SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...

View previous topic View next topic Go down 
Go to page : 1, 2, 3  Next
AuthorMessage
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16604
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime24/10/2010, 11:59 am

KOTA KINABALU

Nama asal Bandar ini ialah Api-api dan Singgah Mata. Ini kerana kawasan ini banyak tumbuhi oleh pokok api-api. Setelah bandar ini berkembang namanya ditukar kepada Jesselton. Nama ini diambil daripada nama pegawai Inggeris yang ditugaskan membuka dan memajukan Bandar ini iaitu Sir Charles Jessel, Naib Pengerusi Syarikat Chartered yang memerintah Borneo Utara setelah bandar ini dijumpai pada 1881. Nama Kota Kinbalu diberi pada tahun 1967 sempena Gunung Kinabalu, gunung tertingi di Asia Tenggara. Kedudukan Bandar ini di pesisir pantai dan membelakangi lereng bukit yang menghijau serta berhadapan dengan Pulau Gaya.

Semua pusat pentadbiran terletak disini kecuali bahagian Perhutanan terletak di Sandakan. Bandar ini adalah bandar pelabuhan bertaraf antarabangsa dan merupakan salah satu pelabuhan yang penting dan besar di Malaysia. Pelabuhan ini sentiasa tenang kerana dilindungi oleh Pulau Gaya dan pulau-pulau peranginan seperti Pulau Manukan dan Pulau Mamutik yang termasuk dalam Taman Tuanku Abdul Rahman. Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu merupakan pintu masuk utama di negeri ini dan juga untuk ke Semenanjung Malaysia. Kota Kinabalu mempunyai pusat pengajian tinggi yang tersendiri iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta Univeristi Teknologi MARA (UiTM) serta Kampus Yayasan Sabah (KYS).

KENINGAU

Daerah Keningau adalah sebuah daerah yang terletak di Bahagian Pedalaman Negeri Sabah. Ia adalah daerah yang tertua dan terbesar di Bahagian Pedalaman. Bandar Keningau terletak kira-kira 128 km di Selatan Kota Kinabalu dan dipisahkan oleh Banjaran Crocker. Menurut cerita masa dahulu, ada sebuah kampung di mana terdapat banyak pokok kayu manis yang juga dikenali sebagai "kayu keningau" dalam bahasa tempatan. Orang-orang Inggeris menerimanya sebagai rempah dan seterusnya menjualnya dipasaran antarabangsa. Setelah saudagar-saudagar asing mengenalinya, permintaannya semakin bertambah dan semakin lama "kayu keningau" semakin mashyur di pedalaman. Untuk mudah mengenali kampung yang banyak pokok keningau, maka kampung itu dipanggil Kampung Keningau. Untuk memudahkan lagi pengenalan Keningau, maka nama Daerah Keningau telah dimasukkan dalam peta.

PAPAR

Menyentuh tentang asal-usul Papar, terdapat lagenda bagaimana daerah Papar mendapat namanya, iaitu keadaan tanah yang rata dan landai, di mana dalam bahasa Brunei keadaan rata itu disebut sebagai "Papar". Manakala terdapat satu lagi cerita iaitu dari batang-batang kayu hanyut yang banyak terdampar apabila berlaku banjir. Kayu-kayu yang hanyut itu juga disebut “Papar�?. Sebelum British memulakan pentadbiran mereka, Papar telah ditadbir oleh pembesar-pembesar tempatan. Ketua daerahmya adalah seorang yang berbangsa Bajau iaitu Datu Amir Bahar. Beliau pernah memimpin satu pemberontakan untuk menghalau seorang pembesar Brunei yang pada ketika itu menguasai daerah Papar. Pembesar Brunei tersebut setelah dihalau keluar dari Papar, kemudiannya telah menyerah daerah ini kepada dua orang asing iaitu Overbeck dan dua beradik Dent pada tahun 1877

KOTA BELUD

Kota Belud terletak di pantai barat utara negeri Sabah. Nama Kota Belud berasal dari bahasa Kaum Bajau iaitu "Kota" bermakna kubu pertahanan dan "Belud" bermakna bukit. Maknanya, Kota Belud diertikan sebagai kubu pertahanan di atas bukit. Menurut cerita lisan, pada zaman silam, sebelum adanya badan pemerintah, sering berlaku permusuhan antara kaum dan antara kampung. Demi memperkukuhkan pertahanan masing-masing, mereka terpaksa mencari tempat untuk bertahan daripada serangan musuh. Justeru itu, kaum Bajau telah memilih sebuah bukit sebagai kota (kubu) mereka, dan bukit itu, dikenali sebagai Kota Belud.
Setelah tibanya zaman pemerintah dan berlaku pembahagian daerah di Negeri Sabah, maka daerah ini dikenali dengan rasminya sebagai daerah Kota Belud. Sejak itu, bukit tersebut yang juga dikenali sebagai Bukit Perintah, telah dibangunkan sebagai Pusat Pentadbiran daerah dan sehingga kini menempatkan beberapa bangunan kerajaan, termasuklah bangunan rumah bekas Pegawai Daerah, yang kini telah dijadikan sebahagian dalam kawasan Rekreasi Taman Tun Said.

TUARAN

Penempatan ini telah sedia wujud sebelum kedatangan penjajah Barat dengan sistem pentadbiran oleh pembesar yang dilantik oleh Kerajaan Brunei daripada kalangan rakyat tempatan. Kewujudan nama Tuaran terbukti melalui surat Raffles kepada Setiausaha British di India memohon kebenaran memasuki Borneo Utara atas pelawaan daripada Sultan Brunei. Pelawaan oleh Kerajaan Brunei adalah didesak oleh masalah lanun yang berleluasa dikawasan Jawaran (Tuaran) dan kawasan Jampasoo (Tempasuk). Tuaran bersempena dengan nama sungai Tuaran iaitu satu-satunya sungai yang amat penting di daerah Tuaran.

SEMPORNA

Semporna terletak di selatan timur Sabah. Semporna dijumpai selepas British menubuhkan Sandakan. Nama Semporna bermaksud "tempat istirehat" dan nama ini diberi selepas British berjaya menumpaskan penentangan kaum Bajau iaitu penduduk tempatan pada pertengahan 1880. Penentangan dari golongan Bajau Laut yang tidak bersetuju dengan undang-undang yang diwujudkan oleh pihak British. Bajau Laut menetap di tepi pantai. Bot yang diperbuat dari kayu balak yang digunakan oleh kaum ini masih boleh dijumpai pada masa kini. Pedagang Cina memainkan peranan penting dalam membangunkan ekonomi di Bandar Semporna. Penternakan mutiara bermula pada tahun 1963 yang meliputi beribu-ribu hektar dan telah menghasilkan mutiara yang banyak untuk dijual di pasaran tempatan dan antarabangsa

SANDAKAN

Sandakan ialah Bandar kedua terbesar di negeri Sabah. Sandakan terletak di sebelah timur Sabah. Bandar ini terletak dalam Bahagian Sandakan dan menghadap ke Laut Sulu. Sandakan dikenali sebagai tiga kampung kecil di tepi pantai pada awal 1870. Nama Sandakan dipercayai berasal dari perkataan lama Sulu yang bermaksud "tempat itu telah dipajakkan kepada orang Eropah sebagai pembalasan bagi sesuatu benda, kerja atau janji". Pada 21 Jun 1879, William Pryer mengasaskan Bandar Baru iaitu "Elopura" di Bull Sim Sim. Elopura bermaksud "tempat yang cantik" selama 200 tahun dahulu sebelum nama Sandakan diberi oleh Cowie, pegawai Kompeni British Chartered.
Bandar Sandakan dibangunkan oleh Kompeni British Chartered pada 100 tahun yang lalu dan berkembang dengan pesat sehingga menjadi penempatan yang terbesar di bahagian utara Sabah. Perkembangan ini disebabkan pusat pentadbiran terletak disini. Kini ia merupakan di antara bandar pelabuhan yang penting di Sabah. Sandakan merupakan pengeluar kayu balak yang terbesar di Malaysia di samping minyak kelapa sawit, hasil lautnya seperti ikan, udang, mutiara serta hasil pertanian seperti tembakau, koko, kopi, sagu dan pisang manila.

TAWAU

Tawau terletak di bahagian Selatan Pantai Timur yang bersempadan dengan Kalimantan, Indonesia. Mengikut sejarah awal, Tawau diserahkan oleh Sultan Brunei dan Sultan Sulu kepada Baron Von Overbeck, pemerintah Inggeris pada tahun 1877. Tawau hanya dibuka pada tahun 1893 memandangkan lokasi yang strategik sebagai bandar pelabuhan dan lurah-lurah yang subur. Koko merupakan pertanian utama hingga menjadikan Tawau sebagai pengeluar koko yang terbesar di rantau Asia. Selain daripada koko, tanaman seperti kelapa sawit, lada hitam dan kelapa juga turut diusahakan. Selain itu, hutan rimba di Tawau juga menyumbang hasil kayu balak kepada ekonomi Sabah. Tawau juga terkenal dengan ternakan udang laut yang pertama dan terbesar di Asia Tenggara iaitu terletak di Umas-umas. Lapangan Terbang Tawau hanya menyediakan penerbangan domestik sahaja. Tawau juga terkenal dengan sarang burung yang banyak ditemui di gua seperti Gua Batarong, Segarong dan Tapadong
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16604
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime24/10/2010, 11:58 pm

LAHAD DATU

Lahad Datu, timur Sabah merupakan sebuah daerah yang mempunyai nilai sejarah tersendiri. Lahad Datu, semasa pemerintahan Chartered Company, merupakan tempat persinggahan datu-datu dari kesultanan Sulu. Lahad berasal dari perkataan suku Βajau-Ѕinama, yakni bermaksud tempat atau negeri, mana kala Datu, merupakan Кeturunan Βangsawan mahupun yang sudah lama menetap di daerah ini khususnya ketua-ketua suku kaum atau Panglima dan Pembesar daerah/
Lahad Datu merupakan kawasan perdagangan dan pemerintahan, sebelum pembangunan giat dijalankan, Lahad Datu menjalankan perniagaan kelapa dan kopra atau kelapa kering. kini, ekonominya lebih tertumpu kepada penanaman kelapa sawit, selain dari ekonomi lain.

BEAUFORT

Beaufort bererti "kota yang indah" dalam bahasa Perancis silam, ia merupakan bandar dan daerah di Sabah di Malaysia timur di kepulauan Borneo. Penduduknya dianggarkan sekitar 61,698 pada 2000. Ia merupakan bandar provincial sekitar 90 kilometer selatan Kota Kinabalu, dengan rumah kedai dibina tinggi dari jalan bagi mengelakkan banjir berkala dari Sungai Padas. Pada asalnya ditubuhkan bagi membantu kemajuan ekonomi dalaman Sabah, kemakmuran awalnya berkait rapat dengan penanaman getah. Semasa Perang Dunia II, ia merupakan tepak pertempuran antara tentera Jepun dan Australia. Kemakmurannya kini bergantung kepada industri kelapa sawit.

Beaufort merupakan perhentian Kereta api Borneo Utara yang dikendalikan oleh Sutera Harbour Resort. Stesyen kereta api di Beaufort bertarikh dari 1905. Khidmat harian biasa dikendali oleh Jabatan Keretapi Negeri Sabah.

Khidmat perubatan dibekalkan oleh hospilal kerajaan 140 katil yang mempunyai khidmat rawatan utama dan kedua. Terdapat tiga klinik swasta dalam kawasan bandar.

Beaufort biasanya dilawati oleh tetamu bagi berakit air putih melalui Jeram Padas di Sungai Padas berhampiran yang dinilai sungai Grade 2 hingga 3.

Pasar terbuka, yang dikenali sebagai tamu diadakan setiap minggu pada petang Jumaat sehingga petang Sabtu. Keluaran tempatan seperti buah segar, sayuran, daging segar, dan ayam hidup dijual di situ. Hari ia diadakan berbeza dari daerah ke daerah yang lain. Beaufort juga terkenal di Sabah bagi hidangan cinanya yang dikenali sebagai Mee Beaufort, hidangan mee dihidang kering atau berkuah.

Beaufort merupakan bandar berkembar kepada Beaufort, North Carolina.

KOTA MARUDU

Marudu berasal dari bahasa salah satu suku kaum di Sabah. Kata "MARUDU" berasal dari bahasa orang-orang BALANINI iaitu dari kata "MAIRUDU" atau MAIULUDU"yang dalam bahasa Melayu membawa maksud " suatu kedudukan di situ-situ juga". Orang-orang Balanini yang mendiami perairan Teluk Marudu dan melakukan aktiviti menangkap ikan dan perdagangan laut di perairan Marudu sering kali belayar dari Limau-limauan Kudat menyusuri teluk Marudu hingga ke Kg telaga Pitas . Apabila mereka belayar balik ke seberang teluk di Limau-limauan mereka akan melalui jalan pintas atau menyeberangi Teluk Marudu dan bukan lagi menyusuri Teluk Marudu. Mereka yang berkomunikasi sesama orang laut apabila ditanya dari mana, mereka akan menjawab "Mairu du" atau "Mairu lu " atau dalam bahasa Melayu bererti "di situ juga" ( merujuk kepada kedudukan geografi Teluk Marudu yang membentuk satu lingkungan teluk yang besar). Lama-kelamaan istilah Mairudu bertukar ke marudu dan mailudu menjadi Maludu. Justeru itu, penulis-penulis Barat sering kali merujuk Marudu sebagai Marudu, Marudo atau Maludu.

KUDAT

Kudat mendapat nama awalnya daripada perkataan Bajau-Bannaran dan Вajau Úbian iaitu kata "Takudat" yang bermakna Terkejut. Sebelum kedatangan British Ke Kudat, dan sebelum Kudat mendapat namanya kawasan bandar Kudat ditadbir oleh Maharaja Panglima Untung atau nama sebenarnya Hj Abdul Rahim ( beliau merupakan seorang yang berketurunan Suluk-Bannaran/sungai dan beliau merupakan bapa kepada ibu Tun Datu Mustapha Bin Datu Harun.Hj Abdul Rahim bersepupu dan merupakan salah seorang guru ilmu kebatinan kepada Datu Paduka Mat Salleh atau dikenali juga sebagai Haji Abdul Salam ) yang telah diberikan kekuasaan oleh Sultan Sulu untuk mentadbir wilayah utara Kudat (termasuk Talaga dan Pitas ) berpusat di Limau-limauan ( Kudat ).Sewaktu A H Everett datang ke Kudat, beliau telah menaiki kapal Besar dan membunyikan hon dan meriam sebagai menandakan kedatangannya ke pantai Kudat. Tindakan ini mengejutkan Hj Abdul Rahim dan mengatakan beliau "Takudat" atau terkejut dengan peristiwa ini.Beliau dan pengikutnya telah menemui A H Everett dan mengalu-alukan kedatangannya ke Kudat. A H Everett telah menerangkan kedatangan beliau ke Kudat dan menerangkan bahawa Sabah telah dipajakkan oleh Sultan Sulu ke pada Kompeni British dan pihak kompeni ingin membuka pelabuhan dan menjadikan pusat pentadbiran di situ atas cadangan dan nasihat Sultan Sulu.A H Everett bertanyakan kepada Hj Abdul Rahim apakah nama tempat itu.Hj Abdul Rahim menerangkan bahawa tempat itu belum bernama tetapi mengatakan beliau 'tekudat' atau terkejut dengan kedatangan pihak kompeni. A H Everett mengulangi kata-kata KUDAT! dalam loghat British dan menyebut Yes Kudat...Sejak itu tempat itu dipersetujui untuk dinamakan sebagai KUDAT.
Back to top Go down
kgboyz19
REGULAR
REGULAR
kgboyz19

Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : Sem4na
Tag ID: : SFC12063
Points : 10751
Reputation : 7
Number of posts : 343

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime25/10/2010, 12:28 am

syokla info2 ko ni bro....upload lg yg lain..kekeke Laughing
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16604
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime25/10/2010, 12:36 am

bah, dilayan bah klu kau...info update

PITAS

Pitas pada asalnya di panggil sebagai Tupak yang bermakna "seberang". Tupak ini merujuk kepada tempat tinggal Momogun Tombonuvo dan Momogun Rungus pada zaman dahulu. Setelah berlakunya persengketaan sesama Momogun di Teluk Bandau sebilangan penduduk Bandau meninggalkan kawasan Bandau kerana serangan Sindaat Mogkorudu yang di lancarkan oleh Aki Palzavan dan Aki Sook. Pitas adalah merujuk kepada kawasan atau petempatan di mana Sindaat Mogkorudu tidak lagi berkuasa iaitu di sebelah Sungai Bengkoka.

Sejak hari itu kawasan tersebut yang di kenali sebagai Tupak turut di panggil sebagai Pitas iaitu setelah menyeberangi kawasan tersebut orang-orang Teluk Bandau tidak lagi menjadi mangsa serangan Ilmu Hitam Sindaat Mogkorudu.

Sebutan Pitas berasal dari perkataan "NOPITAS" atau "MINITAS" iaitu selepas melalui kawasan itu maka orang-orang Bandau terlepas dari kuasa Sindaat Mogkorudu.

Selain daripada itu Pitas ini juga merujuk kepada sebutan penduduk Momogun setempat mengenai Sungai Bengkoka yang sering di mengalami banjir besar. Banjir besar yang melanda sungai bengkoka menyebabkan sungai tersebut terputus dan ia di sebut "nopitas" dalam bahasa momogun. Melalui dua legenda ini sehingga hari ini daerah itu di sebut sebagai Pitas di mana pada zaman dahulu di panggil sebagai Tupak iaitu tempat orang Momogun (Rungus dan Tombonuvo) sering menyeberang.

Pada hari ini Tupak tetap di gunakan oleh sebilangan masyarakat Momogun Rungus sebagai kelembutan bahasa atau mengelakkan dari mengingatkan lagi kisah hitam yang pernah berlaku sesama Momogun pada zaman lampau. Ini kerana pada zaman dahulu ramai yang mengelak untuk mengatakan Pitas untuk tidak menyinggungkan lagi persengketaan dahulu. Namun sebutan Pitas ini kembali di gunakan pada zaman ketua lanun Syarif Osman dan zaman penjajahan untuk menghidupkan lagi sempadan-sempadan yang pernah di buat oleh Aki Palzavan dan Aki Sook melalui ritual tertentu bagi tujuan upacara-upacara keagamaan Labus pada zaman itu.

RANAU

Ranau berasal dari perkataan Ranahon yang bermaksud kawasan sawah padi. Biasanya masyarakat Dusun di daerah Ranau mengusahakan tanaman padi huma atau padi bukit memandangkan bentuk muka bumi di sini yang berbukit bukau. Tetapi bagi penduduk di Lembah Ranau, mereka mengusahakan tanaman padi sawah atau dalam bahasa tempatan Ranahon.

Panggilan singkat Ranahon ialah Ranau. Kebetulan kawasan ini telah membangun dan menjadi pusat pentadbiran daerah dan oleh itu perkataan Ranau telah digunakan sebagai nama rasmi daerah ini.
Back to top Go down
jeng_jeng
JUNIOR
JUNIOR
jeng_jeng

Female
Countries/State : Sabah
Age : 34
location : Lahad Datu
Tag ID: : SFC 07882
Points : 11000
Reputation : 1
Number of posts : 197

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime25/10/2010, 12:47 am

btl la tu sejarah tu Ld hihi Very Happy
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16604
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime25/10/2010, 12:51 am

jeng_jeng wrote:
btl la tu sejarah tu Ld hihi Very Happy

klu ada info tambahan, bah kasi layan disini...biar kita kenal tmpt2 org...
Back to top Go down
kgboyz19
REGULAR
REGULAR
kgboyz19

Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : Sem4na
Tag ID: : SFC12063
Points : 10751
Reputation : 7
Number of posts : 343

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime25/10/2010, 10:17 am

Aduii....lama sdh tidak baca sejarah ni..kekekek...mau msk skol blk.wakkakak..
Bro im ko jgk ba arapan kkekkeke
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16604
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime25/10/2010, 11:03 am

bah, klu ada info2 berguna...kita share kan jak...

bah dipelawa klu geng2 lain ada info tambahan utk post kan...
Back to top Go down
wanchai
SUPERIOR
SUPERIOR
wanchai

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : Kerja/Kwin=Kudat & Kmpung/Asal=Putatan/KK
Tag ID: : SFC 04762
Points : 12876
Reputation : 8
Number of posts : 2092

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime25/10/2010, 12:13 pm

"opocot!!", takudat aku..
Back to top Go down
http://sioloon.ning.com/profile­/WaNcHaI
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16604
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime25/10/2010, 7:15 pm

wanchai wrote:
"opocot!!", takudat aku..

hmmm...bagus...terus dpt aplikasi pulak ya... Wink
Back to top Go down
ah chong
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
ah chong

Male
Countries/State : Australia
Age : 41
location : melbourne,australia
Website : www.angle-d5.com/ahchong sioloon
Tag ID: : SFC 06241
Points : 12327
Reputation : 10
Number of posts : 1288

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime25/10/2010, 7:55 pm

regarding pasal sandakan tue saya dapati ada beberapa fakta yang salah...ikut kajian,sandakan dtemui pada 1879 oleh sir william b pryer dan tempat berlabuh pertama adalha kawasan buli sim2 yang mana pasa masa itu dkenali sebagai sandakan..sandakan is come from 2 words which is SANDAK AND KAN..SANDAK means pawn,but no other historian know what happen that time and activity there who pawn it from who..no detail bout that for sure.kan is only the suffix of the words..william clark cowie landing in german island in first place not in mainland sandakan...after the island been burn they come to mainland of sandakan...plz make in detail and the fact is the fact...salah fakta akan membuatkan kita tersasar....jangan refer dari 1 buku sahaja..plz used atleast 6 buah buku regarding bout history
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16604
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime25/10/2010, 8:10 pm

tambahan info SANDAKAN utk mengukuhkan bukti sejarah awal daerah ini

Lagenda Sandakan bermula beberapa tahun sebelum Pryer. Kampung German yang dijadikan oleh Kaptain William Schuck berbangsa Jerman sebagai pangkalan perniagaan merupakan penempatan pertama, walaupun pada masa tersebut sudah ada beberapa orang Sulu yang menetap di sekitar laut berdekatan. Apabila Kaptain William Schuck mendapat sebuah pulau di kesultanan Sulu, maka Wiliam Clarke Cowie, seorang pedagang dan pelaut dari Scotland, telah mengantikannya. Penempatan ini menjadi pusat perniagaan senjata yang tidak berjaya. Beliau akhirnya mencari rakan niaga dari Kesultanan Sulu dan meninggalkan Kampung German.

Pada masa yang sama Baron de Overbeck telah berjaya mendapatkan konsesi sebahagian wilayah Sandakan setelah bertemu dengan Sultan Sulu yang bernama Sultan Jamal Ui Alam. Keluasan ini bermula dari Sungai Sibuco (Sg. Sibuga) sehinggalah wilayah Sungai Padasan kira-kira 20,000 batu persegi. Menurut perjanjian tersebut, Baron de Overbeck akan membayar sebanyak $5,000 setiap tahun. Serentak itu juga, Baron de Overbeck diisytiharkan sebagai Dato Bendahara serta Raja Sandakan berkuatkuasa pada 1878.

Untuk mentadbir wilayah yang dimilikinya, de Overbeck telah menyerahkan pentadbiran dan pengurusan kawasan-kawasan ini kepada beberapa pegawai Inggeris yang dipercayainya. Antara orang yang dipercayainya ialah William Burgess Pryer. Bandar Sandakan mula berkembang apabila ia di tadbir oleh William B. Pryer pada 21 Jun 1879.

Apabila Pryer tiba di Kampung German dalam 1878, tugas pentadbirannya yang pertama adalah memperkenalkan satu undang-undang yang dikenali sebagai undang-undang cukai perdagangan bagi mengelakkan berlakunya eksploitasi perdagangan yang berlebihan. Rundingan terpaksa di buat bersama dengan pemimpin suku di kawasan tersebut. Akhirnya satu persetujuan di capai, cukai perdagangan telah diperkenalkan untuk keseragaman. Pembaharuan ini mendapat sokongan dan bantahan dari beberapa suku kaum, walau bagaimanapun Pryer berjaya mengatasi masalah ini walaupun berlakunya Peristiwa Timbong di mana Emaum Jelanee yang mengetuai suku kaum Bajau Laut telah menyerang Pulau Timbong. Bantahan ini berlaku kerana ia menyekat kebebasan berdagang.

Beberapa masalah seperti masalah lanun menyerang juga dapat diatasi oleh Pryer. Kemajuan, kestabilan perdagangan dan keamanan di bandar baru ini telah menarik minat pedagang asing seperti pedagang Cina serta suku kaum di Kepulauan Filipina.

Pryer juga berusaha memperkembangkan kekuasaannya sehingga ke kawasan Kinabatangan. Kawasan ini penting kerana hasil hutan dan hasil sarang burung di Gua Gomantong merupakan bahan mentah yang terkenal.

Dalam kepesatan pembangunan Kampung German akhirnya telah terbakar akibat kecuaian seorang penduduk Kampung bernama "Sabtu". Kebakaran tersebut telah memusnahkan seluruh kampung termasuk rumah Pryer sendiri. Keadaan ini telah menyebabkan Pryer dan penduduk Kampung berpindah ke satu kawasan baru yang terletak di muara teluk pada 18 Jun 1879. Kawasan ini dikenali sebagai Buli Sim-Sim (Booly Sim-Sim).

Pryer telah menamakan tempat ini ‘Elopura’ yang bermaksud “Bandar yang Indah”. Pryer menebang pokok yang pertama apabila menjalankan kerja-kerja pembersihan sepenuhnya kerana Buli Sim-Sim ketika itu merupakan kawasan hutan yang dipenuhi dengan pokok-pokok bakau.

Menjelang tahun 1881, Elopura telah berkembang menjadi sebuah pekan yang di bina sebahagiannya di atas air. Jambatan-jambatan yang tidak berapa teguh di perbuat daripada nibong berfungsi sebagai jalan raya. Pada tahun 1882 terdapat lebih kurang 57 buah rumah dengan penduduk seramai 696 orang dan jumlah ini kemudian meningkat dari tahun ke tahun dengan komposisi komuniti Bajau, Cina, Sulu dan lain-lain. Terdapat seramai 30 orang Eropah, 3000 orang-orang Cina dan 3,000 pelbagai Cina.

Oleh itu, William B. Pryer merupakan orang penting dalam merintis pembangunan awal bandar Sandakan dengan penyediaan asas-asas polisi pentadbiran untuk diteruskan oleh pemimpin lain. Beliau meletakkan jawatan pada tahun 1890 dan secara langsung tidak lagi menjadi pengerusi “British North Borneo Development Corporation”.

sumber: Perpustakaan Wilayah Sandakan
P/S 1339, 90714, Sandakan, Sabah.
Back to top Go down
gto_nation
REGULAR
REGULAR
gto_nation

Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : Cowboy Town (Lahad Da
Tag ID: : SFC 10466
Points : 10895
Reputation : 1
Number of posts : 277

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime10/11/2010, 12:46 am

Kota Kinabalu - ada 1 nama lagi sebelum Api-api...Sebelum Api-api, KK dikenali sebagai Deasoka sblm mendapat nama Api-api..

Sumber :
teringat kajian asal usul kk bersama lecturer time di kolej dulu.. Smile
Back to top Go down
kgboyz19
REGULAR
REGULAR
kgboyz19

Male
Countries/State : Sabah
Age : 40
location : Sem4na
Tag ID: : SFC12063
Points : 10751
Reputation : 7
Number of posts : 343

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime10/11/2010, 12:32 pm

cantekk la nama semporna=tempat istirehat..kekekeke Romeo & Juliet
Back to top Go down
syikin1802
FRESHIE
FRESHIE
syikin1802

Female
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : Putat-Town
Tag ID: : SFC 08276
Points : 10766
Reputation : 1
Number of posts : 10

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime20/11/2010, 6:06 am

info yg bguna..best baca Very Happy
Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18513
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime20/11/2010, 8:39 pm

ngam btl ada info ne...boleh kongsi2..syokk la bro... Bagus Agree
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16604
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime21/11/2010, 1:51 pm

klu ada info tambahan dr sumber2 tdk rasmi spt dr org-org dulu...mesti lg menarik sejarahnya kan???
Bole la dikongsi kan...
Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18513
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime21/11/2010, 2:18 pm

Bro im..bro ada info ka ttg satu kwasan pedalaman yg terdapat d pedalaman kudat..pulau Banggi..sy ada dgr2 dr kwn yg asal dr sna,kwasan tu msh terpinggir..teda elektrik,teda laluan kndraan smpai sna,signal line phone pn mau naik bukit tggi bru ada..tp yg mnariknya tmpt tu,dia d kwasan pulau,masih ada org asli yg mnetap d sana..(msh pkai cawat jg)..n smber mkanan laut yg mnarik@pelbagai sprti abalon,sotong,kima,ikan2 yg jrg kita lihat..
Back to top Go down
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14738
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime21/11/2010, 2:28 pm

Kornurts wrote:
Bro im..bro ada info ka ttg satu kwasan pedalaman yg terdapat d pedalaman kudat..pulau Banggi..sy ada dgr2 dr kwn yg asal dr sna,kwasan tu msh terpinggir..teda elektrik,teda laluan kndraan smpai sna,signal line phone pn mau naik bukit tggi bru ada..tp yg mnariknya tmpt tu,dia d kwasan pulau,masih ada org asli yg mnetap d sana..(msh pkai cawat jg)..n smber mkanan laut yg mnarik@pelbagai sprti abalon,sotong,kima,ikan2 yg jrg kita lihat..


Sejarah Membentuk Rupa Penduduk Pulau Banggi

Kampung Karakit yang merupakan lokasi bagi Projek Pemberian Perkhidmatan Sejagat (USP) mempunyai sejarahnya tersendiri. Sejarah kampung ini bermula daripada penemuan rakit yang terdampar di pantai oleh penduduk awal yang tiba di pulau tersebut. Di atas rakit itu pula, terdapat seekor kera. Berikutan daripada peristiwa itu, penduduk telah menamakan kampung ini sebagai Kampung Karakit.

Perkataan Pulau Banggi pula sebenarnya disebut Bonggi. Ini kerana, maksud Banggi dalam bahasa kaum Dusun ialah bangkai. Manakala, Dusun Banggi pula sepatutnya disebut Dusun Bonggi. Pulau ini dinamakan Banggi kerana ia didiami oleh suku kaum Dusun Banggi. Suatu ketika dahulu, rumah-rumah suku kaum Dusun Banggi dibina di atas pokok kira-kira 20 m dari aras tanah. Mereka membina rumah di atas pokok bertujuan untuk mengelakkan perkara yang buruk daripada berlaku. Keadaan ini disebabkan, Pulau Banggi selalu diserang oleh lanun dan penduduk akan bertindak menyerang lanun-lanun tersebut dari atas pokok dengan melempar senjata seperti batu.

Sebelum ini, kebanyakan suku kaum Dusun Banggi beragama Pagan. Namun kini, ramai di antara mereka telah menganut agama Islam dan Kristian. Bagi mereka yang beragama Pagan, apabila berlaku kematian di sesebuah rumah, mereka akan meninggalkan rumah tersebut lalu membina rumah di tempat lain. Kini kaum Dusun Banggi membina penempatan mereka di atas tanah sebagaimana penduduk lain di pulau tersebut.

Menariknya, Dusun Banggi mempunyai tarian yang dikenali sebagai Tarian Tambadak yang dipersembahkan untuk merawat pesakit. Kini, apabila ada lawatan menteri ataupun orang kenamaan ke pulau ini, mereka akan mempersembahkan tarian tersebut untuk menyambut ketibaan mereka. Terdapat beberapa peninggalan sejarah di Pulau Banggi seperti perigi yang dibina oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu. Perigi tersebut masih lagi digunakan oleh penduduk di pulau ini untuk mandi, membasuh pakaian dan lain-lain.

sumber: http://telecentre.my/pulaubanggi/index.php/ms/sejarah.html
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16604
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime21/11/2010, 2:31 pm

sedikit lagi tambahan info Pulau Banggi:
Pulau Banggi merupakan pulau kecil yang terletak berdekatan dengan daerah Kudat, Sabah, Malaysia. Keluasan sebesar 440.7 kilometer persegi merupakan pulau yang terbesar di Malaysia , diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.
Penduduk utama Pulau Banggi ialah suku kaum Ubian dan Orang Asli "Bonggi". Terdapat juga lain-lain kaum iaitu orang Βajau, Kagayan dan Ѕuluk.
Sebahagian mereka menjadi nelayan dan membina rumah air iaitu rumah bertiang kayu yang dibina di pantai landai lagi cetek.

sumber:wikipedia
Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18513
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime21/11/2010, 2:37 pm

woo...thanks 4 da info bro aLFFiaN...syok oo pulau banggi tu..kwn sy ckp dorg slalu main volleyball dgn kwn org asli tu..cma dorg ssh mau brkomunikasi sbb org asli tu cma tau gna bhsa isyarat..trasa mo p sana jg jlan2 satu masa nti.. Agree
Back to top Go down
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14738
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime21/11/2010, 2:39 pm

Kornurts wrote:
woo...thanks 4 da info bro aLFFiaN...syok oo pulau banggi tu..kwn sy ckp dorg slalu main volleyball dgn kwn org asli tu..cma dorg ssh mau brkomunikasi sbb org asli tu cma tau gna bhsa isyarat..trasa mo p sana jg jlan2 satu masa nti.. Agree

itu dulu... skrg ni banyak penduduk pulau banggi jadi kontraktor. sudah jadi jutawan... naik VIGO naik camry naik ninja king...
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18513
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime21/11/2010, 2:40 pm

im wrote:
sedikit lagi tambahan info Pulau Banggi:
Pulau Banggi merupakan pulau kecil yang terletak berdekatan dengan daerah Kudat, Sabah, Malaysia. Keluasan sebesar 440.7 kilometer persegi merupakan pulau yang terbesar di Malaysia , diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.
Penduduk utama Pulau Banggi ialah suku kaum Ubian dan Orang Asli "Bonggi". Terdapat juga lain-lain kaum iaitu orang Βajau, Kagayan dan Ѕuluk.
Sebahagian mereka menjadi nelayan dan membina rumah air iaitu rumah bertiang kayu yang dibina di pantai landai lagi cetek.

sumber:wikipedia

tq bro im..nah ngam la tu bro im..kwn sy tu suku ubian n sorg lg kagayan..tp bhasa sukun dorg tu lbh kurg macam dusun,bjau,ma suluk ni..
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16604
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime21/11/2010, 2:51 pm

Code:
pulau yang terbesar di Malaysia , diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

ini yg menarik ni...klu dimajukan lg ni, mesti lagi famous ni...setanding dgn pulau kategorinya...
Back to top Go down
LuVrAiN3
REGULAR
REGULAR
LuVrAiN3

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 32
location : Switzerland of the East-----Kota Kinabalu---Kuala Penyu
Website : http://www.sioloon.com
Tag ID: : SFC 12186
Points : 10694
Reputation : 4
Number of posts : 306

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime18/1/2011, 10:58 pm

daerah Tambunan kamu xmaw knal kh?hehehe
Back to top Go down
https://www.facebook.com/LuVrAiN3      www.tagged.com/yuriahn
Sponsored content




Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Empty
PostSubject: Re: Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...   Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas... Icon_minitime

Back to top Go down
 

Kenali daerah2 di Sabah secara ringkas...

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 3Go to page : 1, 2, 3  Next

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: