SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Sejauh mana kebenaran tentang yakjud dan makjud ni... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Sejauh mana kebenaran tentang yakjud dan makjud ni... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Sejauh mana kebenaran tentang yakjud dan makjud ni...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
under18crew
SIFU
SIFU
under18crew

Male
Countries/State : Sabah
Age : 32
location : Kota Belud
Tag ID: : SFC 02544
Points : 12674
Reputation : 13
Number of posts : 16246

Sejauh mana kebenaran tentang yakjud dan makjud ni... Empty
PostSubject: Sejauh mana kebenaran tentang yakjud dan makjud ni...   Sejauh mana kebenaran tentang yakjud dan makjud ni... Icon_minitime2/3/2009, 11:20 pm

Sesiapa
yang pernah berguru di pondok dan di seokolah, mungkin dapat mendengar
dari kitab Arab mengenai cerita sebegini. Apa yang saya masih ingat...
dikatakan setiap hari makhluk ini akan menggali tanah untuk muncul
keluar ke dunia. Namun apabila mereka tidur dan keletihan, para
malaikat akan menutup kembali apa yang sudah digali mereka. Wallahua'lam

WASHINGTON
- Weekly World News telah mendedahkan tentang penemuan mengejutkan
mengenai satu kaum primitif yang di panggil Mole People hidup 20 batu
di bawah tanah, menggunakan terowong rahsia untuk memasuki United
States!

Penemuan ini telah dibuat bukan oleh ahli kaji purba,
tetapi oleh saintis NASA yang menggali jauh ke dalam Bumi - dan mereka
cuba menyembunyikan kewujudan kaum ini dari pengetahuan awam.

Seorang pekerja NASA yang tidak mahu dikenali telah mendedahkan gambar-gambar eksklusif and informasi
mengenai kaum 'orang gua' ini. "Cerita ini harus diberitahu," kata sumber itu. "Ia terlalu besar untuk disorok".
Sumber
itu telah mendedahkan beberapa rahsia besar mengenai Mole People.
"Nampaknyer mereka seperti kaum yang peramah", beliau berkata, "Tetapi
mereka amat primitif. Kami cuba berkomunikasi dengan mereka, tetapi ia
satu kerja yang susah memandangkan mereka tidak tahu bahasa English".

"Mole
People, sebagaimana yang kami panggil, mempunyai laluan senang untuk ke
muka Bumi (surface world)", kata sumber itu. "Dengan demikian,
president Bush mengendalikan situasi ini dengan penuh berhati-hati.

"Tersilap langkah boleh mengakibatkan makhluk ini mengisytiharkan perang dengan manusia di atas. Kami
tidak pasti berapa jumlah mereka ini. kami baru melihat satu bandar setakat ini, dengan anggaran 2000
orang Mole tinggai di situ.

"Tetapi ada pihak yang menyatakan bahawa mungkin berjuta-juta orang Mole tinggal merata-rata di dalam
bandar-bandar bawah tanah, berselerak di bawah muka Bumi".

Makhluk itu mempunyai beberapa persamaan dengan manusia - dan juga sedikit perbezaan.

"Seperti
kita, mereka berjalan dengan dua kaki, tetapi mereka jauh lebih tinggi
dari manusia biasa - setinggi 8 ke 10 kaki tinggi. Jari-jari mereka
seperti kuku binatang. Dan tangan mereka juga seperti kaki itik
(webbed), direka untuk menggali, bukan seperti kuku mole".

"Kulit mereka sangat kuat. Ia adalah untuk menahan panas yang melampau dan juga keadaan yang teruk di
bawah Bumi".
"Didapati bahawa terdapat perhubungan dan interaksi di antara manusia dengan makhluk ini suatu ketika
dahulu - mereka bercakap di dalam bahasa yang hampir sama dengan dialek Navajo Lama.

Sumber
itu juga menyatakan bahawa kaum Mole ini mempunyai sistem otot-otot
yang sangat besar, membuatkan mereka mampu bertindak ganas.

"Apabila
salah seorang ahli ekspedisi itu menyalakan rokok, kaum Mole menganggap
itu sebagai satu ancaman dan terus menyerang beliau".

"Mereka
mencakar dan menyerang beliau seperti kucing hutan, hampir menjatuhkan
beliau bersama rokoknya. Beliau amat bertuah selamat dan hidup dari
insiden itu".

Kaum Mole amat berminat dengan dunia atas muka
Bumi - pakaian, alat-alatan dan makanan terutamanya. Mereka amat
meminati buah-buahan segar.

"Saya belikan mereka sedikit anggur, dan mereka terus berpesta dan bersukaria", mengikut kata sumber.
"Amat jelas mereka tidak boleh menanam buah-buahan mereka sendiri memandangkan mereka tinggal 20 batu di bawah muka Bumi".
NASA
amat berminat untuk mengkaji kaum Mole. "Kami mahu tahu segala-galanya
mengenai mereka - apa yang mereka makan,bagaimana mereka tinggal dan
yang paling mustahak, apakah perhubungan mereka dengan kaum manusia".

"Kami tertanya-tanya jikalau mereka itu ada kaitan dengan manusia di dalam aspek-aspek yang tertentu.
Adakah mereka adalah nenek moyang manusia moden hari ini secara genetiknya ?"

Pakar
berkata terdapat spekulasi yang pelbagai mengenai kaum Mole. "Mereka
boleh jadi apa saja, dari Yetis (BigFoot), makhluk asing dari angkasa
atau saki baki orang yang terselamat dari bandar Atlantis Yang Hilang.
Pakar juga berkata penemuan ini telah menimbulkan beberapa persoalan yang serius, termasuk:
Adakah makhluk itu musuh dan suka berperang ataupon peramah dan sanggup bekerjasaman?
Adakah
mereka akan meminta wilayah mereka sendiri di muka Bumi? Dan bagaimana
dengan minyak dan simpanan mineral di bawah Bumi? Siapa yang memiliki
mereka: kaum Mole atau kita?
Bagaimanakah dengan NASA dimana misi
asalnya adalah untuk meneroka ruang angkasa - telah menjumpai kaum yang
hidup di bawah muka Bumi?
Jurucakap NASA tidak menafikan mahupun
mengiyakan laporan itu. Setelah menerima tekanan hebat dari wartawan,
jurucakap White House menjanjikan informasi yang dibenarkan oleh White
House untuk disebarkan. Tetapi beliau telah memberi amaran "mungkin
tidak untuk jangkamasa yang terdekat".
Menurut sumber itu, NASA
menjumpai kaum bawah tanah itu dalam bulan Ogos ketika sedang
menjalankan projek rahsia yang di beri nama Operation Mole Hole - satu
inisiatif dimana wartawan sekarang percaya ia mungkin untuk mengintip
China, menggunakan "teknologi bawah tanah".
Setakat ini NASA telah menjumpai pintu laluan rahsia ke dunia bawah tanah di kawasan sekitar Washington
State's Mount Shasta, gua Mammoth di Kentucky dan juga gua-gua yang berselerak sekitar barat daya U.S
mengikut kata sumber.

Berkurun
lamanya manusia telah bercerita tentang kewujudan makhluk di bawah muka
Bumi. Sekarang, buat pertama kalinya, spekulasi itu telah dibuktikan
kesahihannya.

Tetapi samada makhluk-makhluk ini kawan ataupun lawan masih tidak diketahui



info ni aku tak tahu betul ke tak..... aku ambik dari website.....semoga terhibur
Back to top Go down
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12200
Reputation : 0
Number of posts : 1268

Sejauh mana kebenaran tentang yakjud dan makjud ni... Empty
PostSubject: Re: Sejauh mana kebenaran tentang yakjud dan makjud ni...   Sejauh mana kebenaran tentang yakjud dan makjud ni... Icon_minitime3/3/2009, 2:38 pm

mngenai kewajaran mngenai yakjud dan Makjud tidak perlu dpersoalkan lagi kesahihan kewujudannya. sbb sdh dsebutkn ddlm Kitab bhw makhluk ini mmng wujud. cuma apa yg dbgtau mngenai kaum Mole spt yg dnyatakan oleh saintis US tu blum dpt dpastikn sama ada mrk ini Yakjud dan Makjud. cuma apa yg atau jika yakjud dan Makjud ni sdh muncul maka Kiamat makin mndekati kita. ..wallahualam
Back to top Go down
under18crew
SIFU
SIFU
under18crew

Male
Countries/State : Sabah
Age : 32
location : Kota Belud
Tag ID: : SFC 02544
Points : 12674
Reputation : 13
Number of posts : 16246

Sejauh mana kebenaran tentang yakjud dan makjud ni... Empty
PostSubject: Re: Sejauh mana kebenaran tentang yakjud dan makjud ni...   Sejauh mana kebenaran tentang yakjud dan makjud ni... Icon_minitime3/3/2009, 6:02 pm

mmg yakjud dan makjud nie wujud..tertera juga dalam kitab Al-Quran..cuma 2lh durg asyik nak menyiasat jak..
Back to top Go down
Sponsored content




Sejauh mana kebenaran tentang yakjud dan makjud ni... Empty
PostSubject: Re: Sejauh mana kebenaran tentang yakjud dan makjud ni...   Sejauh mana kebenaran tentang yakjud dan makjud ni... Icon_minitime

Back to top Go down
 

Sejauh mana kebenaran tentang yakjud dan makjud ni...

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: