|
| |
Author | Message |
---|
ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age : 38 location : KK Tag ID: : SFC 2932 Points : 12030 Reputation : 0 Number of posts : 1013
| Subject: BERITA HARI INI 7/6/2008, 4:24 am | |
| First topic message reminder :
Kebajikan rakyat dijaga dalam penstrukturan semula harga bahan api: Shahrir
SHAH ALAM: Penstrukturan semula harga bahan api semalam hanya bagi mengurangkan beban tanggungan subsidi kerajaan dalam mengatasi lonjakan harga minyak dunia, namun kebajikan rakyat berpendapatan rendah tidak diabaikan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.
Beliau berkata beberapa demonstrasi yang diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak itu dibuat kerana ada sesetengah pihak yang mengambil kesempatan di atas keputusan kerajaan itu.
"Soal berdepan dengan kemarahan orang, saya tak dapat apa-apa faedah dan kerajaan tak ada untung pun bila tarik subsidi. "Kita tarik balik subsidi bukan naikkan harga minyak tetapi kita hanya kurangkan perbelanjaan tanggungan kerajaan terhadap subsidi," katanya kepada pemberita selepas program Pemukiman Majlis Tertinggi Umno di sini Jumaat.
Beliau berkata kerajaan membayar balik sebahagian daripada subsidi yang ditarik balik itu menerusi wang tunai sebanyak RM625 kepada pemilik kenderaan persendirian di bawah 2,000cc dan RM150 kepada pemilik motosikal persendirian di bawah 250cc.
"Pokoknya sekarang ialah macam mana kita nak bayar wang ini dengan lebih segera. Rakyat patut fikir ini (bayaran cepat)...yang buat demonstrasi ni tak nak terima ke RM625 ni" katanya. Kerajaan mengumumkan akan membayar rebat yang akan diberi dalam bentuk kiriman wang itu menerusi pejabat pos seluruh negara mulai 1 Julai.
Shahrir berkata kiraan purata yang dibuat ialah wang rebat tunai yang akan diberikan itu ialah bersamaan 66 liter minyak untuk sebulan.
"Jadi kalau anggaran 66 liter penggunaan sebulan bagi kereta ekonomikal dengan perjalanan tak jauh, pastilah perbelanjaannya akan sama sebelum kenaikan ini," katanya.
Berkuatkuasa tengah malam Rabu lepas, harga petrol dan diesel dinaikkan, masing-masing sebanyak 78 sen dan RM1 seliter sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula subsidi bahan api itu, menjadikan harga petrol di pam ialah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter. Ketika ditanya rungutan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tinggi sebayak 78 sen dalam masa yang singkat, beliau berkata ini merupakan kali pertama kerajaan membuat satu sistem terurus di mana subsidi diberi terus kepada rakyat.
"Buat pertama kali ada satu sistem terurus di mana subsidi dipulang balik kepada rakyat. Dulu bila kerajaan tarik subsidi (rakyat) tak dapat apa-apa. Kalau tarik sikit-sikit rakyat tak dapat apa-apa," katanya.
Shahrir berkata sebelum ini kerajaan membayar kepada pemilik syarikat minyak harga subsidi yang ditetapkan dan subsidi itu hanya dinikmati oleh pengguna semasa membeli minyak di stesen minyak.
"Pada masa itu orang kaya yang membeli banyak minyak dan pemilik kenderaan luar negara turut merasai subsidi yang diberikan kerajaan tetapi kini rakyat negara akan mendapat terus rebat tunai daripada kerajaan," katanya.
Beliau berkata cukai jalan pemilik kenderaan juga akan dikurangkan dan purata kenaikan sebuah kenderaan adalah lebih kurang 45 sen sahaja.
Katanya kerajaan kini masih memberikan komitmen subsidi sebanyak 30 sen bagi setiap liter yang dibeli pengguna.
Mengenai syarikat pengangkutan yang dijangka akan mengalami kesan yang teruk akibat kenaikan harga diesel, Shahrir menjelaskan kementerian itu bersedia berjumpa dengan syarikat pengangkutan yang mahukan penambahan kuota subsidi diesel.
Katanya kenaikan diesel tidak sepatutnya mengakibatkan kesan yang teruk kepada syarikat pengangkutan dan kementerian akan memastikan masalah itu tidak berlaku.
"Kalau ada syarikat kata tak cukup kuota, saya akan tentukan mereka dapat sepenuhnya. Ada yang cakap kuota hanya cukup 3 minggu sahaja, kita akan selesaikan masalah itu. Pokoknya kalau semua syarikat pengangkutan tak ada masalah kenaikan diesel, jadi, apa pun tambahan caj yang diminta tidak berkaitan dengan kenaikan harga bahan api," katanya.
Beliau berkata perkhidmatan feri di Pulau Langkawi mengadu tentang perlunya untuk menambah kuota subsidi dan kerajaan akan bantu mereka.
Negara mempunyai jumlah diesel yang mencukupi dan kementerian akan memastikan syarikat pengangkutan ini mendapat kuota subsidi diesel yang sepatutnya, katanya. - Bernama
|
| | |
Author | Message |
---|
Altec90 SUPERIOR
Countries/State : Age : 33 location : Sabah, KK, Penampang Tag ID: : SFC 02424 Points : 12706 Reputation : 3 Number of posts : 1890
| Subject: Re: BERITA HARI INI 26/6/2008, 6:58 pm | |
| OH GUI LA! apacam oh.. malam mau isi pun SUSAH?! |
| | | ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age : 38 location : KK Tag ID: : SFC 2932 Points : 12030 Reputation : 0 Number of posts : 1013
| Subject: Re: BERITA HARI INI 26/6/2008, 10:56 pm | |
| Penyebar SMS stesen minyak tutup kena ISA Perbuatan khianat bertujuan mensabotaj ekonomi negara: KPN
HULU KINTA: Polis memberi amaran akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) terhadap mana-mana pihak individu yang menyebarkan kidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung penutupan stesen minyak di seluruh negara selama tiga hari bermula hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, perbuatan menyebarkan SMS sedemikian adalah perbuatan jahat dan berunsur khianat dengan tujuan untuk mensabotaj ekonomi negara. "Polis akan mengenakan tindakan tegas termasuk ISA jika individu atau mana-mana kumpulan yang bertanggungjawab dan didapati bersalah melakukan perbuatan itu.
"Perbuatan itu bukan setakat mensabotaj ekonomi, tetapi berniat melakukan kekacauan di kalangan masyarakat," katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Ujian Acara Lasak Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) di Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, semalam.
Musa berkata, polis masih menjalankan siasatan untuk mengesan individu atau kumpulan yang terbabit melakukan perbuatan jenayah itu dan meminta kerjasama orang ramai bagi membantu siasatan. Beliau berkata demikian mengulas laporan akhbar berhubung penyebaran SMS di sekitar Kota Kinabalu, Sabah yang mengatakan semua stesen minyak tidak beroperasi selama tiga hari berikutan bantahan penggunaan kad kredit dan kad subsidi ketika pembelian bahan bakar itu.
Musa turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin dan bertindak melulu tanpa mendapatkan maklumat tepat atau mengesahkan kesahihannya.
Sementara itu, Musa menjelaskan penstrukturan semula subsidi minyak tidak menjejaskan operasi pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan negara dan ketenteraman awam.
"Pasukan peronda berjalan seperti biasa dan kita tidak mengehadkan sebarang aktiviti walaupun berdepan dengan kenaikan harga petrol," katanya yang menolak dakwaan berlaku peningkatan indeks jenayah sejak penstrukturan semula subsidi minyak. Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan tidak berlaku sebarang pindaan kepada Seksyen 27 Akta Polis dan ia masih dalam peringkat kajian.
"Tiada berlaku sebarang pindaan dan kita (polis) sudah menyerahkan semua laporan kepada pihak berkenaan untuk dikaji," katanya yang mengulas berhubung pindaan Akta Polis yang pernah dibincangkan di Kabinet sebelum ini.
Seksyen 27 Akta Polis yang memperuntukkan hak rakyat untuk menganjurkan perhimpunan awam. |
| | | ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age : 38 location : KK Tag ID: : SFC 2932 Points : 12030 Reputation : 0 Number of posts : 1013
| Subject: Re: BERITA HARI INI 26/6/2008, 10:59 pm | |
| Restoran mamak tak naikkan harga GEORGETOWN: Restoran mamak dan nasi kandar di seluruh negara tidak akan akan menaikkan harga makanan dan minuman sehingga akhir bulan depan walaupun margin keuntungan mereka semakin mengecil.
Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia, Sihabutheen Sirudu Mohamad, berkata walaupun ahlinya mendesak supaya menaikkan harga berikutan penstrukturan semula subsidi minyak, persatuan memutuskan harga dikekalkan buat sementara.
"Pengusaha restoran nasi kandar mengalami peningkatan kos kesan penstrukturan semula subsidi minyak, tetapi sehingga kini mereka boleh mengekalkan harga lama," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Beliau berkata, berikutan peningkatan kos yang dialami pengusaha restoran nasi kandar, satu mesyuarat khas akan diadakan selewat-lewatnya minggu depan bagi membincangkan masalah itu.
Katanya, mesyuarat itu akan memperhalusi sama ada harga sedia ada masih boleh dikekalkan atau sebaliknya.
"Kami akan mencari pendekatan terbaik bagi mengurangkan kos operasi, sekali gus menyerap kesan penstrukturan semula subsidi minyak atau mungkin menaikkan harga. "Kalau boleh, kami tidak mahu menaikkan harga tetapi jika tiada pilihan, ia terpaksa dilakukan selepas Julai ini," katanya.
Sihabutheen berkata, persatuan menerima banyak rungutan daripada ahli, kebanyakannya dari Pulau Pinang, Kedah dan Perak dengan mendakwa margin keuntungan semakin mengecil.
Katanya, pengusaha restoran memaklumkan walaupun premis mereka masih mendapat sambutan pelanggan tetapi bilangannya semakin berkurangan kerana orang ramai lebih berjimat cermat.
"Wujud juga kebimbangan di kalangan sebahagian pengusaha restoran mengenai kemungkinan pelanggan makin menjauhi restoran nasi kandar jika harga makanan dan minuman dinaikkan," katanya. |
| | | ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age : 38 location : KK Tag ID: : SFC 2932 Points : 12030 Reputation : 0 Number of posts : 1013
| Subject: Re: BERITA HARI INI 26/6/2008, 11:03 pm | |
| 'Subsidi minyak tak perlu pinjaman IMF' KUALA LUMPUR: Kerajaan memutuskan untuk tidak meminjam daripada mana-mana badan kewangan antarabangsa bagi membiayai pemberian subsidi minyak kerana tidak mahu terjerat dengan syarat tidak munasabah, kata Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Beliau menegaskan, langkah itu juga bagi mengelak timbulnya masalah pada masa depan.
"Jika kita meminjam dengan IMF (Tabung Mata Wang Antarabangsa) kita akan tertakluk dengan pelbagai syarat. Itu tidak boleh, ini tidak boleh. Syaratnya adalah seperti kita tidak boleh mengadakan program seperti AIM (Amanah Ikhtiar Malaysia), kena jual aset kepada orang luar dan sebagainya. "Ketika krisis kewangan pada 1997/98 kerajaan tidak meminjam daripada IMF kerana kerajaan tidak sanggup menjual maruah negara apabila terpaksa mengikut syarat IMF seperti itu.
"Justeru, sama seperti sebelum ini (ketika krisis kewangan 1997/98), kita tidak akan meminjam daripada badan itu, tetapi kita akan gunakan penyelesaian cara kita yang terbukti berjaya dan berkesan," katanya ketika berucap pada pelancaran Program Kewangan Mikro Bandar AIM di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan pihak tertentu yang mempersoalkan kenapa kerajaan tidak meminjam daripada badan antarabangsa bagi menampung peningkatan perbelanjaan subsidi minyak susulan kenaikan harga minyak mentah dunia. Nor Mohamed menegaskan, kerajaan juga memutuskan tidak meminjam daripada badan kewangan antarabangsa kerana jika berlakunya kemungkinan pinjaman itu gagal dibayar balik mengikut tempoh tertentu, ia akan menjejaskan tahap penarafan negara.
Katanya, ini akan turut menjejaskan sektor swasta kerana syarikat negara ini akan berdepan kesukaran untuk meminjam di pasaran antarabangsa.
Mengenai mengapa kerajaan tidak menggunakan semua pendapatan Petronas untuk subsidi minyak, beliau berkata, ia bagi memastikan syarikat minyak negara itu terus mempunyai simpanan untuk dilaburkan semula untuk membolehkannya terus menyumbang kepada pendapatan negara bagi tempoh lebih lama.
"Kita tentunya tidak mahu Petronas pencen (berhenti menyumbang kepada pendapatan kerajaan) 20 tahun lebih awal daripada sepatutnya. Petronas juga bekerja, jika sumbernya habis cepat bermakna dia sudah pencen dan tidak boleh lagi berbakti kepada kita semua dan negara ini," katanya. Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican sebelum ini menjelaskan bahawa Petronas perlu mempunyai simpanan pendapatan yang memadai bagi digunakan untuk tujuan pelaburan bagi kerja cari geli minyak.
Usaha mencari telaga minyak baru itu, katanya, adalah untuk menambah simpanan minyak negara bagi tujuan kegunaan pada masa depan.
Nor Mohamed turut menjelaskan mengapa kerajaan dalam penstrukturan semula subsidi minyaknya, tidak dapat mengelakkan perubahan kos, tetapi pada masa sama, memberikan semula rebat berjumlah RM625.
Jelasnya, pemberian rebat itu bertujuan memastikan golongan berpendapatan rendah yang menggunakan kereta dengan penggunaan minyak lebih kecil mendapat manfaat lebih besar daripada subsidi kerajaan berbanding pemilik kereta lebih mahal dan besar.
"Dengan penstrukturan semula subsidi petrol sebanyak 30 peratus yang dikenakan kepada semua orang, pastinya pemilik Kancil yang menggunakan minyak lebih sedikit akan kurang berasakan beban kerana akan menikmati habuan lebih besar daripada rebat itu," katanya.
|
| | | ProjectD ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 36 location : Kk-Keningau-Beaufort-Kuching Tag ID: : SFC02081 Points : 14354 Reputation : 10 Number of posts : 6723
| Subject: Re: BERITA HARI INI 27/6/2008, 7:46 am | |
| |
| | | ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age : 38 location : KK Tag ID: : SFC 2932 Points : 12030 Reputation : 0 Number of posts : 1013
| Subject: SAHAM DUNIA JATUH 28/6/2008, 9:41 am | |
| TAK BERDAYA: Seorang pelabur terduduk melihat kejatuhan pasaran saham di Taiwan, semalam.
Harga minyak mentah melepasi paras AS$141 setong
KUALA LUMPUR: Harga minyak mentah melonjak melepasi paras AS$141 setong semalam menyebabkan pasaran saham utama dunia menjunam susulan kebimbangan mengenai meningkatnya tekanan inflasi berikutan kenaikan kos perniagaan dan sara hidup.
Kontrak hadapan minyak mentah bermutu tinggi 'Light, Sweet' bagi penghantaran Ogos merekod paras tertinggi baru AS$$142.26 setong, naik AS$7.71 atau 5.7 peratus dalam urus niaga tengah hari di London, semalam.
Kira-kira 18 jam sebelum itu, harganya buat pertama kali mencecah paras melebihi AS$140 setong di Amerika Syarikat (AS) menyebabkan tercetusnya aktiviti jualan besar-besaran di pasaran saham negara berkenaan dan mengheret indeks penanda aras utamanya, Indeks Perusahaan Dow Jones menjunam 358.41 mata atau 3.03 peratus pada penutup dagangannya kepada 11,453.42 mata. Keadaan itu mempengaruhi prestasi pasaran saham utama Asia yang menyaksikan indeks utama masing-masing turut merudum.
Mendahului kejatuhan terbesar ialah pasaran China dengan Indeks Komposit Shanghai menjunam 5.29 peratus kepada 2,748.43 mata, diikuti BSE Sensex, Mumbai (4.3 peratus); TSEC, Taiwan (3.37 peratus); Nikkei 225, Tokyo (2.01 peratus); Indeks Komposit Seoul (1.93 peratus); Hang Seng, Hong Kong (1.84 peratus); Straits Times Singapura (0.84 peratus) dan Indeks Komposit Jakarta (0.80 peratus).
Pasaran saham tempatan turut menerima tempias sentimen negatif pasaran global itu dengan penanda arasnya, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) kembali susut ke bawah paras 1,200 mata apabila ia jatuh 13.35 mata atau 1.11 peratus untuk ditutup pada 1,190.54 mata semalam, berbanding penutup kelmarin 1,203.89 mata. Sementara itu, pasaran saham Eropah yang sebahagian besarnya ditutup kukuh kelmarin juga mengalami penurunan sebaik dibuka semalam didahului Indeks Am Stockholm (1.66 peratus), diikuti Indeks Pasaran Swiss (1.48 peratus); OSE, Oslo (1.03 peratus); CAC 40, Paris (0.93 peratus); ATX, Vienna (0.74 peratus) dan DAX, Jerman (0.71 peratus). Bagaimanapun Indeks FSTE 100, London naik 0.6 peratus.
Mengulas perkembangan terbaru itu, Pakar Kewangan Institut Perbankan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Ahamed Kameel Meera, berkata kejatuhan berterusan nilai dolar AS adalah punca utama kenaikan harga minyak mentah dan komoditi utama lain termasuk bahan makanan.
"Sebahagian besar pelaburan dan aktiviti perdagangan global dibuat dalam dolar AS dan ekonomi AS yang kini mengalami kegawatan berterusan, menyebabkan nilai mata wang itu terus susut berbanding mata wang utama lain khususnya euro.
"Krisis dolar AS yang mencetus tekanan inflasi menyebabkan pelaburan dalam instrumen pelaburan seperti ekuiti, derivatif, opsyen dan bon, menjadi kurang menarik. Justeru mereka beralih untuk membeli kontrak komodoti yang dianggap lebih selamat berbanding yang lain," katanya. Ahamed Kameel berkata, peralihan pelaburan oleh pengurus dana lindung nilai antarabangsa ke dalam komoditi menyebabkan harga minyak mentah dan bahan makanan global melambung tinggi, sekali gus mencetuskan krisis bahan api dan makanan global di sebilangan negara.
"Walaupun wujud peningkatan permintaan, krisis bahan api dan makanan semasa bukan disebabkan kekurangan bekalan tetapi disebabkan oleh kelemahan AS dalam menguruskan ekonominya hingga mengheret masyarakat antarabangsa ke kancah inflasi.
"Terbaru, susulan tekanan inflasi Bank Pusat Eropah dijangka menaikkan kadar faedahnya dalam mesyuaratnya minggu depan, sekali gus mencetuskan kejatuhan dolar AS apabila pelabur dana spekulatif global berebut membeli kontrak komoditi termasuk minyak mentah bagi melindung nilai pelaburan mereka, sedangkan mereka bukan pembeli sebenar bahan api itu," katanya.
Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Bhd, Alsetdek Al Haj Ali pula berkata, lonjakan harga minyak mentah semalam juga disebabkan pertambahan mendadak pesanan setelah Presiden Opec, Chakib Khelil dalam satu temubual oleh stesen televisyen Perancis kelmarin, menjangka harga bahan api itu meningkat sehingga ke paras antara AS$150 hingga AS$170 setong dalam jangka terdekat ini.
"Kenyataan Presiden Opec itu dibuat berdasarkan jangkaan kelemahan berterusan dolar AS berbanding mata wang utama lain bergantung kepada polisi Bank Pusat Eropah terhadap mata wang euro serta sama ada Barat akan memberi tekanan kepada pengeluar minyak Iran berhubung krisis nuklear negara itu.
"Tekanan berterusan AS ke atas negara pengeluar minyak utama seperti Iran, Libya, Iraq dan Venezuela akan mewujudkan ketegangan politik yang berterusan, sekali gus membawa kepada gangguan bekalan minyak global," katanya.
|
| | | darrengt CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 43 location : kota kinabalu Points : 12209 Reputation : 0 Number of posts : 1246
| Subject: Re: BERITA HARI INI 28/6/2008, 12:44 pm | |
| kesian lah ni beliau sampai terduduk lah pulak 2 sian2 |
| | | Yakuza MODERATOR
Countries/State : Age : 39 location : penampang,beringgis,papar Points : 12608 Reputation : 3 Number of posts : 1457
| Subject: Re: BERITA HARI INI 30/6/2008, 2:25 pm | |
| apa leh buat kalau naik.... |
| | | ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age : 38 location : KK Tag ID: : SFC 2932 Points : 12030 Reputation : 0 Number of posts : 1013
| Subject: Lelaki ditahan langgar dan pecah cermin kereta pegawai polis 30/6/2008, 5:08 pm | |
| KUANTAN: Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan selepas melanggar dan memecahkan cermin kereta milik seorang pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut, semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, ACP T Narenasagaran berkata lelaki dari Taman Inderapura, Jerantut itu dikatakan memasuki IPD berkenaan dengan memandu sebuah jip pada jam 11.15 pagi.
Beliau berkata, dalam kejadian itu suspek terus melanggar kereta milik pegawai polis yang diletakkan di kawasan IPD terbabit sebelum keluar dari jip dan bertindak memecahkan cermin kereta berkenaan dengan menggunakan besi pencungkil buah kelapa sawit. “Berikutan insiden itu polis yang berada di dalam bangunan IPD berkenaan terus menahan suspek dan hasil siasatan yang dijalankan mendapati dia berada di bawah pengaruh dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya, polis sedang menyiasat motif kejadian berkenaan dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Pada hari yang sama, Narenasagaran berkata seorang lelaki berusia 29 tahun yang dipercayai bookie pertaruhan bola sepak Euro 2008 ditahan dalam satu serbuan di Lorong Sri Kuantan di sini. Katanya, lelaki yang bekerja sebagai pembantu kedai itu dipercayai melakukan aktiviti haram itu sejak bermulanya Euro 2008 awal bulan ini.
“Dalam serbuan itu kita menemui sebuah komputer riba, pencetak, tetikus dan beg hitam serta kertas putih berkotak yang dipercayai digunakan dalam aktiviti haram itu,” katanya.
Suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 6 (3)(a) Akta Pertaruhan 1953.
Dalam tangkapan berasingan, Narenasagaran berkata tujuh lelaki berusia antara 36 dan 65 tahun ditahan di sebuah ladang kelapa sawit di Jabor selepas dipercayai terbabit dengan kegiatan perjudian. Katanya dalam serbuan pada jam 1.10 tengah hari semalam, pihaknya merampas peralatan berjudi seperti daun terup dan wang tunai RM93. |
| | | darrengt CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 43 location : kota kinabalu Points : 12209 Reputation : 0 Number of posts : 1246
| Subject: Re: BERITA HARI INI 1/7/2008, 8:33 am | |
| sape lah berani kacau keta polis nie ....jahat juga org nie....nah kena tangkap baru tahu dan padan muka.... |
| | | ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age : 38 location : KK Tag ID: : SFC 2932 Points : 12030 Reputation : 0 Number of posts : 1013
| Subject: Polis siasat laporan dakwaan Anwar meliwat 2/7/2008, 10:48 am | |
| KENA SIASAT: Anwar keluar dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Shah Alam selepas membuat laporan polis, semalam.
KUALA LUMPUR: Polis semalam mengesahkan siasatan terhadap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, dibuat atas dakwaan meliwat mengikut Kanun Keseksaan.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata siasatan terperinci sedang dijalankan mengikut kanun itu sebelum menentukan tindakan seterusnya.
"Ya, kita siasat atas kes liwat seperti apa yang didakwa dalam laporan (oleh pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan)," katanya. Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara tepat sama ada siasatan itu dibuat mengikut Seksyen 377A atau 377C kanun berkenaan.
Seksyen 377A merujuk perbuatan melakukan persetubuhan luar tabii yang jika sabit kesalahannya boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Seksyen 377C pula merujuk perbuatan melakukan persetubuhan luar tabii ke atas orang lain tanpa kerelaan orang berkenaan atau meletakkan orang lain dalam ketakutan berhubung kematian orang terbabit atau orang lain. Kesalahan itu boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun dan sebatan. Mohd Saiful, 23, dalam laporan dibuat di Pondok Polis Hospital Kuala Lumpur (HKL) Sabtu lalu, mendakwa Anwar meliwatnya di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih di sini, Khamis lalu.
Berikutan itu, Mohd Saiful dimasukkan ke hospital itu tengah malam Sabtu lalu dan menjalani pemeriksaan sehingga tengah hari keesokannya.
Ismail yang ditanya mengenai hasil laporan pemeriksaan HKL yang dikatakan sudah diserahkan kepada polis, berkata: "Kita siasat, kita perlukan masa lagi untuk berbuat demikian."
Sementara itu, sumber memberitahu, beberapa siri pemeriksaan yang dilakukan pihak HKL mengesahkan Mohd Saiful diliwat. Difahamkan, Mohd Saiful mengadu mengalami masalah membuang air besar sewaktu dibawa ke bahagian rawatan luar HKL dan apabila disoal doktor dia mengaku diliwat.
Kelmarin, Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang disertai anggota Unit Komputer, turut membuat pemeriksaan di kondominium berkenaan untuk mengumpul bahan bukti berkaitan dakwaan itu.
Unit itu serta Siasatan Tempat Kejadian (CSI) dilihat memasuki kondominium berkenaan pada jam 12.15 tengah hari sebelum keluar jam 5.15 petang. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan apakah bahan bukti yang diambil dari kondominium itu. |
| | | Fadzliey MODERATOR
Age : 45 location : Beaufort Points : 12580 Reputation : 0 Number of posts : 1268
| Subject: Re: BERITA HARI INI 2/7/2008, 1:01 pm | |
| yang aku heran psl Anwar ni.. dr thn 98 g, tiada lain kes dia orng mo sabit.. mesti main blakang kes dia? .. carilah kes lumba haram ka, sabung ayam ka.. ni asyik² main bontot.. ishhh Jgn main blakang.... |
| | | Ujang87 MODERATOR
Countries/State : Age : 37 location : all rounder,sabah Points : 12068 Reputation : 3 Number of posts : 1899
| Subject: Re: BERITA HARI INI 2/7/2008, 1:05 pm | |
| Adei..boring sdh dgr ceta anuar ni..knapa kes ni xpandai habis..??cuba renungkan..? |
| | | codeng SUPERIOR
Age : 40 Points : 12393 Reputation : 0 Number of posts : 2370
| Subject: Re: BERITA HARI INI 2/7/2008, 5:18 pm | |
| hahahahaha,lucu suda nie..... |
| | | ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age : 38 location : KK Tag ID: : SFC 2932 Points : 12030 Reputation : 0 Number of posts : 1013
| Subject: 528 ditangkap kerana perdagangan seks di Britain 3/7/2008, 12:30 am | |
| LONDON: Kerajaan British berkata polis sudah menahan 528 suspek yang terbabit dalam perdagangan seks, sepanjang operasi sebulan.
Daripada jumlah itu, 167 mangsa disahkan terbabit dalam jenayah perdagangan seks berkenaan dengan mangsa paling muda adalah budak perempuan berusia 14 tahun.
"Kebanyakan mangsa dari China, Asia Tenggara dan Eropah Timur," kata jurucakap pejabat Hal Ehwal Dalam Negeri. |
| | | ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age : 38 location : KK Tag ID: : SFC 2932 Points : 12030 Reputation : 0 Number of posts : 1013
| Subject: Kastam catat pungutan tertinggi RM13.7 bilion bagi 6 bulan 3/7/2008, 12:35 am | |
| KUALA LUMPUR: Kastam mencatatkan pungutan cukai dan duti tertinggi bagi setengah tahun pertama tahun ini iaitu sebanyak RM13.7 bilion berbanding RM11.3 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.
Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Abdul Rahman Abdul Hamid, berkata peningkatan hasil pungutan itu adalah ekoran penambahbaikan sistem pungutan cukai dan duti agensi itu.
"Pencapaian itu juga dijangka akan dapat memperbaiki lagi persepsi masyarakat terhadap jabatan itu," katanya kepada pemberita selepas menandatangani perjanjian persefahaman dengan Badan Pencegah Rasuah (BPR) mengenai pembangunan modal insan dan sistem kerja yang berwibawa.
Abdul Rahman menandatangani perjanjian itu bagi pihak kastam manakala BPR diwakili Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.
Jawatankuasa integriti kedua-dua pihak itu akan menyelia pelaksanaan perjanjian persefahaman berkenaan. |
| | | Altec90 SUPERIOR
Countries/State : Age : 33 location : Sabah, KK, Penampang Tag ID: : SFC 02424 Points : 12706 Reputation : 3 Number of posts : 1890
| Subject: Re: BERITA HARI INI 3/7/2008, 12:39 am | |
| Bila PULA si CG jadi reporter ni~ mantap juga.. yuhuu~ |
| | | ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age : 38 location : KK Tag ID: : SFC 2932 Points : 12030 Reputation : 0 Number of posts : 1013
| Subject: RM50 juta diperuntukkan untuk pinjaman perumahan 3/7/2008, 12:40 am | |
| KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM50 juta bagi membantu rakyat khususnya penduduk setinggan yang sukar mendapat pinjaman bank untuk membeli rumah.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Chuan, berkata peruntukan khas itu adalah bantuan daripada Kementerian Kewangan yang disalurkan kepada Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Islam untuk mendapatkan pinjaman di bank itu. “Jadi, kepada mereka yang tidak mampu, boleh mendapatkan bantuan daripada kedua-dua bank ini walaupun mereka tidak ada bukti pendapatan,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan Dr Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) yang membangkitkan persoalan ketidakmampuan penduduk setinggan atau estet untuk membuat ansuran dengan bank.
Selain itu, Ong berkata kementerian bertanggungjawab merancang dan melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk menyediakan rumah bagi mereka yang kurang mampu, termasuk golongan setinggan yang layak diberi pertimbangan. Katanya, sehingga 31 Mac lalu, sebanyak 30,072 keluarga setinggan telah dipindahkan dan ditempatkan di rumah PPR yang disewakan pada kadar RM124 sebulan bagi setiap unit.
Beliau berkata, menerusi kaedah itu tidak timbul masalah rumah disita atau dilelong disebabkan ketidakmampuan untuk membayar balik pinjaman kepada pihak bank. |
| | | Altec90 SUPERIOR
Countries/State : Age : 33 location : Sabah, KK, Penampang Tag ID: : SFC 02424 Points : 12706 Reputation : 3 Number of posts : 1890
| Subject: Re: BERITA HARI INI 3/7/2008, 12:43 am | |
| Kasian.. Sebab menteri menteri yang tidak bertanggung jawab.. musnah hidup orang sekarang, standart seorang manusia telah turun macam dari Orang kaya => Orang Golongan Berupaya, Daripada Golongan BErupaya = Golongan Miskin => Golongan Lagi Miskin = > LAGI MISKIN!? OMG laa.. apacam menteri sekarang, before cakap korang punya itu manifiesto best best, sudah 5 tahun sampai sekarang belum jadi.. yuhuu~ cakap besar, tak buat sajak. KALAU RBN kena jadi PM, kota vote dia oh~ hahaha! |
| | | ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age : 38 location : KK Tag ID: : SFC 2932 Points : 12030 Reputation : 0 Number of posts : 1013
| Subject: Negara luar tak perlu campur tangan urusan Malaysia 3/7/2008, 12:44 am | |
| KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub, muncul antara pemimpin pembangkang yang awal menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya Washington tidak perlu mencampuri urusan hal ehwal Malaysia termasuk siasatan terhadap dakwaan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata sebagai Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia, beliau tetap bersikap konsisten dan dalam isu ini sewajarnya negara luar tidak perlu campur tangan dan cuba untuk mengajar negara ini.
“Biarlah kita di Malaysia yang menyelesaikannya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata mereka (orang luar) tidak perlu campur tangan, dan biarlah rakyat Malaysia sendiri berjuang untuk keadilan jika berlaku ketidakadilan.
Semalam, jurucakap Jabatan Negara Amerika syarikat Tom Casey berkata negara kuasa dunia itu menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Anwar yang bermotifkan politik.
Pengerusi DAP, Karpal Singh pula berkata kenyataan Jabatan Negara AS itu sekadar untuk menunjukkan keprihatinan terhadap keselamatan Anwar, selepas apa yang berlaku terhadap kes liwat Anwar pada 1998 yang akhirnya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan atas alasan ia bermotifkan politik dan konspirasi. “Kerajaan jangan lupa bahawa kita sedang diperhatikan oleh negara lain. Kita bukannya terpencil. Banyak negara lain yang sedang memerhatikan kita,” katanya.
Karpal berkata kenyataan Tom Casey itu tidak wajar dilihat sebagai cubaan untuk campurtangan dalam hal ehwal negara lain tetapi sekadar mengulas apa yang berlaku di negara lain. |
| | | ChristyGwen CONTRIBUTOR
Age : 38 location : KK Tag ID: : SFC 2932 Points : 12030 Reputation : 0 Number of posts : 1013
| Subject: Kerajaan putuskan gaji dua kali sebulan tidak diteruskan 3/7/2008, 12:46 am | |
| PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan tidak akan meneruskan pembayaran gaji dua kali sebulan kepada kakitangan awam.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, hari ini berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan peka terhadap kehendak penjawat awam yang sebahagian besar menolak cadangan itu.
Katanya, keputusan itu juga mengambil kira desakan majlis tertinggi Ceupacs yang menolak sepenuhnya cadangan itu. Sebelum ini, kerajaan berhasrat melaksanakan bayaran gaji ansuran dua kali kepada kakitangan awam yang bertujuan meringankan beban mereka berikutan kenaikan harga bahan api. |
| | | Altec90 SUPERIOR
Countries/State : Age : 33 location : Sabah, KK, Penampang Tag ID: : SFC 02424 Points : 12706 Reputation : 3 Number of posts : 1890
| Subject: Re: BERITA HARI INI 3/7/2008, 12:51 am | |
| - ChristyGwen wrote:
- KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub, muncul antara pemimpin pembangkang yang awal menyokong kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya Washington tidak perlu mencampuri urusan hal ehwal Malaysia termasuk siasatan terhadap dakwaan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata sebagai Ahli Parlimen dan rakyat Malaysia, beliau tetap bersikap konsisten dan dalam isu ini sewajarnya negara luar tidak perlu campur tangan dan cuba untuk mengajar negara ini.
“Biarlah kita di Malaysia yang menyelesaikannya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata mereka (orang luar) tidak perlu campur tangan, dan biarlah rakyat Malaysia sendiri berjuang untuk keadilan jika berlaku ketidakadilan.
Semalam, jurucakap Jabatan Negara Amerika syarikat Tom Casey berkata negara kuasa dunia itu menentang siasatan atau pendakwaan ke atas Anwar yang bermotifkan politik.
Pengerusi DAP, Karpal Singh pula berkata kenyataan Jabatan Negara AS itu sekadar untuk menunjukkan keprihatinan terhadap keselamatan Anwar, selepas apa yang berlaku terhadap kes liwat Anwar pada 1998 yang akhirnya dibatalkan oleh Mahkamah Persekutuan atas alasan ia bermotifkan politik dan konspirasi. “Kerajaan jangan lupa bahawa kita sedang diperhatikan oleh negara lain. Kita bukannya terpencil. Banyak negara lain yang sedang memerhatikan kita,” katanya.
Karpal berkata kenyataan Tom Casey itu tidak wajar dilihat sebagai cubaan untuk campurtangan dalam hal ehwal negara lain tetapi sekadar mengulas apa yang berlaku di negara lain. Orang yang tak menerima pandangan orang lain akan never success, adui.. bodoh juga menteri sekarang, temberang summore. Pada masa pimpingan PM Dr Sri Mahathir tak pula kecoh.. AKu nak si MAHATHIR ni naik balik.. T___T! |
| | | Altec90 SUPERIOR
Countries/State : Age : 33 location : Sabah, KK, Penampang Tag ID: : SFC 02424 Points : 12706 Reputation : 3 Number of posts : 1890
| Subject: Re: BERITA HARI INI 3/7/2008, 12:53 am | |
| - ChristyGwen wrote:
- PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan tidak akan meneruskan pembayaran gaji dua kali sebulan kepada kakitangan awam.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan, hari ini berkata, keputusan itu dibuat kerana kerajaan peka terhadap kehendak penjawat awam yang sebahagian besar menolak cadangan itu.
Katanya, keputusan itu juga mengambil kira desakan majlis tertinggi Ceupacs yang menolak sepenuhnya cadangan itu.
Sebelum ini, kerajaan berhasrat melaksanakan bayaran gaji ansuran dua kali kepada kakitangan awam yang bertujuan meringankan beban mereka berikutan kenaikan harga bahan api. Indah lama Keluar berita tentang Petunjuk Perasan keluar lagi, GAJI cancel x2.. adutui.. |
| | | anip MODERATOR
Age : 39 location : kk bah.... Points : 12086 Reputation : 0 Number of posts : 967
| Subject: Re: BERITA HARI INI 3/7/2008, 7:52 am | |
| kucar kacir ba kepimpinan paklah nie geram sa....dia ingaat mau kumpul hartanya saja ka dgn menantunya tu...................huh manusia apa la dia tu.........minta2 tuhan bagi balasan yg setimpal utk nya........buat rakyat sakit.....dan tersiksa........... |
| | | darrengt CONTRIBUTOR
Countries/State : Age : 43 location : kota kinabalu Points : 12209 Reputation : 0 Number of posts : 1246
| Subject: Re: BERITA HARI INI 3/7/2008, 8:03 am | |
| ingat jadi lah gaji 2 kali sebulan cehhhhh..... |
| | | Sponsored content
| Subject: Re: BERITA HARI INI | |
| |
| | | |
Similar topics | |
|
Similar topics | |
| |
Page 5 of 11 | Go to page : 1, 2, 3, 4, 5, 6 ... 9, 10, 11 | |
| Permissions in this forum: | You cannot reply to topics in this forum
| |
| |
| Main view | Â Â Apa Yang Anda Mahu?
  Mahu Bincang Tentang?
  Aktiviti Kelab Sioloon?
  Mencari Yang Menarik?
|
|