aLFFiaN ADMINISTRATOR
Countries/State : Age : 41 location : Borneo Island Website : www.sioloon.com Tag ID: : SFC00001 Points : 15112 Reputation : 101 Number of posts : 7895
| Subject: Tips renew roadtax mati selepas setahun 23/10/2010, 3:54 pm | |
| Apa yang perlu anda lakukan apabila cukai jalan kenderaan anda mati lebih daripada setahun? Sebelum itu ingin saya memberitahu sekiranya kenderaan kita apabila cukai jalannya tamat tempoh lebih daripada satu tahun, walaupun terlebih satu hari.. manakata dah tamat tempoh selama setahun sehari, maka kenderaan tersebut perlu dibawa semula ke Puspakom untuk diperiksa sekali lagi. Pemeriksaan yang dijalankan di puspakom ialah pemeriksaan khas, Lesen kenderaan tamat lebih daripada satu tahun. Untuk Langkah keselamatan anda untuk membawa kenderaan anda ke Puspakom, Anda perlu mengambil ‘one day permit’ atau permit satu hari di Jabatan Pengangkutan Jalan Berhampiran anda.
Untuk membuat permit satu hari ini anda perlu membawa perakuan pendaftaran kenderaan (Geran). Permit ini hanya membernarkan anda membawa kenderaan anda dari rumah @ alamat yang disertakan ke puspakom yang ingin anda pergi. Keperluan bagi mendapatkan permit satu hari ini adalah untuk mengelakan anda dikenakan saman apabila bertembung dengan pihak polis atau JPJ, perlu di ingatkan kenderaan anda tadi ‘roadtax’ telah mati lebih satu tahun.
Pastikan kenderaan anda dalam keadaan memuaskan, kerana apabila cukai kenderaan ini mati lebih daripada setahun maka pemeriksaan secara menyeluruh akan dilakukan, Ada boleh rujuk Pemeriksaan Sepuluh Peringkat. Semua spesifikasi asal kenderaan perlu dikekalkan.
Terpulang kepada anda untuk mengambil Insuran perlindungan kenderaan atau periksa kenderaan anda dahulu di puspakom. Mana – mana boleh ye.. periksa dulu pun boleh, beli insuran dulu pun boleh.
Setelah itu bawa kenderaan anda ke puspakom, Jalankan Pemeriksaan Khas Lesen kenderaan tamat tempoh lebih setahun, Dokumen yang diperlukan hanya Geran (Kad pendaftaran kenderaan/jpjk2) sahaja. Bayaran yang dikenakan adalah dalam RM55.00. (kalau tak silap le).
Setelah Lulus satu keputusan akan dikeluarkan, Keputusan tersebut dipanggil B2. Kemudian bawa geran kenderaan, keputusan B2 dan Insuran Kenderaan ke JPJ berhampiran.. kemudian katakan pada counter ” saya nak hidup roadtax!!, Bayar duit dan anda dah dapat roadtax anda tadi… mudah kan?!! Semudah ABC.. Tapi kalau ada yang tak beberapa faham.. jangan segan, jangan malu.. boleh tanya kat ruangan komen tu ye.. Patuhi undang – undang jalanraya.. Elakan Rasuah.. |
|
bDkjHt87 JUNIOR
Countries/State : Age : 36 location : kota kinabalu Points : 11940 Reputation : 0 Number of posts : 122
| Subject: Re: Tips renew roadtax mati selepas setahun 27/10/2010, 4:19 pm | |
| sy ada soalan,cmna pulak klu kereta yg sy beli 2 mati roadtax da sthn,n sy mo tukar nama..buli 1 kali urus ka 2..?? proses dia sama juga ka?? |
|
spetnaz JUNIOR
Tag ID: : BIASA!!! Points : 11136 Reputation : 1 Number of posts : 105
| Subject: Re: Tips renew roadtax mati selepas setahun 7/11/2010, 10:06 am | |
| emm.. yang penting ingat2lah bila road tax tu expire.. |
|
mhamdan FRESHIE
Countries/State : Age : 34 location : ipoh Points : 9783 Reputation : 1 Number of posts : 1
| Subject: Re: Tips renew roadtax mati selepas setahun 4/7/2011, 3:30 am | |
| bro kalau mati roadtax kite memang kena beli insurans perlindungan baru la eh? |
|
Sponsored content
| Subject: Re: Tips renew roadtax mati selepas setahun | |
| |
|