kan...kalau dah dekat-dekat nak terbuka bulu mata tu boleh ke salon balik untuk repair secara percuma atau berbayar..disyorkan untuk sesiapa yang berbulu mata pendek....
kita pernah try ni, tak lama pun dlm 2,3 minggu mcm nak tercabut balik dah... tp nmpk cantik pulak...
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12499
Reputation : -6
Number of posts : 1063

Merias bulu mata Empty
PostSubject: Re: Merias bulu mata   Merias bulu mata Icon_minitime13/7/2009, 3:09 pm

Shocked Shocked Shocked wah menakutkan
Back to top Go down
nissya
SENIOR
SENIOR
nissya

Female
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : membakut-bfort-sipitang-sindumin
Tag ID: : SFC 04201
Points : 12387
Reputation : 3
Number of posts : 726

Merias bulu mata Empty
PostSubject: Re: Merias bulu mata   Merias bulu mata Icon_minitime27/10/2009, 9:01 am

dulu sy x pakai mascara tp skg ni dah pakai,ok juga laa...bulu mata sya jenis pendek bla pakai mascara maybelline bulu mata sya nmpk panjang & melentik x perlu pg lentikkn bulu mata atau smbung bulu mata pg saloon.....
Back to top Go down
Sponsored content




Merias bulu mata Empty
PostSubject: Re: Merias bulu mata   Merias bulu mata Icon_minitime

Back to top Go down
 

Merias bulu mata

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: PEREMPUAN DOT NET :: Shopping & Kecantikan-
Jump to: