SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
BERITA HARI INI - Page 7 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
BERITA HARI INI - Page 7 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 BERITA HARI INI

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 6, 7, 8, 9, 10, 11  Next
AuthorMessage
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime7/6/2008, 4:24 am

First topic message reminder :

Kebajikan rakyat dijaga dalam penstrukturan semula harga bahan api: Shahrir



SHAH ALAM: Penstrukturan semula harga bahan api semalam hanya bagi mengurangkan beban tanggungan subsidi kerajaan dalam mengatasi lonjakan harga minyak dunia, namun kebajikan rakyat berpendapatan rendah tidak diabaikan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Beliau berkata beberapa demonstrasi yang diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak itu dibuat kerana ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan di atas keputusan kerajaan itu.

"Soal berdepan dengan kemarahan orang, saya tak dapat apa-apa faedah dan kerajaan tak ada untung pun bila tarik subsidi.



"Kita tarik balik subsidi bukan naikkan harga minyak tetapi kita hanya kurangkan perbelanjaan tanggungan kerajaan terhadap subsidi," katanya kepada pemberita selepas program Pemukiman Majlis Tertinggi Umno di sini Jumaat.

Beliau berkata kerajaan membayar balik sebahagian daripada subsidi yang ditarik balik itu menerusi wang tunai sebanyak RM625 kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2,000cc dan RM150 kepada pemilik motosikal persendirian di bawah 250cc.

"Pokoknya sekarang ialah macam mana kita nak bayar wang ini dengan lebih segera. Rakyat patut fikir ini (bayaran cepat)...yang buat demonstrasi ni tak nak terima ke RM625 ni" katanya.

Kerajaan mengumumkan akan membayar rebat yang akan diberi dalam bentuk kiriman wang itu menerusi pejabat pos seluruh negara mulai 1 Julai.

Shahrir berkata kiraan purata yang dibuat ialah wang rebat tunai yang akan diberikan itu ialah bersamaan 66 liter minyak untuk sebulan.

"Jadi kalau anggaran 66 liter penggunaan sebulan bagi kereta ekonomikal dengan perjalanan tak jauh, pastilah perbelanjaannya akan sama sebelum kenaikan ini," katanya.

Berkuatkuasa tengah malam Rabu lepas, harga petrol dan diesel dinaikkan, masing-masing sebanyak 78 sen dan RM1 seliter sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula subsidi bahan api itu, menjadikan harga petrol di pam ialah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Ketika ditanya rungutan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tinggi sebayak 78 sen dalam masa yang singkat, beliau berkata ini merupakan kali pertama kerajaan membuat satu sistem terurus di mana subsidi diberi terus kepada rakyat.

"Buat pertama kali ada satu sistem terurus di mana subsidi dipulang balik kepada rakyat. Dulu bila kerajaan tarik subsidi (rakyat) tak dapat apa-apa. Kalau tarik sikit-sikit rakyat tak dapat apa-apa," katanya.

Shahrir berkata sebelum ini kerajaan membayar kepada pemilik syarikat minyak harga subsidi yang ditetapkan dan subsidi itu hanya dinikmati oleh pengguna semasa membeli minyak di stesen minyak.

"Pada masa itu orang kaya yang membeli banyak minyak dan pemilik kenderaan luar negara turut merasai subsidi yang diberikan kerajaan tetapi kini rakyat negara akan mendapat terus rebat tunai daripada kerajaan," katanya.

Beliau berkata cukai jalan pemilik kenderaan juga akan dikurangkan dan purata kenaikan sebuah kenderaan adalah lebih kurang 45 sen sahaja.

Katanya kerajaan kini masih memberikan komitmen subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter yang dibeli pengguna.

Mengenai syarikat pengangkutan yang dijangka akan mengalami kesan yang teruk akibat kenaikan harga diesel, Shahrir menjelaskan kementerian itu bersedia berjumpa dengan syarikat pengangkutan yang mahukan penambahan kuota subsidi diesel.

Katanya kenaikan diesel tidak sepatutnya mengakibatkan kesan yang teruk kepada syarikat pengangkutan dan kementerian akan memastikan masalah itu tidak berlaku.

"Kalau ada syarikat kata tak cukup kuota, saya akan tentukan mereka dapat sepenuhnya. Ada yang cakap kuota hanya cukup 3 minggu sahaja, kita akan selesaikan masalah itu. Pokoknya kalau semua syarikat pengangkutan tak ada masalah kenaikan diesel, jadi, apa pun tambahan caj yang diminta tidak berkaitan dengan kenaikan harga bahan api," katanya.

Beliau berkata perkhidmatan feri di Pulau Langkawi mengadu tentang perlunya untuk menambah kuota subsidi dan kerajaan akan bantu mereka.

Negara mempunyai jumlah diesel yang mencukupi dan kementerian akan memastikan syarikat pengangkutan ini mendapat kuota subsidi diesel yang sepatutnya, katanya. - Bernama

Back to top Go down
http://www.abctours.com.my

AuthorMessage
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime13/10/2008, 12:49 am

'Anwar ibarat tin kosong'

MELAKA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti tin kosong kerana terus menabur janji Pakatan Rakyat akan mengambil alih pentadbiran Kerajaan Pusat daripada Barisan Nasional (BN).

Katanya, Anwar perlu hentikan segera pembohongan kepada rakyat mengenai perkara itu.

“Ketua Pembangkang menabur terlalu banyak janji membabitkan reformasi dalam bidang kehakiman, kepolisan dan rasuah, termasuk ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri, tetapi tidak ada satu pun yang ditunaikan,” katanya selepas istiadat penganugerahan darjah, tauliah, bintang dan pingat kebesaran Melaka sempena hari jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob di Seri Negeri, Ayer Keroh, dekat sini, semalam.

Di Kota Bahru, kelmarin, Anwar memberi tempoh baru sebelum Aidiladha untuk mengambil alih kepimpinan negara selepas gagal berbuat demikian pada 16 September lalu. Aidiladha dijangka disambut pada 8 Disember.

Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meminta Anwar, tidak lagi menguji kesabaran rakyat yang tidak lagi mempercayai rancangan terbaru Pakatan Rakyat.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
under18crew
SIFU
SIFU
under18crew

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : Kota Belud
Tag ID: : SFC 02544
Points : 13054
Reputation : 13
Number of posts : 16246

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime13/10/2008, 12:53 pm

apa lh anwar nie..dlu ckp mcm2 n jnjikn mcm2 tp skrg satu pn x yg d tunaikn..hnya kata2 manis ja dlu.
Back to top Go down
intrax
ELITE
ELITE
intrax

Male
Countries/State : Australia
Age : 38
location : Kota belud-SaNdAkaN
Website : http://dynastyclub.forumotion.net
Tag ID: : SFC 03293
Points : 12537
Reputation : 9
Number of posts : 3111

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime13/10/2008, 2:42 pm

alal apah ni si anuar ni janji2 jak tapi tak di tepati tapi klu kampen itu lah ini lah apa konon mau buat itu projek sana sini lah... eh heii.. macam mana ni ooo... erk sedangkan jalan pi masuk kampun saya pun belum kena aspal sampai sekarang ni..


intrax
sfc:03293
Back to top Go down
http://www.borneoforestheritage.org.my
Huntez
MODERATOR
Huntez

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : KK @ Kota Keramat
Tag ID: : SFC 03599
Points : 11983
Reputation : 3
Number of posts : 1554

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime13/10/2008, 2:44 pm

dont jgn salahkan sesiapa..kita masing2 manusia biasa,pandai berjanji,pandai berkata2,pandai menepati dan juga pandai mengingkari..syukur2 la kamu nak kita hidup dlm keadaan aman damai dan harmoni..hehe betul nda? Very Happy
Back to top Go down
http://www.huntez.blogspot.com
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime13/10/2008, 8:34 pm

Saham perbankan rugi teruk

SAHAM di Bursa Malaysia mengalami kejatuhan lebih teruk minggu lalu, dengan penanda aras, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) menjunam ke paras terendah dalam tempoh dua tahun apabila saham perbankan mengalami kerugian teruk atas kebimbangan krisis kredit di Amerika Syarikat (AS) akan menjalar ke seluruh dunia dan seterusnya ke pasaran tempatan.

KLCI jatuh 86.5 mata, atau 8.5 peratus minggu lalu untuk ditutup pada 934.01 mata, dengan purata dagangan harian meningkat kepada 550.5 juta saham, berbanding purata 324.6 juta saham minggu sebelumnya.

Ternyata dunia kini berdepan dengan krisis keyakinan apabila bank enggan memberi pinjaman kepada satu sama lain di sebalik langkah bank pusat membuat suntikan tunai, mengambil langkah menyelamat dan mengurangkan kadar faedah bagi memastikan pasaran kewangan dan ekonomi global terus lancar.

Bimbang akan risiko yang menimpa rakan sejawatan dan lebih banyak bank menemui kegagalan jika krisis ekonomi global bertukar menjadi kemelesetan yang berlarutan, menjadi antara faktor utama kepada krisis keyakinan itu.

Kekurangan keyakinan dalam sistem kewangan itu adalah sesuatu yang tidak pernah terjadi sebelum ini dan kesan daripada segala pendekatan yang telah diambil setakat ini kelihatan tidak bermakna.

Sebagai langkah mengawal kejadian yang lebih teruk, pemimpin G7 menggembar-gemburkan untuk mengambil langkah tidak membekukan pasaran wang dan kredit tetapi tidak membuat apa-apa pengumuman sebarang langkah setakat ini.

Ini menjadi satu kekecewaan besar apabila pasaran menjangkakan ada pelan konkrit seperti langkah yang diambil United Kingdom (UK) yang menjamin pemberian pinjaman di kalangan banknya.

Pada waktu sebegini, langkah drastik yang diambil secara bersama adalah perlu sehingga pasaran kembali seperti sedia kala dan pendekatan ini tidak perlu dilakukan dalam semangat laissez-fare (kebebasan kepada individu).

Buat permulaan, AS perlu meneruskan langkah menghalang kegiatan jualan singkat di saham kewangan, yang berakhir Rabu lalu.

Tiada keperluan segera untuk kembali kepada amalan pasaran bebas memandangkan tiada satu pun daripada langkah menyelamat diambil oleh Rizab Persekutuan AS setakat ini adalah sealiran dengan ideologi ekonomi.

Malah, langkah sekatan itu seharusnya dikenakan secara menyeluruh.

Sementara itu, tiada salahnya jika bank pusat di seluruh dunia mengikut jejak langkah UK dalam memberi jaminan pemberian pinjaman antara bank bagi memastikan wujud kegiatan pemberian pinjaman yang sihat di kalangan bank mereka.

Pada peringkat tempatan, meskipun kebimbangan dan keadaan panik di pasaran ekuiti tidak merebak ke dalam ekonomi sebenar, bank pusat perlu mengambil langkah menjamin deposit bank sebagai langkah pencegahan bagi mengelak bank daripada kekurangan bekalan.

Kerajaan perlu bersedia memperluaskan langkah pencegahan itu termasuk dengan cara mewujudkan dana menyelamat untuk membeli saham yang baik jika ia diniagakan pada nilai yang tertekan kerana kesan negatif daripada penjualan berterusan akan memberi impak kepada ekonomi secara keseluruhannya.

Ia juga perlu memperkenalkan lebih banyak langkah rangsangan fiskal bagi mengekalkan permintaan domestik dan memastikan sumber disalurkan ke dalam kegiatan yang mempunyai kesan penggandaan yang lebih tinggi dan digunakan dengan cara paling berkesan.

Pasaran ekuiti bagi minggu ini masih berhubung kait dengan faktor luaran.

Pelabur dinasihatkan menjauhi pasaran di sebalik ada banyak saham yang kukuh didagangkan pada bukan nilai permintaannya.

Pada waktu kritikal seperti ini, sentimen mendahului asas perniagaan dengan asas kekukuhan tidak kelihatan sehinggalah keyakinan muncul semula.

Disebabkan itu, adalah lebih baik untuk menunggu sehingga pasaran kembali stabil sebelum membuat percubaan ‘menyelam di laut dalam bagi mencari mutiara’.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
Huntez
MODERATOR
Huntez

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : KK @ Kota Keramat
Tag ID: : SFC 03599
Points : 11983
Reputation : 3
Number of posts : 1554

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime13/10/2008, 8:43 pm

Sad mati la kita klu gini
Back to top Go down
http://www.huntez.blogspot.com
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime13/10/2008, 8:53 pm

3 maut kereta rempuh pokok

BERITA HARI INI - Page 7 Mh_03_10


Tiga orang termasuk sepasang suami isteri yang baru sebulan berkahwin terbunuh apabila kereta yang mereka naiki merempuh pokok di kilometer 4.5 Lebuh Raya Sprint di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, tiga mangsa yang maut dikenali sebagai Lim Wee Chee, 27 serta pasangan suami isteri, Ee Boon Wah, 24 dan Sin Liang Min, 23.

Dua mangsa lelaki itu mati di tempat kejadian manakala wanita berkenaan pula meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital. Lebih tragis, Liang Min sedang sarat mengandung dan pasangan itu sepatutnya bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Difahamkan, kereta Honda Civic hitam yang dipandu Wee Chee sedang dalam perjalanan dari Sri Hartamas ke Petaling Jaya.

Dalam kejadian tersebut, kereta itu dipercayai dipandu laju dan cuba memotong sebuah kenderaan di hadapan.

Ia bagaimanapun hilang kawalan lalu berpusing beberapa kali sebelum terbabas merempuh tiga batang pokok di kiri jalan.

Ekoran rempuhan kuat itu, enjin kereta itu dikatakan turut tercabut dan salah seorang mangsa tercampak keluar.

Bantuan bomba mengambil masa kira-kira setengah jam sebelum dapat mengeluarkan dua lagi mangsa yang tersepit di dalam kereta yang remuk itu.

Mayat dua mangsa lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur manakala mangsa wanita ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Timbalan Ketua Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Ng Fook Loong ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Sementara itu, dalam satu kejadian berasingan di Kilometer 29.9 Lebuh Raya Persekutuan, malang menimpa seorang pengawal keselamatan apabila dia dirempuh sebuah kereta ketika sedang memeriksa keretanya yang rosak.

Dalam kejadian kira-kira 4.40 pagi itu, mangsa, Abdul Rahman Shahadan, 26, dikatakan berhenti selepas kereta Proton Iswara yang dipandunya terbabas melanggar penghadang jalan sebelum itu.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Selangor, Supritendan Che Hussein Omar berkata, ketika mangsa memeriksa kenderaannya itu, tiba-tiba datang sebuah Proton Waja dari arah belakang lalu merempuhnya menyebabkan dia terpelanting.

''Mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala sementara seorang lagi rakannya dalam kereta hanya mengalami cedera ringan,'' katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime13/10/2008, 8:54 pm

Kerajaan diminta sumbang subsidi minyak kenderaan OKU

Persatuan Interaksi Orang Kurang Upaya Kuala Lumpur dan Selangor (KIOKU) meminta kerajaan mempertimbangkan permohonan subsidi minyak untuk kenderaan OKU bagi membantu meringankan beban yang dihadapi.

Setiausaha KIOKU, Chris S. Kali Thasan berkata, kerajaan menerusi kementerian yang terlibat perlu meneliti perkara tersebut dengan sewajarnya memandangkan kenderaan OKU merupakan 'kaki' kepada golongan itu.

''Kenaikan harga minyak turut dirasai oleh golongan susah seperti kami, malahan memberi beban sehingga menyebabkan kami sukar untuk mencari pekerjaan.

''OKU memang memerlukan kenderaan jika hendak ke sesuatu tempat, jika harga minyak naik, bagaimana kami hendak meneruskan hidup mencari pendapatan,'' katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis Hari Keluarga KIOKU Peringkat Kebangsaan yang ke-10 dan Sambutan Deepa-Raya di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia mewakili Menteri Sumber Manusia, Mohd. Azman Abd. Mubin; Naib Presiden MIC, Datuk S. Veerasingam dan wakil Syarikat Exxonmobil, Puan Sri Junaidah Mohd. Said.

Pada majlis yang sama, KIOKU turut menyerahkan memorandum permohonan subsidi minyak untuk kenderaan OKU kepada S. Veerasingam untuk disampaikan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

Selain itu, Chris berkata, golongan OKU juga tidak mempunyai pilihan lain termasuk menggunakan perkhidmatan teksi berikutan dipandang serong oleh sesetengah pemandu teksi yang beranggapan negatif terhadap mereka.

''Selain tambang mahal, rata-rata pemandu teksi juga enggan menumpangkan golongan OKU dengan memberi alasan yang tidak munasabah selain mengenakan caj sebanyak RM3 untuk kerusi roda sekiranya diberi tumpang.

''Perkara sebegini tidak masuk akal, dan tidak adil buat golongan seperti kami.

''Justeru, kami amat berharap kerajaan akan mempertimbangkan permohonan ini agar dapat membantu meringankan beban yang ditanggung golongan OKU," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta kerjasama daripada semua pihak terutama syarikat-syarikat korporat untuk membantu golongan OKU bukan sahaja dari aspek kemudahan, tetapi menerusi alternatif lain juga.

Katanya, setakat ini, KIOKU banyak menerima sokongan dan bantuan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) selain Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagaimanapun, menurutnya, syarikat Exxonmobil merupakan satu- satunya syarikat korporat yang memberikan kerjasama kepada KIOKU setelah hampir 10 tahun ditubuhkan.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime13/10/2008, 8:56 pm

Krisis kewangan: Soros bidas AS, Eropah

Spekulator mata wang, George Soros semalam membidas Amerika Syarikat (AS) dan Eropah kerana lambat bertindak menangani krisis kewangan global.

Beliau berkata, Setiausaha Perbendaharaan AS, Henry Paulson jelas sangat lambat bertindak dan enggan mengambil tindakan ke atas krisis itu kerana beliau “seorang fundamentalis pasaran”.

“Ini merupakan krisis kewangan paling buruk dalam hidup saya. Saya tidak pernah menyaksikan keadaan seperti ini sebelum ini dan saya tidak mungkin menyaksikannya lagi.

“Para pengurus kewangan merupakan pihak yang bertanggungjawab ke atas malapetaka ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada mesyuarat Bank Dunia dan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) di sini.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime13/10/2008, 8:58 pm

Ekonomi negara tidak akan meleset - PM

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yakin ekonomi Malaysia tidak akan menjurus ke arah kemelesetan walaupun di sebalik kelembapan ekonomi dunia sekarang

Sebaliknya, Perdana Menteri yakin bahawa Malaysia mampu mengharungi segala cabaran.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Serantau Dunia Islam dan Amerika Syarikat, di sini hari ini.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
intrax
ELITE
ELITE
intrax

Male
Countries/State : Australia
Age : 38
location : Kota belud-SaNdAkaN
Website : http://dynastyclub.forumotion.net
Tag ID: : SFC 03293
Points : 12537
Reputation : 9
Number of posts : 3111

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime14/10/2008, 3:46 pm

sukurlah oo kalu ekonemi kita tidak meleset mintak mintak jangan lah jadi macam dulu lagi
Back to top Go down
http://www.borneoforestheritage.org.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime15/10/2008, 9:31 am

Minyak turun lagi

Penurunan kali ketiga 10 hingga 20 sen seliter

PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penurunan kali ketiga harga runcit petrol dan diesel antara 10 sen hingga 20 sen seliter, berkuat kuasa hari ini.

Harga petrol RON97 dikurangkan 15 sen seliter daripada RM2.45 kepada RM2.30, petrol RON92 turun 10 sen seliter daripada RM2.30 kepada RM2.20, manakala diesel sebanyak 20 sen seliter daripada RM2.40 kepada RM2.20.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataan media di sini, berkata kerajaan membuat keputusan menyegerakan penurunan harga runcit bahan api itu bagi membolehkan rakyat menikmatinya lebih awal.

"Oleh kerana harga minyak dunia sudah turun secara ketara akhir-akhir ini, kerajaan membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera," katanya.

Harga minyak mentah turun daripada rekod tertinggi AS$147 dolar setong pada Julai lalu kepada AS$82 dolar sekarang.

Pada 23 Ogos lalu, harga runcit petrol RON97 diturunkan 15 sen seliter daripada RM2.70 kepada RM2.55, RON92 dikurangkan 22 sen seliter daripada RM2.62 kepada RM2.40 manakala diesel lapan sen seliter daripada RM2.58 kepada RM2.50.

Pelarasan terakhir pada 25 September lalu pula membabitkan penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter menjadikan petrol RON97 RM2.45 seliter, RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40).

Mengikut formula penyelarasan bahan api yang ditetapkan sebelum ini, harga runcit petrol dan diesel akan ditetapkan pada setiap awal bulan berdasarkan purata bulanan harga minyak mentah dunia ditolak dengan subsidi kerajaan sebanyak 30 sen seliter.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime15/10/2008, 9:33 am

Dedah produk dicemar melamin

SERDANG: Kementerian Kesihatan berjanji tidak menyembunyikan maklumat berhubung produk yang mengandungi melamin melebihi tahap dibenarkan.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad, berkata pegawai dan kakitangan kementerian sentiasa memantau termasuk mengambil sampel terhadap produk makanan dan minuman yang memasuki negara ini.

“Kita tidak akan berkompromi berhubung isu ini. Kementerian sentiasa menyalurkan maklumat terkini untuk pengetahuan rakyat berhubung isu melamin.

“Pasukan kementerian sentiasa melakukan pemantauan terhadap produk makanan dan minuman yang memasuki negara ini,” katanya selepas merasmikan majlis Anugerah Inovasi Kementerian Kesihatan peringkat kebangsaan di Hospital Serdang di sini, semalam.

Tahap melamin dibenarkan ialah 1mg/kg bagi makanan bayi dan 2.5mg/kg atau 2.5 satu bahagian per sejuta (ppm) bagi makanan lain dan sebarang produk yang didapati melebihi sukatan itu akan diambil tindakan undang-undang.

Abdul Latiff berkata, China juga berjanji tidak akan berkompromi berhubung isu melamin dan sentiasa memantau produk keluaran negaranya.

“Walaupun begitu, kita di sini tetap memantau segala produk dan setakat ini semua produk makanan adalah selamat namun begitu pasukan kita sentiasa menjalankan sampel dari semasa ke semasa,” katanya.

Sementara itu, berhubung majlis berkenaan, beliau berkata setiap inovasi yang dihasilkan warga kementerian wajar dibukukan.

“Saya harap ia dapat diselaraskan atau digabungkan supaya tiada pertindihan idea selain teratur dan mudah untuk perkongsian maklumat.

“Inovasi adalah aset atau harta intelektual yang perlu dilindungi maka paten adalah hak milik ke atas inovasi yang dihasilkan. Mengapa ia (inovasi) perlu dipaten kerana inovasi menuntut pelaburan masa dan wang ringgit,” katanya.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime15/10/2008, 9:35 am

Kambing berebut mayat bayi

KOTA BHARU: Bungkusan plastik hitam yang diseretkan sekumpulan kambing dekat Sungai Budor di sini, awal pagi semalam mengejutkan orang ramai apabila didapati berisi mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan.

Kejadian berlaku di Kampung Sungai Budor kira-kira jam 7 pagi ketika Sharifah Nor Asma Syed Hamid, 23, yang dalam perjalanan ke tempat kerja terserempak sekumpulan kambing berebut bungkusan plastik hitam di lantai warung.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Idris Abd Rafar, gadis terbabit memaklumkan kepada bapanya, Syed Hamid Syed Hussin, 59, yang kemudian membuka plastik itu dan terkejut apabila mendapati mayat bayi di dalamnya.

“Anggota polis dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat dan mendapati mayat bayi perempuan itu masih bertali pusat dan mempunyai uri bersamanya.

“Kita percaya bayi terbabit dilahirkan kira-kira 12 jam lalu sebelum diletakkan dalam plastik di tempat kejadian. Kita sedang mengenal pasti punca kematian bayi berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Idris berkata, mayat bayi itu yang cukup sifat dan dikenal pasti keturunan Melayu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat bagi membantu siasatan.

“Siasatan kes dijalankan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana membabitkan perbuatan menyembunyikan kelahiran bayi.

“Setakat ini, tiada tangkapan dilakukan. Kita meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini tampil membantu siasatan bagi menahan pihak yang bertanggungjawab,” katanya.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
bAbY('_')
MODERATOR
bAbY('_')

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : kk-sdk-
Tag ID: : SFC 02704
Points : 12217
Reputation : 0
Number of posts : 1867

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime15/10/2008, 9:39 am

adededee..sandi eh...xdha perasaan la manusia seperti e2...punya cian budak 2..ari ne d dunia mgkin dya selamat la..p sok lusa lum pasti g..apatah g klu d akhirat...pasti terima padahnya..Astagafirullah-alazim...
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime15/10/2008, 9:42 am

Mayat dalam tong dram, perigi

Sepasang suami isteri warga Thailand yang bekerja sebagai penoreh getah, ditemui mati dibunuh dalam satu kejadian di sebuah rumah kongsi di kawasan ladang Kampung Peria, di sini, pagi ini.

Mayat Anuar Dahman, 27, ditemui dalam tong dram plastik setinggi semeter yang berisi air manakala mayat isterinya dikenali sebagai Asmah, 18, dibuang ke dalam perigi berhampiran kawasan tersebut.

Kedua-dua mangsa dipercayai dicederakan terlebih dahulu sebelum dicampak dalam tong dram dan telaga tetapi tiada senjata ditemui di tempat kejadian.

Pasangan itu menumpang di rumah kongsi Nik Noh Nik Soh, 48, iaitu sepupu Anuar sejak tiga bulan lalu tetapi pada malam kejadian, Nik Noh bermalam di rumah kawannya.

Ketika ditemui Nik Noh memberitahu, kejadian ngeri itu disedari kira-kira pukul 6.30 pagi apabila dia pulang ke rumah melihat pintu terbuka dan keadaan rumah berselerak.

Nik Noh yang juga warga Thailand berkata, dia terus mengejutkan anaknya, Rauf, 11, yang sedang tidur.

“Apabila bertanya kepada Rauf di mana Anuar dan Asmah, dia hanya menggeleng kepala, tanda tidak tahu apa-apa,” ujarnya.

Namun berasa tidak sedap hati, Nik Noh bersama anaknya itu kemudiannya menjenguk ke dalam sebuah perigi dan ternampak mayat Asmah dalam keadaan mengiring dan berlumuran darah.

Katanya, dia segera memberitahu penduduk kampung dan melancarkan gerakan mencari Anuar yang kemudian mayatnya ditemui dengan muka terlingkup di dalam sebuah tong dram berdekatan rumah tersebut.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Mazlan Lazim berkata, kejadian itu dipercayai berlaku antara pukul 12.30 tengah malam hingga 6 pagi dan siasatan awal mendapati mangsa telah bergelut dengan suspek yang menyerangnya.

“Namun kita akan mendapatkan bantuan dari Jabatan Patologi Hospital Kuantan untuk menjalankan pemeriksaan rapi terhadap kedua-dua mayat tersebut,” jelasnya

Menurutnya, susulan daripada itu seorang lelaki warga Thailand berusia 21 tahun, saudara kepada mangsa yang tinggal tidak jauh dari kawasan telah ditahan pukul 3.30 petang ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime15/10/2008, 9:47 am

Rawatan pelik: 3 pemuda didakwa bunuh suami isteri

Tiga pemuda termasuk dua beradik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua tuduhan membunuh sepasang suami isteri pada Aidilfitri lalu.

Muhammad Ilyas Abdul Razak, 24, dan adiknya, Muhammad Fauzi, 22, serta sepupu mereka yang merupakan anak kepada kedua-dua mangsa, Muhammad Nizam Mohd. Ibrahim, 20, hanya menjawab faham apabila pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh semasa prosiding di hadapan Majistret Shazlindayu Kamarul Baharin.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa membunuh seorang kakitangan teknikal Telekom Malaysia, Mohd. Ibrahim Kader Mydin, 47, dan isterinya, Rosina SM Mydin Pillay, 41, di 5-7c, Blok A, Flat Sri Sarawak, Jalan Kenangan di sini antara pukul 12 tengah hari dan 8 malam, 1 Oktober lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Fazril Sani Mohamed Fadzil di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung mandatori jika disabitkan kesalahan.

Beliau turut membuat permohonan di bawah Seksyen 342(5) Kanun Prosedur Jenayah agar ketiga-tiga tertuduh dihantar ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak untuk pemeriksaan dan pemerhatian mental selama sebulan.

Mahkamah membenarkan permohonan tersebut dan menetapkan 14 November ini untuk sebutan semula kes itu.

Mengikut laporan media pada 2 Oktober lalu, Mohd. Ibrahim dan Rosina terbunuh setelah melalui satu rawatan pelik 'upacara membelasah sesama sendiri' sehari sebelumnya.

Upacara 'pelik' yang kononnya dapat mengubati penyakit mereka itu, turut mencederakan lima lagi kaum keluarga mangsa di rumah berkenaan.

Sementara itu, salah seorang anak saudara mereka yang berusia 15 tahun kini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kuala Lumpur (HKL) manakala empat lagi dirawat di wad biasa di hospital sama.

Berikutan kejadian itu, polis menahan reman empat lelaki yang semuanya mempunyai pertalian keluarga dengan kedua-dua mangsa bagi membantu siasatan.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime15/10/2008, 9:52 am

Samira pulang selepas terlalu rindukan ibu

Samira Mohd. Noor, 16, yang dilaporkan hilang dan ponteng sekolah sejak Jumaat lalu akhirnya pulang ke pangkuan keluarganya di Kampung Sri Kinta dekat sini, hari ini.

Pelajar aliran sains tingkatan empat itu menghubungi keluarganya kira-kira pukul 2 petang setelah mendapati dirinya begitu merindui keluarga terutama ibunya, Suriah Ismail, 58.

Menurut Suriah, setelah dipujuk olehnya dan anak-anak yang lain, Samira akhirnya setuju untuk pulang ke rumah.

''Samira mahu kami mengambilnya di kompleks beli-belah Jaya Jusco dan kami terus bergegas ke sana untuk menjemputnya.

''Alhamdulillah, saya bersyukur dapat bertemu Samira di sana dan terus membawanya pulang," kata Suriah ketika ditemui pemberita di kediamannya di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan Samira tidak pulang ke rumah sejak Jumaat lalu selepas ponteng dari sekolah walaupun sebelum itu dilihat sedang bersiap-siap untuk pergi ke sekolah.

Suriah berkata, dia sekeluarga turut membuat Solat Hajat dan memohon kepada Tuhan supaya Samira kembali ke pangkuan keluarga.

''Kami semua sayangkan Samira kerana dia anak yang pandai. Kami mahu dia berjaya dalam pelajaran," katanya.

Sementara itu, Samira ketika ditemui berkata, faktor yang mendorongnya ponteng sekolah pada Jumaat lalu adalah kerana terdapat perselisihan faham dengan rakan-rakan di sekolah.

Bagaimanapun, katanya, selepas ponteng sekolah dia berasa bersalah dan takut untuk pulang ke rumah lalu mengambil keputusan untuk menumpang di rumah rakannya.

''Selepas tiga hari tidak pulang tiba-tiba saya berasa terlalu rindu dengan keluarga terutama emak dan terus mahu pulang ke rumah.

''Saya menyesal dengan apa yang berlaku dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Saya akan teruskan pelajaran seperti biasa,'' katanya.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime17/10/2008, 10:41 am

Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati

BERITA HARI INI - Page 7 Mainpi10

Mohd Abbas Danus Baksan


PUTRAJAYA: Bekas pengawal keselamatan, Mohd Abbas Danus Baksan, yang didapati bersalah membunuh budak perempuan berumur 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani, di Johor empat tahun lalu, terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Persekutuan semalam mengenepikan sabitan dan hukuman itu.

Bagaimanapun, hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan yang diputuskan Mahkamah Sesyen Johor Bahru bagi kesalahan merogol budak perempuan itu, yang Mohd Abbas mengaku bersalah, dikekalkan. Namun, dia terlepas hukuman sebatan kerana berumur 52 tahun.

Ketika membenarkan rayuan Mohd Abbas, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Tun Azmi, berkata beliau bersetuju dengan hujahan pembelaan bahawa terdapat orang ketiga yang terbabit dalam kes itu.

"Dengan itu semua keterangan keadaan yang dikemukakan pihak pendakwaan tidak menunjukkan kesalahan itu dilakukan sepenuhnya perayu (Mohd Abbas)," katanya ketika memansuhkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Bersidang bersama-sama dengan Hakim Zaki ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Aziz Mohamad.

Mohd Abbas kelihatan tergamam selepas jurubahasa mahkamah menjelaskan keputusan itu kepadanya.

Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 27 Ogos, 2004, mendapati dia bersalah membunuh Nurul Huda di pondok pengawal keselamatan pencawang utama Tenaga Nasional Berhad di Kampung Pekajang, Tanjung Kupang, Johor Bahru antara 9.20 pagi dan 1 tengah hari pada 17 Jan, 2004.

Dia juga dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 26 Januari, 2004, selepas mengaku bersalah merogol budak perempuan itu.

Mayat Nurul Huda dalam keadaan bogel, ditemui dalam tandas pondok pengawal itu. Mangsa sebelum itu pergi ke kedai yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya untuk membeli barangan.

Mohd Abbas memohon mendapatkan penghakiman daripada Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman itu pada 3 Julai, 2006.

Kelmarin, peguam yang mewakili Mohd Abbas, Jagdish Kaur, berhujah terdapat orang ketiga terbabit dalam kes itu dan Mohd Abbas dalam keterangannya berkata dirinya serta dua lelaki lain bernama Suyaimi Mohd Zin dan "Jojo" merogol budak perempuan itu.

Katanya, pertuduhan asal di Mahkamah Majistret menyatakan Mohd Abbas melakukan kesalahan itu bersama-sama dua lagi lelaki tetapi selepas kes itu dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, hanya nama Mohd Abbas disebut.

Semalam, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria berhujah berdasarkan keterangan, jelas menunjukkan Mohd Abbas membunuh Nurul Huda kerana hanya dia seorang yang bekerja di pondok pengawal itu dan keengganannya membenarkan polis serta abang Nurul Huda masuk ke pondok itu untuk menyiasat menunjukkan dia menyembunyikan sesuatu.

Katanya, hakikat yang Suyaimi atau mana-mana orang lain tidak didakwa bersama-sama dengan Mohd Abbas menunjukkan yang pendakwaan tidak mempunyai bukti terhadap mereka.

Hakim Zaki berkata, terdapat banyak lompang dalam kes pendakwaan dan penyiasatan pihak pendakwaan juga tidak lengkap.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
under18crew
SIFU
SIFU
under18crew

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : Kota Belud
Tag ID: : SFC 02544
Points : 13054
Reputation : 13
Number of posts : 16246

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime17/10/2008, 10:47 am

ChristyGwen wrote:
Perogol Nurul Huda terlepas hukuman mati

BERITA HARI INI - Page 7 Mainpi10
Mohd Abbas Danus Baksan


PUTRAJAYA: Bekas pengawal keselamatan, Mohd Abbas Danus Baksan, yang didapati bersalah membunuh budak perempuan berumur 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani, di Johor empat tahun lalu, terlepas daripada hukuman mati apabila Mahkamah Persekutuan semalam mengenepikan sabitan dan hukuman itu.

Bagaimanapun, hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan yang diputuskan Mahkamah Sesyen Johor Bahru bagi kesalahan merogol budak perempuan itu, yang Mohd Abbas mengaku bersalah, dikekalkan. Namun, dia terlepas hukuman sebatan kerana berumur 52 tahun.

Ketika membenarkan rayuan Mohd Abbas, Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Tun Azmi, berkata beliau bersetuju dengan hujahan pembelaan bahawa terdapat orang ketiga yang terbabit dalam kes itu.

"Dengan itu semua keterangan keadaan yang dikemukakan pihak pendakwaan tidak menunjukkan kesalahan itu dilakukan sepenuhnya perayu (Mohd Abbas)," katanya ketika memansuhkan keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Bersidang bersama-sama dengan Hakim Zaki ialah Hakim Besar Malaya, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Aziz Mohamad.

Mohd Abbas kelihatan tergamam selepas jurubahasa mahkamah menjelaskan keputusan itu kepadanya.

Mahkamah Tinggi Johor Bahru pada 27 Ogos, 2004, mendapati dia bersalah membunuh Nurul Huda di pondok pengawal keselamatan pencawang utama Tenaga Nasional Berhad di Kampung Pekajang, Tanjung Kupang, Johor Bahru antara 9.20 pagi dan 1 tengah hari pada 17 Jan, 2004.

Dia juga dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan oleh Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada 26 Januari, 2004, selepas mengaku bersalah merogol budak perempuan itu.

Mayat Nurul Huda dalam keadaan bogel, ditemui dalam tandas pondok pengawal itu. Mangsa sebelum itu pergi ke kedai yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya untuk membeli barangan.

Mohd Abbas memohon mendapatkan penghakiman daripada Mahkamah Persekutuan selepas Mahkamah Rayuan menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman itu pada 3 Julai, 2006.

Kelmarin, peguam yang mewakili Mohd Abbas, Jagdish Kaur, berhujah terdapat orang ketiga terbabit dalam kes itu dan Mohd Abbas dalam keterangannya berkata dirinya serta dua lelaki lain bernama Suyaimi Mohd Zin dan "Jojo" merogol budak perempuan itu.

Katanya, pertuduhan asal di Mahkamah Majistret menyatakan Mohd Abbas melakukan kesalahan itu bersama-sama dua lagi lelaki tetapi selepas kes itu dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, hanya nama Mohd Abbas disebut.

Semalam, Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria berhujah berdasarkan keterangan, jelas menunjukkan Mohd Abbas membunuh Nurul Huda kerana hanya dia seorang yang bekerja di pondok pengawal itu dan keengganannya membenarkan polis serta abang Nurul Huda masuk ke pondok itu untuk menyiasat menunjukkan dia menyembunyikan sesuatu.

Katanya, hakikat yang Suyaimi atau mana-mana orang lain tidak didakwa bersama-sama dengan Mohd Abbas menunjukkan yang pendakwaan tidak mempunyai bukti terhadap mereka.

Hakim Zaki berkata, terdapat banyak lompang dalam kes pendakwaan dan penyiasatan pihak pendakwaan juga tidak lengkap.

perogol pn ble trlepas dr hukuman ka?apa lh..
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime17/10/2008, 10:48 am

Pelajar pukul cikgu

Dua orang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Perlis di sini didakwa menendang dan memukul seorang guru Fizik berusia 27 tahun setelah dipercayai tidak puas hati dengan tugasan kerja kursus yang diberikan kepada mereka.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, kedua-dua pelajar tingkatan dua itu dikatakan dipanggil guru berkenaan bagi mendapatkan penjelasan mengenai perkataan kesat yang ditulis dalam kertas kerja kursus yang dihantar.

Menurut seorang guru sekolah tersebut yang enggan dikenali, kejadian berpunca daripada keengganan pelajar itu untuk menghantar tugasan yang diberikan kepada mereka beberapa minggu lalu.

Katanya, pelajar itu gagal menghantar tugasan yang diberikan dan hanya menghantar kepada guru tersebut hari ini selepas diminta berulang kali.

"Tetapi apabila tugasan dihantar terdapat perkataan kesat ditulis dalam buku tugasan mereka dan guru itu memanggil dua orang pelajar tersebut untuk mendapatkan penjelasan tetapi mereka bertindak di luar dugaan apabila memukul dan menendang mangsa beberapa kali.

"Guru itu yang terkejut dengan tindakan pelajar tersebut cuba mempertahankan diri dan berlaku sedikit pergelutan antara mereka," katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun guru wanita itu difahamkan hanya mengalami cedera ringan tetapi enggan ditemuramah pemberita kerana masih trauma dengan kejadian tersebut.

Difahamkan selepas pergaduhan itu, pelajar berkenaan yang dipercayai turut terlibat dalam kegiatan gangsterisme masih tidak berpuas hati dan bertindak memanggil beberapa rakannya yang lain untuk mencari guru itu.

Insiden yang berlaku dalam kelas itu sempat dirakamkan menggunakan telefon bimbit oleh seorang guru lain yang kebetulan melalui kelas terbabit.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Yusof Md. Diah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian tersebut.

"Kita akan mengambil keterangan daripada kedua-dua belah pihak untuk melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan," katanya.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime17/10/2008, 10:50 am

Dua beradik rentung dalam kebakaran

Dua beradik yang sedang nyenyak tidur rentung dalam satu kebakaran melibatkan tiga buah premis perniagaan di Jalan Cengal, di sini petang semalam.

Mangsa, kanak-kanak perempuan Soh Kai Cheng, 7, tujuh tahun dan adik lelakinya, Soh Wei Hong, 2, ketika itu sedang tidur di dua bilik berasingan di tingkat bawah bengkel membaik pulih pendingin hawa milik bapa mereka.

Ketika kejadian pada pukul 6.15 petang, kedua beradik itu gagal diselamatkan kerana hanya seorang pekerja yang berada di situ manakala pekerja-pekerja lain termasuk bapa mereka ada urusan di luar.

Pemangku Ketua Balai Bomba Jalan Timah Sari, Ahmad Din Sarpin berkata, pihak bomba menerima panggilan pada pukul 6.30 petang dan empat jentera bomba, masing-masing dua dari Jalan Timah Sari dan Jalan Mohd. Khalid dikejarkan ke tempat kejadian.

Menurutnya, seramai 32 anggota bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke premis lain dalam masa 10 minit.

Bagaimanapun, katanya, bengkel membaik pulih pendingin hawa itu musnah sama sekali.

Ahmad Din berkata, kebakaran itu turut mencederakan seorang pekerja bengkel iaitu Lee Wee Jian, 18, dan keadaannya yang kini dirawat di Hospital Batu Pahat dilaporkan stabil.

Bomba katanya, tidak mengalami masalah untuk mengawal kebakaran kerana air sungai dan air dari pili bomba dapat berfungsi dengan baik dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya pada pukul 10 malam.

Beliau berkata, kerugian dianggarkan kira-kira RM400,000.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ibrahim Mohd Aris, memberitahu, kebakaran itu dipercayai berpunca daripada minyak petrol yang tertumpah ketika seorang pekerja sedang mencuci sebuah kereta.

"Terdapat colok tempat orang Cina sembahyang yang sedang menyala dalam bengkel itu menyebabkan ia menyambar minyak petrol dan terbakar," ujarnya.

Katanya, api kemudian menyambar bilik tempat dua beradik malang itu sedang tidur kerana kurang sihat dan pekerja terbabit terlupa mereka berada dalam bilik berkenaan dan tidak dapat menyelamatkan mereka.

Tambahnya, apabila pekerja itu sedar, keadaan sudah terlambat untuk menyelamatkan kedua beradik itu kerana api telah membakar bilik berkenaan.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
under18crew
SIFU
SIFU
under18crew

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : Kota Belud
Tag ID: : SFC 02544
Points : 13054
Reputation : 13
Number of posts : 16246

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime17/10/2008, 10:52 am

yg nie ada kluar d berita tv3 smlm..ganaz2 jga pelajar sna arh..
Back to top Go down
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime17/10/2008, 10:55 am

USM hasil kamera imej wajah tepat

Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menghasilkan kamera perubatan pertama di negara ini yang mampu mendapatkan imej wajah manusia secara tepat.

Reka cipta peralatan itu dihasilkan oleh seorang pensyarah di Pusat Pengajian Sains Pergigian, Dr. Zainul Ahmad Rajion setelah menjalankan penyelidikan sejak empat tahun lepas.

Menurut Dr. Zainul Ahmad, beliau menghasilkan dua produk bermutu tinggi iaitu MyCranio dan MyCast yang berfungsi untuk mengaplikasikan sistem kamera fotogemetrik dalam pengimejan perubatan.

''Ia bakal memberi manfaat besar dalam bidang perubatan negara khususnya untuk kaedah klinikal dan pembedahan kerana mampu mendapatkan gambaran wajah asal manusia dengan tepat.

''Selain itu, ia mampu menghasilkan imej wajah manusia berkualiti tinggi menggunakan teknik terkini dalam bidang teknologi. Pengukuran dalam mana-mana analisis juga mampu diterima secara tepat," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau turut menyifatkan kaedah itu lebih pantas berbanding kaedah lama kerana gambar-gambar subjek kini mampu diambil dalam masa dua atau tiga saat sahaja.

Katanya, sebelum ini, gambar yang diambil menggunakan laser mengambil masa kira-kira 19 saat, manakala secara manual kira-kira 20 minit.

''Penggunaan MyCranio dan MyCast menggunakan struktur kamera stereo yang merupakan gabungan antara dua kamera dan mudah dibawa ke mana sahaja.

''Cara menggunakannya pula dengan hanya mengambil data imej dan dianalisis dengan menggunakan perisian. Apa yang lebih menarik, penggunaannya mesra pengguna dan boleh mendapat ukuran yang lebih jitu," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, produk yang dihasilkan itu merangkumi pelbagai kepakaran seperti kejuruteraan, kedoktoran dan sains komputer melibatkan kos sebanyak RM32,380 bagi MyCranio dan MyCast sebanyak RM30,500.

Tambah beliau, produk-produk tersebut kini digunakan di Hospital USM (HUSM) sejak empat bulan lalu dan dijangka akan dikomersialkan pada awal tahun hadapan.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
intrax
ELITE
ELITE
intrax

Male
Countries/State : Australia
Age : 38
location : Kota belud-SaNdAkaN
Website : http://dynastyclub.forumotion.net
Tag ID: : SFC 03293
Points : 12537
Reputation : 9
Number of posts : 3111

BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime17/10/2008, 6:35 pm

wow bagus ni satu lagi pencapayan yang membanggakan malay saya cemera canggih
tahniah to usm..
Back to top Go down
http://www.borneoforestheritage.org.my
Sponsored content




BERITA HARI INI - Page 7 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 7 Icon_minitime

Back to top Go down
 

BERITA HARI INI

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 7 of 11Go to page : Previous  1, 2, 3 ... 6, 7, 8, 9, 10, 11  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: