SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Lelaki atau wanita terhebat? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Lelaki atau wanita terhebat? Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Lelaki atau wanita terhebat?

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14760
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Lelaki atau wanita terhebat? Empty
PostSubject: Lelaki atau wanita terhebat?   Lelaki atau wanita terhebat? Icon_minitime2/9/2007, 10:43 pm

Lelaki atau wanita terhebat?
Oleh Diyanah Anuar

PERDEBATAN mengenai siapa lebih hebat, lelaki atau wanita sering menimbulkan `pertelingkahan’ antara kedua-dua jantina. Masing-masing pasti mengatakan mereka lebih bagus daripada jantina lawan.

Lelaki atau wanita terhebat? 2lawan1Topik seperti ini membuatkan sesetengah wanita menjadi lebih feminis, memperjuangkan kesaksamaan jantina manakala lelaki pula lebih chauvinis; tetap merasakan mereka yang paling hebat.

Walau bagaimana ia diperdebatkan sekalipun, jawapan mahupun penyelesaian tidak pernah diperoleh.

Ketidaksefahaman sering berlaku kerana pada dasarnya, lelaki dan wanita mempunyai cara penilaian, keutamaan, peraturan dan tabiat yang berbeza.

Kajian ramai saintis menunjukkan perbezaan antara lelaki dan wanita bukan setakat biologikal. Otak lelaki dan wanita misalnya, bukan saja berlainan tetapi cara penggunaannya juga berbeza.

Wanita lebih kerap menggunakan interaksi antara hemisfera kiri dan kanan otak mereka. Sebab itulah mereka lebih mahir dalam perkara yang membabitkan kemahiran lisan dan gerak hati.

Otak lelaki pula, mempunyai pengasingan yang jelas dalam penggunaannya. Ia bermaksud, kemahiran mereka lebih kepada taakulan (daya berfikir dan membuat rumusan) abstrak dan ruang visual.

Peranan yang berlainan dalam proses evolusi kehidupan lelaki dan wanita turut membentuk tabiat yang berbeza antara lelaki dan wanita. Walaupun keadaan kehidupan sering berubah, lelaki dan wanita cenderung mengikuti `program’ biologikal masing-masing.

Dalam sesuatu hal, lelaki biasanya mempunyai arah tuju yang kukuh. Bila berdepan dengan sesuatu perkara, mereka akan mengenalpasti, mengendali dan menyelesaikan. Wanita sering melihat apa yang berlaku di sekeliling, mengesan masalah serta perubahan terutama yang membabitkan kelakuan dan penampilan.

Otak lelaki diaturkan untuk memburu, oleh itu, mereka mempunyai jarak penglihatan yang agak sempit dibanding dengan otak wanita yang berkebolehan membaca maklumat lebih banyak.

Lelaki berupaya memilih maklumat dan menyimpannya di dalam memori tapi wanita selalunya akan mengimbas maklumat berkenaan tanpa henti. Cara untuk wanita berhenti memikirkan masalah mereka adalah dengan meluahkannya dan bila wanita berkongsi masalahnya dengan lelaki, mereka bukanlah ingin mencari penyelesaian tapi hanya inginkan seseorang mendengar luahan masalah itu.

Kelebihan lelaki, mereka handal menyelesaikan masalah teknikal berbanding wanita.

Wanita mendengar dengan lebih baik, menggunakan lebih banyak perkataan ketika bercakap dan lebih berdikari dalam menyiapkan tugasan.

Selain itu, wanita juga lebih teliti dalam setiap perkara yang mereka lakukan walaupun ada di antaranya dianggap remeh segelintir orang.

Pun begitu, dalam sesetengah perkara, wanita `kalah’ kepada lelaki kerana sifat mereka yang cenderung menggunakan hati dan emosi dalam mengendalikan sesuatu perkara berbanding lelaki yang lebih mudah memberi fokus dalam sesuatu pekerjaan tanpa membabitkan soal perasaan. Ini memberi kelebihan kepada lelaki untuk menjadi pemimpin dalam sesebuah organisasi.

Namun, kekayaan emosi wanita jugalah yang membuatkan wanita lebih tabah dan tekun dalam melaksanakan tanggungjawab seperti mengandung, melahir dan menjaga anak-anak dan suami serta menguruskan rumah tangga.

Tidak hairanlah kebanyakan wanita lebih cekap menjalankan tanggungjawab sebagai ibu tunggal berbanding lelaki bapa tunggal yang selalunya `terpaksa’ mencari pengganti yang dapat membantu mereka menguruskan keluarga.

Dalam industri pengiklanan penerbitan majalah pula, kuasa dilihat masih berada di tangan wanita kerana kebanyakan iklan dan kulit majalah masih menampilkan wanita sebagai tarikannya dan `formula’ ini sememangnya menjadi.

Mungkin ada antara golongan lelaki ataupun wanita yang kurang bersetuju dengan kelebihan dan kelemahan yang diutarakan. Ada yang merasakan diri mereka berfikiran atau berkebolehan melakukan apa yang jantina lawan mereka boleh lakukan.

Hal ini mungkin ada kena-mengena dengan teori Profesor Pembangunan Psikopatologi di Jabatan Psikiatri dan Psikologi Eksperimental, Trinity College, Cambridge, United Kingdom (UK), Simon Baron-Cohen, yang menunjukkan sebilangan individu berkelakuan dan berfikir seperti jantina berlawanan.

Kajiannya mendapati 20 peratus daripada responden lelaki dan wanita mempunyai otak jantina berbeza - lelaki memiliki otak wanita dan sebaliknya; 20 peratus lagi mempunyai otak yang seimbang manakala 60 peratus mempunyai otak yang khusus mengikut jantina masing-masing.

Mungkinkah kerana ini, ada lelaki yang menonjolkan sifat dan keinginan seperti perempuan dan perempuan berkelakuan seperti lelaki?

Hakikatnya, setiap orang tidak kira lelaki atau wanita harus mengakui, terdapat wanita yang lebih bagus daripada lelaki dan begitu juga sebaliknya. Kedua-duanya mempunyai kebolehan yang serupa dalam banyak perkara.

Masa kini, pelbagai bidang kerjaya yang dulunya didominasi atau stereotaip kepada satu jantina saja, kini sudah terbuka kepada kedua-duanya.

Banyak bidang yang tidak lagi hanya dikuasai wanita tetapi turut diceburi lelaki dan ramai yang lebih berjaya daripada wanita.

Begitu juga halnya bila wanita menceburi bidang yang sebelum ini dikuasai lelaki. Ramai wanita mengatasi kebolehan dan memberikan saingan hebat kepada lelaki dalam bidang pekerjaan yang sukar dan sering dianggap hanya mampu dilakukan lelaki.

Perhatikan juga, berapa ramai lelaki yang berjaya dalam bidang masakan, fesyen, dandanan dan kecantikan dan berapa ramai wanita yang mencipta nama dalam bidang profesional serta pentadbiran negara?


Tujuh perbezaan psikologi lelaki dan wanita



  • Lelaki memahami suatu situasi secara keseluruhan dan berfikir secara global sedangkan wanita `memusatkan’ pemikiran mereka serta bergantung kepada perincian dan nuansa.



  • Lelaki adalah pembina dan pencipta. Mereka mengambil risiko dan melakukan eksperimen. Wanita pula memilih pengetahuan paling bernilai dan menurunkannya kepada generasi seterusnya.



  • Lelaki lebih berdikari dalam pemikiran tindakan manakala wanita lebih mengikut idea yang disyorkan orang lain.



  • Wanita kurang menghargai atau memuji diri mereka berbanding lelaki. Wanita sering mengkritik diri mereka dan lelaki pula sering berpuas hati dengan pencapaian diri.



  • Perkara yang memberikan kepuasan juga berbeza. Bagi lelaki, ia adalah karier dan kejayaan sedangkan wanita lebih menitikberatkan keluarga dan anak-anak.



  • Lelaki lebih memikirkan mengenai keperluan mencapai impian mereka. Wanita pula lebih menitikberatkan perhubungan berbanding perkara ini.


    Lelaki jatuh sakit pada kekerapan yang sama seperti wanita walaupun wanita lebih prihatin terhadap kesihatan diri. Wanita menghadapi kesakitan atau kerja yang membosankan lebih baik daripada lelaki.





    source:www.baharian.com
  • Back to top Go down
    http://www.sioloon.com
    DARKNESS88
    OBSERVER
    OBSERVER
    DARKNESS88

    Male
    Countries/State : Singapore
    location : WOODLAND
    Points : 12367
    Reputation : 0
    Number of posts : 1220

    Lelaki atau wanita terhebat? Empty
    PostSubject: Re: Lelaki atau wanita terhebat?   Lelaki atau wanita terhebat? Icon_minitime3/9/2007, 3:41 pm

    klo nak kira hebat....
    wanita lebih hebat....
    contohnye wanita blh melahirkan anak..... korang tau berapa menderitanya dorang bile kat labour tu....
    wanita blh menjaga keluarga dan bekerja sekali gus....
    tu contoh skit....
    kaum lelaki lak kelebihan nya ialah pada akal dan fikiran...
    akal dan fikiran kaum lelaki ni lebih panjang dari kaum wanita....
    tu pasal kaum lelaki adalah ketua keluarga...dan benih dtg dari kaum lelaki.......
    Allah tu maha kaya....tu sebab syurga isteri dibawah tapak kaki suami.........hehehe
    Back to top Go down
     

    Lelaki atau wanita terhebat?

    View previous topic View next topic Back to top 
    Page 1 of 1

    Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
    SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
    Jump to: