SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
kes adik Nurin Jazlin Jazimin Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
kes adik Nurin Jazlin Jazimin Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 kes adik Nurin Jazlin Jazimin

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3  Next
AuthorMessage
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 38
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12267
Reputation : -1
Number of posts : 2048

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime2/9/2007, 10:48 am

Kehilangan Kak Ngah terus dirindui


kes adik Nurin Jazlin Jazimin 2bm1b10

KUALA LUMPUR: Kehilangan Nurin Jazlin Jazimin, 8,
atau Kak Ngah yang masuk hari ke-12, memberi kesan emosi yang mendalam
terhadap tiga adik beradiknya terutama kakak sulungnya, Nurin Jazshira,
9, yang sering menangis dan termimpikannya.

Nurin Jazshira yang
paling rapat dan dianggap kembar Kak Ngah, Nurin Jazrina, 6 dan Nurin
Jazlisa berusia setahun setengah kelihatan muram sejak kehilangan Kak
Ngah.

Kakak sulungnya itu juga dikatakan mengalami mimpi sama setiap
malam, Kak Ngah dijaga satu keluarga termasuk seorang lelaki yang
dikatakan sering memarahi Kak Ngah.

Ibunya, Norazian Bistaman,
35, berkata berdasarkan mimpi itu Nurin Jazshira memberitahu adiknya
dijaga keluarga berkenaan selain dimarahi seorang lelaki jika Kak Ngah
sibuk menyuruh keluarga itu menghantarnya pulang.

“Situasi
itu menyebabkan saya lebih sedih dan tertanya-tanya kehilangan anak
saya kerana sehingga ini tiada petunjuk diperoleh. Mungkin itu hanya
mimpi, tapi jika mimpi itu benar saya berharap ‘keluarga’ yang menjaga
anak saya memulangkan Kak Ngah secepat mungkin,” katanya ketika ditemui
Berita Minggu di rumahnya di Wangsa Maju, di sini, semalam.


Nurin Jazlin, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Desa Setapak,
dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke pasar malam berhampiran
rumahnya kira-kira jam 8 malam, 20 Ogos lalu.








Bapa Nurin Jazlin, Jazimin Abd Jalil, 33, berkata kehilangan Kak Ngah
masih tidak diketahui datuknya di Perak yang kini sakit berikutan
bimbang kesihatan bapa mentuanya lebih terjejas.


“Kak Ngah antara cucu kesayangan dan jika datuknya mengetahui
kehilangan itu pasti dia bersedih. Sebenarnya kami berjanji untuk
pulang ke kampung melawat datuk pada Hari Merdeka kelmarin, tetapi
kehilangan Nurin Jazlin menghentikan rancangan itu.

“Seboleh
mungkin kami berusaha mencari Nurin Jazlin sebelum ‘kehilangannya’
dirasai bapa mentua saya,” katanya yang kini terpaksa menghentikan
sementara pekerjaannya sebagai pemandu teksi bagi mencari Nurin Jazlin.


Keluarga kanak-kanak itu begitu mengharapkan kepulangan
anaknya terutama menjelang tarikh kelahiran Nurin Jazlin pada 11
September ini.

Norazian berkata, terlalu banyak impian anak
keduanya itu untuk menyambut ulang tahun kelahiran kali ini. Sebelum
kehilangan Nurin Jazlin, dia pernah menyuarakan keinginan untuk
mengadakan sambutan ulang tahun berbeza dengan tahun sebelumnya .


“Dia sibuk meminta saya memasak laksa Penang dan menjemput rakan lain
untuk meraikan hari jadinya selain mengatakan dia sendiri akan memilih
kek yang akan dipotong pada majlis itu.

“Sebelum ini, kami
sekeluarga hanya meraikan sambutan hari lahir secara ringkas dengan
membeli kek dan makan bersama keluarga, tetapi kali ini Kak Ngah
berhasrat meraikannya bersama rakan lain.

Katanya, dia
sekeluarga dihujani ratusan khidmat pesanan ringkas (SMS) dan panggilan
yang mengutuk dirinya tidak pandai menjaga anak daripada individu tidak
bertanggungjawab yang mengambil kesempatan di atas kehilangan Kak Ngah.


“SMS terbaru yang saya terima ialah daripada seorang individu yang
mengaku seorang penyiasat persendirian yang menyatakan ingin membantu
mencari anak saya tetapi bertanyakan upah yang boleh diberikan jika
berjaya menemukan Nurin Jazlin,” katanya.

Sementara itu, Ketua
Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner K Kumaran, ketika dihubungi
berkata polis masih menjalankan siasatan berhubung kehilangan murid
tahun dua itu dan mengharapkan kerjasama semua pihak menyalurkan
maklumat.

“Bagaimanapun, polis memberi amaran kepada individu
yang mengambil kesempatan dengan kehilangan Nurin Jazlin dengan
memberikan SMS ugutan atau palsu kerana boleh menjejaskan siasatan
selain daripada mengganggu emosi keluarga terbabit,” katanya.
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
save
FRESHIE
FRESHIE


Male
Points : 12366
Reputation : 0
Number of posts : 65

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime2/9/2007, 11:36 am

sedey r..Sad
xdpt nk d bayangkan kehilangan org yg tersayang..

yg penyiasat tu pun satu belum ape2 lg dh minta upah
ape daa..Mad
Back to top Go down
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 38
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12267
Reputation : -1
Number of posts : 2048

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime2/9/2007, 11:44 am

tp family tu banyak dapat mesej yang mengarut2 aku dengar2.. mesej marah dorang la sebab x reti jaga anak.. konon nak tolong cari la..tah ape2 je..

tp aku sendiri hairan macam mana budak tu boleh hilang :?: :?:
dulu kes yin..korang ingat tak....
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
save
FRESHIE
FRESHIE


Male
Points : 12366
Reputation : 0
Number of posts : 65

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime2/9/2007, 12:09 pm

ermm..tu la pasal..
mungkin helah diorng nk dpt duit dgn senang dgn menculik budak & minta wang tebusan...
xpun gi jual budak tu kat pasaran gelap atau yg lebih dajal lg jadikan budak2 pelacur pastu duit2 tu masuk kantong diorang...
Back to top Go down
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 38
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12267
Reputation : -1
Number of posts : 2048

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime2/9/2007, 12:35 pm

KUALA LUMPUR: Kelurga Nurin Jazlin, 8, kanak-kanak yang hilang di
Seksyen 1, Wangsa Maju, di sini, dua minggu lalu, dikejutkan pula
dengan khidmat pesanan ringkas (SMS) seseorang mengaku dirinya sebagai
‘penyiasat persendirian’ yang dikatakan dapat menemui Nurin.


Bapa Nurin, Jazimin Abd Jalil, 33, berkata SMS itu turut mengatakan
‘penyiasat persendirian’ itu akan dapat menemui anaknya dan meminta
duit sebagai habuan.

“Antara kandungan SMS itu ialah ‘Jika aku
dapat jumpa anak kau, berapa (duit) kau boleh bayar aku’. Saya tidak
menjawab SMS itu, sebaliknya memberitahu polis bagi membantu siasatan.


“Bagaimanapun, saya berterima kasih kepada orang ramai yang sudi
membantu saya, namun keluarga saya sedih apabila menerima pelbagai SMS
berunsur cacian yang mengatakan kami tidak tahu jaga anak,” katanya.

retreived:
my metro
02 sept 07
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14736
Reputation : 101
Number of posts : 7895

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime2/9/2007, 3:45 pm

lagi satu kemungkinan nak tarik perhatian .. nak dapat bantuan kewangan kot... hahahaha.... satu anggapan lah... kan kes anak hilang skrg ni menjadik perhatian umum... banyaklah yg akan membantu... kalu aku nak culik anak org pun... 2 3 puluh kali pikir. kan polis negara kita dikatakan mantap.. huhuhuhu takut...
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
vijay91hebat
SENIOR
SENIOR
vijay91hebat

Male
Countries/State : Kuala Lumpur
Age : 32
location : Labuan
Points : 12422
Reputation : 0
Number of posts : 649

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime2/9/2007, 5:14 pm

mungkin juga bdk 2 saja2 nak jadi popular.....nanti dpt masuk tv.....hehehehehe
Back to top Go down
vijay91hebat
SENIOR
SENIOR
vijay91hebat

Male
Countries/State : Kuala Lumpur
Age : 32
location : Labuan
Points : 12422
Reputation : 0
Number of posts : 649

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime2/9/2007, 5:20 pm

tpi mngkn jg bdk nie dah kena pukau kot....kesian...bhy btl zmn skrg nie.....
Back to top Go down
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14736
Reputation : 101
Number of posts : 7895

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime2/9/2007, 10:56 pm

vijay91hebat wrote:
tapi mungkn juga budak nie dah kena pukau kot....kesian...bahaya betul zaman skrg ni.....

ada lagi istilah pukau rupanya... huhuhuhu.. pukau cam mana tu??
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
save
FRESHIE
FRESHIE


Male
Points : 12366
Reputation : 0
Number of posts : 65

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime3/9/2007, 12:18 am

mungkin dia pukau gune silat kuntau...:gangster:
xpun dia bg makan kuew teau...geek
segala2nya mungkin..scratch Suspect
Back to top Go down
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14736
Reputation : 101
Number of posts : 7895

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime3/9/2007, 12:23 am

hahahha.. apa lagi silat kuntau ni? ada bau bau bacang ngan silat gayung ke?Laughing
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 38
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12267
Reputation : -1
Number of posts : 2048

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime3/9/2007, 5:15 pm

save wrote:
mungkin dia pukau gune silat kuntau...:gangster:
xpun dia bg makan kuew teau...geek
segala2nya mungkin..scratch Suspect


silat kuntau Suspect first time aku dengar ni.. Suspect Suspect Suspect
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
wiramaroon
REGULAR
REGULAR
wiramaroon

Male
Countries/State : Selangor
Age : 38
location : Selangor
Tag ID: : SFC00231
Points : 12463
Reputation : 0
Number of posts : 411

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime4/9/2007, 12:23 pm

haibara wrote:
save wrote:
mungkin dia pukau gune silat kuntau...:gangster:
xpun dia bg makan kuew teau...geek
segala2nya mungkin..scratch Suspect


silat kuntau Suspect first time aku dengar ni.. Suspect Suspect Suspect

ko memanjang kehairanan jeww haibara
Back to top Go down
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 38
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12267
Reputation : -1
Number of posts : 2048

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime4/9/2007, 12:29 pm

wiramaroon wrote:
haibara wrote:
save wrote:
mungkin dia pukau gune silat kuntau...:gangster:
xpun dia bg makan kuew teau...geek
segala2nya mungkin..scratch Suspect


silat kuntau Suspect first time aku dengar ni.. Suspect Suspect Suspect

ko memanjang kehairanan jeww haibara

haha..nak buat macam mana..ilmu belum cukup di dada.. and kepala.. jelir
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
wiramaroon
REGULAR
REGULAR
wiramaroon

Male
Countries/State : Selangor
Age : 38
location : Selangor
Tag ID: : SFC00231
Points : 12463
Reputation : 0
Number of posts : 411

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime4/9/2007, 12:46 pm

huhuhuhu... nie dulu mesti kecik suke tuang skolah ekkk... tu la xcukup ilmu di da da dan di ke pa la.. Very Happy
Back to top Go down
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 38
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12267
Reputation : -1
Number of posts : 2048

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime4/9/2007, 6:04 pm

wiramaroon wrote:
huhuhuhu... nie dulu mesti kecik suke tuang skolah ekkk... tu la xcukup ilmu di da da dan di ke pa la.. Very Happy

tolong sikit.. pelajar contoh ni tau... haha.. contoh ape tak tau la.. (tak baik takbur)..dont dont
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
wiramaroon
REGULAR
REGULAR
wiramaroon

Male
Countries/State : Selangor
Age : 38
location : Selangor
Tag ID: : SFC00231
Points : 12463
Reputation : 0
Number of posts : 411

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime4/9/2007, 6:27 pm

tau takpe... hehehhe Very Happy
Back to top Go down
Jee_Reena
FRESHIE
FRESHIE


Female
Countries/State : Malaysia
Age : 38
location : Ranau>Gombak
Points : 12392
Reputation : 0
Number of posts : 22

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime7/9/2007, 10:33 pm

aku rasa la kan...kalo d analisis kes2 d malaysia ni mcm 1 cursed. ada trendsetter dia. kalo kes budak ilang, memanjang la kes tu d laporkan.tiap2 ari (xder la sgt) lapor bdk ilang...pelik aku. dulu, kes bas tebalik, pastu bas2 lain lg tebalik. ada time dorg buat kes gempak sendiri. bnyk lg la cth2 yg lain."trend" semasa:dont know:
Back to top Go down
MiRA_TaSHa
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
MiRA_TaSHa

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 00002
Points : 12650
Reputation : 0
Number of posts : 2047

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime20/9/2007, 7:36 pm

Mayat dalam beg sah mayat Nurin Jazlin

PETALING JAYA 20 Sept — Polis hari ini mengesahkan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lepas adalah Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang sejak sebulan lepas. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, ujian darah ke atas mayat dan juga ibu bapa Nurin Jazlin mengesahkan hubungan antara kedua-dua pihak. Katanya, ibu bapa Nurin Jazlin telah dimaklumkan tengah hari ini mengenai keputusan DNA itu.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak
dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam yang berhampiran rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju di sini. Mayat budak perempuan yang tidak berbaju yang dipercayai menjadi mangsa deraan seks ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1 pada pagi Isnin lepas. Sementara itu di KUALA LUMPUR, bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil, 33, seorang pemandu teksi enggan menerima keputusan DNA itu bahawa mayat kanak-kanak itu adalah anaknya. “Saya ayah Nurin... Saya lebih mengenali anak saya dari semua orang. Dalam hati saya berkata mayat itu bukan anak saya. “Jika polis suruh saya ambil mayat tersebut, saya akan terima, saya akan mandikan dan akan mengebumikannya. Tetapi saya hendak polis teruskan usaha mencari Nurin kerana saya tahu Nurin masih berada di luar sana dalam keadaan selamat,” kata Jazimin kepada pemberita di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL). Jazimin juga berkata, beliau pasti mayat itu bukan anaknya berdasarkan keadaan gigi dan parut yang dipunyai oleh Nurin. Nurin, katanya, mempunyai kedudukan gigi yang rapat dan mempunyai parut akibat luka di pangkal pehanya Jazimin
berkata, beliau dimaklumkan mengenai keputusan DNA tersebut pada pukul
12.30 tengah hari oleh polis daerah Petaling Jaya dan diminta datang ke bilik mayat HKL untuk membuat pengecaman semula mayat tersebut.

Sebelum ini, Jazimin dan isterinya Norazian Bistaman, 35 telah dipanggil untuk proses pengecaman di HKL pada Isnin lepas dan tidak mengaku mayat itu anaknya, Nurin berdasarkan kepada keadaan fizikal kanak-kanak yang
ditemui itu. Norazian yang kelihatan sugul ketika ditemui pemberita berkata, beliau rela menerima sebarang keputusan pihak berkuasa. “Apa lagi yang boleh saya kata. Keputusan DNA menunjukkan itu anak saya. Saya reda dengan kehendak Ilahi. “Sebagai seorang ibu saya masih berharap bahawa itu bukan anak saya, ibu mana yang sanggup terima kenyataan bahawa anaknya diperkosa dan dibunuh begitu kejam. Hanya Tuhan sahaja tahu perasaan kesedihan yang saya alami,” katanya dengan linangan air mata.
Norazian berkata sekiranya Nurin Jazlin selamat ditemui, perayaan Hari Raya Aidil Fitri tahun ini adalah yang paling bermakna dalam hidupnya. Malah pakaian raya untuk Nurin Jazlin sudahpun dibeli dan “saya tetap akan menunggu kepulangannya,” katanya sebak.-Bernama

mmg mira dah agak dah... ksian....

jom ramai2 sedekahkan Al-Fatihah :(

mira doa kan moga2 penjahata lahanat tuh cepat2 kene tangkap!!!
Back to top Go down
http://www.tagged.com/mira_tasha
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 38
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12267
Reputation : -1
Number of posts : 2048

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime20/9/2007, 7:51 pm

erm... sedih tul baca.. kesian nurin..sape yg buat mcm tu mamang kejam giler...

al-fatihah...
semoga rohnya dirahmati allah..dan diletakkan bersama golongan yg beriman.. aminnn...
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
MiRA_TaSHa
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
MiRA_TaSHa

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 00002
Points : 12650
Reputation : 0
Number of posts : 2047

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime20/9/2007, 7:56 pm

Polis dapat petunjuk kes mayat dalam beg


Oleh Jalal Ali Abdul Rahim dan Hardi Effendi Yaacob
source = www.bharian.com.my rabu 19 september 2007

KUALA LUMPUR: Penemuan beberapa helaian rambut pada mayat kanak-kanak perempuan yang disumbat dalam beg pakaian (gambar) di Taman Petaling Utama di sini, kelmarin, dijangka dapat membantu polis mengenal pasti identiti pembunuhnya.

Helaian rambut itu serta sampel darah mangsa dikatakan dihantar ke Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras untuk ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Menurut sumber, kanak-kanak itu dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya yang disumbat dalam beg pakaian dengan kaki mangsa dilipat ke dada, ditinggalkan berhampiran pejabat sebuah syarikat penerbitan di Taman Petaling Utama.

"Kanak-kanak itu dipercayai dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam sebelum mayatnya ditemui," katanya kepada Berita Harian.

Penemuan mayat kanak-kanak itu kira-kira jam 8.30 pagi kelmarin, pada mulanya disangka Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang hilang selepas mengunjungi pasar malam berhampiran rumahnya di Wangsa Maju, tiga minggu lalu.

Bagaimanapun, selepas proses pengecaman dilakukan ibu bapa Nurin di Hospital Kuala Lumpur (HKL) petang kelmarin, mayat itu disahkan bukan Nurin.

Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati ususnya pecah dan mengalami pendarahan teruk di bahagian dalam perut akibat disumbat benda keras, yang dipercayai timun dan terung.

Laporan bedah siasat yang dikeluarkan Jabatan Forensik HKL turut mengesahkan terdapat banyak kesan lebam di badan mangsa, dipercayai dipukul.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamad, berkata polis tidak menolak kemungkinan mangsa adalah warga asing kerana tiada kesan suntikan BCG ditemui pada lengannya.


"Berdasarkan keadaan fizikalnya, mangsa dipercayai berusia lapan hingga 10 tahun, dengan ketinggian 150 sentimeter dan berat kira-kira 18 kilogram serta mempunyai tanda lahir pada paha kiri.

"Mangsa bertubuh kurus, kulit cerah dan berambut kerinting paras telinga," katanya kepada pemberita di sini.

Polis semalam turut mengedarkan gambar mangsa dalam usaha mengesan waris kanak-kanak itu kerana mayatnya ditemui tanpa dokumen pengenalan diri.

"Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) berhampiran turut dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu jika ada laporan kanak-kanak hilang di kawasan mereka. Bagaimanapun, belum ada apa-apa perkembangan positif setakat ini," katanya.

Orang ramai yang mengenali mangsa atau kehilangan anak perempuan diminta menghubungi IPD Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.

Arjunaidi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.


"Ini pembunuhan yang kejam kerana membabitkan mangsa kanak-kanak. Melihatkan keadaan mayat dan kecederaan dialaminya, pembunuhnya seorang yang tidak berperikemanusiaan dan ada kemungkinan mengalami masalah mental," katanya.

Beliau berkata, polis juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat beg berisi mayat itu ditemui dalam usaha mengesan suspek.

"Rakaman CCTV yang diberikan syarikat penerbitan itu tidak menunjukkan rakaman luar premis, kecuali rakaman dari kedai di sebelahnya tetapi fokus kamera tidak menghala ke tempat kejadian.

"Kita masih meneliti rakaman individu yang lalu lalang di tempat kejadian dalam tempoh 24 jam sebelum mayat ditemui," katanya.

mira - edeiiii lahh.... kejam tul penjahat tuh rambo rambo rambo
Back to top Go down
http://www.tagged.com/mira_tasha
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14736
Reputation : 101
Number of posts : 7895

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime21/9/2007, 9:29 am

Oleh Jalal Ali Rahim, Hardi Effendi Yaacob, Hanneeyzah Bariah Baharin, Ifwan Tun Tuah dan Nahar Tajri

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Budak10
GAMBAR (kiri): Mayat ditemui dalam beg, (kanan): Nurin Jazlin Jazimin.

Ujian DNA dapati 99.99 peratus sampel darah budak hilang sepadan ibu bapa

SHAH ALAM: Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan sampel darah mayat kanak-kanak yang ditemui dalam beg pakaian di Taman Petaling Utama, Isnin lalu, sepadan dengan ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang dilaporkan hilang sejak sebulan lalu.

Keputusan ujian yang diperoleh polis pada jam 2 petang semalam itu, dimaklumkan kepada ibu bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman sejam selepas itu. Bagaimanapun kedua-duanya, yang dipanggil sekali lagi untuk membuat pengecaman mayat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), menafikan mangsa pembunuhan kejam itu adalah anak mereka.



Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata Jabatan Kimia memaklumkan ujian DNA itu mendapati 99.99 peratus sampel darah kanak-kanak itu sepadan dengan sampel darah ibu bapa Nurin, yang diambil selepas proses pengecaman mayat kali pertama, Isnin lalu.

"Ujian DNA mengesahkan sampel darah itu mempunyai padanan. Sains sudah membuktikan identiti mayat itu. Apa lagi yang boleh kita buat kalau keputusan ini tidak boleh diterima keluarganya," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sehubungan itu, Khalid berkata, ujian susulan akan dijalankan bagi menentukan kesahihan identiti mayat kanak-kanak perempuan itu.

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Mamabu10
GAMBAR (kiri): Jazimin Abd Jalil dan (kanan): Norazian Bistaman.



"Kita sudah meminta ibu bapa Nurin serta kakaknya untuk diambil darah mereka bagi ujian selanjutnya. Ahli keluarga terdekat Nurin, termasuk datuk dan neneknya akan turut diminta membuat pengecaman.

Kita berharap semua pihak, terutama keluarga Nurin dapat memberi kerjasama penuh dalam usaha menyelesaikan kes ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata polis sudah mendapat petunjuk awal bagi menjejaki pembunuh kanak-kanak itu.

"Kita sedang mengawasi seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan kejam ini," katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di ibu negara.

Beliau yang enggan mendedahkan identiti suspek, berkata polis masih menjalankan siasatan dan belum dapat memastikan sama ada pembunuhan kejam itu dilakukan pembunuh bersiri.

"Kita sudah ada petunjuk dan maklumat serta sedang menjalankan siasatan. Setakat ini kita tahu hanya seorang yang terbabit dalam pembunuhan kejam kanak-kanak itu. Suspek juga masih berada di sekitar Lembah Klang," katanya

Musa juga berkata, ujian DNA kali kedua akan dilakukan terhadap ibu bapa Nurin bagi mendapatkan pengesahan mutakhir identiti mayat kanak-kanak itu.

"Identiti mayat itu belum dapat disahkan sebagai Nurin kerana menurut bapanya mangsa tidak mempunyai tanda lahir di paha kiri seperti pada mayat kanak-kanak itu. Saya sudah arahkan Ketua Polis Selangor (Khalid) membuat ujian DNA kali kedua dan keputusannya akan diperoleh dalam masa terdekat," katanya.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, menjadi prosedur biasa bagi polis menjalankan ujian susulan bagi mengenal pasti identiti mayat yang tidak dikenali, terutama membabitkan kes jenayah, malah kes Nurin itu bukan yang pertama.

"Pernah berlaku kes sama sebelum ini membabitkan penyanyi, Along Spoon, yang mayatnya ditemui dalam guni di kawasan terpencil di Negeri Sembilan. Ujian DNA mengesahkan mayat itu adalah Along Spoon, tetapi keluarganya tidak dapat menerima hasil ujian itu," katanya.

Mengenai ketiadaan kesan suntikan (BCG) pada mayat kanak-kanak itu hingga timbul dakwaan kemungkinan mangsa warga asing, beliau berkata polis masih menunggu laporan lengkap perubatan dan penjelasan doktor berhubung perkara itu."

Ditanya sama ada ibu bapa Nurin akan dipanggil untuk disoal siasat, beliau berkata, tindakan itu bukan satu keperluan ketika ini, namun mereka akan diminta menjelaskan sebab mayat kanak-kanak itu dikatakan bukan anak mereka.

Difahamkan, bapa Nurin dipanggil ke Balai Polis Wangsa Maju, kira-kira 4.30 petang untuk memberi keterangan berhubung keengganannya menerima keputusan ujian DNA itu.

"Polis akan turut meneliti sama ada kes penemuan mayat kanak-kanak ini dan kehilangan Nurin mempunyai kaitan dengan 'Lelaki Kucing' yang terbabit dalam beberapa kes pencabulan kanak-kanak di Kampung Baru sebelum ini," katanya.

KRONOLOGI:




  • 20 Ogos - Nurin hilang ketika berjalan seorang diri ke pasar malam dekat rumahnya di Wangsa Maju
  • 24 Ogos - Media melaporkan kehilangan Nurin
  • 26 Ogos - Ganjaran RM5,000 ditawarkan kepada sesiapa yang memberi maklumat
  • 28 Ogos - Polis mengumumkan memanggil 30 individu memberi keterangan berhubung kehilangan Nurin dan kes diklasifikasikan sebagai culik
  • 29 Ogos - Polis mendapat petunjuk mengatakan Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van pada hari kehilangannya
  • 1 September - Keluarga Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, yang pernah hilang di pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur hujung Mac lalu, menasihati keluarga Nurin menubuhkan jawatankuasa bagi menyusun strategi mencarinya
  • 3 September - Polis menubuhkan pasukan khas mengesan Nurin
  • 3 September - Ganjaran kepada sesiapa yang memberi maklumat meningkat kepada RM8,000
  • 4 September - Ganjaran meningkat kepada RM13,000
  • 5 September - Nurin didakwa dilihat berada di Seremban
  • 5 September - Penemuan sebuah van putih di kawasan belukar di Jalan Klang Lama di sini, menggemparkan masyarakat yang menyangka ia mempunyai kaitan kehilangan Nurin
  • 10 September - Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun merayau seorang diri di Taman Tasik Puteri, Rawang, disangkakan Nurin
  • 11 September - Hari ulang tahun ke-8 Nurin
  • 14 September - Ganjaran meningkat kepada RM26,000
  • 17 September - Mayat seorang kanak-kanak ditemui dalam beg pakaian di Petaling Jaya Utama tetapi ibu bapa Nurin menafikan kanak-kanak itu anak mereka berdasarkan pengecaman fizikal
  • 17 September - DNA ibu bapa Nurin diambil untuk diperiksa dan dipadankan dengan mayat itu
  • 20 September - DNA ibu bapa Nurin disahkan sepadan dengan mayat kanak-kanak berkenaan


source: www.bahrian.com.my


Last edited by on 21/9/2007, 11:38 pm; edited 2 times in total
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
coolbone
JUNIOR
JUNIOR
coolbone

Male
Age : 40
location : Putra Height (Future Taipan II)
Points : 12408
Reputation : 0
Number of posts : 108

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime21/9/2007, 8:42 pm

innalillahhiwainnalillahirojiun...
semoga rohnya dicucuri rahmat... cry
Back to top Go down
MiRA_TaSHa
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
MiRA_TaSHa

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 00002
Points : 12650
Reputation : 0
Number of posts : 2047

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime21/9/2007, 9:09 pm

Kesian gak ngan parent arwah nih... sampai tak sggp menerima kenyataan... kiter sumer baru nmpk pic dier takat wajah je... blom nmpk 1 badan... mira paham perasaan parent arwah nih... ksian mmg ksian....
Back to top Go down
http://www.tagged.com/mira_tasha
arep
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
arep

Male
Age : 38
location : Malaysia
Points : 12277
Reputation : 0
Number of posts : 1160

kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime22/9/2007, 1:12 pm

Alfatihah buat adik Nurin dan takziah buat keluarganya...
Back to top Go down
Sponsored content




kes adik Nurin Jazlin Jazimin Empty
PostSubject: Re: kes adik Nurin Jazlin Jazimin   kes adik Nurin Jazlin Jazimin Icon_minitime

Back to top Go down
 

kes adik Nurin Jazlin Jazimin

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 3Go to page : 1, 2, 3  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: