SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
50 Warisan kebangsaan Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
50 Warisan kebangsaan Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 50 Warisan kebangsaan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14740
Reputation : 101
Number of posts : 7895

50 Warisan kebangsaan Empty
PostSubject: 50 Warisan kebangsaan   50 Warisan kebangsaan Icon_minitime15/9/2007, 11:33 pm

Warisan Kebangsaan



Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia pada bulan Julai 2007 telah menyenaraikan 50 warisan kebangsaan bersempena dengan 50 tahun kemerdekaan Malaysia. Perkara yang disenaraikan ini akan dilindungi mengikut satu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Parlimen iaitu Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Akta Warisan Kebangsaan 2005 ini mencakupi bidang-bidang dan tugasan pemuliharaan dan pemeliharaan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan warisan kebangsaan, warisan semulajadi, warisan kebudayaan ketara, warisan kebudayaan tak ketara, warisan kebudayaan di bawah air dan perkara-perkara lain berkaitan warisan.

Berikut adalah senarai 50 Warisan Kebangsaan tersebut;

1. Bangunan Parlimen
50 Warisan kebangsaan Keris-pendek
2. Istana Negara
3. Tiang bendera di mana bendera Malaysia pertama kali dinaikkan di Dataran Merdeka
4. Bangunan Sultan Abdul Samad
5. Bangunan Dewan Bandaraya dan Panggung Dewan Bandaraya
6. Bangunan Stesen Keretapi Kuala Lumpur
7. Bangunan Ibupejabat Keretapi Tanah Melayu
8. Bangunan Pejabat Pos Besar , Jalan Raja, Kuala Lumpur
9. Bangunan Jabatan Kerja Raya, Jalan Hishamuddin, Kuala Lumpur
50 Warisan kebangsaan Malaysia-crest
10. Residency Building, Jalan Dato' Onn
11. Masjid Negara dan Makam Pahlawan
12. Carcosa Sri Negara
13. Batu Caves
14. Gereja St George, Pulau Pinang
15. Bangunan Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur
16. Tugu Negara
17. Taman Kinabalu, Sabah (dalam senarai Warisan Dunia)
18. Taman Negara Mulu, Sarawak (dalam senarai Warisan Dunia)
19. Jalur Gemilang, bendera kebangsaan
50 Warisan kebangsaan Tugu-negara
20. Jata Negara
21. Muskat
22. Keris Panjang Diraja
23. Tengkolok Diraja
24. Gandik Diraja
25. Pending Diraja
26. Keris Pendek Diraja
27. Kalung Diraja
28. Cogan Agama
29. Cogan Alam
30. Cokmar
31. Cokmar Dewan Rakyat
32. Cokmar Dewan Negara
33. Bunga Raya
34. Manuskrip Sejarah Melayu
35. Penal Kod Melaka
36. Manuskrip Hikayat Hang Tuah
50 Warisan kebangsaan Hibiscus
37. Surat Pengistiharan Merdeka
38. Perak Man
39. Lagu Kebangsaan, Negaraku
40. Mak Yong
41. Wayang Kulit
42. Bangsawan
43. Joget Melayu
44. Dondang Sayang
45. Silat Melayu
46. Ngajat
47. Sumazau
48. Sewang
49. Rumah Terbuka Malaysia
50. Tarian Singa di atas tiang

Pada bulan Ogos 2007, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia telah mengumumkan bahawa Stadium Merdeka dan Stadium Negara sebagai warisan kebangsaan juga. Difahamkan pihak kementerian akan menambah perkara yang terdapat dalam warisan kebangsaan ini dari masa ke semasa.
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14740
Reputation : 101
Number of posts : 7895

50 Warisan kebangsaan Empty
PostSubject: Re: 50 Warisan kebangsaan   50 Warisan kebangsaan Icon_minitime15/9/2007, 11:34 pm

Bendera Malaysia Jalur Gemilang




50 Warisan kebangsaan Bendera-Persekutuan-Tanah-MelayuGambar di sebelah menunjukkan bendera Persekutuan Tanah Melayu yang telah digunakan dari tahun 1896 hingga 1950. Pada tahun 1949 sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung rekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu. Di dalam satu pertandingan peringkat kebangsaan sebanyak 373 penyertaan telah diterima di mana tiga rekaan bendera telah terpilih ke peringkat akhir.

Orang ramai telah dijemput untuk memberikan pendapat serta membuat undian tentang ketiga-tiga rekaan tersebut. Rekaan ciptaan seorang arkitek kerajaan dari Johor iaitu En Mohamad bin Hamzah telah terpilih. Rekaannya menggambarkan sebelas jalur biru dan putih dengan bulan dan bintang berwarna kuning di sebelah kiri. Beberapa pindaan telah dibuat kepada rekaan tersebut dan rekaan akhir telah diperkenankan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara untuk menerima rekaan berkenaan. Rekaan bendera itu akhirnya telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.

50 Warisan kebangsaan Bendera-MalayaBendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan buat kali pertama dalam satu majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-pegawai King George VI.

Kemasukan Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Majlis Raja-Raja telah memperkenankan rekaan Bendera Malaysia berdasarkan rekaan asal Bendera Persekutuan Tanah Melayu, dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur dan pecahan bintang bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan kelahiran Malaysia pada 16 September 1963.

50 Warisan kebangsaan Bendera-MalaysiaSungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Empatbelas jalur dan empatbelas pecahan bintang melambangkan maksud yang baru iaitu tigabelas buah Kerajaan Negeri dan satu Kerajaan Persekutuan.

Pada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke40, Perdana Menteri Malaysia Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad telah mengisytiharkan Jalur Gemilang sebagai nama rasmi bendera Malaysia.

Sumber : Jabatan Penerangan Malaysia
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
 

50 Warisan kebangsaan

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: