SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
BERITA HARI INI - Page 8 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
BERITA HARI INI - Page 8 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 BERITA HARI INI

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 7, 8, 9, 10, 11  Next
AuthorMessage
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime7/6/2008, 4:24 am

First topic message reminder :

Kebajikan rakyat dijaga dalam penstrukturan semula harga bahan api: Shahrir



SHAH ALAM: Penstrukturan semula harga bahan api semalam hanya bagi mengurangkan beban tanggungan subsidi kerajaan dalam mengatasi lonjakan harga minyak dunia, namun kebajikan rakyat berpendapatan rendah tidak diabaikan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Beliau berkata beberapa demonstrasi yang diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak itu dibuat kerana ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan di atas keputusan kerajaan itu.

"Soal berdepan dengan kemarahan orang, saya tak dapat apa-apa faedah dan kerajaan tak ada untung pun bila tarik subsidi.



"Kita tarik balik subsidi bukan naikkan harga minyak tetapi kita hanya kurangkan perbelanjaan tanggungan kerajaan terhadap subsidi," katanya kepada pemberita selepas program Pemukiman Majlis Tertinggi Umno di sini Jumaat.

Beliau berkata kerajaan membayar balik sebahagian daripada subsidi yang ditarik balik itu menerusi wang tunai sebanyak RM625 kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2,000cc dan RM150 kepada pemilik motosikal persendirian di bawah 250cc.

"Pokoknya sekarang ialah macam mana kita nak bayar wang ini dengan lebih segera. Rakyat patut fikir ini (bayaran cepat)...yang buat demonstrasi ni tak nak terima ke RM625 ni" katanya.

Kerajaan mengumumkan akan membayar rebat yang akan diberi dalam bentuk kiriman wang itu menerusi pejabat pos seluruh negara mulai 1 Julai.

Shahrir berkata kiraan purata yang dibuat ialah wang rebat tunai yang akan diberikan itu ialah bersamaan 66 liter minyak untuk sebulan.

"Jadi kalau anggaran 66 liter penggunaan sebulan bagi kereta ekonomikal dengan perjalanan tak jauh, pastilah perbelanjaannya akan sama sebelum kenaikan ini," katanya.

Berkuatkuasa tengah malam Rabu lepas, harga petrol dan diesel dinaikkan, masing-masing sebanyak 78 sen dan RM1 seliter sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula subsidi bahan api itu, menjadikan harga petrol di pam ialah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Ketika ditanya rungutan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tinggi sebayak 78 sen dalam masa yang singkat, beliau berkata ini merupakan kali pertama kerajaan membuat satu sistem terurus di mana subsidi diberi terus kepada rakyat.

"Buat pertama kali ada satu sistem terurus di mana subsidi dipulang balik kepada rakyat. Dulu bila kerajaan tarik subsidi (rakyat) tak dapat apa-apa. Kalau tarik sikit-sikit rakyat tak dapat apa-apa," katanya.

Shahrir berkata sebelum ini kerajaan membayar kepada pemilik syarikat minyak harga subsidi yang ditetapkan dan subsidi itu hanya dinikmati oleh pengguna semasa membeli minyak di stesen minyak.

"Pada masa itu orang kaya yang membeli banyak minyak dan pemilik kenderaan luar negara turut merasai subsidi yang diberikan kerajaan tetapi kini rakyat negara akan mendapat terus rebat tunai daripada kerajaan," katanya.

Beliau berkata cukai jalan pemilik kenderaan juga akan dikurangkan dan purata kenaikan sebuah kenderaan adalah lebih kurang 45 sen sahaja.

Katanya kerajaan kini masih memberikan komitmen subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter yang dibeli pengguna.

Mengenai syarikat pengangkutan yang dijangka akan mengalami kesan yang teruk akibat kenaikan harga diesel, Shahrir menjelaskan kementerian itu bersedia berjumpa dengan syarikat pengangkutan yang mahukan penambahan kuota subsidi diesel.

Katanya kenaikan diesel tidak sepatutnya mengakibatkan kesan yang teruk kepada syarikat pengangkutan dan kementerian akan memastikan masalah itu tidak berlaku.

"Kalau ada syarikat kata tak cukup kuota, saya akan tentukan mereka dapat sepenuhnya. Ada yang cakap kuota hanya cukup 3 minggu sahaja, kita akan selesaikan masalah itu. Pokoknya kalau semua syarikat pengangkutan tak ada masalah kenaikan diesel, jadi, apa pun tambahan caj yang diminta tidak berkaitan dengan kenaikan harga bahan api," katanya.

Beliau berkata perkhidmatan feri di Pulau Langkawi mengadu tentang perlunya untuk menambah kuota subsidi dan kerajaan akan bantu mereka.

Negara mempunyai jumlah diesel yang mencukupi dan kementerian akan memastikan syarikat pengangkutan ini mendapat kuota subsidi diesel yang sepatutnya, katanya. - Bernama

Back to top Go down
http://www.abctours.com.my

AuthorMessage
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime17/10/2008, 11:43 pm

Harga minyak mungkin turun lagi akhir bulan ini

Harga petrol dan diesel di negara ini mungkin akan turun lagi akhir bulan ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad, hari ini.

Beliau berkata ini berikutan trend penurunan harga minyak mentah dunia ketika ini.

Minyak mentah dunia mencatatkan harga AS$69.85 setong semalam berbanding AS$77.70 setong pada 12 Oktober lalu.

Beliau berkata tindakan menurunkan harga minyak kini lebih mudah kerana ia tidak perlu lagi dibawa kepada Kabinet, sebaliknya mesyuarat beberapa menteri dengan dipengerusikan oleh Perdana Menteri.

Harga minyak di pam sudah turun tiga kali sejak Ogos lalu iaitu pada 23 Ogos, 24 September dan kali terakhir, 15 Oktober.

Harga petrol Ron97 turun dari RM2.70 seliter kepada RM2.55, RM2.45 dan RM2.30 manakala petrol Ron92 dari RM2.62 seliter kepada RM2.40, RM2.30 dan RM2.20.

Diesel pula turun dari RM2.58 seliter kepada RM2.50, RM2.40 dan RM2.20.

Kerajaan, katanya, tidak boleh menurunkan harga minyak secara mendadak kerana dikhuatiri boleh menjejaskan bekalan kepada pengguna.

Sebelum ini, Shahrir pernah membayangkan harga minyak di pam boleh kembali ke harga asal sebelum 5 Jun iaitu RM1.92 seliter sekiranya harga minyak mentah dunia mencecah AS$72 setong.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime17/10/2008, 11:45 pm

Harga beras tidak turun


Harga beras tempatan akan terus kekal pada tahap sekarang walaupun harga beras dunia turun, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed, hari ini.

Beliau berkata ini kerana harga beras negara sekarang lebih rendah berbanding beberapa negara jiran dan harga beras dunia keseluruhannya.

“Kita meletakkan harga siling RM2.80 sekilogram bagi beras tempatan lima peratus hancur tapi bagi beras import daripada kualiti sama berharga antara RM3.20 dan RM3.30 sekilogram sekarang ini.

“Walaupun harga (beras) antarabangsa turun, namun ia masih lagi dua kali ganda lebih tinggi daripada tahun lalu,” katanya kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidifitri di kediamannya di sini, hari ini.

Mustapa berkata kerajaan kini menanggung subsidi beras yang tinggi bagi mengekalkan harga beras di pasaran supaya rendah dan mampu dibeli rakyat.

"Sejak Jun lalu, kerajaan menampung subsidi pengimportan beras masing-masing RM400 juta bagi bagi negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

“Jadi, jika kita menurunkan lagi harga beras yang diimport, kerajaan terpaksa mananggung subsidi yang lebih tinggi.

"Bagaimanapun, jika harga pasaran dunia meningkat, kerajaan akan menambah subsidi sedia ada bagi memastikan rakyat mendapat bekalan secukupnya,” katanya.

Mengenai kedudukan Bernas selaku pengimport beras tunggal di negara ini, Mustapa berkata ia akan diteruskan sehingga 2011.

Katanya kerajaan melalui Perjanjian Penswastaan telah memberikan hak pengimportan beras tunggal 13 tahun kepada Bernas dan ia akan diteruskan sehingga tempoh perjanjian itu tamat.

Bagaimanapun, katanya kajian mengenainya tetap diteruskan dan keputusan sama ada melanjutkan monopoli Bernas atau sebaliknya akan ditentukan selepas itu pada 2011.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime17/10/2008, 11:48 pm

Dua lelaki Indonesia mati dihempap mesin kuari


Dua lelaki warga Indonesia mati selepas dihempap mesin pengangkut di kuari di Kilometer 18, Hulu Langat dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.20 pagi itu, tiga pekerja pengangkut pasir berada di tempat kejadian.

Bagaimanapun, timbunan pasir di kuari itu dikatakan tiba-tiba runtuh ke atas mesin pengangkut sebelum menghempap sebuah lori.

Salah seorang daripada tiga pekerja berkenaan sempat terjun dari lori berkenaan untuk menyelamatkan diri.

Manakala dua orang lagi rakannya terperangkap di dalam timbunan pasir.

Mayat kedua-dua mangsa berjaya dibawa keluar kira-kira pukul 3 petang ini.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Sakarudin Che Mood yang ditemui di sini hari ini mengesahkan kejadian itu.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime20/10/2008, 12:29 am

Polis tahan tiga remaja dipercayai terlibat letupkan mesin ATM


Polis menahan tiga remaja lelaki belasan tahun yang dipercayai terlibat meletupkan sebuah mesin pengeluar wang automatik (ATM) menggunakan serbuk letupan mercun di Taman Kinrara, Puchong, Isnin lepas.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, ketiga-tiga mereka ditahan di sekitar Selangor, tengah hari semalam.

``Kita yakin terdapat saki-baki kumpulan itu yang masih bebas dan polis sedang menjejaki mereka,’’ katanya pada majlis sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Daerah Gombak di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 5.45 pagi itu, kamera litar tertutup di bank itu merakamkan dua lelaki remaja memasuki premis Bank CIMB dan meletupkan sebuah mesin pendeposit tunai tetapi usaha mereka itu gagal.

Kejadian itu disedari polis pada pukul 7 pagi keesokan harinya apabila kereta peronda yang meronda di situ melihat asap dari bank berkenaan.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime20/10/2008, 12:32 am

Malaysia sudah terbukti


KOTA KINABALU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, ujian sebenar ke atas sesebuah negara ialah apabila berdepan saat getir dan cara rakyatnya bertindak menghadapi dugaan itu.

Dalam konteks Malaysia, Perdana Menteri berkata, negara sudah membuktikan daya tahannya dengan mengatasi pelbagai rintangan dan masalah, termasuk ancaman komunis serta konfrontasi dengan Indonesia yang dicetuskan rejim pemerintahan Sukarno.

“Kita diuji pelbagai masalah, termasuk dari segi ekonomi, tetapi terbukti dengan ketahanan, kekuatan dan kesetiaan rakyat untuk terus bersama kerajaan, ia membolehkan kita menanganinya dan meneruskan pembangunan negara.

“Segala cabaran dan masalah itu dapat diatasi dengan kekuatan serta perpaduan rakyat negara ini.

“Justeru, perpaduan bangsa perlu dikekalkan sepanjang masa kerana tanpanya kita tidak akan mencapai kejayaan,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Malaysia sempena perayaan Kemerdekaan ke-51 negara di Padang Merdeka di sini, malam tadi.

Sambutan dirasmikan Yang di-Pertua Negeri, Tun Ahmadshah Abdullah.

Turut hadir isteri Yang di-Pertua, Toh Puan Dayang Masuyah Awang Japar, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah; Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan isteri, Datin Seri Faridah Tussin serta Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime20/10/2008, 12:34 am

Wanita terbunuh dibakar adik ipar


Mangsa disimbah minyak dengan baldi

KUCHING: Seorang wanita berusia 43 tahun maut selepas dipercayai disimbah minyak dan dibakar oleh adik iparnya dalam satu kejadian di sebuah rumah dekat Jalan Merdeka di sini, malam kelmarin.

Mordiah Hamden, yang terbakar 90 peratus badannya, meninggal dunia kira-kira jam 10.10 malam kelmarin, kira-kira 40 minit selepas kejadian, ketika menerima rawatan kecemasan di Hospital Umum Sarawak (HUS) di sini.

Ketika kejadian kira-kira jam 9.30 malam, mangsa dikatakan sedang menonton televisyen bersama ibu saudaranya, Habibah Bujang, sebelum suspek datang membawa baldi berisi minyak dari arah dapur dan menyiram ke tubuh mangsa dan terus menyalakan api.

Terkejut melihat kejadian itu, ibu saudara mangsa terus berlari ke luar rumah menjerit meminta tolong. Mangsa dikatakan turut menjerit meminta adiknya yang sedang mandi di bilik air berhampiran tempat kejadian, menyiramnya dengan air dalam keadaan api marak di seluruh badan.

Suspek pula terus meninggalkan rumah dengan menaiki motosikal selepas kejadian, sebelum menyerah diri di Balai Polis Sentral di sini, kira-kira jam 12 tengah malam kelmarin.

Adik mangsa, Salleh, 35, berkata dia terkejut mendengar jeritan meminta tolong terus mengambil air dan menyiram badan kakaknya sehingga api padam.

Katanya, selain mangsa, suspek, Salleh dan ibu saudara mangsa, dua lagi yang berada di rumah ketika kejadian ialah bapa mangsa dan isteri suspek yang juga adik mangsa, selain lima anak mangsa, isteri suspek sedang dalam pantang kerana baru melahirkan anak kelima kira-kira seminggu lalu.

Salleh berkata, beliau bersama bapanya membawa mangsa ke tepi jalan dan menahan kenderaan yang lalu untuk membawa mangsa ke HUS dan tiba di hospital itu pada jam 9.54 malam, tetapi mangsa meninggal dunia kira-kira 15 minit selepas itu.

Sepasukan polis diketuai Ketua Polis Daerah Kuching , Asisten Komisioner Polis (ACP) Wong Wai Loong bergegas ke tempat kejadian malam kelmarin.

Wong berkata, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh dengan siasatan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan berkata, polis perlu mengambil keterangan semua ahli keluarga mangsa untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai apa yang berlaku, sebelum mengeluarkan kenyataan lanjut.

Bedah siasat terhadap mayat mangsa dilakukan di rumah mayat HUS petang semalam, sebelum jenazahnya dituntut untuk dikebumikan oleh ahli keluarganya.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime24/10/2008, 10:01 am

50,000 kakitangan awam kontrak mungkin diberhentikan


Kira-kira 50,000 kakitangan awam yang berkhidmat secara kontrak mungkin ditamatkan perkhidmatan mereka menjelang akhir tahun ini berikutan kekangan kewangan kerajaan, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman.

Mereka adalah kakitangan yang kontrak disambungkan dari setahun ke setahun, yang berkhidmat di semua jabatan dan kementerian di seluruh negara dan tidak menikmati kemudahan seperti yang diterima kakitangan awam tetap, tetapi melakukan tugas yang sama.

Omar memberitahu Bernama, Cuepacs tidak boleh menerima alasan kekangan kewangan, kerana kerajaan masih mampu mengekalkan perkhidmatan golongan ini.

Cuepacs, katanya, telah menghantar rayuan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mengekalkan kakitangan ini, yang kebanyakannya telah berkhidmat antara lima hingga 10 tahun malah terdapat yang berkhidmat lebih 20 tahun.

“Cuepacs telah mencadangkan sama ada JPA mengambil semula pekerja ini atau menyerap mereka ke dalam kedudukan tetap,” kata Omar.

Beliau berkata, isu ini akan dibincang pada persidangan perwakilan Cuepacs bulan depan.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime24/10/2008, 10:04 am

Jangan sakiti hati kaum lain


Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan rakyat negara ini supaya tidak melakukan perbuatan yang boleh menyakitkan hati kaum lain kerana ia akan menjejaskan usaha kerajaan mewujudkan negara yang bersatu padu.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ingatan itu juga adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan setiap rakyat kembali berpegang kepada prinsip asas iaitu warganegara Malaysia tidak kira kaum, agama atau budaya mesti dihormati.

“Kita tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang akan menyebabkan orang lain terasa hati atau melakukan perbuatan yang boleh dianggap sebagai tidak menghormati kaum atau perayaan orang lain,” katanya ketika berucap merasmikan Baazar Deepavali Brickfields di sini hari ini.

Turut hadir ialah Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dan timbalannya, Datuk M. Saravanan serta Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu.

Pada majlis itu, Najib turut melawat sebahagian daripada 500 gerai menjual kuih-muih dan pakaian yang dibuka di sekitar Brickfields sempena sambutan perayaan Deepavali, Isnin ini.

Menurutnya, beliau gembira kerana semangat permuafakatan antara kaum yang berasaskan kepada perasaan menghormati antara satu sama lain yang menjadi tiang seri kepada pembentukan negara ini, masih lagi diamalkan.

“Inilah warisan yang mesti kita pertahankan dan dengan semangat ini akan membolehkan kita bersama-sama menyambut perayaan kaum-kaum lain dengan perasaan muhibah,” katanya.

Dalam pada itu, Najib menegaskan, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak pernah mengabaikan kaum India dan ia terbukti apabila beliau sendiri, ketika mesyuarat Jemaah Menteri minggu lalu, membangkitkan isu antara 20,000 hingga 30,000 kaum itu tidak mempunyai sijil beranak dan kad pengenalan.

“Kabinet telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri supaya menubuhkan pasukan petugas khas bagi menyelesaikan segera masalah ini dengan syarat ia melibatkan kes-kes tulen sahaja,” ujarnya.

Tambah Najib, beliau menyokong penuh cadangan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk menjadikan Brickfields seperti Little India bagi menarik lebih ramai pelancong ke kawasan itu.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
Viero
MODERATOR
Viero

Male
Countries/State : Sabah
Age : 105
location : Melbourne
Website : https://www.facebook.com/Vieros
Points : 12787
Reputation : 18
Number of posts : 2464

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime25/10/2008, 12:24 am


Empat guru wanita nyaris maut

New Sabah Times: 24th October, 2008

KENINGAU:
Empat guru wanita nyaris maut apabila kenderaan jenis Myvi yang mereka
naiki bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda hilux di Batu 11,
Jalan Keningau – Sook kira-kira jam 2.00 petang pada Rabu.


Ketua Polis Daerah Keningau DSP Zahari Mohamed yang
mengesahkan kejadian itu berkata, keempat-empat
guru wanita yang berasal dari Semenanjung itu dan mengajar di Sekolah
Menengah Kebangsaan (SMK) Sepulut kira-kira 120 kilometer dari sini
dalam perjalanan pulang ke Keningau.
Tiba ditempat kejadian katanya, kenderaan Myvi bertembung dengan
hilux menyebabkan empat guru itu cedera parah.


Zahari memberitahu, mereka yang cedera parah pemandu Myvi, Siti Roshadah
Rozari 25, Norasyikin Jamaludin 25, Siti Noorhaida Abd Aziz 25, dan
Noorazura Azmi 24.

Walau bagaimana pun mereka yang dirawat di Hospital Keningau dilaporkan dalam keadaan stabil.
Sementara itu katanya, pemandu kenderaan hilux hanya mengalami kecederaan ringan.

Guru-guru yang terbabit dalam kemalangan itu terpaksa berulang alik dari Keningau
ke Sepulut setiap hari persekolahan disebabkan bekalan air yang tidak
menentu di rumah kediaman guru sekolah itu.
Back to top Go down
https://www.facebook.com/Vieros
Sapeq Kaminari
SUPERIOR
SUPERIOR
Sapeq Kaminari

Male
Countries/State : Sabah
Age : 36
location : Beaufort-Kekuro-Pimping-K.K-Keningau
Tag ID: : SFC03784
Points : 12587
Reputation : 9
Number of posts : 1953

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime1/12/2008, 9:57 pm

Peruntukan usahawan belia ditambah menjadi RM3,000

30th November, 2008, News Sabah Times
LABUAN: Kementerian Belia dan Sukan akan menaikkan peruntukan Usahawan Muda daripada RM2,000 kepada RM3,000 bermula tahun depan.
Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, pertambahan sebanyak RM1,000 adalah sebagai usaha mening-katkan perniagaan para belia, selaras dengan perkembangan ekonomi semasa.
“Sebanyak 20 belia dari setiap daerah yang berjaya menyertai kursus keusaha-wanan anjuran Jabatan Belia dan Sukan layak untuk mendapat peruntukan tersebut” kata-nya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Program Memperkasakan Pertubuhan Belia 2008 peringkat Wilayah Persekutuan Labuan yang diadakan di dewan Konvensyen Ujana Kewangan dekat sini, pagi kelmarin.
Hadir sama di majlis itu Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dato’ Haji Fathul Razi Haji Bakri, Presiden Majlis Belia Labuan, Haji Shuib Nasir, Pengerusi Majlis Penasihat Perbadanan Labuan, Datuk Haji Yunus Haji Kurus, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Labuan, Zawiyah Muhamad dan Pengarah Majlis Sukan Labuan, Arman Annuar Tan.
Ismail Sabri berkata, kementeriannya juga turut melonggarkan syarat pinjaman kepada warga belia yang membuat pinjaman di bawah RM5,000 dengan tidak lagi memerlukan penjamin, manakala bagi mereka yang membuat pinjaman RM15,000 hingga ke RM50,0000, hanya diperlukan mengemuka-kan seorang penjamin dengan gaji bulanan tidak kurang daripada RM800.
“Inilah antara kemudahan yang diberikan oleh kerajaan melalui Kementerian Belia dan Sukan bagi memudahkan golongan belia menjalankan perniagaan” katanya.
Pada Majlis itu, beliau turut menyampaikan cek bernilai RM RM57,000 kepada Majlis Belia Labuan (MBL) untuk diagihkan kepada persatuan belia yang berdaftar di pulau ini.
Antarayang menerima bantuan daripada peruntukan itu ialah MBL sebanyak RM10,000, Persatuan Pengakap Malaysia, Labuan, RM5,000, dan 14 buah persatuan belia menerima RM3,000 setiap persatuan.
Sementara itu, seramai 20 peserta bimbingan Usahawan Muda turut menerima bantuan sebanyak RM2,000 setiap seorang.
Mengenai cadangan Majlis Belia Labuan untuk mewujudkan Asrama Belia Labuan, beliau berkata, kementeriannya akan menimbang dan meneliti permohonan itu sebelum di majukan ke dalam agenda pembangunan Rancangan Malaysia Ke 10 (RMK10).
Terdahulu dari itu beliau turut merasmikan Pusat Belia Labuan yang terletak di Ujana Kewangan.
Sementara itu, pada sidang akhbarnya, beliau berkata peruntukan yang disalurkan terus kepada setiap persatuan itu adalah bertujuan untuk memperkasakan persatuan agar dapat mejalankan aktiviti mengikut cita rasa persatuan itu sebndiri.
Katanya, kementerian juga membuat pendekatan baru dengan membenarkan persatuan untuk mengendalikan aktiviti mereka sendiri tanpa merujuk kepada jabatan.
“Kalau dulu aktiviti belia banyak dirancang oleh jabatan… bagaimanpun kita dapati ada aktiviti yang kita rancang tidak sesuai dengan naluri para belia. Hari ini kita buat pendekatan baru dengan membenarkan mereka melaksanakan program mengikut kehendak belia itu sendiri” katanya.
Katanya, Kementerian yakin perlaksanaan aktiviti sendiri itu serta pemberian kewangan secara terus kepada persatuan akan dapat melahirkan belia yang lebih kreatif dan mampu menjadi pemimpin.

P/s: kebaikan utk persatuan or pertubuhan belia yg brdaftar....
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime20/12/2008, 3:06 pm

Perogol Noor Suzaily jalani hukuman gantung

KUALA LUMPUR: Bekas pemandu bas ekspres, Hanafi Mat Hassan, yang
didapati bersalah merogol dan membunuh jurutera komputer, Noor Suzaily
Mukhtar, lapan tahun lalu, menjalani hukuman gantung di Penjara Kajang,
pagi semalam.


Hanafi, 46, digantung sampai mati selepas subuh dan mayatnya
dibawa ke Hospital Kajang sebelum dituntut keluarganya untuk dibawa
pulang ke Binjai, Kelantan.


Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Kampung Kubur Datu, Binjai, kira-kira jam 6 petang. Hanafi didapati bersalah dan dihukum gantung oleh Mahkamah Tinggi Shah
Alam pada 25 April 2002 kerana membunuh Noor Suzaily, 24, di antara
Lorong Pegaga, Taman Chi Liung dan tapak pembinaan projek perumahan di
Taman Bukit Tinggi, Klang di antara jam 8.50 pagi hingga 9.15 pagi pada
7 Oktober 2000.


Tertuduh yang pernah berkahwin empat kali, juga dipenjara 20 tahun dan 12 sebatan atas tuduhan merogol mangsa.

Hukuman penjara yang dikenakan itu adalah maksimum mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Kes berkenaan mendapat liputan meluas sejak mayat Noor Suzaily
ditemui dalam keadaan bogel dengan 44 kesan kecederaan di tepi jalan
kawasan pembinaan Bukit Tinggi Klang pada petang hari yang sama. Hasil
bedah siasat mendapati mangsa mati akibat dijerut.


Perbicaraan kes itu bermula pada 12 Mac 2001 di Mahkamah
Tinggi Shah Alam dan rayuan terakhir Hanafi ditolak oleh Mahkamah
Persekutuan pada 12 Disember 2006.


Di KANGAR, bapa Noor Suzaily, Mukhtar Ibrahim, 63, berkata
pihaknya menanti selama lapan tahun untuk memastikan tertuduh menjalani
hukuman itu.






"Kami bersyukur hukuman itu dilaksanakan juga, walaupun agak terlewat.
Saya yang merasai kesengsaraan berikutan kematian Noor Suzaily, hanya
mampu menyatakan hukuman sudah ditegakkan.


"Jabatan Penjara tidak memaklumkan kepada saya mengenai pelaksanaan hukuman itu.


Syukur apabila saya mendengar perkara ini," katanya yang
ditemani isterinya, Harison Husin, 58, ketika ditemui di rumahnya di
Taman Suraini.


Ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan hukuman itu,
Mukhtar berkata: "Bagi saya kepuasan hanya timbul apabila saya sendiri
berada di tempat hukuman dan dibenarkan menekan butang bagi
melaksanakan hukuman gantung ke atas Hanafi."


Bagaimanapun, Mukhtar berkata, beliau tidak menyimpan sebarang dendam ke atas keluarga Hanafi kerana mereka tidak bersalah.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime20/12/2008, 3:14 pm

Kes bapa rogol anak disebut semula Februari

Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 18 Februari tahun depan
bagi sebutan semula kes seorang bapa berusia 51 tahun yang menghadapi
enam tuduhan merogol anak kandungnya antara Ogos dan 6 November lalu.

Hakim Habibah Mohamed Yusof memerintahkan demikian selepas tertuduh
yang didakwa merogol anaknya di kandang kambing, ladang kelapa sawit
serta rumah mereka memberitahu mahkamah bahawa dia mahu melantik peguam
bagi mewakili kesnya.

Penolong Pendakwa Raya, Heng Yen Loo turut memohon kes itu disebut
semula kerana beliau masih belum menerima laporan perubatan kes
tersebut.

Terdahulu, tertuduh mengekalkan pengakuan tidak bersalah selepas kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol anaknya yang ketika
itu berusia 14 tahun lapan bulan di sebuah rumah di Chini, Pekan, pada
pukul 1 pagi, awal Ogos lalu dan mengulanginya di sebuah ladang kelapa
sawit di Chini kira-kira pukul 12 tengah hari pada pertengahan Ogos
lalu.

Dia turut didakwa merogol anaknya itu di dalam sebuah kandang
kambing kira-kira pukul 6 petang pada akhir Ogos lalu sebelum
mengulanginya sebanyak tiga kali pada bulan September dan November di
rumahnya.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan (Pindaan
2006) kerana melakukan sumbang mahram yang memperuntukkan hukuman
penjara hingga 30 tahun dan sebat tidak kurang 10 kali jika sabit
kesalahan.

Pada 21 November lalu, mahkamah yang sama membenarkan tertuduh
diikat jamin RM30,000 dan ditetapkan syarat tertuduh tidak boleh
mendekati mangsa serta keluarganya.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime20/12/2008, 3:15 pm

Isteri pesakit Chikungunya dimasukkan ke hospital

Isteri kepada seorang lelaki berusia 46 tahun dari Kampung Perak,
Bukit Selambau dekat sini yang dipercayai menjadi korban pertama demam
Chikungunya dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai
Petani hari ini.

Siti Azizah Nayan, 49, dibawa oleh kakitangan Pejabat Kesihatan
Daerah Kuala Muda ke HSAH kira-kira pukul 12 tengah hari ini selepas
demam, sakit sendi dan lemah seluruh badan.

Menurutnya, dia dimaklumkan turut mempunyai simptom-simptom demam
Chikungunya selepas beberapa kakitangan kesihatan mengunjungi rumahnya
di Kampung Perak pagi ini.

"Memang saya demam sejak dua tiga hari lalu. Sebelum ini, saya sudah periksa, tapi pihak hospital kata tak ada apa-apa.
"Namun, selepas selesai urusan pengkebumian suami semalam, badan
saya terus lemah," katanya ketika ditemui pemberita selepas dikunjungi
Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain di sini hari ini.

Semalam, suami Siti Azizah, Ismail Md. Noor meninggal dunia di
rumahnya kira-kira pukul 7.30 pagi, dua hari selepas dibenarkan keluar
dari Hospital Sik (HS) kerana menjalani rawatan demam Chikungunya.

Siti Azizah berkata, suaminya dimasukkan ke HS pada Ahad lalu
selepas seminggu demam serta mengalami sakit sendi dan lemah seluruh
badan.

"Semasa dibawa pulang, keadaannya masih lemah tetapi jururawat
memberitahu dia sudah sembuh dan doktor bagi keluar (dari hospital),"
katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr. Hasnah Ismail
berkata, siasatan yang dijalankan oleh pihaknya mendapati Ismail bukan
meninggal dunia akibat penyakit Chikungunya.

Beliau berkata, berdasarkan rekod pemeriksaan perubatan, lelaki itu dikatakan mempunyai penyakit kronik sebelum ini.
"Pesakit (Allahyarham Ismail) didapati tidak sihat sejak dua bulan lalu dan dia dimasukkan ke HS kerana demam dan dihidrasi.
"Setelah tiga hari menerima rawatan di wad hospital, pesakit
dibenarkan keluar dalam keadaan stabil. Bagaimanapun, dia meninggal
dunia di rumah berkemungkinan disebabkan oleh penyakit kronik," kata
beliau dalam kenyataannya di sini.

Dr. Hasnah berkata, sehingga kini, seramai 53 kes disyaki demam Chikungunya dikesan di negeri Kedah.
"Daripada jumlah tersebut, lima kes terbaru dicatatkan semalam
dengan masing-masing satu kes dari Kampung Sungkap Para, Sungai Petani
dan Batu 11, Jalan Langgar, Pokok Sena,'' katanya.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime20/12/2008, 3:16 pm

Uji HIV pada pengantin semua kaum

Peraturan mewajibkan ujian saringan HIV sebelum berkahwin perlu
diperluaskan kepada semua warganegara tanpa mengira agama bagi
memastikan generasi akan datang bebas daripada penyakit bahaya itu.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti
Sains Malaysia (USM), Dr. Sivamurugan Pandian berkata, ujian itu
sememangnya boleh dilakukan terhadap semua kaum untuk kebaikan jangka
panjang selain memelihara genetik keluarga.

Beliau berkata, ujian tersebut juga tidak akan menafikan hak
individu yang ingin berkahwin sekiranya mereka didapati positif HIV.

‘‘HIV adalah virus permulaan kepada proses sekiranya seseorang itu
dijangkiti AIDS. Apa salahnya kita membuat ujian itu sebelum berkahwin
seperti pemeriksaan kesihatan.

‘‘Sekiranya pelaksanaan dasar itu merangkumi semua warganegara
termasuk yang bukan Islam, ia sekali gus dapat menjadikan negara kita
ini bebas daripada masalah penyakit itu,” katanya ketika dihubungi
Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk
Seri Najib Tun Razak yang mewajibkan semua bakal pengantin beragama
Islam menjalani ujian saringan HIV bermula tahun depan.

Beliau berkata, semua negeri juga akan mewajibkan ujian itu sebagai
sebahagian daripada program praperkahwinan selaras dengan usaha
mengurangkan jangkitan HIV terutamanya kepada wanita yang kini
menunjukkan peningkatan.

Sivamurugan percaya masyarakat majmuk di negara ini akan lebih
memahami kebaikan peraturan tersebut sekiranya pemimpin persatuan agama
dan golongan berpengaruh bagi setiap kaum memainkan peranan memberi
penerangan.

‘‘Contohnya, pemimpin Persatuan Hindu Sanggam dan Buddha perlu
diberikan taklimat tentang kelebihan menjalankan ujian itu. Penerangan
itu juga perlu berterusan agar minat bakal pengantin tidak bermusim,''
ujarnya.

Kesihatan
Sementara itu, Dekan Fakulti Sains Sosial Gunaan, Open University
Malaysia (OUM), Prof. Dr. Mohamed Yusof Ismail berkata, ujian saringan
HIV perlu dilakukan kepada semua kaum kerana ia melibatkan soal
kesihatan dalam negara.

Katanya, Malaysia akan lemah sekiranya mempunyai penduduk yang mempunyai penyakit berbahaya dan boleh mengakibatkan kematian.
‘‘Kita tahu sudah pasti ada yang membantah dasar itu dengan pelbagai
alasan seperti kosnya yang tinggi dan kesan psikologi sekiranya orang
lain tahu tentang penyakitnya itu,” ujarnya.

Katanya, pendaftar perkahwinan juga perlu memainkan peranan dengan
menasihati bakal pengantin melakukan ujian HIV agar mereka lebih
memahami tentang penyakit yang mengancam nyawa itu.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime20/12/2008, 3:16 pm

Harga barang dijangka turun

Kerajaan menjangkakan harga beberapa jenis barangan keperluan utama
mengalami penurunan mulai tahun depan, kata Menteri Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Beliau berkata, kementeriannya sejak beberapa minggu lalu telah
mengadakan perbincangan dengan para pengilang dan pembekal berkaitan.

Bagaimanapun, Shahrir tidak menyatakan jenis barangan keperluan utama itu.
"Kementerian mengadakan dialog secara berterusan dengan mereka
supaya beberapa jenis barangan keperluan utama dapat diturunkan
harganya selaras dengan penurunan harga petrol dan diesel.

"Penurunan harga di peringkat kilang dan pengedar itu akan
membolehkan harganya di kedai atau pasar raya dapat diturunkan,"
katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini hari ini.
Shahrir memberitahu, kelemahan nilai beberapa mata wang utama yang
digunakan untuk urus niaga import, turut memberi impak positif kepada
negara.

"Kita dapat melihat beberapa mata wang utama dunia hari ini
menunjukkan kemerosotan nilainya ekoran krisis ekonomi global dan ini
sudah pasti menyebabkan harga runcit barangan import di negara ini akan
mengalami penurunan," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Indeks Harga Pengguna (IHP) untuk
bulan ini dijangka terus mengalami penurunan berikutan langkah kerajaan
menurunkan harga runcit petrol dan diesel pada 3 Disember lalu.

"Pada bulan lalu, IHPnya mengalami penurunan sebanyak 1.1 peratus
berbanding Oktober berikutan penurunan harga petrol dan diesel yang
diumumkan kerajaan berkuat kuasa pada 1 dan 18 November," katanya.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime22/12/2008, 11:22 am

58 cedera pesawat terbabas di Denver

LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya 58 cedera apabila pesawat Continental
Airlines terbabas dari landasan sebelum terbakar ketika hendak berlepas
di Lapangan Terbang Antarabangsa Denver, Colorado.


Pesawat Boeing 737 yang hendak berlepas ke Houston, Texas,
itu gagal dikawal sebelum terkeluar dari landasan, kata jurucakap
lapangan terbang, Jeff Green, awal pagi tadi.


Jurucakap Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan, Robert
Sumwalt memberitahu wartawan, seramai 110 penumpang dan lima krew
berada dalam pesawat ketika kejadian.
Beliau berkata, pasawat hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam cerun sedalam 13 meter di tepi landasan.


"Sebahagian pesawat kemudian terbakar yang bermula di sebelah kanan," katanya.

Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime22/12/2008, 11:26 am

Gempa 5.6 skala Richter landa Banda Acheh

JAKARTA: Gempa berukuran 5.6 skala Richter melanda Bandar Acheh di
barat daya Sumatera, malam tadi, tetapi tiada laporan segera mengenai
kerosakan yang mangsa yang terbabit.


Agensi Penyelidikan Gelogi Amerika Syarikat melaporkan, gempa
berlaku jam 8.47 malam (1347 GMT), di 75 kilometer barat daya Banda
Aceh.


Pusat Amaran Tsunami Pasifik, di Hawaii bagaimanapun tidak mengeluarkan amaran mengenai bahaya tsunami di wilayah berkenaan.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
shalina7981
SUPERIOR
SUPERIOR
shalina7981

Male
Age : 45
location : papar-putatan-tg aru-asia city kk
Points : 12359
Reputation : 0
Number of posts : 2041

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime23/12/2008, 11:52 am

nasib baik tak ada tsunami.........
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime23/12/2008, 6:20 pm

Lelaki ditemui rentung dalam kereta

SHAH ALAM: Mayat seorang lelaki ditemui rentung dalam sebuah kereta
Kelisa, dipercayai dibunuh sebelum mayatnya dibakar bersama kereta itu
di Jalan Klinik, Bukit Rimau, Kota Kemuning, Seksyen 36, dekat sini,
malam semalam.


Timbalan Ketua Polis Shah Alam, Superintendan S Chandra,
berkata mayat mangsa ditemui di tempat duduk penumpang sebelah pemandu,
kira-kira jam 9.30 malam.


Katanya, hasil bedah siasat mendapati, mangsa yang berusia
awla 20-an dan berasal dari Kuala Lumpur dibunuh sebelum mayat dan
kereta itu dibakar dengan tujuan menghilangkan bukti.

"Kita percaya mangsa ditikam empat kali iaitu tiga di perut dan satu di
dada sebelum mayatnya dibakar," katanya ketika dihubungi di sini,
semalam.


Chandra berkata, mangsa dikatakan keluar rumah jam 6 petang
semalam dan dilaporkan tidak pulang sehingga mayatnya ditemui rentung
dalam kereta itu.


Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime23/12/2008, 6:21 pm

Ujian saringan HIV mandatori bukan penyelesaian

KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Aids Malaysia, Prof Dr Adeeba
Kamarulzaman menegaskan bahawa ujian saringan HIV mandatori untuk bakal
pengantin Islam bukan penyelesaian mengatasi masalah peningkatan wabak
HIV di kalangan wanita.

Beliau berkata ujian saringan HIV itu yang dilakukan sekali
seumur hidup tidak menjamin seseorang itu kekal negatif HIV jika
meneruskan tabiat buruk yang manjadi punca kepada jangkitan HIV.

“Ujian mandatori HIV ini menampakkan kesan yang terhad dalam
mengawal jangkitan HIV tanpa perantaraan yang khusus diambil untuk
mencegah jangkitan ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dr Adeeba berkata polisi sama dikuatkuasakan pada 1990-an ke atas
setiap penagih dadah yang masuk ke pusat serenti dan penjara malahan
kos pelaksanaan polisi itu memakan belanja berjuta-juta ringgit namun
kadar peningkatan HIV bagi penagih dadah kian meningkat setiap tahun.

Oleh itu, katanya adalah tidak perlu menjalankan ujian
saringan HIV ke atas orang awam yang berisiko rendah tetapi lebih
memberi fokus kepada program lain yang terbukti keberkesanannya dalam
mencegah epidemik HIV berisiko tinggi.

Beliau berkata ujian mandatori ini juga akan menyebabkan
penghidap HIV serta keluarganya menyisihkan diri dan rasa terbuang
daripada sesebuah komuniti kerana tahap stigma dan diskriminasi yang
tinggi dan sedia ada pada masyarakat.
Dr Adeeba berkata langkah terbaik untuk mengurangkan kadar
jangkitan di kalangan wanita adalah dengan mengawal pasangan, suami
atau lelaki yang terlibat dalam penagihan dadah.

“Apa yang perlu disegerakan adalah meluaskan liputan
mengenai program-program yang sedang dilaksanakan seperti penjagaan
terapi metadon dan program pertukaran jarum,” katanya.

Beliau berkata berdasarkan satu kes kajian, isteri yang
memiliki suami HIV positif selalunya tidak berpeluang untuk berbincang
dalam melakukan hubungan seks secara selamat dengan menggunakan kondom.


Dari sudut pandangan lain pula Dr Adeeba berkata persoalan
yang timbul mengapakah penyakit lain yang boleh dijangkiti melalui
hubungan seks seperti hepatitis B dan C tidak termasuk dalam polisi
ujian mandatori ini jika ia diwujudkan untuk melindungi wanita yang
tidak berdosa.






Bagaimanapun, katanya Majlis Aids Malaysia menggalakkan bakal pengantin
tidak kira agama dan bangsa malah lelaki dan perempuan dewasa untuk
menjalani ujian HIV secara sukarela.

“Ujian secara sukarela ini lebih berkemungkinan dapat
mengubah tingkah laku dan tabiat seseorang untuk mengelak dan mengawal
jangkitan HIV kepada individu lain,” katanya.


Namun beliau berkata prinsip dan syarat bagi seseorang itu
menjalani ujian HIV mestilah dilakukan berasas kepada amalan kesihatan
awam yang kukuh dan juga kehormatan, perlindungan serta memenuhi
piawaian hak asasi manusia.

“Panduan Antarabangsa mengenai HIV/AIDS dan Hak Asasi
Manusia menyatakan ’jelas di sini hak seseorang individu yang hidup
dengan HIV akan teraniaya dengan adanya ujian mandatori bakal pengantin
atau syarat sijil bebas AIDS’ sebagai asas untuk mendapat lesen
perkahwinan mengikut undang-undang negeri.


“Ini membabitkan hak untuk berkahwin (Pengumuman Sedunia Hak
Asasi Manusia, Artikel 16, Perjanjian Rasmi Antarabangsa Hak-hak Awam
Dan Politikal, Artikel 23(2), Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk
Diskriminasi Terhadap Wanita, Artikel 16(1)(a)),” katanya.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime23/12/2008, 6:22 pm

Isu azan: Teresa saman Utusan, Khir Toyo RM30 juta

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim hari ini
memfailkan saman fitnah RM30 juta terhadap bekas Menteri Besar
Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Utusan Melayu Bhd
berhubung isu laungan azan di Masjid Kinrara, di sini baru-baru ini.


Writ saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui firma guaman, S N Nair & Partners.


Dalam pernyataan tuntutannya, Kok, 44, yang juga ahli Exco
Selangor mendakwa pada 26 Jun lalu, Dr Mohamad Khir yang dinamakan
sebagai defendan pertama telah memetik sebuah blog dikenali sebagai
“pembelamelayu.blogspot” dan membuat tuduhan salah terhadap plaintif.


Plaintif juga mendakwa Utusan Melayu yang dinamakan sebagai defendan
kedua telah menerbitkan kata-kata defendan pertama berhubung perkara
itu bertajuk “Ada usaha larang azan di masjid Selangor” dalam akhbarnya
pada 8 Septemper 2008.


Kok berkata tuduhan kedua-dua defendan adalah tidak berasas,
berniat jahat dan membawa maksud bahawa plaintif bersifat perkauman,
seorang ahli politik yang anti-Islam dan tidak bertoleransi.


Plaintif juga mendakwa tuduhan kedua-dua defendan telah
menyebabkan dia ditangkap dan ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam
Negeri (ISA) pada 12 September 2008.


Tuduhan defendan telah merosakkan reputasi dan kredibiliti plaintif dan
menyebabkan dia dibenci, dikecam dan dihina masyarakat, menurut
pernyataan itu.


Plaintif memohon ganti rugi sebanyak RM30 juta, ganti rugi
teruk, ganti rugi teladan dan perintah injunksi bagi menghalang
defendan daripada menerbitkan atau menyebarkan kata-kata fitnah
terhadap plaintif.


Saman itu adalah yang ketiga difailkan Kok terhadap Utusan
Melayu Bhd tahun ini, kali pertama pada 9 Oktober lalu berhubung isu
laungan azan, diikuti satu lagi saman pada 12 Disember lalu mengenai
artikel bertajuk “politik baru YBJ” yang diterbitkan dalam edisi
Mingguan Malaysia.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime23/12/2008, 6:23 pm

Kapal tangki terkandas 107 hari, krew hampir kehabisan makanan

TAWAU 23 Dis. — Sekumpulan 15 krew sebuah kapal tangki yang
berdaftar di Pelabuhan Klang, yang terkandas di Pelabuhan Tawau dekat
sini sejak Ogos lepas, mungkin kebuluran jika syarikat kapal berkenaan
tidak mengambil tindakan segera membantu mereka.

Ketua Pegawai yang juga pemangku kelasi kapal sepanjang 89.93 meter
dan seberat 3,097 tan berkenaan, Tin Zaw Aung berkata, mereka tiba dari
Melaka pada awal Ogos lalu dan telah terkandas selama 107 hari selepas
menurunkan muatan petrol di jeti pemunggahan di pelabuhan itu.

Beliau berkata, kapal yang disewa Petronas untuk mengangkut petrol
ke Tawau tidak terus belayar balik ke Pelabuhan Klang atas arahan
syarikat kapal itu. Tin enggan mendedahkan nama syarikat kapal itu.

“Bekalan makanan kami sekarang cuma boleh bertahan antara tiga atau
empat hari lagi. Sumber bekalan air pula sebahagiannya daripada air
hujan dan sebahagiannya kami terpaksa kami beli sendiri di Tawau
menggunakan wang hasil kutipan daripada krew kapal.

“Minyak kapal juga cuma boleh bertahan dalam tempoh tiga atau empat
hari ini. Sebagai langkah penjimatan, kami cuma menghidupkan injin
kapal pada waktu malam dan mematikannya pada waktu siang.

“Sekiranya minyak kapal habis, sistem bekalan kuasa kapal ini juga
akan lumpuh. Tidak ada elektrik, tidak boleh memasak malah alat
telekomunikasi juga tidak dapat digunakan,” katanya kepada Bernama di
atas kapal itu di sini hari ini.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime26/12/2008, 9:37 pm

Bekas pengerusi syarikat skandal susu berdepan hukuman mati


BEIJING: Bekas pengerusi firma yang didakwa terbabit dalam skandal susu tercemar berdepan hukuman mati apabila dituduh di mahkamah minggu depan.

Menurut peguam, perbicaraan ke atas Tian Wenhua, bekas pengerusi Sanlu Group, akan dilakukan Rabu depan di bandar

Shijiazhuang di utara Wilayah Hebei.



Turut diheret ke mahkamah ialah bekas eksekutif Sanlu dan kumpulan pembekal kilang itu yang perbicaraannya bermula hari ini.

Skandal susu formula tercemar membabitkan keluaran syarikat itu ketika ini menyebabkan lapan bayi maut selepas susu yang diambil mereka mengandung bahan kimia industri, melamin.

“Jika didapati bersalah, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 10 tahun, penjara seumur hidup dan hukuman mati," kata


Li Xiongbing, peguam yang berpejabat di Beijing.

Xiongbing mewakili beberapa plaintif yang menuntut ganti rugi akibat kematian serta mereka yang jatuh sakit mengambil susu formula keluaran syarikat terbabit.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime26/12/2008, 9:41 pm

Indonesia peringati 4 tahun tragedi tsunami


MEULABOH: Indonesia hari ini memperingati empat tahun berlalunya tsunami, dengan mengadakan solat hajat beramai-ramai selepas negara itu landa malapetaka paling dashyat di dunia.

Kejadian itu mengorbankan lebih 168,000 orang selepas ombak sebesar bangunan memusnahkan Pulau Nias, di Wilayah Aceh, kawasan paling teruk dilanda tsunami.

Ribuan penduduk Aceh berkumpul di sebuah pangkalan tentera di pekan Meulaboh, kawasan paling teruk musnah dengan mengadakan solat dan aktiviti keagamaan lain.



“Empat tahun berlalunya tsunami mempunyai makna yang begitu mendalam kerana di sinilah kami menyaksikan ombak besar melanda Aceh," kata Ketua Kerajaan Ramli Mansur.

“Kami di sini untuk mendokan mereka yang terkorban dan juga berdoa agar kami terus diberi kekuatan untuk memulihkan semula Aceh," katanya.

Sembahyang hajat juga diadakan di masjid di seluruh wilayah berkenaan, termasuk di kubur besar di nama mangsa tsunami dikebumikan di tengah ibu negeri Banda Aceh.


Indonesia juga mengadakan majlis memperingati tragesi itu di Sulawesi, termasuk di Manado yang dihadiri Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, lapor agensi berita Antara.

Bencana pada 2004 itu menyaksikan lebih 220,000 maut, termasuk di Sri Lanka, Thailand dan India.

Lebih AS$7.2 bilion bantuan kemanusiaan disalurkan ke Aceh dan Nias dalam masa sebulah selepas tsunami.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
hantukubur
MODERATOR
hantukubur

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : KK
Tag ID: : SFC 03473
Points : 12015
Reputation : 0
Number of posts : 1331

BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime30/12/2008, 10:29 am

Change everything. New gov should be in place..
Back to top Go down
http://hantukubur-gigabyte.blogspot.com/
Sponsored content




BERITA HARI INI - Page 8 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 8 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA HARI INI

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 8 of 11Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 7, 8, 9, 10, 11  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: