SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Bahaya Melayari Laman Web Porno Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Bahaya Melayari Laman Web Porno Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Bahaya Melayari Laman Web Porno

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12206
Reputation : 0
Number of posts : 1268

Bahaya Melayari Laman Web Porno Empty
PostSubject: Bahaya Melayari Laman Web Porno   Bahaya Melayari Laman Web Porno Icon_minitime16/2/2009, 3:45 pm

Saya nak kongsikan satu artikel yang
diambil dari Utusan Malaysia mengenai
bahaya yang kita tidak sedari apabila
selalu melawat laman web porno!

Begini artikelnya:

Porno Internet - Klik yang membawa padah!
Oleh MOHD. RIDZWAN MD. IMAN

Pengerusi Microsoft, Bill Gates pernah berkata:
``Dunia sekarang hanya berada di hujung jari anda''

Sememangnya kita ketahui fakta itu kerana dengan
hanya duduk di hadapan komputer yang mempunyai
akses Internet, satu klik mampu `membawa' kita
ke seluruh dunia.

Begitulah hebatnya dunia tanpa sempadan yang
dihasilkan oleh teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT).

Walaupun teknologi sebenarnya di cipta untuk
kebaikan, tetapi ia tidak terkecuali daripada
dieksploitasi untuk membawa keburukan juga.

Mendapatkan bahan-bahan terlarang seperti
gambar dan video lucah dari Internet merupakan
aktiviti yang berleluasa dilakukan oleh kebanyakan
pengguna Internet di seluruh dunia.

Ini kerana dalam `dunia tanpa sempadan' itu,
ramai telah menggunakan kesempatan untuk
mendapatkan bahan-bahan terlarang tersebut
yang boleh diperolehi secara percuma.

Bagaimanapun, sebenarnya mereka tidak menyedari
perbuatan mereka itu boleh mengundang padah!

Ini kerana anasir-anasir jahat di Internet
telah menggunakan laman-laman web lucah sebagai
tarikan pengguna sebelum menjadikan pengunjung
sebagai mangsa.

Ancaman virus dan variasi-variasinya kini
sememangnya agak dahsyat kerana jika dahulu
kita mengetahui virus hanya boleh disebarkan
melalui disket atau CD, kini ia boleh disebar
melalui e-mel dan terbaru hanya memerlukan anda
mengunjungi laman web mereka.

Mereka akan `menyerang' komputer pengguna dengan
pelbagai jenis virus, trojan, adware (perisian iklan),
spam atau spyware (perisian pengintip) yang
langsung kita tidak sedari.

Mangsa bukan sahaja boleh terjejas produktiviti
kerana komputer menjadi lembap atau rosak tetapi
juga boleh menyebabkan kerugian dari segi wang
ringgit.

Apabila ini berlaku, kadang kala ada pengguna
terpaksa menanggung hutang beribu-ribu ringgit
kerana bil telefon yang melambung.

Maka ketika itu, masing-masing akan menudingkan
jari menyalahkan syarikat telekomunikasi kerana
mengenakan caj yang dikatakan `bukan-bukan' tersebut.

Tetapi tahukah mereka bil telefon itu mencapai
ribuan ringgit kerana disebabkan kesalahan,
kealpaan atau `keghairahan' sendiri kerana
mengakses laman web porno.

Senario ini kecoh diperkatakan di negara kita
baru-baru ini apabila ramai para pengguna Internet
mengadu kepada media massa yang mendakwa mereka
ditipu kerana bil Internet dan telefon mereka
terlalu tinggi.

[+]Ceroboh

``Mereka tidak menyedari yang apabila mengunjungi
laman web porno, komputer mereka boleh diceroboh
oleh virus yang melakukan sambungan Internet
ke talian antarabangsa.'' katanya seorang pakar
keselamatan Internet.

Sebenarnya apabila kita mengunjungi laman,
memuat-turun gambar atau video dari laman web
porno yang jahat, pengendali laman itu akan
meletakkan sejenis virus atau trojan dalam komputer.

Virus itu berfungsi dengan sengaja memutuskan
talian telefon pengguna yang dihubungkan dari
penyedia akses Internet tempatan dan kemudiannya
menyambungkan kepada penyedia akses Internet
tidak bertauliah di luar negara.

Sudah tentu, bil telefon anda yang mengenakan
caj tempatan sebelum ini akan dikenakan caj
antarabangsa kerana ia telah dihubungkan
ke talian luar negara.

Apabila ini terjadi, pengguna tidak lagi dicaj
dengan kadar 1 sen untuk akses Internet dan
1.5 sen untuk caj panggilan, kerana pengguna
tidak lagi dihubungkan dengan perkhidmatan
`dial-up' ke syarikat pembekal Internet tempatan
seperti TMnet.

Aktiviti ini dipanggil `Lambakan Internet' atau
kadangkala dirujuk sebagai ` Pengumpil Modem'.

Ketua Komunikasi Korporat Suruhanjaya Komunikasi
dan Multimedia Malaysia (SKMM), Adelina Iskandar
berkata, situasi ini kebiasaannya berlaku terhadap
mereka yang melayari laman-laman web dewasa
dan hiburan.

[+]Memantau

"Sehubungan itu, pengguna Internet perlu lebih
berhati-hati apabila melayari laman-laman web
ini kerana ia akan mengakibatkan bayaran panggilan
antarabangsa (IDD) yang tinggi," katanya.

Selain itu, bagi ibu bapa pula, mereka perlu
memantau dan melibatkan diri secara langsung
dengan aktiviti-aktiviti Internet anak-anak
kerana mereka boleh terdedah kepada bahan-bahan
yang tidak sesuai.

Bagi syarikat pembekal perkhidmatan Internet
tempatan seperti TM Net Sdn. Bhd. dan syarikat
telekomunikasi, Telekom Malaysia Bhd. (TM),
kedua-dua syarikat itu telah mengambil pelbagai
langkah untuk mengurangkan masalah tersebut.

Antaranya ialah memberi penerangan melalui
sisipan di dalam bil telefon dan Internet
kepada 4.5 juta pelanggan, menempah iklan
di akhbar, menghantar e-mel kepada pelanggan
dan mengadakan taklimat media.

Selain itu, TM juga telah menyekat semua
panggilan IDD ke Papua New Guinea berikutan
kebanyakan laman-laman web porno yang melakukan
`Lambakan Internet' dipancarkan dari negara itu.

Selain daripada meletakkan perisian `mendail
sendiri' yang menyebabkan bil pengguna menjadi
tinggi, pelbagai jenis virus juga telah menjadikan
komputer anda sebagai `rumah mereka.'

Virus-virus atau trojan yang telah memasuki
komputer selepas anda mengunjungi laman web lucah
itu juga sukar dihapuskan termasuk oleh
perisian anti-virus.

Kecanggihan teknologi yang digunakan oleh
pembuat-pembuat virus itu membolehkan ia
melakukan pelbagai aktiviti di dalam komputer
tanpa pengguna menyedarinya langsung.

[+]Perisian

Antaranya ialah mereka boleh melembapkan
komputer dan akses serta menghantar lebih
banyak virus atau spam (e-mel secara banyak)
kepada kenalan-kenalan kita melalui alamat
e-mel yang terdapat di dalam komputer.

Dari segi kewangan pula, perisian jahat itu
boleh mencuri rahsia dalam komputer seperti
nombor kad kredit dan kata laluan urusan
perbankan di Internet.

Bagi virus jenis perisian iklan atau adware,
mereka akan menjadikan laman web lucah sebagai
default page dalam perisian Internet Explorer
kita.

Setiap kali kita membuka perisian Internet
Explorer, laman web lucah itu akan terbuka
terlebih dahulu yang boleh memalukan jika
anda membuka Internet di hadapan anak-anak
atau ketua di pejabat.

Laman web porno ini pula kebanyakannya tidak
boleh ditutup kerana kecanggihan teknologinya.

Sehubungan itu, anda perlu memastikan yang
komputer anda telah melaksanakan pelbagai k
eperluan keselamatan komputer jika hendak
menghindarinya.

Memasang perisian anti-virus, memasang
perisian firewall, memasang perisian penapisan
kandungan untuk kanak-kanak seperti NetNanny
dan sebagainya merupakan keperluan masa kini.

Bagaimanapun, penapisan terbaik dari
ancaman gejala-gejala tersebut perlu
datangnya daripada pengguna sendiri.

Begitulah akibatnya jika kita tak sedar asyik
melawati laman-laman yang tak sepatutnya.

Tahu-tahu bil telefon melambung dan pada waktu
dah terlewat. Apa yang perlu buat?... bayar je lah!.

Jika jari kita tidak `gatal' untuk klik kepada
laman-laman web lucah itu, sudah tentu
kita tidak akan menerima padahnya.

Kalau yang dah tak tahan sangat tuh cepat-cepatlah
cari bini. Dah ada bini macam-macam hal boleh buat. Very Happy
Back to top Go down
under18crew
SIFU
SIFU
under18crew

Male
Countries/State : Sabah
Age : 32
location : Kota Belud
Tag ID: : SFC 02544
Points : 12680
Reputation : 13
Number of posts : 16246

Bahaya Melayari Laman Web Porno Empty
PostSubject: Re: Bahaya Melayari Laman Web Porno   Bahaya Melayari Laman Web Porno Icon_minitime16/2/2009, 6:12 pm

benda ini sy stju..asal jak download video mcm gitu mmg ada virus akan ikt..cara durg untuk rosakkan pc atau perisian korg..
Back to top Go down
otai_queen
MODERATOR
otai_queen

Female
Countries/State : Terengganu
Age : 40
location : Kudat
Tag ID: : SFC 03014
Points : 14818
Reputation : 25
Number of posts : 6310

Bahaya Melayari Laman Web Porno Empty
PostSubject: Re: Bahaya Melayari Laman Web Porno   Bahaya Melayari Laman Web Porno Icon_minitime16/2/2009, 7:06 pm

kita yg suka btl tgk benda2 mcm tu, orang lain ketawakan kita...
Back to top Go down
csilusz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : Tambunan-lahad datu
Tag ID: : SFC 03201
Points : 11626
Reputation : 0
Number of posts : 1494

Bahaya Melayari Laman Web Porno Empty
PostSubject: Re: Bahaya Melayari Laman Web Porno   Bahaya Melayari Laman Web Porno Icon_minitime16/2/2009, 7:18 pm

ya memang tidak dinafikan ..
Back to top Go down
sonofthipareth
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sonofthipareth

Male
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : KB - Putrajaya
Tag ID: : SFC 04835
Points : 11843
Reputation : 6
Number of posts : 1189

Bahaya Melayari Laman Web Porno Empty
PostSubject: Re: Bahaya Melayari Laman Web Porno   Bahaya Melayari Laman Web Porno Icon_minitime16/2/2009, 7:24 pm

Hmmm..
Btul tu..
Betul...
Back to top Go down
intrax
ELITE
ELITE
intrax

Male
Countries/State : Australia
Age : 37
location : Kota belud-SaNdAkaN
Website : http://dynastyclub.forumotion.net
Tag ID: : SFC 03293
Points : 12163
Reputation : 9
Number of posts : 3111

Bahaya Melayari Laman Web Porno Empty
PostSubject: Re: Bahaya Melayari Laman Web Porno   Bahaya Melayari Laman Web Porno Icon_minitime16/2/2009, 7:34 pm

huhu betul tu .. tulah apasal selalu komputer ada problem jak pasal virus
ehm.. tapi klu blutooth apamacam plak
Back to top Go down
http://www.borneoforestheritage.org.my
sonofthipareth
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sonofthipareth

Male
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : KB - Putrajaya
Tag ID: : SFC 04835
Points : 11843
Reputation : 6
Number of posts : 1189

Bahaya Melayari Laman Web Porno Empty
PostSubject: Re: Bahaya Melayari Laman Web Porno   Bahaya Melayari Laman Web Porno Icon_minitime16/2/2009, 7:38 pm

Ya kan..
Macamana tu ah?
Hset sy xda blueooth bro ekekeke..
Maklumlah urg kampung hehe
Back to top Go down
otai_queen
MODERATOR
otai_queen

Female
Countries/State : Terengganu
Age : 40
location : Kudat
Tag ID: : SFC 03014
Points : 14818
Reputation : 25
Number of posts : 6310

Bahaya Melayari Laman Web Porno Empty
PostSubject: Re: Bahaya Melayari Laman Web Porno   Bahaya Melayari Laman Web Porno Icon_minitime17/2/2009, 12:05 am

kdg2 kita x sedar virus sebenarnya banyak dr laman2 web yg mcm tu...
Back to top Go down
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12206
Reputation : 0
Number of posts : 1268

Bahaya Melayari Laman Web Porno Empty
PostSubject: Re: Bahaya Melayari Laman Web Porno   Bahaya Melayari Laman Web Porno Icon_minitime17/2/2009, 9:50 am

otai_queen wrote:
kdg2 kita x sedar virus sebenarnya banyak dr laman2 web yg mcm tu...
tp tu la psl kekadang tu niat hati mmng x nk tngk benda2 mcm tu tp entah mcm mana tngn pla trgatal p click.. ishhh mcm mana ar mo bendung masalah ni Otai_Queen. tau2 la lelaki.. tp aku bgs sikit jarang tngk jelir
Back to top Go down
under18crew
SIFU
SIFU
under18crew

Male
Countries/State : Sabah
Age : 32
location : Kota Belud
Tag ID: : SFC 02544
Points : 12680
Reputation : 13
Number of posts : 16246

Bahaya Melayari Laman Web Porno Empty
PostSubject: Re: Bahaya Melayari Laman Web Porno   Bahaya Melayari Laman Web Porno Icon_minitime17/2/2009, 11:09 am

mmg bnda nie x lari dari kehidupan seorang lelaki..tipu lh kalau x pena buka web2 mcm 2 kn..hihi.tp krgkn lh skrg nie..dunia pn makin canggih.virus sana sini ada dan boleh disebarkan dalam sekelip mata dan sekali click jak.hihi..
Back to top Go down
Mr.AZRIE
JUNIOR
JUNIOR


Male
Age : 36
location : SANDAKAN, K.K
Points : 11326
Reputation : 0
Number of posts : 112

Bahaya Melayari Laman Web Porno Empty
PostSubject: Re: Bahaya Melayari Laman Web Porno   Bahaya Melayari Laman Web Porno Icon_minitime17/2/2009, 12:06 pm

bahaya oh.... nanti..silap2 komputer kena format..wakaka..
Back to top Go down
Fadzliey
MODERATOR
Fadzliey

Male
Age : 45
location : Beaufort
Points : 12206
Reputation : 0
Number of posts : 1268

Bahaya Melayari Laman Web Porno Empty
PostSubject: Re: Bahaya Melayari Laman Web Porno   Bahaya Melayari Laman Web Porno Icon_minitime17/2/2009, 12:13 pm

bah dah tau benda tu x elok n ble mnybbkn masalah pd PC anda.. bak kata Nabil Raja Lawak.. mmm pikirlah sendiri..
Back to top Go down
otai_queen
MODERATOR
otai_queen

Female
Countries/State : Terengganu
Age : 40
location : Kudat
Tag ID: : SFC 03014
Points : 14818
Reputation : 25
Number of posts : 6310

Bahaya Melayari Laman Web Porno Empty
PostSubject: Re: Bahaya Melayari Laman Web Porno   Bahaya Melayari Laman Web Porno Icon_minitime17/2/2009, 1:22 pm

Fadzliey wrote:
otai_queen wrote:
kdg2 kita x sedar virus sebenarnya banyak dr laman2 web yg mcm tu...
tp tu la psl kekadang tu niat hati mmng x nk tngk benda2 mcm tu tp entah mcm mana tngn pla trgatal p click.. ishhh mcm mana ar mo bendung masalah ni Otai_Queen. tau2 la lelaki.. tp aku bgs sikit jarang tngk jelir

alalala... kedapatan tu selalu tgk web2 mcm tu... pale
tp tu kan lumrah sbg manusia, makin dilarang itulah bah jugak mau btl ditengok... jelir
Back to top Go down
under18crew
SIFU
SIFU
under18crew

Male
Countries/State : Sabah
Age : 32
location : Kota Belud
Tag ID: : SFC 02544
Points : 12680
Reputation : 13
Number of posts : 16246

Bahaya Melayari Laman Web Porno Empty
PostSubject: Re: Bahaya Melayari Laman Web Porno   Bahaya Melayari Laman Web Porno Icon_minitime17/2/2009, 2:21 pm

yg pnting dari diri sendri jak 2 smua..
Back to top Go down
Leader
MODERATOR
Leader

Male
Countries/State : Oregon
Age : 42
location : Astoria, Oregon
Website : http://leader-tm.blogspot.com
Tag ID: : SFC 04137
Points : 12548
Reputation : 19
Number of posts : 1531

Bahaya Melayari Laman Web Porno Empty
PostSubject: Re: Bahaya Melayari Laman Web Porno   Bahaya Melayari Laman Web Porno Icon_minitime28/2/2009, 10:23 pm

nak tanyalakan, artikal ni keluar zaman bila, dari apa yg ku baca. kes ni cam zaman dial-up internet tengah top, sekarang dah zaman broadband penggunaan internet unlimited (adalah jugak "pay per use" tapi jarang),

pas tu dah memang kaki porno yang kebaruan guna internet, kena pulak anti-virus pun yang ala kadar, keluar jak pop-up xXx klik, keluar klik, keluar lagi klik. naaaa.....
selamat datang "virus back-door" hahaha...

nak buat camana..... jari seiring ngan nafsu kuda
Back to top Go down
http://leader-tm.blogspot.com
putera_naga2
WEBMASTER
putera_naga2

Male
Countries/State : Sabah
Age : 44
location : Membakut-Labuan
Tag ID: : 03333
Points : 14205
Reputation : 15
Number of posts : 3119

Bahaya Melayari Laman Web Porno Empty
PostSubject: Re: Bahaya Melayari Laman Web Porno   Bahaya Melayari Laman Web Porno Icon_minitime13/4/2009, 1:20 pm

yang nyatanya virus otak laa wakakaka
Back to top Go down
Efazhfazh
JUNIOR
JUNIOR
Efazhfazh

Male
Countries/State : Sabah
Age : 53
location : Pitas-Semporna
Tag ID: : SAFC 04675
Points : 11360
Reputation : 6
Number of posts : 230

Bahaya Melayari Laman Web Porno Empty
PostSubject: Re: Bahaya Melayari Laman Web Porno   Bahaya Melayari Laman Web Porno Icon_minitime13/4/2009, 1:40 pm

putera_naga2 wrote:
yang nyatanya virus otak laa wakakaka


Sokong bro...
Back to top Go down
Leader
MODERATOR
Leader

Male
Countries/State : Oregon
Age : 42
location : Astoria, Oregon
Website : http://leader-tm.blogspot.com
Tag ID: : SFC 04137
Points : 12548
Reputation : 19
Number of posts : 1531

Bahaya Melayari Laman Web Porno Empty
PostSubject: Re: Bahaya Melayari Laman Web Porno   Bahaya Melayari Laman Web Porno Icon_minitime13/4/2009, 7:40 pm

Efazhfazh wrote:
putera_naga2 wrote:
yang nyatanya virus otak laa wakakaka


Sokong bro...

kalau tu punya virus, payah sikit mau disinfection. banyakkan solat n zikir
laa jawabnya. p tu dari hati juga, mau atau idak jak
Back to top Go down
http://leader-tm.blogspot.com
 

Bahaya Melayari Laman Web Porno

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: