SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
lagi bas terbabas Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
lagi bas terbabas Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 lagi bas terbabas

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14706
Reputation : 101
Number of posts : 7895

lagi bas terbabas Empty
PostSubject: lagi bas terbabas   lagi bas terbabas Icon_minitime22/8/2007, 12:26 pm

Pemandu mengantuk, lagi bas terbabas

Oleh Ramli Ibrahim dan Betty Subaryati


lagi bas terbabas 22bh1b
GUA MUSANG: Seorang penumpang maut, manakala 28 lagi cedera termasuk empat parah apabila bas ekspres, Triton, yang dalam perjalanan dari sini ke Kuala Lumpur tanpa pemandu gantian, terbabas dan terbaik ke dalam parit dekat Felda Chiku di sini, awal pagi semalam.

Siasatan awal polis mengesyaki pemandu bas berkenaan, Alias Ismail, letih dan mengantuk kerana dia sebelum itu dikatakan baru tiba ke Kota Bharu selepas membawa penumpang dari Kuala Lumpur.

Lelaki berusia 43 tahun dari Kampung Jelawang, Dabong, Kuala Krai itu melarikan diri dari tempat kejadian. Sehingga petang semalam, dia belum membuat laporan polis dan kecederaannya belum diketahui.

Dalam kejadian jam 1 pagi di Kilometer 30.3 Jalan Gua Musang-Kuala Krai itu, Benyamin Ali, 28, guru agama warga Kemboja, mati di tempat kejadian kerana cedera parah di kepala dan badan akibat tersepit.

Empat mangsa yang parah ialah Hamizah Mohamad, 15; Habsah Yusof, 53 dan Rosaida Ismail, 31, yang kini dirawat di Hospital Gua Musang (HGM), manakala Mohd Atif Mohd Razit, 13, dirawat di Hospital Kuala Krai (HKK).

Semua penumpang lain termasuk lima lagi kanak-kanak yang cedera ringan, dirawat sebagai pesakit luar di HGM, sebelum dibenarkan pulang.

Sepasukan anggota Bomba dan Penyelamat Gua Musang diketuai Pegawai Operasinya, Yahya Abdullah, terpaksa menggunakan kren bagi mengalih bas yang terbalik sebelum dapat mengeluarkan mayat mangsa. Mangsa yang cedera dibantu orang ramai di kawasan itu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi, berkata pemandu bas terbabit dikatakan hanya sempat tidur dua jam sebelum memandu semula ke Kuala Lumpur untuk perjalanan jam 9.30 malam dan beliau tidak mempunyai pemandu gantian seperti disyaratkan.

“Pemandu itu juga dikatakan memberitahu beberapa penumpang beliau hanya sempat tidur selama dua jam selepas tiba ke Kota Bharu dari Kuala Lumpur sebelum diarahkan memandu semula bas berkenan ke Kuala Lumpur.

“Sebelum kemalangan itu, pemandu terbabit dikatakan sempat berhenti di sebuah gerai tepi jalan, untuk minum dipercayai bagi menghilang rasa mengantuk,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini, semalam.

Abdul Rahim berkata, siasatan polis mendapati lokasi kemalangan itu adalah laluan lurus tetapi disebabkan mengantuk, pemandunya dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik ke dalam parit.

Polis sudah menghubungi pengurusan syarikat bas itu serta mengarahkan mereka supaya mengesan dan mengarahkan pemandu bas berkenaan tampil membantu siasatan.

Usaha Berita Harian menghubungi syarikat bas yang berpangkalan di Shah Alam itu bagaimanapun gagal kerana seorang kakitangannya memberitahu pegawai operasinya sedang bercuti, manakala seorang lagi menghadiri mesyuarat.

Sementara itu, semakan mendapati bas ekspres Triton bernombor pendaftaran WFQ381 yang terbabit dalam kemalangan itu, mempunyai sembilan saman trafik tertunggak dengan nilai kompaun berjumlah RM1,920.

Saman yang dikeluarkan polis Trafik itu kebanyakannya bagi kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan di sepanjang laluan antara Kota Bharu ke Kuala Lumpur terutama sekitar Kuala Lipis, Raub dan Bentong sejak 1999.

Semakan terhadap rekod pemandu bas terbabit pula mendapati beliau mempunyai satu saman tertunggak dengan nilai kompaun RM100 membabitkan sebuah kenderaan lain, tetapi tiada rekod mata demerit Kejara dikenakan terhadapnya.

Jenazah mangsa yang terkorban dihantar untuk bedah siasat di HGM sebelum diserahkan kepada Kedutaan Kemboja bagi dibawa balik ke negara asalnya untuk urusan pengebumian.



source http://www.bharian.com
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 38
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12237
Reputation : -1
Number of posts : 2048

lagi bas terbabas Empty
PostSubject: Re: lagi bas terbabas   lagi bas terbabas Icon_minitime22/8/2007, 1:18 pm

waaaaaaaaa..neh yg lagik takut nak nek bas blk kg neh... adehhhhhhh
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
MiRA_TaSHa
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
MiRA_TaSHa

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 00002
Points : 12620
Reputation : 0
Number of posts : 2047

lagi bas terbabas Empty
PostSubject: Re: lagi bas terbabas   lagi bas terbabas Icon_minitime22/8/2007, 9:31 pm

ksiannn.... org yg x berdosa lak yg kene... bukan sorang.. nih ramai lak penumpang... adehhhh
Back to top Go down
http://www.tagged.com/mira_tasha
haibara
SUPERIOR
SUPERIOR


Female
Countries/State : Pahang
Age : 38
location : Klang
Website : http://maemorrie.ads4blog.net
Tag ID: : SFC 00444
Points : 12237
Reputation : -1
Number of posts : 2048

lagi bas terbabas Empty
PostSubject: Re: lagi bas terbabas   lagi bas terbabas Icon_minitime23/8/2007, 2:02 am

sedihhh tul.....x psl2 jadik mangse.. al-fatihah wat sume mangse...
Back to top Go down
http://maemorrie.ads4mall.com
>Butterfly<
SENIOR
SENIOR
>Butterfly<

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 39
location : Selangor
Tag ID: : SFC 05070
Points : 11550
Reputation : 12
Number of posts : 610

lagi bas terbabas Empty
PostSubject: Re: lagi bas terbabas   lagi bas terbabas Icon_minitime22/4/2009, 4:49 pm

naik kapal terbang je la balik kg...
Back to top Go down
jebat derhaka
REGULAR
REGULAR
jebat derhaka

Male
Age : 40
location : kota kinabalu, lahat datu,tawau n sem4na.
Points : 11551
Reputation : 3
Number of posts : 395

lagi bas terbabas Empty
PostSubject: Re: lagi bas terbabas   lagi bas terbabas Icon_minitime22/4/2009, 5:10 pm

>Butterfly< wrote:
naik kapal terbang je la balik kg...
lg parah bro.. kalau kapal trbang ni.. baik naik kapal laut pale
Back to top Go down
Sponsored content




lagi bas terbabas Empty
PostSubject: Re: lagi bas terbabas   lagi bas terbabas Icon_minitime

Back to top Go down
 

lagi bas terbabas

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: