SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!!

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
ZieHaR d GreatZ
REGULAR
REGULAR
ZieHaR d GreatZ

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 40
location : PapaR - KeninGaU - KoTa KinaBaLu
Tag ID: : SFC 00007
Points : 12542
Reputation : 0
Number of posts : 470

Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Empty
PostSubject: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!!   Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Icon_minitime31/10/2008, 12:49 pm

[url=https://servimg.com/view/11804532/36]Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Famili10 [/url]
BEBAS: Abdul Razak Baginda (tengah) tersenyum selepas dibebaskan daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Manakala gambar bawah, anak perempuan, Rowena Abdul Razak (kiri) dan isteri Mazlinda Makhzan turut bersama Razak di luar Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini. - Foto AP
Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Bagind11
MAHKAMAH Tinggi Shah Alam di sini, pagi ini membebaskan penganalisis politik Abdul Razak Baginda (dua dari kiri), manakala Cif Inspektor Azilah Hadri, Koperal Sirul Azhar Umar (menutup kepala) pula diperintah membela diri daripada tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Gambar fail ketika ketiga-tiga mereka menghadapi prosiding sebelum ini. - Foto Bernama



Kes Bunuh Altantuya: Abdul Razak Bebas, Azilah Dan Sirul Azhar Diperintah Bela Diri
SHAH ALAM, 31 Okt (Bernama) -- Penganalisis politik Abdul Razak Abdullah Baginda dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Bagaimanapun, dua anggota polis daripada Unit Tindakan Khas, Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, diperintah membela diri terhadap tuduhan itu.

Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin yang membuat keputusan itu berkata beliau mendapati bahawa pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abdul Razak, 48.

Mahkamah menetapkan 10 Nov ini untuk Azilah dan Sirul Azhar membela diri.

Azilah dan Sirul Azhar mempunyai tiga pilihan untuk membela diri iaitu memberi keterangan bersumpah, memberi keterangan dalam kandang tertuduh atau berdiam diri.

Kedua-duanya memilih untuk memberi keterangan bersumpah. Azilah dan Sirul Azhar dituduh membunuh Altantuya, 28, di lokasi antara Lot 12843 dan 16735, Mukim Bukit Raja, di sini antara pukul 10 malam 19 Okt dan 1 pagi 20 Okt tahun lepas.

Abdul Razak, pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, pula dituduh bersubahat dengan mereka di Wilayah Persekutuan antara 9.54 pagi 18 Okt dan 9.45 malam 19 Okt tahun 2006.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum mati.

Altantuya, ibu kepada dua anak lelaki masing-masing berusia 4 tahun dan 10 tahun, mendapat latihan sebagai guru dan penterjemah dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Rusia di National University of Mongolia.

Mayatnya dilupus dengan cara diletupkan dengan bahan letupan. Cebisan daging dan tulangnya ditemui bertaburan di kawasan Puncak Alam.

Kes sensasi itu mendapat liputan meluas kerana Altantuya dilaporkan datang ke Malaysia untuk mencari Abdul Razak yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengannya.

Mahkamah telah mengambil masa selama 151 hari bermula 4 Jun tahun lepas untuk mendengar keterangan daripada 84 saksi pendakwaan sebelum menangguhkan keputusan itu sehingga hari ini selepas kes pendakwaan ditutup pada 23 Jun lepas.

Azilah diwakili peguam Datuk Hazman Ahmad dan J. Kuldeep Kumar, Sirul diwakili peguam Kamarul Hisham Kamaruddin, Hasnal Redzua Merican and Ahmad Zaidi Zainal manakala Abdul Razak diwakili peguam Wong Kian Kheong.

Pendakwaan pula diwakili Timbalan Pendakwa Raya Tun Abdul Majid Tun Hamzah, Noorin Badaruddin, Manoj Kurup dan Hanim Rashid.

Peguam Karpal Singh, Sangeet Kaur Deo dan Ram Karpal Singh adalah peguam pemerhati bagi keluarga Altantuya.



Bapa Altantuya kecewa pembebasan Razak Baginda

SHAH ALAM: Bapa Altantuya Shaariibuu, Dr Shaariibuu Setev kecewa dengan keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari ini yang membebaskan Abdul Razak Abdullah Baginda daripada tuduhan membunuh anaknya itu.

Shaariibuu berkata, keputusan itu akan mencemarkan imej sistem kehakiman negara ini di peringkat antarabangsa kerana kes itu menjadi tumpuan dunia.

Katanya, beliau akan mendapatkan nasihat daripada pihak berkuasa kehakiman dan Kementerian Luar Mongolia untuk membuat rayuan keputusan kes hari ini.



Saya hanya mahu pulang ke rumah: Razak

[url=mailto://][/url]SHAH ALAM: "Saya hanya mahu pulang ke rumah", kata Abdul Razak Abdullah Baginda sebaik beliau keluar selepas Mahkamah Tinggi di sini, pagi ini membebaskannya daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Itulah sebaris ayat yang terhambur daripada Abdul Razak ketika wartawan berasak-asak mahu mendapatkan reaksinya.

Walaupun beliau terus ditanya berulang kali oleh wartawan, Abdul Razak tetap berdiam diri dan berjalan terus ke kereta yang menunggunya di pekarangan mahkamah dengan diiringi isteri, Mazlinda Mahzan dan anak perempuannya, Rowena.

Difahamkan Abdul Razak akan mengadakan sidang akhbar di rumahnya di Damansara, petang ini.






Sumber: Bernama & Berita Harian 31/10/2008

Back to top Go down
https://www.facebook.com/ziehar
rickengineering
SUPERIOR
SUPERIOR
rickengineering

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : Majlis Daerah Beluran
Website : https://www.facebook.com/rickengineering
Tag ID: : SFC 01950
Points : 13311
Reputation : 67
Number of posts : 2793

Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Empty
PostSubject: Re: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!!   Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Icon_minitime31/10/2008, 1:19 pm

adeiii.. nda aci ni....
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/rickengineering
froneTier
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
froneTier

Female
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : Jesselton
Tag ID: : SFC 03082
Points : 12292
Reputation : 11
Number of posts : 2208

Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Empty
PostSubject: Re: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!!   Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Icon_minitime31/10/2008, 3:28 pm

Ntah la betul ka x semua ni,.mainan orang politik la kata kan,.huhuh
Back to top Go down
under18crew
SIFU
SIFU
under18crew

Male
Countries/State : Sabah
Age : 32
location : Kota Belud
Tag ID: : SFC 02544
Points : 12678
Reputation : 13
Number of posts : 16246

Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Empty
PostSubject: Re: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!!   Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Icon_minitime31/10/2008, 9:31 pm

polotik nie tpu bha smua..bkn btl..apa2 ja durg ble wat.
Back to top Go down
Skunk_II
JUNIOR
JUNIOR
Skunk_II

Male
Countries/State : Sabah
Age : 44
location : Tuaran - Keningau
Tag ID: : 03840
Points : 11376
Reputation : 0
Number of posts : 233

Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Empty
PostSubject: Re: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!!   Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Icon_minitime2/11/2008, 1:50 am

rickengineering wrote:
adeiii.. nda aci ni....

wat to do.... dah keluar pun.. mmg tidak aci...
Back to top Go down
hantukubur
MODERATOR
hantukubur

Male
Countries/State : Sabah
Age : 50
location : KK
Tag ID: : SFC 03473
Points : 11639
Reputation : 0
Number of posts : 1331

Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Empty
PostSubject: Re: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!!   Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Icon_minitime5/11/2008, 12:15 pm

benda sdh kena arrange mah.. conspiracy theory ni
Back to top Go down
http://hantukubur-gigabyte.blogspot.com/
Yakuza
MODERATOR
Yakuza

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : penampang,beringgis,papar
Points : 12232
Reputation : 3
Number of posts : 1457

Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Empty
PostSubject: Re: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!!   Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Icon_minitime5/11/2008, 8:49 pm

memang udah lumrah...org2 besar susah sangat mahu d sabit kesalahan.
walaupun memng betul dai yg buat..
Back to top Go down
MieY_kItTy
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
Tag ID: : SFC 3398
Points : 12068
Reputation : 4
Number of posts : 1858

Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Empty
PostSubject: Re: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!!   Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Icon_minitime6/11/2008, 12:25 pm

msti ada pakatan dalaman ni...hanya tuhan yg tau siapa yg benar
Back to top Go down
napster
MODERATOR
napster

Male
Countries/State : Selangor
Age : 40
location : KLIA (hometown papar)
Tag ID: : SFC 03920
Points : 17226
Reputation : 116
Number of posts : 6364

Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Empty
PostSubject: Re: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!!   Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Icon_minitime19/11/2008, 4:53 pm

ntah... aku pun malas sdh mau tngk... bnyk pula hal2 bercanggah...
jumping
Back to top Go down
jay-jay
SENIOR
SENIOR
jay-jay

Male
Countries/State : Australia
Age : 34
location : keningau--->k.k
Tag ID: : sfc 03683
Points : 11576
Reputation : 0
Number of posts : 908

Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Empty
PostSubject: Re: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!!   Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Icon_minitime26/12/2008, 2:19 am

$$$$$ punya kuat apa tida
Back to top Go down
>Butterfly<
SENIOR
SENIOR
>Butterfly<

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 39
location : Selangor
Tag ID: : SFC 05070
Points : 11566
Reputation : 12
Number of posts : 610

Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Empty
PostSubject: Re: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!!   Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Icon_minitime22/4/2009, 11:39 pm

si razak tu yg patut kena gantung bunuh... dia la KEPALA tu..

nampak sngt kerajaan $$$$$

dia pikir blh terlepas... akhirat nnt kena bicara balik...
Back to top Go down
Sponsored content




Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Empty
PostSubject: Re: Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!!   Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!! Icon_minitime

Back to top Go down
 

Kes bunuh Altantuya Shaariibuu - Razak Baginda bebas!!!

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: