Villa tak minat sertai ChelseaDAVID VILLA tidak berminat menyertai kelab Chelsea.
NEUSTIFT, Austria - Penyerang sensasi Sepanyol, David Villa memberi tamparan hebat kepada jutawan Rusia, Roman Abramovich apabila menolak tawaran lumayan daripada kelab England, Chelsea.
Sebaliknya, bintang Valencia itu mendedahkan bahawa dia mahu terus kekal di Sepanyol dan berminat untuk menyertai Real Madrid ataupun Barcelona.
Ketika ini, Villa dan rakan gandingannya dalam skuad Sepanyol, Fernando Torres menjadi sasaran
The Blues untuk saingan musim depan.
Menurut laporan, Chelsea sedia menawarkan pakej berjumlah 65 juta euro (RM328 juta) untuk mendapatkan dua pemain itu dengan Villa bakal menerima 22 juta euro (RM111 juta).
Begitupun, hajat Chelsea itu tidak kesampaian apabila Villa menyuarakan hasratnya untuk terus kekal di Sepanyol sambil Liverpool pula menolak se- barang tawaran untuk mendapatkan penyerangnya, Torres.
Laporan juga mengaitkan bahawa Villa lebih bersedia untuk berhijrah ke Arsenal berbanding Chelsea kerana corak permainan pantas yang dimiliki skuad
The Gunners itu.
Dalam masa yang sama, pengurus Liverpool, Rafael Benitez juga dilaporkan berusaha mendapatkan khidmat Villa, namun masih tidak berjaya.
Villa yang kini menyarung jersi Sepanyol pada kempen Kejuaraan Eropah (Euro) 2008 berjaya mencuri perhatian ramai hasil kejayaannya meledak hatrik ketika Sepanyol menewaskan Rusia 4-1. - Agensi