SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
deeyan
MODERATOR
deeyan

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : Putatan - KK - Nabawan
Tag ID: : SFC 03516
Points : 12114
Reputation : 4
Number of posts : 1780

JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Empty
PostSubject: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Icon_minitime15/1/2009, 10:04 pm

Jagaan selepas Mengandung.

Apa akan terjadi kepada pesakit yang menghidapi penyakit jantung semasa hamil?
Penyakit jantung boleh membebankan kehamilan. Perubahan peredaran darah akan menambahkan lagi bebanan pada jantung. Semasa hamil, jantung bekerja dengan lebih kuat dari biasa untuk membekalkan oksigen dan juga nutrien terutamanya kepada bayi di dalam kandungan. Di pertengahan kehamilan, jantung bekerja 50% lebih keras berbanding jantung wanita yang tidak hamil. Mujurlah jantung yang sihat dan normal masih mampu mengatasi bebanan yang meningkat yang disebabkan oleh kehamilan. Tetapi bagi jantung yang bermasalah atau berpenyakit, ia tidak mungkin dapat menahan bebanan ini. Oleh sebab itu, wanita yang mempunyai masalah jantung perlu berbincang terlebih dahulu dengan doktor sebelum mengambil keputusan untuk mengandung.

Apakah penyebab penyakit jantung semasa hamil?
1. Penyakit Jantung Kongenital (wujud sejak lahir) ataupun perolehan (diperolehi selepas dilahirkan).
2. Ubat yang digunakan mungkin menyebabkan kegagalan jantung untuk memampasi fungsinya, seperti ubat yang digunakan untuk merawat kelahiran pramatang.
3. Masalah yang berkaitan dengan jantung yang mungkin berlaku pada wanita yang sihat seperti komplikasi Praeklampsia dan juga sesetengah jenis penyakit Kardiomiopati (kelemahan otot jantung).

Penyakit Jantung Reumatik
Pada penyakit ini, injap jantung yang menyempit atau mengalami kecacatan menimbulkan masalah. Peningkatan kadar denyutan jantung, penambahan isi padu darah dan bebanan kerja yang berlaku semasa hamil akan memburukkan lagi keadaan berbanding dengan kehamilan yang sihat dan normal.

Penyakit Jantung Kongenital
Jika kecacatan jantung yang dihidapi itu tidak mewujudkan sebarang gejala sebelum kehamilan, maka kehamilan ini tidak akan banyak menimbulkan masalah. Walau bagaimanapun, jika kecacatan itu memberi kesan pada bahagian kanan jantung dan juga paru-paru, pesakit mungkin akan jatuh pengsan atau meninggal dunia selepas kelahiran. Ini kerana ibu tersebut mungkin menghadapi sianosis (tidak cukup oksigen) yang disebabkan oleh gangguan pada proses pengoksigenan darah. Ibu tersebut mungkin tidak menerima oksigen yang cukup untuk menampung keperluannya semasa pelahiran.

Prolaps Injap Mitral
Pada penyakit ini, gejalanya termasuklah:
• Deruan jantung.
• Debaran.
• Rentak jantung yang tidak seragam.


Apakah faktor risiko yang dikaitkan dengan penyakit jantung semasa hamil?
Wanita yang telah menghidap penyakit jantung sebelum ia hamil berisiko tinggi untuk menghadapi kesulitan semasa mengandung.

Terdapat beberapa faktor lain yang boleh memburukkan lagi gejala dan komplikasi. Antaranya:
• Jangkitan.
• Tekanan darah tinggi.

• Kegemukan.
• Kehamilan kembar.
• Anemia (masalah kurang darah).
• Gangguan rentak jantung.
• Hipertiroidisma.


Bagi wanita yang tidak mempunyai sebarang masalah jantung, kehadiran faktor- faktor risiko ini boleh meningkatkan risiko untuk mendapat masalah berkaitan dengan jantung semasa hamil.

Penyusuan susu ibu
Sejurus selepas bersalin, suhu badan, denyutan nadi dan tekanan darah ibu akan diambil, terutamanya jika wujudnya masalah sebelum ini, seperti Praeklampsia atau pendarahan yang banyak. Jika ibu melalui pembedahan Episiotomi, atau kelahiran tersebut telah menyebabkan berlakunya koyakan pada faraj, maka luka tersebut akan diperiksa setiap hari semasa ibu berada di hospital. Nasihat mengenai senaman dasar pelvis dan mengempiskan perut mungkin akan diajar kepada ibu bersama-sama dengan nasihat mengenai perancang keluarga. Setelah keluar dari hospital, pemeriksaan akan diteruskan oleh bidan atau jururawat masyarakat semasa ia membuat lawatan ke rumah untuk memeriksa keadaan kesihatan bayi. Ibu juga akan ditanya mengenai lokia (lelehan darah dan puing tisu yang keluar dari rahim selepas bersalin) yang seharusnya bertukar warna dari merah ke perang dan akhirnya kepada putih.

Enam minggu selepas bersalin, ibu akan diminta untuk berjumpa doktor atau datang ke klinik untuk pemeriksaan terakhir. Berat badannya akan diambil dan pemeriksaan fizikal sepenuhnya akan dibuat bagi memastikan tiada sebarang komplikasi yang wujud yang mungkin terlepas perhatian. Pada masa yang sama, bayi juga akan diperiksa bagi memastikan ia juga sihat. Doktor akan mengambil tekanan darah ibu dan mengambil sampel air kencing. Payudara, abdomen dan jahitan jika ada, akan diperiksa. Pemeriksaan dalaman akan dilakukan untuk memeriksa saiz dan kedudukan rahim anda dan PAP Smear akan diambil jika telah sampai masanya. Ibu boleh berbincang dengan doktor berhubung dengan perancang keluarga.

Senaman selepas bersalin
Selepas bersalin perut ibu akan mengeleber dan kendur kerana kelemahan otot dan kulit yang teregang di abdomen. Melakukan senaman yang lembut dan perlahan selepas bersalin akan membantu menguatkan otot dan mengembalikan kekejapan otot abdomen dan faraj. Senaman juga boleh mengembalikan bentuk badan ibu dan menjadikannya lebih cergas. Senaman untuk menguatkan dasar pelvis adalah antara senaman-senaman yang penting yang perlu diamalkan oleh ibu-ibu. Otot dasar pelvis mengampu organ-organ seperti pundi kencing, rahim dan rektum. Oleh yang demikian, adalah mustahak kedudukan organ-organ ini dipulihkan kembali setelah mengalami kelasakan bersalin.

Lelehan dari faraj
Berikutan kelahiran bayi, ibu akan mengalami lelehan faraj yang dipanggil lokia. Ianya kelihatan seolah-olah seperti kedatangan haid yang banyak. Ia akan keluar untuk beberapa hari dan beransur-ansur hilang dan seterusnya berhenti dalam seminggu dua. Gunakan lampin bersalin atau tuala lampin yang lebih besar untuk menyerapkan lelehan yang keluar dengan banyak itu kerana ditakuti akan berlakunya jangkitan. Risiko jangkitan adalah tinggi jika tampon digunakan di awal-awal minggu selepas bersalin. Rahim akan mengambil masa selama 6 minggu untuk kembali ke saiz asalnya. Jika ibu menyusu anaknya dengan susu badan, ia akan terasa organ tersebut mengecut semasa ia sedang menyusu.

Kesakitan
Jika perineum (kulit di antara faraj dan dubur) terluka semasa kelahiran atau jika terdapatnya jahitan atau apa-apa sahaja yang memberi tekanan kepada bahagian tersebut, ia akan menimbulkan kesakitan. Kesakitan ini boleh dilegakan dengan menuamkan bahagian perineum dengan pek ais (ketulan-ketulan kecil ais yang dibalut dalam kain yang bersih) atau mencurahkannya dengan air suam. Keringkan bahagian itu dengan menggunakan pengering rambut yang disetkan ke bahagian sejuk. Jangan menggunakan tuala mandi untuk mengelapkannya. Jangan memegang pengering rambut itu terlalu dekat dengan kulit. Lakukannya di dalam bilik tidur bukannya dalam bilik air. Menambah sedikit garam ke dalam air mandian boleh juga melegakan keadaan.

Diet
Walaupun ibu akan kehilangan berat badannya apabila rahimnya mengecut dalam minggu keenam selepas bersalin, ibu perlu menjaga makanannya untuk mengembalikan bentuk badannya seperti dahulu. Cuba makan secara berkala dan sihat. Elakkan dari mengambil snek yang mengandungi terlalu banyak kalori seperti gula-gula, kuih-muih yang manis dan minuman. Jangan berdiet apabila anda menyusu anak dengan susu badan kerana ini akan menganggu sistem badan anda.

Kemurungan selepas bersalin (Meroyan)

Dua tiga hari selepas bersalin anda berkemungkinan mengalami rasa sedih dan murung. Ini dikenali sebagai "muram hari ketiga" (third day blues) atau muram susu, kerana ia datang serentak dengan penghasilan susu di dalam payudara. Perasaan ini disebabkan oleh kesemua perubahan hormon yang berlaku di dalam badan. Ia akan hilang selepas beberapa hari kemudian. Jika tidak, anda perlu berbincang dengan doktor atau jururawat anda. Kemungkinan anda sedang mengalami kemurungan selepas bersalin atau dalam masyarakat Melayu disebut sebagai Meroyan. Keadaan ini jika dibiarkan tanpa rawatan boleh berlanjutan hingga berbulan-bulan.

Gejalanya:
• Terasa sedih dan sugul.
• Kerengsaan dan keletihan.
• Tidak boleh tidur.
• Hilang minat terhadap makanan atau makan terlalu banyak, kemudian merasa kesal atas perbuatan tersebut.

Meroyan merupakan salah satu dari penyakit yang sangat biasa berlaku selepas bersalin. Kemungkinan ianya disebabkan oleh perubahan besar kepada hormon di dalam badan yang berlaku semasa hendak bersalin. Masalah ini masih tidak jelas kenapa ia berlaku di kalangan sesetengah wanita begitu teruk sekali tetapi tidak kepada yang lain.

Jika anda merasakan anda mengalami masalah ini, jangan merasa malu atau segan. Jangan menidakkan keadaan ini. Anda memerlukan pertolongan. Semakin cepat anda mendapat pertolongan semakin cepatlah anda terlepas dari seksaan ini dan mampu mengembalikan kehidupan anda seperti biasa.
Back to top Go down
yiez patzi
SENIOR
SENIOR
yiez patzi

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : kota kinabalu
Tag ID: : SFC 04738
Points : 12064
Reputation : 3
Number of posts : 886

JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Empty
PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Icon_minitime15/4/2009, 12:45 pm

cheers i like this information, good for me :cantek:
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12107
Reputation : -6
Number of posts : 1063

JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Empty
PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Icon_minitime27/4/2009, 8:51 am

info yg bagus. I like.
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12107
Reputation : -6
Number of posts : 1063

JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Empty
PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Icon_minitime27/4/2009, 8:53 am

info yg bagus. I like.
Back to top Go down
deeyan
MODERATOR
deeyan

Male
Countries/State : Sabah
Age : 43
location : Putatan - KK - Nabawan
Tag ID: : SFC 03516
Points : 12114
Reputation : 4
Number of posts : 1780

JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Empty
PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Icon_minitime28/4/2009, 12:37 am

sasukey wrote:
info yg bagus. I like.

TQ bro...kita share pa yg ada Very Happy
Back to top Go down
sasukey
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
sasukey

Female
Countries/State : Sarawak
Age : 74
location : Lb. Ft. @$. k�t�b�$
Tag ID: : SFC ziro
Points : 12107
Reputation : -6
Number of posts : 1063

JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Empty
PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Icon_minitime29/4/2009, 8:54 am

bnyak kan minum jamu
Back to top Go down
Liah
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
Liah

Female
Age : 46
location : kota kinabalu
Tag ID: : SFC 04179
Points : 12488
Reputation : 15
Number of posts : 1258

JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Empty
PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Icon_minitime16/5/2009, 11:14 am

Very Happy good n4

-Ibu perlu mengambil makanan yang mengandungi banyak protein dan vitamin selepas bersalin.

- senanam selepas bersalin bertujuan untuk mempercepatkan proses pemulihan kesihatan tubuh dan mental.

- sentiasa memakai selipar dan stokin agar badan tidak di masuki angin.

Back to top Go down
otai_queen
MODERATOR
otai_queen

Female
Countries/State : Terengganu
Age : 40
location : Kudat
Tag ID: : SFC 03014
Points : 14798
Reputation : 25
Number of posts : 6310

JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Empty
PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Icon_minitime16/5/2009, 11:48 am

penjagaan2 seperti ni mmg penting...

walaupun zaman skrg amalan2 spt bertungku dan berbarut jarang sekali org buat...
Back to top Go down
>Butterfly<
SENIOR
SENIOR
>Butterfly<

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 39
location : Selangor
Tag ID: : SFC 05070
Points : 11548
Reputation : 12
Number of posts : 610

JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Empty
PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Icon_minitime27/5/2009, 11:21 am

otai_queen wrote:
penjagaan2 seperti ni mmg penting...

walaupun zaman skrg amalan2 spt bertungku dan berbarut jarang sekali org buat...

otai_queen dh ada baby ke? What a Face
Back to top Go down
areyang@LA
SENIOR
SENIOR
areyang@LA

Female
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : KePaYaN ridGE '''' TeNoM
Tag ID: : SFC 06134
Points : 11716
Reputation : 10
Number of posts : 766

JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Empty
PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Icon_minitime22/8/2009, 8:05 pm

Info yg sangat penting utk ibu2 yg selepas bersalin..
semestinya ibu yg bersalin harus berpantang..
amalkan cara2 org lama..kerna itu adlh benar... respek
Back to top Go down
laDy_A
REGULAR
REGULAR
laDy_A

Female
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : beaufort-keningau-canada-somalia...
Points : 11704
Reputation : 0
Number of posts : 310

JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Empty
PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Icon_minitime22/8/2009, 8:32 pm

ya... amalkn pantang org lama adalh bgus...n makanan yg seimbang... Very Happy
Back to top Go down
ProjectD
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR


Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : Kk-Keningau-Beaufort-Kuching
Tag ID: : SFC02081
Points : 13960
Reputation : 10
Number of posts : 6723

JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Empty
PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Icon_minitime20/9/2009, 4:20 am

uwaa...t pas bni ku beranak mo amalkan la suma ni kan?..nice info!!!! JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG 23998
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
gurl_usman
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
gurl_usman

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : labuan
Tag ID: : Tag ID : SFC 08199

Points : 11952
Reputation : 1
Number of posts : 1202

JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Empty
PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Icon_minitime6/10/2009, 9:41 am

good info...
up la lg...
ada x info ttg baby yg mempunyai sel darah merah yg sgt pekat( hemoglobin tinngi)... mcmna bole jd mcmtu n mcmna mok ubati...
Back to top Go down
scHa86
REGULAR
REGULAR
scHa86

Female
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : sandakan-tawau-kunak
Tag ID: : SFC 06033
Points : 11265
Reputation : 4
Number of posts : 318

JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Empty
PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Icon_minitime3/11/2009, 1:02 am

gurl_usman wrote:
good info...
up la lg...
ada x info ttg baby yg mempunyai sel darah merah yg sgt pekat( hemoglobin tinngi)... mcmna bole jd mcmtu n mcmna mok ubati...

mksud sis ne... HB tggi la ne kn... more than 15 la g2....kn??

slalu kalu hb yg sgt tggi..d medical paeds site... kitorg buat 'venesection' a.k.a buang drh yg berlebihan dlm bhasa pasar nya... hehe... 2 setakat yg penah sy alami la... hee....
Back to top Go down
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 13753
Reputation : 6
Number of posts : 2276

JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Empty
PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Icon_minitime14/12/2009, 11:10 am

anti-koagulan tak pakai ka sis?
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
M!$z D3v!L
MODERATOR
M!$z D3v!L

Female
Countries/State : Johor
Age : 35
location : kay kay
Tag ID: : SFC 04114
Points : 11973
Reputation : 1
Number of posts : 1451

JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Empty
PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Icon_minitime22/12/2009, 9:51 am

owh.........nice info... respek
Back to top Go down
http://www.friendster.com/izoneny
Baby Ungu
FRESHIE
FRESHIE
Baby Ungu

Female
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : LD
Tag ID: : SFC 09425
Points : 10662
Reputation : 1
Number of posts : 32

JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Empty
PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Icon_minitime8/7/2010, 11:13 am

Suka sngt ni Info
To all suami2..sayang la istri anda sepenuhnya...

ada info tntang Sel Stem Tali Pusat?
Back to top Go down
sarvia
SENIOR
SENIOR
sarvia

Female
Countries/State : Sabah
Age : 34
location : sandakan to kay kay
Tag ID: : SFC 17594
Points : 10241
Reputation : 4
Number of posts : 547

JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Empty
PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Icon_minitime11/2/2011, 10:23 am

o gooood... cheers
Back to top Go down
Sponsored content




JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Empty
PostSubject: Re: JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG   JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG Icon_minitime

Back to top Go down
 

JAGAAN SELEPAS MENGANDUNG

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: BULETIN KESIHATAN :: Kesihatan Ibu & Anak-
Jump to: