SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Sukan drift untuk semua Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Sukan drift untuk semua Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Sukan drift untuk semua

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rynjeff
MODERATOR
rynjeff

Female
Age : 50
location : Sandakan
Points : 12137
Reputation : 3
Number of posts : 2079

Sukan drift untuk semua Empty
PostSubject: Sukan drift untuk semua   Sukan drift untuk semua Icon_minitime2/2/2008, 9:50 pm

Sukan drift untuk semua


Sebelum ini, mereka terlibat dengan perlumbaan haram tetapi apabila berkembangnya sukan drift, ia menjadi saluran baru remaja untuk bergiat secara sah dan profesional dalam bidang pemotoran.Sukan drift untuk semua Re_02.1
DALAM sukan drift, tayar belakang memainkan peranan dan kerana itulah, pelumba menggunakan kereta yang digerakkan oleh pacuan tayar belakang.



Ramai generasi muda berlumba untuk keseronokan dan hanya segelintir yang mahu menjadi pelumba profesional. Bagi Mohd Khairul Anuar, yang berkhidmat dengan Agensi Dadah Kebangsaan (ADK), beliau menceburi lumba kereta drift sebagai hobi.
Sukan lumba lasak ini menambat hati para peminat lumba kereta tempatan setelah ia dipopularkan melalui filem Fast and Furious: Tokyo Drift yang ditayang di pawagam tempatan pada tahun lalu.
Khairul, 28, pegawai ADK cawangan Rembau, Negeri Sembilan bagaimanapun tidak mendapat inspirasi untuk menyertai hobi ini daripada cerita tersebut.
Sebaliknya, ia bermula beberapa tahun lebih awal kerana terpengaruh dengan cerita kartun lumba drift dari Jepun iaitu Initial D yang memaparkan watak Takumi Fujiwara yang berlumba secara menggelongsor di selekoh berbahaya di jalan pergunungan.
Karier Khairul sebagai pelumba drift profesional bermula pada Julai tahun lalu apabila beliau menghubungi Syabas Drift Team, untuk memasuki kelas latihan pasukan itu dengan bayaran RM700 sebulan.
"Saya memasuki Syabas dengan azam untuk menjadi pelumba profesional," katanya ketika ditemui pada kejohanan Star Drift Challenge 2008 di tapak kem Paroi, Negeri Sembilan baru-baru ini.
Impian Khairul tercapai apabila beliau menduduki tempat pertama dalam Novice Star Drift Challenge 2007.
"Kereta biasa walaupun sudah dimodifikasi, ia tetap kereta biasa dan tidak selamat untuk berlumba drift kerana suspensi dan kerangkanya tidak diperkuatkan," katanya.
Menurut Khairul, beliau memandu secara drift selama empat jam pada hari minggu dengan menggunakan kereta yang telah dimodifikasi khusus untuk sukan itu oleh Syabas.
Melalui pengalaman dan pergaulan beliau, ramai pelumba drift dari luar negara mengakui pelumba Malaysia adalah antara pelumba drift yang baik.
Pengasas kumpulan Syabas Drift Team, Kenny Lee, 29, mempunyai sebuah kedai menjual kereta terpakai dan selepas menceburi perlumbaan drift, beliau turut menawarkan kereta yang sesuai untuk sukan ini yang memerlukan pacuan roda belakang.
"Sebelum ini, saya selalu terlibat dengan perlumbaan haram tetapi bila masuk arena profesional, kita ada kerjaya dan yang penting, ada wang hasil sumbangan pihak penaja," kata beliau.
Lee menggunakan sebuah kereta BMW yang berusia lebih daripada 30 tahun untuk sukan ini tetapi kerangka, enjin dan suspensinya sudah dipertingkatkan.
Menurut Lee, pelumba drift yang masih baru seperti Khairul boleh memahirkan diri dalam masa satu hingga dua bulan dengan latihan intensif selama hampir 10 jam sehari.
"Yuran RM700 merupakan kos untuk membeli tayar. Tayar belakang mudah haus hanya selepas 15 minit digunakan. Dalamdrift, tayar belakang memainkan peranan dan kerana itulah, pelumba menggunakan kereta yang digerakkan oleh pacuan tayar belakang," katanya.
Kereta seperti Mitsubishi Evo, Subaru Impreza merupakan pacuan All Wheel Drive dan tidak sesuai kerana pemandu boleh terbuang manakala Proton dan banyak kereta yang menggunakan pacuan roda depan juga bukan kereta yang ideal kecuali tayar depannya dikunci, kata Lee.
Katanya, untuk menjadi pelumba profesional, penaja sangat penting kerana tanpa tajaan, kos membaiki kereta, servis, modifikasi, upah mekanik terpaksa ditampung sendiri dan jumlahnya boleh mencecah puluhan ribu ringgit.
Sementara itu, penaja utama kumpulan Syabas Drift Team iaitu pengedar dan pakar suspensi dari ACE Suspension, Y.K Lim menegaskan, beliau tidak akan membantu pemandu yang ingin menukar kereta mereka kepada kereta drift dengan niat untuk berlumba secara haram di jalan raya.
Lim, 41, yang juga pemandu untuk Syabas Drift Team berkata: "Kami tidak mahu berlumba di atas jalan raya.
"Sebagai pemandu drift, kami tidak mahu disamakan dengan kereta lumba lain yang berharap pada kuasa kelajuan. Kecekapan yang kami, ada bukan datang dalam sehari dua," katanya.
Syarikat Lim sanggup menaja kumpulan Syabas Drift Team kerana azam anak-anak muda dalam kumpulan itu yang mahu menjadi pemandu profesional.
"Sekarang, cuma ada 20 orang di Negeri Sembilan yang aktif dalam perlumbaan drift. Sukan ini masih baru tetapi pulangan saya mungkin akan berbayar dalam tiga hingga empat tahun lagi selepas ramai remaja menyedari bahawa sukan ini bukanlah terlalu mahal untuk diceburi," katanya mengakhiri perbualan. - Bernama
Back to top Go down
http://sandakan-dcl.all-up.com/
shrumpish
JUNIOR
JUNIOR
shrumpish

Male
Age : 36
location : Penampang, KK
Points : 11282
Reputation : 0
Number of posts : 81

Sukan drift untuk semua Empty
PostSubject: Re: Sukan drift untuk semua   Sukan drift untuk semua Icon_minitime16/12/2008, 9:39 pm

camna mau join dorang ni ah? ish, kalu sa bleh drift setiap saat, nyamen best..
Back to top Go down
thunder_riez
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
thunder_riez

Male
Countries/State : Sabah
Age : 47
location : sabah
Tag ID: : SFC 03774
Points : 11378
Reputation : 0
Number of posts : 1113

Sukan drift untuk semua Empty
PostSubject: Re: Sukan drift untuk semua   Sukan drift untuk semua Icon_minitime17/12/2008, 4:02 pm

kita kenalah buat kelab drift di sabah..yg legal lah punya kelab..memang sesuatu sukan permotoran ni perlukan penaja..kalu sabah mau buatlah kelab dahulu..hehehe.. Very Happy Very Happy Very Happy
Back to top Go down
M!$z D3v!L
MODERATOR
M!$z D3v!L

Female
Countries/State : Johor
Age : 35
location : kay kay
Tag ID: : SFC 04114
Points : 11987
Reputation : 1
Number of posts : 1451

Sukan drift untuk semua Empty
PostSubject: Re: Sukan drift untuk semua   Sukan drift untuk semua Icon_minitime18/12/2008, 5:20 pm

wah...best nih tengok dorg drift nih....
and nntikan tayangan Fast $ Farious next yesr...huhuhuhu
Back to top Go down
http://www.friendster.com/izoneny
kamzani
FRESHIE
FRESHIE
kamzani

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : Kota Kinabalu -> Kajang
Points : 11344
Reputation : 0
Number of posts : 21

Sukan drift untuk semua Empty
PostSubject: Re: Sukan drift untuk semua   Sukan drift untuk semua Icon_minitime18/12/2008, 9:55 pm

Waaaa!! Idola saya!
Back to top Go down
napster
MODERATOR
napster

Male
Countries/State : Selangor
Age : 40
location : KLIA (hometown papar)
Tag ID: : SFC 03920
Points : 17222
Reputation : 116
Number of posts : 6364

Sukan drift untuk semua Empty
PostSubject: Re: Sukan drift untuk semua   Sukan drift untuk semua Icon_minitime6/2/2009, 9:42 am

teringin juga mau jadi drifter... What a Face
Back to top Go down
Eyon
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Eyon

Male
Countries/State : Sabah
Age : 32
location : Turtle Town @ Kuala P
Website : http://www.sioloon.com
Tag ID: : SFC 04444
Points : 12777
Reputation : 13
Number of posts : 1652

Sukan drift untuk semua Empty
PostSubject: Re: Sukan drift untuk semua   Sukan drift untuk semua Icon_minitime3/3/2009, 10:05 pm

camna nk join dorg 2 arr...jeles nie..asyik2 drift kat jalan raya ja n bkn litar smpai keta kna jual.. cry
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
Sponsored content




Sukan drift untuk semua Empty
PostSubject: Re: Sukan drift untuk semua   Sukan drift untuk semua Icon_minitime

Back to top Go down
 

Sukan drift untuk semua

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: