SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
BERITA HARI INI - Page 4 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
BERITA HARI INI - Page 4 Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 BERITA HARI INI

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5 ... 9, 10, 11  Next
AuthorMessage
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 4 Empty
PostSubject: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime7/6/2008, 4:24 am

First topic message reminder :

Kebajikan rakyat dijaga dalam penstrukturan semula harga bahan api: Shahrir



SHAH ALAM: Penstrukturan semula harga bahan api semalam hanya bagi mengurangkan beban tanggungan subsidi kerajaan dalam mengatasi lonjakan harga minyak dunia, namun kebajikan rakyat berpendapatan rendah tidak diabaikan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.

Beliau berkata beberapa demonstrasi yang diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak itu dibuat kerana ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan di atas keputusan kerajaan itu.

"Soal berdepan dengan kemarahan orang, saya tak dapat apa-apa faedah dan kerajaan tak ada untung pun bila tarik subsidi.



"Kita tarik balik subsidi bukan naikkan harga minyak tetapi kita hanya kurangkan perbelanjaan tanggungan kerajaan terhadap subsidi," katanya kepada pemberita selepas program Pemukiman Majlis Tertinggi Umno di sini Jumaat.

Beliau berkata kerajaan membayar balik sebahagian daripada subsidi yang ditarik balik itu menerusi wang tunai sebanyak RM625 kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2,000cc dan RM150 kepada pemilik motosikal persendirian di bawah 250cc.

"Pokoknya sekarang ialah macam mana kita nak bayar wang ini dengan lebih segera. Rakyat patut fikir ini (bayaran cepat)...yang buat demonstrasi ni tak nak terima ke RM625 ni" katanya.

Kerajaan mengumumkan akan membayar rebat yang akan diberi dalam bentuk kiriman wang itu menerusi pejabat pos seluruh negara mulai 1 Julai.

Shahrir berkata kiraan purata yang dibuat ialah wang rebat tunai yang akan diberikan itu ialah bersamaan 66 liter minyak untuk sebulan.

"Jadi kalau anggaran 66 liter penggunaan sebulan bagi kereta ekonomikal dengan perjalanan tak jauh, pastilah perbelanjaannya akan sama sebelum kenaikan ini," katanya.

Berkuatkuasa tengah malam Rabu lepas, harga petrol dan diesel dinaikkan, masing-masing sebanyak 78 sen dan RM1 seliter sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula subsidi bahan api itu, menjadikan harga petrol di pam ialah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Ketika ditanya rungutan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tinggi sebayak 78 sen dalam masa yang singkat, beliau berkata ini merupakan kali pertama kerajaan membuat satu sistem terurus di mana subsidi diberi terus kepada rakyat.

"Buat pertama kali ada satu sistem terurus di mana subsidi dipulang balik kepada rakyat. Dulu bila kerajaan tarik subsidi (rakyat) tak dapat apa-apa. Kalau tarik sikit-sikit rakyat tak dapat apa-apa," katanya.

Shahrir berkata sebelum ini kerajaan membayar kepada pemilik syarikat minyak harga subsidi yang ditetapkan dan subsidi itu hanya dinikmati oleh pengguna semasa membeli minyak di stesen minyak.

"Pada masa itu orang kaya yang membeli banyak minyak dan pemilik kenderaan luar negara turut merasai subsidi yang diberikan kerajaan tetapi kini rakyat negara akan mendapat terus rebat tunai daripada kerajaan," katanya.

Beliau berkata cukai jalan pemilik kenderaan juga akan dikurangkan dan purata kenaikan sebuah kenderaan adalah lebih kurang 45 sen sahaja.

Katanya kerajaan kini masih memberikan komitmen subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter yang dibeli pengguna.

Mengenai syarikat pengangkutan yang dijangka akan mengalami kesan yang teruk akibat kenaikan harga diesel, Shahrir menjelaskan kementerian itu bersedia berjumpa dengan syarikat pengangkutan yang mahukan penambahan kuota subsidi diesel.

Katanya kenaikan diesel tidak sepatutnya mengakibatkan kesan yang teruk kepada syarikat pengangkutan dan kementerian akan memastikan masalah itu tidak berlaku.

"Kalau ada syarikat kata tak cukup kuota, saya akan tentukan mereka dapat sepenuhnya. Ada yang cakap kuota hanya cukup 3 minggu sahaja, kita akan selesaikan masalah itu. Pokoknya kalau semua syarikat pengangkutan tak ada masalah kenaikan diesel, jadi, apa pun tambahan caj yang diminta tidak berkaitan dengan kenaikan harga bahan api," katanya.

Beliau berkata perkhidmatan feri di Pulau Langkawi mengadu tentang perlunya untuk menambah kuota subsidi dan kerajaan akan bantu mereka.

Negara mempunyai jumlah diesel yang mencukupi dan kementerian akan memastikan syarikat pengangkutan ini mendapat kuota subsidi diesel yang sepatutnya, katanya. - Bernama

Back to top Go down
http://www.abctours.com.my

AuthorMessage
lentugi
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
lentugi

Male
Age : 37
location : RuNNow ~ Penampang Sabah
Points : 12413
Reputation : 0
Number of posts : 1755

BERITA HARI INI - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime16/6/2008, 2:32 pm

mo buat spare tank nie...p brunei beli minyak Laughing
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime16/6/2008, 2:45 pm

57 terbunuh, lebih sejuta hilang tempat tinggal banjir di Selatan China

GUANGZHOU: Banjir besar yang sedang melanda Selatan China, mengorbankan lebih 60 orang manakala 1.27 juta penduduk terpaksa menyelamatkan diri, lapor media tempatan hari ini.

Penduduk di enam wilayah dilaporkan terpaksa meninggalkan rumah masing-masing, termasuk di Sichuan, yang masih truma akibat gempa bumi melanda baru-baru ini yang mengorbankan 70,000 orang.

Agensi Berita Xinhua melaporkan, sekurang-kurangnya 57 orang mati dan lapan lagi masih hilang akibat banjir buruk itu.



Sementara itu, hujan lebat diramal melanda bahagian selatan negara itu untuk beberapa hari lagi, kata jurucakap kaji cuaca.

"Ribut petir dijangka melanda dalam masa dua hari ini di Guangdong, Guangxi dan Fujian.

"Paras air kini 24 meter, jauh melepasi paras bahaya iaitu enam meter. Penduduk berhampiran kini sudah dipindahkan ke kawasan lebih selamat," katanya.

Kawasan paling teruk dilanda banjir ialah Guangdong, dengan 20 orang terbunuh dan lapan lagi dilaporkan hilang.

"Seramai 5.76 juta penduduk di 17 bandar di wilayah ini terdedah kepada bahaya banjir," kata Xinhua.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime16/6/2008, 2:47 pm

Isteri maut dalam kemalangan

IPOH: Seorang wanita terbunuh, manakala suaminya cedera apabila motosikal yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas di Jalan Pasir Puteh di sini hari ini.

Ketua Trafik Daerah Ipoh, DSP Mohd Rodzi Rejab berkata, yang terbunuh dalam kejadian jam 8 pagi ini ialah pembonceng, M Kaliammal, 58, berasal dari Taman Ipoh Jaya.

Mangsa yang cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Ipoh untuk bedah siasat, katanya ketika dihubungi hari ini.


Mohd Rodzi berkata, kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari rumah mereka untuk bekerja apabila bergesel dengan sebuah bas yang datang dari arah belakang. Akibat kejadian itu Kaliammal terjatuh dan digilis bas berkenaan, manakala suaminya hanya cedera dan dirawat di Hospital Ipoh.

Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mayat mangsa di bawah bas berkenaan.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime16/6/2008, 2:49 pm

lentugi wrote:
mo buat spare tank nie...p brunei beli minyak Laughing

buat spare tank..good idea..tank dlm tank..hehe
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime17/6/2008, 10:09 am

Jurukimpal ditemui mati dengan tiga kesan tikaman

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja bengkel kereta warga Vietnam ditemui mati dengan tiga kesan tikaman di sebuah rumah di Kilometer 9.6, Jalan Gombak di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan daripada orang awam mengenai satu pertengkaran membabitkan beberapa lelaki pada kira-kira jam 10 malam.

"Lelaki itu ditemui terbaring di atas lantai di bilik tidur dengan satu kesan tikaman di dada kanan dan dua di perut, serta terdapat kesan calar di bawah perutnya," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Beliau berkata, polis menahan empat lelaki warga asing bagi membantu siasatan.

Abdul Rahim berkata mayat juru kimpal bengkel itu sudah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
Back to top Go down
http://www.abctours.com.my
ChristyGwen
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ChristyGwen

Female
Age : 38
location : KK
Tag ID: : SFC 2932
Points : 12030
Reputation : 0
Number of posts : 1013

BERITA HARI INI - Page 4 Empty
PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime17/6/2008, 10:16 am

Lapan tuduhan tipu sijil bayi
Doktor didakwa palsu dokumen kelahiran empat bayi dalam tempoh tiga tahun

JOHOR BAHRU: Seorang doktor berusia 62 tahun yang menetap di Singapura, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam, atas lapan tuduhan menipu dan memalsukan dokumen kelahiran empat bayi dalam tempoh tiga tahun lalu.

Dr Robert Luk Tai Kong, berasal dari sini tetapi berstatus pemastautin tetap Singapura, mengaku tidak bersalah terhadap semua tuduhan itu dan dikenakan ikat jamin RM80,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu kes berkenaan disebut semula pada 15 Ogos depan.

Dia yang dihadapkan di dua mahkamah berasingan, juga diarah melaporkan diri di Balai Polis Sentral di sini pada minggu pertama setiap bulan.

Difahamkan, kes itu mempunyai kaitan dengan sindiket menjual dan membeli bayi berusia antara tujuh hingga 12 bulan yang ditumpaskan polis dalam Ops Kasih di bandar raya ini, 22 Mei lalu.

Doktor pusat perubatan swasta itu menghadapi dua tuduhan di hadapan Hakim Muhammad Jamil Hussin, iaitu:

  • Memperdayakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dengan memberi butiran palsu peribadi ibu bapa bayi bernama Fabian Naveen di dalam Borang Permohonan Sijil Kelahiran JPN LM 01 dengan mencatatkan DS Cynthia dan SS Ferliex sebagai ibu bapa sebenar bayi itu.

    Ia mendorong kakitangan JPN, K Nayagie, mencetak dan mengeluarkan sijil kelahiran nombor BX 33581 ke atas bayi itu; dan


  • Secara curang menggunakan sijil kelahiran BX 33581 ke atas bayi Fabian Naveen dengan mengesahkan butiran peribadi ibu bapa bayi itu sebagai ibu bapa kandung walaupun mengetahui ianya palsu.

    Dia dituduh melakukan kedua-dua tuduhan itu di No 33B, Pusat Perubatan Landmark, Menara Landmark pada jam 11.43 pagi, 25 Oktober tahun lalu.

    Bagi tuduhan pertama, doktor itu didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya. Tuduhan kedua juga dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan tetapi dihukum mengikut Seksyen 465 kanun yang sama yang boleh dipenjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

    Enam lagi tuduhan didakwa di hadapan Hakim Aliman Musri pula ialah:



  • Memperdayakan JPN dengan memberi butiran palsu peribadi ibu bapa bayi bernama Rubhashri Thiagarajan di dalam JPN LM 01 dengan mencatat P Kogula Sundari dan N Thiagarajan sebagai ibu bapa kandung sebenar kepada bayi itu.

    Ia mendorong kakitangan JPN, Suriyani Mohamad Noor mencetak dan mengeluarkan sijil kelahiran nombor BT 97692 ke atas bayi itu. Tuduhan itu didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan;


  • Secara curang menggunakan BT 97692 ke atas bayi Rubhashri Thiagarajan dengan mengesahkan butiran peribadi ibu bapa bayi itu sebagai ibu bapa kandung walaupun mengetahui ianya palsu. Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan hukuman mengikut Seksyen 465 kanun.

    Tuduhan ketiga dan keempat itu didakwa dilakukan di No 33B, Pusat Perubatan Landmark, Menara Landmark, pada jam 10.50 pagi, 23 November 2006;

  • Memperdaya JPN dengan memberi butiran palsu peribadi ibu bapa bayi Loong Yu Xuan di dalam JPN LM 01, iaitu So Sai Hong dan Loong Cher Heong sebagai ibu bapa kandung sebenar kepada bayi itu. Ia mendorong kakitangan JPN K Nayagie mencetak dan mengeluar sijil kelahiran BX 32598 ke atas bayi itu. Didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan;

  • Secara curang menggunakan sebagai tulen dokumen BX 32598 ke atas Loong Yu Xuan dengan mengesah butir peribadi ibu bapa bayi itu sebagai ibu bapa kandung walaupun mengetahui ianya palsu. Didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan hukuman mengikut Seksyen 465 kanun.

    Tuduhan kelima dan keenam itu didakwa dilakukan di No 33B Menara Landmark, Pusat Perubatan Landmark, Johor Bahru pada jam 10.23 pagi, 8 Oktober 2007;

  • Memperdaya JPN dengan memberi butiran palsu peribadi ibu bapa bayi Serena Swathi di dalam JPN LM 01, iaitu DS Evensia Mary dan J Gerard sebagai ibu bapa kandung sebenar kepada bayi itu hingga mendorong kakitangan JPN SH Ramdzan SH Abdullah mencetak dan mengeluar sijil kelahiran BY 76130 ke atas bayi itu. Didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun; dan

  • Secara curang menggunakan sebagai tulen dokumen BY 76130 ke atas Serena Swathi dengan mengesah butir peribadi ibu bapa bayi sebagai ibu bapa kandung walaupun mengetahui ianya palsu. Didakwa mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan hukuman mengikut Seksyen 465.

    Tuduhan ketujuh dan kelapan itu didakwa dilakukan di No 33B Menara Landmark, Pusat Perubatan Landmark, Johor Bahru pada jam 3.34 petang, 26 Februari lalu.

    Semua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin. Dalam kes bayi Fabian Naveen, Muhammad Jamil memerintahkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dengan seorang penjamin.

    Aliman juga menetapkan ikat jamin sebanyak RM20,000 bagi setiap kes dengan seorang penjamin.

    Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Idham Abdul Ghani manakala tertuduh diwakili peguam, R K Menon.
  • Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    darrengt
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR
    darrengt

    Male
    Countries/State : Brunei
    Age : 43
    location : kota kinabalu
    Points : 12209
    Reputation : 0
    Number of posts : 1246

    BERITA HARI INI - Page 4 Empty
    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime18/6/2008, 8:09 am

    memang best lah info CG semua nie
    Back to top Go down
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR
    ChristyGwen

    Female
    Age : 38
    location : KK
    Tag ID: : SFC 2932
    Points : 12030
    Reputation : 0
    Number of posts : 1013

    BERITA HARI INI - Page 4 Empty
    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime18/6/2008, 10:06 am

    Pemimpin MIC Johor ditahan kes bunuh Adun

    JOHOR BAHRU: Seorang timbalan pengerusi bahagian MIC di negeri ini ditahan polis semalam kerana dipercayai suspek utama kes pembunuhan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenggaroh, Datuk S Krishnasamy, yang mati ditembak di kepala pada 11 Januari lalu.

    Lelaki berusia 46 tahun itu ditahan sepasukan pegawai polis dari Bukit Aman serta Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) negeri di rumahnya di Kluang, kira-kira jam 12.30 pagi.

    Sumber polis berkata, suspek ditahan selepas siasatan terperinci melalui operasi khas dikenali Ops Api Tenggaroh, menemui bukti yang mengaitkannya dengan pembunuhan kejam itu.


    "Kita percaya lelaki itu adalah suspek utama kes berkenaan," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

    Lelaki itu kini direman tujuh hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah untuk siasatan lanjut. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret R Rajeswary.

    Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff dan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Senior Asisten Komisioner II Amer Awal gagal dihubungi bagi mengulas penahanan lelaki berkenaan.

    Sebelum ini, polis menahan reman tiga individu, termasuk pembantu peribadi seorang pemimpin MIC Johor berusia 61 tahun bagi membantu siasatan kes pembunuhan Krishnasamy.

    Bagaimanapun, lelaki berusia 61 tahun itu bersama pemandu mendiang Krishnasamy yang berusia 30 tahun serta seorang kerani wanita, 36, dibebaskan selepas polis mengambil keterangan mereka.

    Krishnasamy, 62, yang juga Timbalan Pengerusi MIC Johor, ditembak dari jarak dekat ketika berada di dalam lif Bangunan MIC negeri Jalan Segget di sini untuk menghadiri mesyuarat parti, kira-kira jam 2.30 petang 11 Januari lalu.

    Sementara itu, Naib Presiden MIC, Datuk S Veerasingam ketika dihubungi menasihatkan ahli MIC supaya bertenang dan tidak membuat spekulasi berhubung penahanan pemimpin terbabit.

    "Biarkan polis menjalankan siasatan dan tidak perlu kita membuat kesimpulan sendiri kerana sebelum ini pun tiga suspek sudah ditahan serta dibebaskan," katanya.
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR
    ChristyGwen

    Female
    Age : 38
    location : KK
    Tag ID: : SFC 2932
    Points : 12030
    Reputation : 0
    Number of posts : 1013

    BERITA HARI INI - Page 4 Empty
    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime18/6/2008, 10:12 am

    Gaji 2 kali belum muktamad

    BERITA HARI INI - Page 4 Mainpi11
    MENTERI Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam (duduk) sempat melihat laman web Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) ketika melawat gerai pameran selepas merasmikan Pesta Latihan PMSB di Ipoh, semalam.


    Kerajaan sedia kaji semula cadangan selepas dapat bantahan kesatuan penjawat awam

    IPOH: Kerajaan sedia mengkaji semula pembayaran gaji dua kali sebulan jika pelaksanaannya tidak disenangi kakitangan awam, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam.

    "Saya akan bawa perkara ini untuk dibincangkan oleh Kabinet jika pekerja rasa pembayaran itu membawa lebih banyak kesusahan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Latihan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di sini semalam.


    Beliau mengulas bantahan beberapa kesatuan dalam sektor awam berhubung pelaksanaan pembayaran gaji secara dua ansuran itu, yang diumumkan kerajaan minggu lalu.

    Tujuh kesatuan mewakili pelbagai sektor dalam perkhidmatan awam yang dihubungi Berita Harian semalam, menolak kaedah pembayaran gaji itu manakala Cuepacs dilaporkan akan membuat keputusan mengenainya pada mesyuarat majlis kongresnya pada 28 Jun ini.

    Mengikut kaedah pembayaran gaji yang bermula Ogos ini, separuh gaji pertama akan dibayar pada pertengahan bulan, manakala separuh gaji kedua pada akhir bulan. Segala potongan termasuk cukai pendapatan dan KWSP akan dibuat pada akhir bulan.

    Subramaniam menjelaskan, pembayaran gaji dua kali sebulan itu diputuskan kerajaan bagi membantu kakitangan awam menguruskan perbelanjaan dengan lebih berkesan berikutan kenaikan harga minyak dan barangan makanan.

    "Kerajaan mahu memastikan kakitangan awam masih mempunyai wang di hujung bulan dan boleh mengagihkan perbelanjaan secara sekata sepanjang 30 hari. Kita tidak mahu mereka menghabiskan wang dua atau tiga hari selepas gaji dan kemudian terpaksa meminjam," katanya.

    Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng, berkata kebanyakan ahli NUTP tidak bersetuju kerana pembayaran gaji dua kali sebulan itu menyukarkan pengurusan kewangan kakitangan awam.

    Beliau berkata, kebanyakan ahli kesatuan yang dianggotai 135,000 guru itu, menghubungi pihaknya bagi menyuarakan bantahan dan kebimbangan mengenai pelaksanaan kaedah itu.

    "Beberapa perkara perlu diambil kira oleh kerajaan termasuk mengenai pemotongan bayaran pinjaman. Adakah ia juga akan dipotong dua kali sebulan? Bagaimana pula masa yang perlu dipatuhi, misalnya bagi yang meminjam dengan bank," katanya.

    Presiden Kesatuan Pegawai Kastam Semenanjung Malaysia, Ibrahim Ahmad, pula berpendapat kaedah pembayaran itu tidak relevan kerana menyukarkan pekerja menguruskan bayaran pinjaman, yuran dan bil bulanan.

    "Kalau gaji pertama tidak mencukupi, mereka akan tangguhkan dulu pembayaran dan mungkin berdepan risiko dikenakan faedah lewat bayar jika berhutang dengan bank," katanya yang mewakili 4,000 ahli kesatuan itu.

    Presiden Kesatuan Pegawai Pengangkutan Jalan Semenanjung Malaysia (KPPJSM), Hamzah Masri, berkata tinjauannya mendapati semua 2,000 ahli kesatuan itu berpendapat pembayaran gaji dua kali sebulan itu tidak akan membantu dari segi pengurusan kewangan mereka.

    "Masalah utama yang kami hadapi adalah peningkatan kos sara hidup disebabkan kenaikan harga barang. Walaupun gaji dibayar dua kali, jumlahnya tetap sama dan ia tidak akan meringankan beban kami, malah menyukarkan mereka jika silap mengurus pendapatan," katanya.

    Presiden Kesatuan Pembantu Teknologi Makmal Perubatan Semenanjung Malaysia, Md Saleh Majid, berkata kumpulan sokongan I dan II yang berpendapatan rendah akan terjejas kerana gaji yang diterima dalam satu masa itu sangat sedikit.

    "Setiap kali menerima gaji, kami perlu susun perbelanjaan ikut kepentingan, misalnya yuran bas sekolah, pinjaman kenderaan dan perumahan dan kebanyakan keperluan itu melebihi gaji kami pada satu masa jika ia dibahagi dua. Itu belum masuk keperluan asas lain yang perlu diselesaikan segera," katanya.

    Pandangan yang sama turut diberikan Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya, Husain Mohd Yasin dan Presiden Kesatuan Pekerja-Pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Munian Appoo.

    Presiden Persatuan Pegawai Rendah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Sub Inspektor Jamal Abdullah, pula berkata secara peribadi beliau tidak bersetuju dengan kaedah pembayaran gaji itu.

    Beliau berkata, kesatuan itu akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi mendapatkan ahlinya sebelum keputusan menerima atau menolak kaedah itu.

    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR
    ChristyGwen

    Female
    Age : 38
    location : KK
    Tag ID: : SFC 2932
    Points : 12030
    Reputation : 0
    Number of posts : 1013

    BERITA HARI INI - Page 4 Empty
    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime18/6/2008, 10:24 am

    Projek basmi kemiskinan tegar tidak terjejas: PM

    BERITA HARI INI - Page 4 Mainpi13

    KRAF TANGAN TRADISIONAL: Abdullah bersama Musa melihat cara membuat 'piring rinagoh seramik' ketika melawat pameran selepas penutup Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Antarabangsa 2008 di Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, semalam.

    Kerajaan tetap utama pembangunan luar bandar selagi diperlukan

    KOTA KINABALU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, projek membasmi kemiskinan yang sudah dirancang khususnya di luar bandar tidak akan terjejas dalam pembentangan kajian separuh penggal Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), akhir bulan ini.

    Perdana Menteri berkata, walaupun kajian itu membabitkan penilaian semula terhadap pelbagai projek besar kerajaan, ia tidak akan membabitkan usaha membasmi kemiskinan kerana kerajaan tetap mensasarkan matlamat menghapuskan kemiskinan tegar dalam tempoh dua tahun lagi.

    "Saya beri jaminan projek seperti itu di luar bandar tidak akan terganggu kerana kita ingin menghapuskan kemiskinan tegar pada 2010 dan kemiskinan secara relatif. Kita akan kaji projek besar dan jika kita lihat ia boleh ditangguhkan buat masa ini, kita tangguhkan.


    "Keduanya, kita lihat sama ada ia adalah projek yang sangat diperlukan. Jika keperluannya tidak begitu mendesak, kita tunggu dulu," katanya pada sidang media selepas menutup Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Antarabangsa (ICC) 2008 di Sutera Harbour Resort, semalam.

    Hadir sama Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman dan dua timbalannya, Datuk Joseph Pairin Kitingan serta Datuk Raymond Tan.

    Bagaimanapun, Abdullah menegaskan, projek yang sudah bermula diteruskan bagi mengelak kerugian.

    Ditanya sama ada penangguhan projek berkenaan membabitkan Sabah dan Sarawak, beliau berkata, butirannya akan diketahui kelak.

    Mengulas 100 hari pentadbirannya sebagai Perdana Menteri buat penggal kedua semalam, Abdullah terkejut kerana tidak menyedarinya.

    "Sudah 100 hari? Anda pasti saya sudah 100 hari menjadi Perdana Menteri untuk penggal kedua? Anda nilaikanlah sendiri, tetapi saya masih bekerja keras untuk semua.

    "Pentadbiran terus rancak dan masih banyak perlu dilaksanakan. Ada lagi perkara dalam Manifesto 2004 yang perlu dilaksanakan dan agenda dalam Manifesto 2008 pun perlu diberi perhatian.

    "Usaha berkenaan perlu ditingkatkan dan saya faham ketika ini kita menghadapi paling mencabar, iaitu kenaikan harga minyak yang turut berjangkit kepada harga barang," katanya.

    Mengulangi kenyataan tindakan menaikkan harga petrol dan diesel baru-baru ini bukan bertujuan menyusahkan rakyat, Perdana Menteri berkata, setiap langkah diambil mempunyai rasional sendiri dan beliau sedia menerima idea rakyat ke arah memantapkan usaha meringankan beban setiap lapisan masyarakat.

    Malah, katanya, beliau meneliti setiap cadangan dan pandangan dihantar rakyat secara bertulis sambil menyifatkannya sebagai sokongan positif untuk memperbaiki keadaan.

    "Kerajaan memberi perhatian berdasarkan keutamaan, tetapi pada masa sama, projek pembangunan perlu terus dilaksanakan dan kita tidak boleh hentikan.

    "Kewangan kita terhad dan kita mesti tetapkan berapa banyak perlu dibelanjakan untuk menangani hal berkaitan kenaikan harga minyak. Kita tidak boleh gunakan 100 peratus wang hasil minyak untuk subsidi hingga tak cukup untuk pembangunan.

    "Kerajaan tetap mengambil perhatian masalah berkaitan harga minyak dan subsidi, maka kita perlu fikirkan masak-masak mengenai pengagihan. Harga minyak akan turun kalau kita beri subsidi terlalu banyak tetapi apa pula halnya dengan projek lain.

    "Insya-Allah, kita akan dapat atasi masalah ini," katanya.

    Sementara itu, ditanya mengenai kewajaran kenaikan gaji 100 peratus Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Seri Che Khalib Mohd Noh, seperti dilaporkan, Perdana Menteri menjawab: "Mereka lebih tahu sama ada ia wajar atau tidak."

    Sebelum ini, beberapa pihak mempersoalkan tindakan Lembaga Pengarah TNB, menaikkan 100 peratus gaji Che Khalib, yang disifatkannya sebagai tidak wajar dilakukan syarikat itu, terutama ketika semua pihak disaran berjimat-cermat.

    Bagaimanapun, Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah), Tan Sri Azman Mokhtar, ketika diminta mengulas mengenai perkara itu berkata, kenaikan gaji Che Khalib adalah sesuatu yang wajar kerana ia berdasarkan kepada prestasinya.

    Beliau berkata, sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC), TNB memang mempunyai pakej imbuhan serta ganjaran yang bersandarkan prestasi dan kenaikan gaji Che Khalib itu diberikan kerana beliau berjaya menambah nilai dalam syarikat terbabit.

    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR
    ChristyGwen

    Female
    Age : 38
    location : KK
    Tag ID: : SFC 2932
    Points : 12030
    Reputation : 0
    Number of posts : 1013

    BERITA HARI INI - Page 4 Empty
    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime18/6/2008, 10:28 am

    Elak teknologi hasil 'bayi rekaan'

    BERITA HARI INI - Page 4 Mainpi14

    DETIK CERIA: Dr Ng mendukung Siti Zahirah Mohd Zakaria selepas perasmian majlis Jalinan Kasih 2008, di Kuala Lumpur, semalam.

    Kemajuan sains tidak boleh disalah guna penyediaan perkhidmatan kesuburan

    KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah, mahu pihak yang menyediakan perkhidmatan rawatan kesuburan (subfertiliti), termasuk pusat perubatan swasta tidak menyalah guna kemajuan sains dan teknologi bagi menghasilkan 'bayi rekaan'.

    Beliau berkata, kemajuan pesat bidang itu, membolehkan ibu bapa yang menghadapi masalah kesuburan, mendapat anak selain merancang jantina dan sifat fizikal bayi yang bakal dilahirkan.


    Bagaimanapun, katanya, pemilihan jantina diharuskan jika faktor jantina berkaitan dengan penyakit genetik serius yang boleh membawa kematian kepada anak berkenaan.

    "Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan 2005 melarang sama sekali rawatan kejuruteraan genetik ke embrio, membabitkan pengubahsuaian semula jadi seperti rambut, warna rambut, kebijaksanaan, ketinggian dan jantina. Ia menyalahi hukum alam, batasan agama dan etika kemanusiaan.

    "Sehubungan itu, saya berharap kemajuan sains dan teknologi tidak disalah guna, termasuk dalam menghasilkan bayi rekaan yang membolehkan ibu bapa merancang jantina dan sifat fizikal bayi mereka," katanya pada majlis Jalinan Kasih 2008 di ibu pejabat Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di sini, semalam.

    Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Dr Ng Yen Yen.

    Majlis itu bertujuan meraikan anak yang berjaya dihasilkan menerusi khidmat pengurusan kesuburan di samping mempromosi perkhidmatan kesuburan yang disediakan Klinik Subfertiliti LPPKN.

    Sejak 1979 hingga tahun lalu, LPPKN merawat lebih 20,000 pasangan yang mengalami masalah kesuburan dan seramai 2,623 bayi berjaya dilahirkan dalam tempoh berkenaan.
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR
    ChristyGwen

    Female
    Age : 38
    location : KK
    Tag ID: : SFC 2932
    Points : 12030
    Reputation : 0
    Number of posts : 1013

    BERITA HARI INI - Page 4 Empty
    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime19/6/2008, 10:34 am

    Yong Teck Lee belot lagi


    BERITA HARI INI - Page 4 Mainpi15

    BUAT KEJUTAN: Yong ketika sidang media di Pejabat SAPP Kota Kinabalu, semalam.


    Pernah ketuai kumpulan khianati Pairin sehingga kerajaan PBS tumbang pada 1994

    KOTA KINABALU: Selepas beberapa minggu mengkritik Kerajaan Pusat, Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee semalam mengisytiharkan partinya hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

    Tindakannya itu bagaimanapun tidak mencerminkan keputusan sebulat suara kepimpinan parti apabila Timbalan Presiden SAPP, Datuk Raymond Tan, yang bukan saja tidak bersetuju tetapi terkejut dengan pengumuman berkenaan.


    Perdana Menteri, dalam reaksi awalnya menyifatkan tindakan terbaru Presiden SAPP itu adalah disebabkan 'saya tidak dapat memenuhi ketamakan dirinya.' Beliau tidak mengulas lanjut tetapi seorang pembantunya memberitahu, Abdullah akan membuat huraian kemudian.

    Yong, ketika mengumumkan pendiriannya pada sidang media di sini, berkata dua Ahli Parlimennya, Datuk Eric Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) akan menyokong usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri di Dewan Rakyat, Isnin ini.

    Soal sama ada SAPP terus kekal sebagai komponen Barisan Nasional (BN) pula, akan diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi SAPP di sini, esok.

    "SAPP sudah hilang kepercayaan terhadap Perdana Menteri. Peruntukan undi tidak percaya ada dalam Perlembagaan dan menjadi sebahagian daripada proses demokrasi di Malaysia," katanya pada sidang media selama 45 minit di ibu pejabat SAPP di Luyang di sini.

    Dr Chua yang juga Naib Presiden SAPP turut hadir, manakala Eric berada di luar negara bagi tugasan rasmi tetapi menyatakan pendiriannya dalam kenyataan media yang ditandatanganinya.

    Tan yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, tidak menghadiri sidang media itu tetapi ketika dihubungi berkata, beliau terkejut dengan tindakan Yong kerana perkara itu tidak pernah dibawa ke peringkat Majlis Tertinggi parti untuk diperhalusi.

    "Ia bukan persetujuan sebulat suara, malah ia sepatutnya dibincang di mesyuarat Majlis Tertinggi terlebih dulu. Saya tidak nampak sebarang sebab ini perlu dilakukan dan ketetapan itu salah sama sekali," katanya yang tidak diundang ke sidang media berkenaan.

    Tan menyifatkan pendirian terbuka membabitkan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri sama seperti menyokong pembangkang dan boleh menimbulkan ketidakstabilan bukan saja di Sabah, tetapi Malaysia keseluruhannya.

    "Saya tidak mahu menyokong pendirian yang cenderung menyebelahi pembangkang kerana ia bermakna kita memberi isyarat salah kepada rakyat," katanya.

    SAPP mempunyai dua kerusi Parlimen dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Tanjung Papat (Tan), Likas (Datuk Liew Teck Chan), Luyang (Melanie Chia), Elopura (Au Kam Wah).

    Pengumuman Yong itu bercanggah dengan pendiriannya sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu apabila beliau dilaporkan memuji dan menyatakan sokongan padu kepada kepemimpinan Abdullah. Malah, tindakannya itu bukan sesuatu yang mengejutkan kerana beliau pernah mengambil tindakan serupa 14 tahun lalu.

    Pada 1994, Yong menjadikan 'hilang kepercayaan' sebagai alasan meninggalkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joseph Kitingan, yang bertanggungjawab membawanya masuk dalam politik. Beliau kemudian mengetuai sekumpulan Ahli Parlimen dan Adun China daripada PBS, membentuk SAPP.

    Yong yang juga bekas Ketua Menteri Sabah pada 1996 hingga 1998 mengikut sistem penggiliran, semalam mendakwa BN hanya wujud di Sabah secara dasar tetapi bukan kuasa yang membolehkan pelbagai tuntutan dipenuhi demi manfaat rakyat negeri ini.

    "Selepas pilihan raya umum lalu, beberapa Ahli Parlimen BN dari Sabah turut menganggap BN tidak memberi pengiktirafan sewajarnya kepada negeri ini. Bagi saya, semangat BN di Sabah hilang sejak beberapa bulan lalu dan cuma wujud sebagai nama.

    "Pelbagai pihak menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kepemimpinan Perdana Menteri dan kami memulakan langkah dengan menunjukkannya secara terang-terangan menerusi undi tidak percaya.

    "Ada pihak meramalkan SAPP dipecat daripada BN sebelum Jumaat dan ada berpendapat sebaliknya. Kami sudah menyatakan pendirian dan sedia menghadapi apa juga kemungkinan," katanya

    Ditanya sama ada Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman, dirujuk sebelum SAPP membuat ketetapan berhubung undi tidak percaya itu, Yong berkata, segala isu yang dibangkitkan sudah kerap dibincang bersama pemimpin BN negeri.

    "Peluang keemasan ini tidak akan berulang selepas 45 tahun Sabah menyertai Malaysia dan kita mesti menyatakan pendirian sebelum Ogos ini.

    "Mulai Ogos, tumpuan akan beralih kepada pemilihan Umno dan MCA, disusuli kesibukan menyambut puasa dan Aidil Fitri, peperiksaan dan acara hujung tahun.

    "Ketika itu, politik tanah air akan berhenti memperkatakan isu berkaitan Sabah dan SAPP berpendapat sekarang adalah masa terbaik Sabah mendapatkan kembali autonomi, royalti minyak sebanyak 20 peratus dan meminta Labuan dikembalikan," katanya.

    Yong bagaimanapun berkata, beliau tidak menentang Perdana Menteri secara peribadi, malah pertemuan tertutupnya bersama Abdullah di Kuala Lumpur baru-baru ini berlangsung dalam suasana mesra.

    "Tiga kali saya beritahu Perdana Menteri, hanya kerana tiada Ahli Parlimen BN melompat parti pada 14 Mei lalu, ia bukan bermakna perkara itu mustahil berlaku selepas ini. Walaupun kerajaan mendakwa komited menangani isu di Sabah, saya tidak nampak kesungguhan ke arah itu," katanya.

    Mengenai kemungkinan SAPP menyertai Pakatan Rakyat, beliau berkata, isu meninggalkan BN atau beralih kepada komponen lain tidak berbangkit kerana tumpuan parti itu ialah mendapatkan semula autonomi politik Sabah.

    Katanya, SAPP tidak berminat menyerahkan autonomi berkenaan dengan menjadi sebahagian daripada pakatan lain.

    Yong juga mengakui pernah menemui Penasihat Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebanyak dua kali, masing-masing di Hong Kong dan Kuala Lumpur.

    PROFIL: Datuk Yong Teck Lee


    • Dilahirkan pada 1958.
    • Berkelulusan LLB (Hons) University of London dan Barrister-at-Law dari Lincoln's Inn London.
    • Berkecimpung dalam politik menerusi PBS sejak 1985.
    • Menjadi Adun Likas dari 1985 hingga 2002 dan Ahli Parlimen Gaya dari 1999 hingga 2002.
    • Menubuhkan SAPP pada 21 Januari 1999.
    • Menjadi Ketua Menteri Sabah ke-10 di bawah sistem penggiliran dari Mei 1996 hingga Mei 1998.
    • Hilang kelayakan sebagai Adun Likas dan Ahli Parlimen Gaya sejak September 2002 berikutan kesalahan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana rasuah.
    • Tidak dibenar bertanding pilihan raya selama lima tahun dan terlepas Pilihan Raya Umum 2004.


    KRONOLOGI:

    • 19 Januari 1994 - Datuk Yong Teck Lee meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dan meninggalkan Parti Bersatu Sabah (PBS).
    • 20 Januari 1994 - Yong bersama Datuk Yee Lung Fook dan Datuk Tham Nyip Shen ke Kuala Lumpur untuk mendaftarkan SAPP sebagai parti dengan Yong bertindak selaku Presiden Penaja.
    • 21 Januari 1994 - Pendaftaran SAPP diluluskan Pendaftar Pertubuhan sebagai parti politik baru.
    • 22 Januari 1994 - Yong sah sebagai Presiden SAPP pertama hingga hari ini.
    • Februari 1994 - menyertai Barisan Nasional (BN).
    • 18-19 Februari 1994 - Pertama kali menyertai pilihan raya negeri berikutan pembubaran DUN Sabah pada 10 Januari 1994.
    • 8 Mac 2008 - Memenangi empat kerusi DUN dan dua kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-12. Yong tidak bertanding.
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR
    ChristyGwen

    Female
    Age : 38
    location : KK
    Tag ID: : SFC 2932
    Points : 12030
    Reputation : 0
    Number of posts : 1013

    BERITA HARI INI - Page 4 Empty
    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime19/6/2008, 10:44 am

    UPP rampas diesel di stor haram

    PADANG BESAR: Unit Pencegah Penyeludupan merampas 700 liter diesel yang dipercayai hendak diseludup ke Thailand apabila menyerbu sebuah stor haram di Kampung Melayu dekat sini semalam.

    Komander UPP Perlis, DSP Zakaria Abdul Rahman, berkata seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun ditahan dalam serbuan pada 4.30 petang itu.

    Beliau berkata, diesel yang disimpan di stor itu diperoleh daripada pelbagai sumber termasuk pemandu lori yang diberi kelulusan untuk membeli bahan bakar itu dalam jumlah yang besar.


    UPP turut merampas dua unit mesin penyedut bersama paip getah, tujuh tong dram kosong dan 14 tong plastik kosong.

    “Sekarang penyeludup sudah tukar strategi, dulu ubahsuai tangki kenderaan tapi sekarang simpan di stor haram baru diseludup,” kata Zakaria.
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR
    ChristyGwen

    Female
    Age : 38
    location : KK
    Tag ID: : SFC 2932
    Points : 12030
    Reputation : 0
    Number of posts : 1013

    BERITA HARI INI - Page 4 Empty
    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime20/6/2008, 3:28 pm

    Amaran angin kencang dan laut bergelora

    KUALA LUMPUR: Angin kencang barat daya dengan kelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam akan melanda kawasan Laut China Selatan Tengah dan Sabah bermula Ahad ini hingga Rabu depan.

    Keadaan itu akan menyebabkan laut bergelora dengan ombak mencapai setinggi 3.5 meter yang berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi dan sukan laut, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia di sini hari ini.

    Angin kencang dari arah barat dengan kelajuan dan ketinggian ombak yang sama turut dilaporkan akan berlaku di Perairan Phuket dan Samui, Thailand pada hari berkenaan.


    Sementara itu, ribut petir yang melanda perairan Sabah barat dan Sarawak dijangka berterusan sehingga pagi ini.

    Keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang sehingga 40km sejam dan laut bergelora dengan ombak setinggi 2.5 meter, menurut kenyataan itu
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR
    ChristyGwen

    Female
    Age : 38
    location : KK
    Tag ID: : SFC 2932
    Points : 12030
    Reputation : 0
    Number of posts : 1013

    BERITA HARI INI - Page 4 Empty
    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime20/6/2008, 3:30 pm

    BPR siasat Teck Lee pembabitan rasuah RM5 juta

    KUALA LUMPUR: Badan Pencegah Rasuah (BPR) akan menyiasat Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee kerana disyaki terbabit dengan salah guna kuasa dan rasuah membabitkan nilai RM5 juta.

    Pengarah Siasatan BPR, Datuk Shukri Abdull, berkata arahan sudah dikeluarkan supaya siasatan segera dijalankan berhubung kes yang membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah itu.
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    Fadzliey
    MODERATOR
    Fadzliey

    Male
    Age : 45
    location : Beaufort
    Points : 12580
    Reputation : 0
    Number of posts : 1268

    BERITA HARI INI - Page 4 Empty
    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime20/6/2008, 5:32 pm

    tony84 wrote:
    Badawi, Samy Vellu, Ong Kah Teng & Karpal Singh ada meeting semalam.

    Badawi cakap: "Lembu punya harga sudah naik, kita orang Melayu banyak susah".
    Samy Vellu cakap: "Kambing punya harga sudah naik, kita orang India banyak susah".
    Ong Kah Teng cakap: "Babi punya harga sulah naik, kita olang Cina manyak susah".
    Karpal Singh cakap: "Kalau saya punya naik, lu tiga orang lagi susah".

    Laughing Laughing Laughing
    aiya.. lu punya lawak ah mikin wa punya pelut mcm mo picah wooo geek .. ini ah.. klu lu pergi tu hong kong, mulih jadi plakon ganti tu stephen chow loo What a Face
    Back to top Go down
    kuai
    MODERATOR
    kuai

    Female
    Countries/State : Sabah
    Age : 38
    location : kota kinabalu
    Tag ID: : SFC 03039
    Points : 12000
    Reputation : 0
    Number of posts : 1258

    BERITA HARI INI - Page 4 Empty
    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime23/6/2008, 10:51 am

    adededed...napa la ni dunia skrg ni...apa mau jad ...aduhhh
    Back to top Go down
    darrengt
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR
    darrengt

    Male
    Countries/State : Brunei
    Age : 43
    location : kota kinabalu
    Points : 12209
    Reputation : 0
    Number of posts : 1246

    BERITA HARI INI - Page 4 Empty
    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime26/6/2008, 8:16 am

    ya bah kuai saya ingat mcm2 saja jadi dunia sekarang nie.... Very Happy
    Back to top Go down
    RBN76
    SUPERIOR
    SUPERIOR


    Male
    Age : 46
    location : ANYWHERE AND ANYTIME
    Points : 12113
    Reputation : 0
    Number of posts : 2142

    BERITA HARI INI - Page 4 Empty
    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime26/6/2008, 8:28 am

    inilah ni....orang pentingkan kertas yg kena cetak dengan warna tu yg digelar duit.duniawi dikatakan...bukan boleh bawa mati pun.nanti sudah ada anak cucu cicit,tiada apa yg tinggal.remember,we live in the island yg tidak dpt kita tinggalkan iaitu bumi...so,pandai pandai lah utk keturunan kita.ceh....mcm saya berpolitik pula..hehehe
    Back to top Go down
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR
    ChristyGwen

    Female
    Age : 38
    location : KK
    Tag ID: : SFC 2932
    Points : 12030
    Reputation : 0
    Number of posts : 1013

    BERITA HARI INI - Page 4 Empty
    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime26/6/2008, 4:39 pm

    Rakyat harus tabah, bersatu hati tangani kenaikan harga minyak:PM

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat supaya tabah dan bersatu hati dalam menggembleng tenaga bagi menangani krisis kenaikan harga minyak dan komoditi kerana ia kemelut yang bakal memberi impak negatif bukan hanya dalam tempoh akhir Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

    "Usaha harus difokuskan ke arah mendepani cabaran ini dan melakukan penyesuaian, bukannya membenarkan pemimpin dan kumpulan tertentu menangguk di air keruh dan mengapi-apikan sentimen rakyat dengan janji palsu," kata Perdana Menteri semasa membentangkan Kajian Separuh Penggal RMK-9 di Dewan Rakyat.

    Beliau berkata kenaikan harga minyak sedunia adalah cabaran terbesar yang menghimpit ekonomi negara dalam menempuh tempoh akhir RMK-9.


    “Di kala saya dan pemimpin kerajaan yang lain bermesyuarat setiap minggu bagi mencari cara untuk meringankan beban rakyat, kumpulan tadi (yang menangguk di air keruh) pula memikirkan kaedah untuk mengaburi mata rakyat.

    “Saya percaya rakyat boleh melihat yang mana benar dan yang mana palsu.

    "Saya percaya rakyat bijak menilai langkah yang diambil bagi memelihara kepentingan rakyat dan bagi menjaga kebajikan golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Saya percaya pada suara dan hati budi rakyat,” katanya.

    Abdullah berkata hakikatnya, kenaikan harga minyak adalah satu fenomena global dan antara sebab utama yang membawa kepada kenaikan harga minyak yang melampau pada waktu ini adalah keadaan geopolitik dunia yang tidak menentu.
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR
    ChristyGwen

    Female
    Age : 38
    location : KK
    Tag ID: : SFC 2932
    Points : 12030
    Reputation : 0
    Number of posts : 1013

    BERITA HARI INI - Page 4 Empty
    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime26/6/2008, 4:43 pm

    Lans Koperal akan didakwa kes cabul, rogol remaja di balai polis

    SUBANG: Seorang anggota polis berpangkat Lan Koperal dijangka dituduh di mahkamah dipercayai terbabit dengan kes mencabul dan merogol seorang remaja di sebuah balai polis.

    Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata siasatan kes itu hampir selesai dan akan dserahkan kepada Bukit Aman dan Timbalan Pendawaraya.

    "Walaupun laporan perubatan mamgsa belum siap, tapi kita ada alasan munasabah untuk mencadangkan anggota berkenaan didakwa," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR
    ChristyGwen

    Female
    Age : 38
    location : KK
    Tag ID: : SFC 2932
    Points : 12030
    Reputation : 0
    Number of posts : 1013

    BERITA HARI INI - Page 4 Empty
    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime26/6/2008, 4:51 pm

    Kerajaan harap syarikat cari penggunaan bahan api alternatif

    SHAH ALAM: Kerajaan berharap yang pelbagai syarikat akan mencari jalan atau mengikhtiarkan terhadap penggunaan bahan api alternatif sebagai cara lain bagi pengguna mengurangkan kos bahan api mereka, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sini, hari ini.

    Katanya, kerajaan memperkenalkan pelbagai langkah bagi meringankan beban pengguna dengan memperuntukkan subsidi untuk membiayai sebahagian kos mereka.

    "Antaranya ialah rebat ke atas cukai jalan tahunan bagi kenderaan berkapasiti besar yang sudahpun diagihkan," katanya pada pelancaran kereta Audi A4 1.8T baru di Pusat Audi Glenmarie, di sini.


    Katanya, langkah lain turut dikaji yang akan diumumkan dalam tempoh terdekat dan ia mungkin termasuk insentif untuk kenderaan yang lebih cekap dari segi penggunaan bahan api.

    Bagaimanapun, beliau berkata secara realitinya, kenaikan harga bahan api harus diterima dan setiap warga Malaysia perlu belajar untuk menyesuaikan diri dan meneruskan kehidupan seiring dengannnya.

    Najib berkata: “Mungkin, pilihan atau alternatif terbaik ialah bekerja ke arah gaya hidup yang lebih sihat, teratur dan lebih ekonomi yang boleh membantu mengurangkan penggunaan bahan api di mana mungkin dan pengeluar seperti Audi mempunyai kepakaran dan kemahiran canggih untuk menjana kecekapan bahan api yang lebih tinggi dalam produk terbaru dan akan datangnya.”
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR
    ChristyGwen

    Female
    Age : 38
    location : KK
    Tag ID: : SFC 2932
    Points : 12030
    Reputation : 0
    Number of posts : 1013

    BERITA HARI INI - Page 4 Empty
    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime26/6/2008, 5:00 pm

    Dua terkorban, seorang parah kemalangan di Kedah

    ALOR STAR: Dua wanita maut manakala seorang lagi cedera parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas di Km37, Lebuhraya Utara-Selatan dari Bukit Kayu Hitam menghala ke Alor Star, tengah malam tadi.

    Pegawai Penyiasat Trafik Daerah Kota Star, Inspektor S Tivagaran, berkata mangsa yang maut dikenali Ooi Sze Yee, 20, dari Taman Sultan Abdul Halim di sini dan Ooi Geok Ling, 20, dari Taman Derga Jaya.

    Manakala yang cedera Ong Ai Cheng, 26, dari Taman Tulasan dan dia sedang dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah di sini,” katanya hari ini.


    Beliau berkata, mereka bertiga dalam perjalanan pulang ke Alor Star apabila kereta Toyata Altiz yang mereka naiki terbabas kerana dipercayai dipandu laju.
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR
    ChristyGwen

    Female
    Age : 38
    location : KK
    Tag ID: : SFC 2932
    Points : 12030
    Reputation : 0
    Number of posts : 1013

    BERITA HARI INI - Page 4 Empty
    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime26/6/2008, 5:05 pm

    Kewangan negara semakin terhimpit memaksa kerajaan susun semula subsidi

    KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan terpaksa menyusun semula subsidi minyak dan gas kerana keadaan kewangan negara semakin terhimpit akibat kenaikan drastik harga minyak di pasaran global.

    Perdana Menteri berkata, negara kini berdepan dengan pelbagai cabaran yang cukup genting akibat faktor luaran yang berada di luar kawalan, yang menyebabkan kerajaan perlu berani membuat keputusan serta cekal melakukan perubahan demi kesejahteraan rakyat dan kepentingan negara dalam jangka panjang.

    “Kerajaan amat sedar bahawa langkah tersebut akan meningkatkan beban sara hidup rakyat,” katanya ketika membentangkan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-sembilan (RMK9)(2006-2010).



    Namun, kerajaan terus komited untuk melaksanakan segala yang termampu bagi meringankan beban rakyat dan memelihara kualiti hidup yang baik, kata Abdullah yang juga Menteri Kewangan.

    Harga minyak petrol dan diesel masing-masing dinaikkan sebanyak 78 sen dan RM1 bagi setiap liter awal bulan ini setelah kerajaan menyusun semula subsidi minyak dan gas.

    Ini menjadikan harga baru petrol di pam kepada RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

    “Langkah tersebut dirasakan perlu agar subsidi yang dimaksudkan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memerlukannya.

    “Selain itu, langkah tersebut dapat memberi fleksibiliti kepada kewangan negada dalam berhadapan dengan risiko berlakunya kemelesetan ekonomi sedunia dalam waktu terdekat ini,” katanya.

    Menjelaskan kenaikan harga minyak yang melampau pada waktu ini, Abdullah berkata antara sebab utama ialah keadaan geopolitik dunia yang tidak menentu.

    Harga minyak diniagakan pada paras AS$134 setong di New York hari ini, selepas melonjak ke AS$140 setong beberapa mingu lalu.

    “Serangan ke atas Iraq oleh Amerika Syarikat pada 2003 telah melumpuhkan salah sebuah negara pengeluar minyak utama dunia, dan menimbulkan keadaan kacau bilau di rantau Timur Tengah yang masih belum redam.”

    “Serangan ke atas Afghanistan sebelum itu dan terkini ancaman Israel untuk menyerang Iran turut menyumbang kepada ketegangan geopolitik yang membawa kepada kenaikan harga minyak,” katanya.

    Beliau berkata, permintaan tinggi oleh negara tertentu seperti China dan India, dan keengganan negara OPEC (Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum) menaikkan tahap pengeluaran minyak secara ketara juga penyebab utama kepada kenaikan harga minyak.

    “Keadaan ini diburukkan lagi oleh kegiatan spekulator pasaran minyak di pusat kewangan antarabangsa seperti New York dan London, yang turut menyuntik ketidaktentuan dalam suasana harga minyak yang semakin meruncing,” katanya.

    Menyentuh mengenai peruntukan RMK9, beliau berkata siling keselurahan peruntukan pembangunan akan ditambah kepada RM230 bilion daripada RM200 bilion.

    Tambahan ini bagi menampung kenaikan kos pelaksanaan projek sedia ada ekoran harga bahan binaan serta keutamaan baru seperti pembangunan wilayah koridor dan pengeluaran makanan yang mencukupi untuk negara.
    Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    ChristyGwen
    CONTRIBUTOR
    CONTRIBUTOR
    ChristyGwen

    Female
    Age : 38
    location : KK
    Tag ID: : SFC 2932
    Points : 12030
    Reputation : 0
    Number of posts : 1013

    BERITA HARI INI - Page 4 Empty
    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime26/6/2008, 6:47 pm

    Stesen minyak operasi 18 jam

    KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa 1 Julai ini, stesen minyak di seluruh negara akan beroperasi selama 18 jam mulai 6 pagi hingga 12 tengah malam, kecuali di sepanjang lebuh raya yang masih dibenarkan dibuka 24 jam.

    Ini adalah antara tiga langkah baru yang diumumkan kerajaan semalam bagi mengurangkan beban pengusaha stesen minyak berikutan peningkatan kos operasi.

    Dua lagi langkah ialah:


  • Menaikkan margin komisen jualan petrol kepada 12.19 sen seliter manakala diesel 7 sen seliter mulai semalam, berbanding 9.5 sen dan 4.5 sen sebelum ini.


  • Melaksanakan sepenuhnya Sistem Khidmat Layan Diri (SKLD) di semua stesen minyak berjenama, kecuali stesen mini tanpa jenama di luar bandar mulai 1 Ogos ini.

    Mengumumkan langkah itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, bagaimanapun berkata pengusaha stesen minyak boleh memohon kepada cawangan kementerian di peringkat negeri jika ada keperluan untuk beroperasi 24 jam.


    Dalam kenyataannya, Shahrir menjelaskan penstrukturan semula subsidi bahan api yang diumumkan kerajaan 5 Jun lalu menyebabkan peratusan komisen pengusaha stesen minyak semakin kecil hingga tidak dapat menampung kos operasi.

    "Masalah ini memberi kesan negatif kepada pengusaha stesen minyak dan ia boleh menjejaskan pembekalan petrol dan diesel untuk kegunaan orang ramai.

    "Bagi menangani isu berkaitan, kerajaan memutuskan untuk mengambil tiga langkah berkenaan," katanya yang turut menggariskan tatacara pelaksanaan SKLD.

    Kelmarin, Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Tempatan (PDAM) yang dianggotai 3,500 ahli menghentikan sementara urus niaga menggunakan kad kredit sehingga kerajaan memenuhi tuntutan mereka berhubung kenaikan komisen jualan minyak.

    Presiden PDAM, Mejar (B) Abdul Wahid Bidin, berkata tindakan itu diambil bagi mengurangkan beban pengusaha stesen minyak berikutan peningkatan kos operasi, termasuk caj kad kredit yang dikenakan bank.
  • Back to top Go down
    http://www.abctours.com.my
    Sponsored content




    BERITA HARI INI - Page 4 Empty
    PostSubject: Re: BERITA HARI INI   BERITA HARI INI - Page 4 Icon_minitime

    Back to top Go down
     

    BERITA HARI INI

    View previous topic View next topic Back to top 

     Similar topics

    +
    Page 4 of 11Go to page : Previous  1, 2, 3, 4, 5 ... 9, 10, 11  Next

    Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
    SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
    Jump to: