SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kaca mata bukan sekadar gaya Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kaca mata bukan sekadar gaya Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kaca mata bukan sekadar gaya

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12409
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Kaca mata bukan sekadar gaya Empty
PostSubject: Kaca mata bukan sekadar gaya   Kaca mata bukan sekadar gaya Icon_minitime26/2/2008, 3:44 pm

Kaca mata bukan sekadar gaya

Oleh MERAN ABU BAKAR


KACA mata kini bukan sekadar aksesori menambah gaya, malah ia menjadi satu keperluan khususnya pada mereka yang mempunyai masalah penglihatan seperti rabun jauh atau rabun dekat.
Bagi yang tiada mempunyai kedua-dua masalah tersebut, mereka juga masih memerlukan kaca mata berkanta gelap bagi mengelak silau matahari tatkala berjalan di tengah panas, memandu, berjemur di tepi pantai dan sebagainya.
Ada kalanya kaca mata gelap menjadi ‘penyelamat’ dalam situasi-situasi mendesak seperti ketika sakit mata, melindungi mata bengkak kerana menangis dan sebagainya.
Apa pun tujuan kegunaannya, pemakaian kaca mata sebenarnya mampu menyerlahkan lagi penampilan.
Jadi, tidak hairanlah ada yang sanggup berbelanja ribuan ringgit bagi mendapatkan kaca mata yang diidamkan.
Banyak jenama kaca mata gelap terkenal bukan lagi hanya hitam dan coklat gelap, malah terdapat banyak warna lain seperti merah, biru, hijau, jingga dan ungu.
Kaca mata berjenama terkenal amat mementingkan kualiti. Walaupun bukan hitam dan coklat gelap, piawaian antarabangsa bagi tahap penapisan sinaran ultra ungu (UV) tetap dipatuhi.
Penggunaan kaca mata hitam amat disyorkan kepada mereka yang sering berada di bawah cahaya matahari terik bagi melindungi kornea dan retina mata daripada mengalami kerosakan.
Justeru itu, elakkan daripada membeli kaca mata gelap berjenama tiruan yang tidak mempunyai perlindungan daripada sinar UV.
Jangan membeli kaca mata hitam hanya kerana rekaan yang menarik. Pastikan perlindungan diberikan pada tahap maksimum agar pelanggan dan penjual mendapat situasi ‘menang menang.’
Tip menjaga kaca mata
- Gunakan bekas kaca mata dengan saiz yang sesuai, iaitu dari segi panjang, tinggi dan lebar. Bekas yang terlalu kecil akan merosakkan lensa dan bingkai. Sentiasa bungkus kaca mata dengan kain pembersih lensa sebelum memasukkan kaca mata ke dalam bekas agar lensa sentiasa dalam keadaan baik.
- Bingkai, lensa, pad hidung dan benang nilon mungkin akan nampak sedikit buruk kerana sering digunakan. Dapatkan pemeriksaan pakar optikal sekurang-kurangnya sekali setahun untuk memeriksa kaca mata anda bagi menentukan bahagian mana yang perlu diganti.
- Kaca mata tidak berbingkai lebih mudah patah berbanding kaca mata berbingkai keluli. Jangan cuba memperbaiki kaca mata anda bagi mengelakkan kerosakan pada lensa atau bingkai.
- Jangan sesekali mengubah bentuk, memperbaiki atau mengubah suai kaca mata anda. Ini akan merosakkan bingkai. Bingkai kaca mata yang tersalah kedudukan akan menyakitkan hidung dan telinga atau bingkai tiba-tiba terjatuh. Lensa juga mungkin akan jatuh daripada bingkai.
- Jangan mengelap kaca mata semasa kering. Biasakan mencelup lensa ke dalam air bagi menghilangkan debu yang boleh menyebabkan lensa bercalar. Basuh bingkai dan lensa sekerap mungkin dengan sabun lembut dan air suam bagi menghilangkan minyak dan kotoran.
- Jangan cuba membuka kaca mata anda dengan menggunakan sebelah tangan. Ini mungkin akan menyebabkan kaca mata menjadi longgar atau patah. Selalu gunakan kedua-dua tangan bagi mengelakkan kerosakan pada bingkai dan lensa.
- Pegang kaca mata dengan cermat semasa membersihkan lensa dengan memegang bingkainya. Gunakan tisu lensa atau kain yang sesuai agar lensa tidak rosak.
- Jangan meletak kaca mata atas permukaan yang kasar kerana lensa mungkin akan tergesel atas permukaan dan menyebabkan ia tercalar.
- Jangan biarkan kaca mata di dalam kereta dan terdedah pada cahaya matahari.
- Jangan pakai kaca mata semasa di dalam sauna atau mandi wap.
- Elakkan daripada udara panas seperti dekat dengan air panas yang sedang menggelegak.

Kaca mata bukan sekadar gaya Sun-glasses

Focus Point 19 tahun di Malaysia
Focus Point, pusat optikal sehenti terbesar di Asia Tenggara mula beroperasi di Muar, Johor pada tahun 1989 oleh dua beradik, Datuk Liaw Choon Liang yang kini Pengarah Urusan Kumpulan Focus Point dan CK Liaw sebagai Pengerusinya.
Tempoh 19 tahun memulakan perniagaan optikal di Malaysia, Focus Point baru-baru ini melancarkan kedai optiknya yang ke-100 di Pavilion, Kuala Lumpur.
Ketika ditemui pada majlis tersebut, Choon Liang berkata, Focus Point berbangga kerana rangkaian kedainya kini berada di seluruh Malaysia.
“Pada bulan depan, kami akan membuka cawangan pertama pula di Sabah dan Sarawak, iaitu di 1 Borneo Shopping Mall, Kota Kinabalu,’’ katanya.
Tambah beliau, apa yang membezakan cawangan di Pavilion dengan yang lain ialah ciri konsep terbuka iaitu yang yang pertama bagi rangkaian kedai Focus Point.
“Kedai ini memperkenalkan konsep terbaru yang lebih mesra pelanggan serta mempunyai ciri-ciri kontemporari di mana pelanggan boleh terus menghampiri kedai dan menyentuh kaca mata yang mereka sukai,” katanya.
Choon Liang berkata, pelanggan boleh memilih pelbagai jenama kaca mata antarabangsa seperti Hush Puppies, Converse, Jaguar, Davidoff, Gucci, Christian, Dolce & Gabbana dan banyak lagi.
Ini kerana Focus Point merupakan pengedar unggul bagi kebanyakan jenama kaca mata eksklusif dan terkenal di dunia.
“Orang Malaysia gemarkan jenama kaca mata antarabangsa kerana ia mempamerkan gaya eksklusif seseorang individu.
“Bagi memudahkan pelanggan memiliki kaca mata tersebut, kami menyediakan cara pembayaran mudah melalui kad kredit yang diterima oleh 13 buah bank di Malaysia.
“Sebelum ini mungkin hanya barang kemas dan barangan elektrik yang boleh dibeli dengan menggunakan kad kredit tetapi kini kami memberi peluang kepada pelanggan memiliki sesuatu yang mereka idamkan,’’ jelasnya.
Ujar beliau, pelanggan boleh memilih cara bayaran bagi tempoh enam bulan hingga 12 bulan tanpa faedah dengan pembelian minimum sebanyak RM500.
Katanya, cara pembayaran ansuran mudah ini sudah dimulakan sejak dua tahun lalu dan sambutan yang diterima memang di luar jangkaan.
“Kami faham ramai yang ingin memakai kaca mata berjenama antarabangsa dan terkenal tetapi kurang berkemampuan kerana banyak lagi komitmen lain yang lebih mustahak.
“Dengan cara ini, kami harap lebih ramai lagi rakyat Malaysia yang boleh memiliki sekurang-kurangnya satu kaca mata berjenama,’’ tambahnya.
Choon Liang menjelaskan, walaupun harga kaca mata berjenama mahal namun tidak dinafikan ia tahan lama, rekaan eksklusif dan mereka yang memakainya pun pasti berbangga.
Beliau berkata, pada tahun ini, trend kaca mata bersaiz terlebih besar menjadi kesukaan dengan warna-warna terang seperti merah jambu, coklat dan ungu.
Tahun ini, Focus Point akan memberi fokus pada 15 cawangan baru yang akan dibuka di Kelantan, Terengganu, Perak, Kedah dan Johor.
Beliau berkata, Focus Point akan membuka lebih banyak lagi kedai dengan konsep sama pada masa depan agar pelanggan dapat memilih kaca mata dengan selesa sambil mendapat layanan mesra kakitangan Focus Point.Kaca mata bukan sekadar gaya Main_story_gradient_bottom
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
Dvivie99
REGULAR
REGULAR
Dvivie99

Female
Age : 47
location : KL & KK
Points : 12108
Reputation : 0
Number of posts : 411

Kaca mata bukan sekadar gaya Empty
PostSubject: Re: Kaca mata bukan sekadar gaya   Kaca mata bukan sekadar gaya Icon_minitime27/2/2008, 7:43 pm

V & my sis Mimie mmg ble d kategori kan Hantu Kaca mata. Lebih2 lg mimie tu What a Face . Kaca mata mmg bkn sekadar utk bergaya saja. Bg V,kaca mata adalah keperluan n brg penting utk V. Coz V drive keta sndri pi keja n kemana saja. So dgn adanya kaca mata,mata kita sebenarnya terlindung dari cahaya matahari. Terutamanya bila drive masa noon time.
Back to top Go down
sakura
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sakura

Female
Age : 46
location : JB
Points : 12382
Reputation : 0
Number of posts : 1109

Kaca mata bukan sekadar gaya Empty
PostSubject: Re: Kaca mata bukan sekadar gaya   Kaca mata bukan sekadar gaya Icon_minitime28/2/2008, 7:18 pm

sy bila berkaca mata...bila bukak pasti ada bekas...tu yg x gemar!!!!!! Sad
Back to top Go down
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 41
location : KK/KL
Points : 12166
Reputation : 0
Number of posts : 478

Kaca mata bukan sekadar gaya Empty
PostSubject: Re: Kaca mata bukan sekadar gaya   Kaca mata bukan sekadar gaya Icon_minitime29/2/2008, 5:06 am

Agree gan artikel ni. kacamata bkn sekadar utk bgaya. Pelindung mata dari direct kena pancaran matahari terutama semasa driving. Nda la kita silau kan..

Kak sakura..tggal kesan kat muka ke. Emmm maybe coz u tlalu putih or ur muka terdedah gan cahaya matahari sgt masa guna tu..so the best way guna day cream yg ada SPF 15 bfore kuar ruma ya. Ini pendapat mimie jak la ya. Nk tau lebih lanjut leh tanya pakar kulit or pakar mata pale .
Back to top Go down
sakura
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sakura

Female
Age : 46
location : JB
Points : 12382
Reputation : 0
Number of posts : 1109

Kaca mata bukan sekadar gaya Empty
PostSubject: Re: Kaca mata bukan sekadar gaya   Kaca mata bukan sekadar gaya Icon_minitime29/2/2008, 8:06 am

bukan kulit terlalu putih mimie,tapi kesan kacamata tu kat pipi kita..contoh mcm mimie pakai tu bila bukak kat pipi ad kesan x?
hemmm...lagi satu suka tgk mimie pakai kacamata dlm pic tu..nmpk cantik n ranggie...
Back to top Go down
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14990
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Kaca mata bukan sekadar gaya Empty
PostSubject: Re: Kaca mata bukan sekadar gaya   Kaca mata bukan sekadar gaya Icon_minitime29/2/2008, 11:40 am

ingatkan lelaki ja suka memuji perempuan ,sakura.. rupa perempuan sesama perempuan ada juga... aku ni memang suka pakai kaca mata juga, tapi tak tahan. asyik hilang ja ... so last² sekarang ni malas sudah mahu beli... mimie , ko banyak kaca mata kan? bila balik sabah, bagi aku satu... he he he
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 41
location : KK/KL
Points : 12166
Reputation : 0
Number of posts : 478

Kaca mata bukan sekadar gaya Empty
PostSubject: Re: Kaca mata bukan sekadar gaya   Kaca mata bukan sekadar gaya Icon_minitime7/3/2008, 12:40 pm

Ishhh kak sakura, jan la memuji lebih2 lak. Malu la mimie malu . Biasa2 aja kak.

Tp mimie kalu guna tak lak meninggalkan kesan d muka coz masa nk beli spek tu,mimie pastikan spek tu tak ketat bila d pakai. Bila spek kita ketat sket n digunakan lama dlm sehari tu,mmg akan meninggalkan kesan sket. Lebih2 lg pada yg berkulit cerah.

Suke tgok keta kak sakura tu Wink ...kalu la ianya milik ku..bahagia nya What a Face
Back to top Go down
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 41
location : KK/KL
Points : 12166
Reputation : 0
Number of posts : 478

Kaca mata bukan sekadar gaya Empty
PostSubject: Re: Kaca mata bukan sekadar gaya   Kaca mata bukan sekadar gaya Icon_minitime7/3/2008, 12:52 pm

aLFFiaN wrote:
ingatkan lelaki ja suka memuji perempuan ,sakura.. rupa perempuan sesama perempuan ada juga... aku ni memang suka pakai kaca mata juga, tapi tak tahan. asyik hilang ja ... so last² sekarang ni malas sudah mahu beli... mimie , ko banyak kaca mata kan? bila balik sabah, bagi aku satu... he he he

laaa asyik ilang jak? simpan la elok2 pas pakai cik oii. hehehe.
Buli bah cik pian oiii,mimie byk sgt spek ni,d ruma kk pun ada. Tp suma jenis oversize dari mata...istail bai tu kan.

Oiiittt d papar kan mengundi..pssttt undio noh yb rosnah ah,support2 la . Jaga ko.. What a Face
Back to top Go down
Baby Princess
JUNIOR
JUNIOR
Baby Princess

Female
Age : 36
location : Nilai,N.9
Points : 12141
Reputation : 0
Number of posts : 191

Kaca mata bukan sekadar gaya Empty
PostSubject: Re: Kaca mata bukan sekadar gaya   Kaca mata bukan sekadar gaya Icon_minitime7/3/2008, 6:44 pm

i love shades too...hehe..

sunglass freak ni... What a Face
Back to top Go down
sakura
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sakura

Female
Age : 46
location : JB
Points : 12382
Reputation : 0
Number of posts : 1109

Kaca mata bukan sekadar gaya Empty
PostSubject: Re: Kaca mata bukan sekadar gaya   Kaca mata bukan sekadar gaya Icon_minitime8/3/2008, 7:44 am

mimie1010 wrote:
Ishhh kak sakura, jan la memuji lebih2 lak. Malu la mimie malu . Biasa2 aja kak.

Tp mimie kalu guna tak lak meninggalkan kesan d muka coz masa nk beli spek tu,mimie pastikan spek tu tak ketat bila d pakai. Bila spek kita ketat sket n digunakan lama dlm sehari tu,mmg akan meninggalkan kesan sket. Lebih2 lg pada yg berkulit cerah.

Suke tgok keta kak sakura tu Wink ...kalu la ianya milik ku..bahagia nya What a Face

mimie..org ckp ikhlaslah...kete tu kalau mimie nak sy rasa mimie kene kawin dgn org tua kaya kot...hehhe..
jgn mare....
Back to top Go down
mimie1010
REGULAR
REGULAR
mimie1010

Female
Age : 41
location : KK/KL
Points : 12166
Reputation : 0
Number of posts : 478

Kaca mata bukan sekadar gaya Empty
PostSubject: Re: Kaca mata bukan sekadar gaya   Kaca mata bukan sekadar gaya Icon_minitime11/3/2008, 4:58 pm

Alah kak sakura ni..,k la TQ TQ la What a Face .
Tak nak la kwin org tua kaya... kwin org muda kaya,bleh? pale



p/s: plz,jan ada yg ambik hati,joking2 je gan kak sakura nie.
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12393
Reputation : -6
Number of posts : 1063

Kaca mata bukan sekadar gaya Empty
PostSubject: Re: Kaca mata bukan sekadar gaya   Kaca mata bukan sekadar gaya Icon_minitime13/7/2009, 11:02 am

Laughing Laughing BERGAYA DGAN KACA MATA WOOOOOOOO HEBAT TU Laughing Smile
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12393
Reputation : -6
Number of posts : 1063

Kaca mata bukan sekadar gaya Empty
PostSubject: Re: Kaca mata bukan sekadar gaya   Kaca mata bukan sekadar gaya Icon_minitime13/7/2009, 11:03 am

Laughing Laughing BERGAYA DGAN KACA MATA WOOOOOOOO HEBAT TU Laughing Smile
Back to top Go down
Sponsored content




Kaca mata bukan sekadar gaya Empty
PostSubject: Re: Kaca mata bukan sekadar gaya   Kaca mata bukan sekadar gaya Icon_minitime

Back to top Go down
 

Kaca mata bukan sekadar gaya

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: PEREMPUAN DOT NET :: Shopping & Kecantikan-
Jump to: