SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Mati akibat sedut lemak.. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Mati akibat sedut lemak.. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Mati akibat sedut lemak..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
under18crew
SIFU
SIFU
under18crew

Male
Countries/State : Sabah
Age : 32
location : Kota Belud
Tag ID: : SFC 02544
Points : 12652
Reputation : 13
Number of posts : 16246

Mati akibat sedut lemak.. Empty
PostSubject: Mati akibat sedut lemak..   Mati akibat sedut lemak.. Icon_minitime26/3/2009, 12:16 pm

Maut sedut lemak

KUALA LUMPUR: Keinginan memiliki tubuh langsing dan cantik menyebabkan seorang pengarah syarikat mati selepas menjalani rawatan membuang lemak di sebuah pusat kecantikan terkemuka di Ampang, petang kelmarin.

Mangsa, Noraini Mohd Ghazali, 30, yang menjalani rawatan lebih 14 kali di pusat kecantikan itu sejak tahun lalu meninggal dunia ketika menjalani rawatan susulan untuk menghilangkan rasa sakit pada pinggul kesan penggunaan ubat-ubatan yang belum dikenal pasti sumber diperoleh.

Dia meninggal dunia beberapa jam selepas menerima suntikan daripada doktor bertauliah di situ.

Noraini ditemani kakak angkatnya, Misha Abu Bakar, 46, pergi ke pusat itu kira-kira jam 3 petang kelmarin bagi mendapatkan rawatan susulan terbabit.

Beberapa bulan lalu, dia pernah menjalani proses pelangsingan iaitu menyedut lemak pada punggung sebelum mengadu sakit pada pinggul malam kelmarin lalu mengajak kakak angkatnya ke pusat terbabit.

Menurut Misha, Noraini mendakwa sakit pada pinggul selain tidak berselera makan sebelum meminta ditemani ke pusat berkenaan esoknya (kelmarin).

“Pada sebelah malam, Noraini ingin ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Dia beria-ia mahu ke sana, malah masih sempat singgah di kedai untuk membeli beberapa helai pakaian sebelum bergegas ke pusat itu.

“Sebaik tiba, dia terus pergi mendapatkan rawatan sementara saya menunggu di bawah premis itu,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.

Selepas beberapa jam menunggu, kata Misha, dia berasa tidak sedap hati sebelum meminta seorang pembantu pusat kecantikan itu menghubungi doktor untuk bertanyakan keadaan adik angkatnya itu.

Lagipun, dia berkata, mangsa hanya mahu melakukan pemeriksaan susulan, bukannya membuat pembedahan.

“Jadi bagi saya, ia tidak mungkin mengambil masa lama. Kira-kira jam 6 petang, seorang pembantu datang mengarahkan saya naik ke tingkat atas untuk bertemu dengan doktor terbabit,” katanya.

Misha yang menganggap perlakuan doktor itu agak pelik kemudian dimaklumkan Noraini sudah meninggal dunia.

“Doktor itu juga mendakwa Noraini muntah tiga kali sebelum tertelan muntah terakhir sebaik disuntik ubat tahan sakit menyebabkan dia meninggal dunia.

“Malah, doktor itu memberitahu, dia sudah cuba menyelamatkan Noraini lebih 45 minit, namun tidak berjaya sebelum meminta saya menerima kejadian itu dengan hati terbuka dan bersabar,” katanya.

Sebaik melihat jenazah mangsa terbaring kaku di atas katil, dia menghubungi suami mangsa, Zaharuddin Zainuddin, 35.

Sementara itu, Zaharuddin berkata, sebaik dimaklumkan kejadian itu, dia bergegas ke pusat itu, tetapi tiba agak lewat kerana terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

“Saya pernah menyuruh isteri menghentikan rawatan seumpama itu, namun mungkin sudah takdirnya begitu.

“Mana tidaknya, isteri pernah beritahu saya terdapat benang ditinggalkan dalam tubuhnya selepas menjalani rawatan. Saya tidak pasti dakwaan itu. Apapun, saya tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika punca kematian Noraini disebabkan kecuaian doktor,” katanya.

Zaharuddin berkata, sekiranya laporan bedah siasat membuktikan pihak terbabit cuai, mereka sepatutnya bertanggungjawab terhadap insiden itu.

Mangsa meninggalkan tiga anak, Puteri Nur Shamimi Ameza, 11, Mohd Akmal Sharmiza, 9, dan Mohd Abid Danish Nasmine, 3 dan masing-masing kini dijaga Zaharuddin.

Jenazah mangsa dibawa pulang ke kampung halamannya di Kampung Tok Uban, Pasir Mas, Kelantan, untuk dikebumikan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan, mengesahkan kejadian berkenaan.
Back to top Go down
putra_sky
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
putra_sky

Male
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : kajang-bofot-keykey
Tag ID: : SFC 04723
Points : 12107
Reputation : 0
Number of posts : 1210

Mati akibat sedut lemak.. Empty
PostSubject: Re: Mati akibat sedut lemak..   Mati akibat sedut lemak.. Icon_minitime26/3/2009, 2:38 pm

akue bru baca ne dkt surat khabar... sian kt arwah... sian lagik laki dia yg tidak tau bininya dah buat 14 kli pembedahan ne.. huhuhu...
Back to top Go down
under18crew
SIFU
SIFU
under18crew

Male
Countries/State : Sabah
Age : 32
location : Kota Belud
Tag ID: : SFC 02544
Points : 12652
Reputation : 13
Number of posts : 16246

Mati akibat sedut lemak.. Empty
PostSubject: Re: Mati akibat sedut lemak..   Mati akibat sedut lemak.. Icon_minitime27/3/2009, 11:03 am

yg bikin kcian lakinya lh..x tau apa2..kalau pn nak kurus bkn gitu jak cara yg ada..
Back to top Go down
MieY_kItTy
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
Tag ID: : SFC 3398
Points : 12042
Reputation : 4
Number of posts : 1858

Mati akibat sedut lemak.. Empty
PostSubject: Re: Mati akibat sedut lemak..   Mati akibat sedut lemak.. Icon_minitime1/4/2009, 6:32 pm

buang lemak berlebihan pun boleh bwk maut...apa lah salahnya pi joging
Back to top Go down
babylie89
SUPERIOR
SUPERIOR
babylie89

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 35
location : Labuan
Tag ID: : SFC 03942
Points : 11794
Reputation : 3
Number of posts : 2753

Mati akibat sedut lemak.. Empty
PostSubject: Re: Mati akibat sedut lemak..   Mati akibat sedut lemak.. Icon_minitime3/4/2009, 3:51 pm

ada juga aku bca news nie..
kcian juga aku bca nie tau
tp klo boleh sesiapa yg kurus 2 bek jgn trlmpau prcya sgt ngan bnda2 2 bha..
kang mmbwa padah ssh ooo
klo nk kurang brt bdn pn boleh juga atur cra pemakanan yg sehat n brsukan ka
huhuhuhu
Back to top Go down
http://www.friendster.com/babylie89
MieY_kItTy
SUPERIOR
SUPERIOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
Tag ID: : SFC 3398
Points : 12042
Reputation : 4
Number of posts : 1858

Mati akibat sedut lemak.. Empty
PostSubject: Re: Mati akibat sedut lemak..   Mati akibat sedut lemak.. Icon_minitime3/4/2009, 11:43 pm

apa leh bt takdir penentu segala
Back to top Go down
>Butterfly<
SENIOR
SENIOR
>Butterfly<

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 39
location : Selangor
Tag ID: : SFC 05070
Points : 11540
Reputation : 12
Number of posts : 610

Mati akibat sedut lemak.. Empty
PostSubject: Re: Mati akibat sedut lemak..   Mati akibat sedut lemak.. Icon_minitime16/4/2009, 12:35 pm

sanggup ambik risiko semata2 nk cantik je... tak berbaloi..
Back to top Go down
Sponsored content




Mati akibat sedut lemak.. Empty
PostSubject: Re: Mati akibat sedut lemak..   Mati akibat sedut lemak.. Icon_minitime

Back to top Go down
 

Mati akibat sedut lemak..

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: