SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kepercayaan Hantu dalam Masyarakat Melayu Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Kepercayaan Hantu dalam Masyarakat Melayu Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Kepercayaan Hantu dalam Masyarakat Melayu

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
fendy_yung23
REGULAR
REGULAR
fendy_yung23

Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : LaHaRd Da2
Website : http://www.dccon9.ning.com
Tag ID: : SFC 07757
Points : 11261
Reputation : 6
Number of posts : 431

Kepercayaan Hantu dalam Masyarakat Melayu Empty
PostSubject: Kepercayaan Hantu dalam Masyarakat Melayu   Kepercayaan Hantu dalam Masyarakat Melayu Icon_minitime23/2/2010, 6:30 pm

Hantu merupakan kepercayaan mengenai makhluk halus atau semangat jahat yang wujud di dalam alam lain yang terdapat dalam
semua kebudayaan dalam dunia ini. Dalam masyarakat Melayu hantu, semangat, jembalang atau penunggu telah wujud sejak zaman
animisme lagi. Ketika itu semua benda besar seperti pokok atau batu yang besar dianggap menjadi kediaman jin atau
penunggu yang perlu dijaga dengan baik agar jin tersebut tidak mengamuk dan membahayakan penduduk sekitar.
Malahan jamuan makanan atau acak disediakan oleh seseorang yang berpengalaman yang lebih dikenali sebagai pawang
bagi memastikan penunggu tersebut tidak mengganggu manusia dan sebaliknya akan membantu penduduk daripada serangan wabak
penyakit dan musuh tanaman. Amalan ini amat besar dosanya dan dikategorikan sebagai Syirik Jali iaitu perbuatan
syirik yang jelas dan nyata. Amatlah perlu berhati-hati agar tidak terjebak ke dalam golongan yang dimurkai Allah swt ini.
Amalan ini masih kekal dikalangan penduduk asli yang masih mengamalkan kepercayaan animisme.

Dengan kedatangan agama Hindu dan Bhudda, konsep penunggu dan jembalang diubah menjadi konsep dewa-dewa yang mendiami
tempat-tempat tertentu. Bagi menghormati dewa-dewa ini, kuil-kuil dibina ditempat-tempat tersebut dengan tujuan pemujaan
bagi mendapatkan per. Keadaan ini tidak berubah dengan kedatangan orang-orang Cina yang juga mendirikan tokong kecil
di bawah pokok atau tempat tertentu bagi mendapatkan bantuan tuah kepada mereka.


Islam menghapuskan kepercayaan tahyul

Kedatangan ugama Islam telah menyedarkan bahawa tidak terdapat roh dan hantu, yang ada hanyalah mahkluk halus yang tidak
dapat dilihat dengan mata kasar. Makhluk halus ini yang dikenali sebagai jin dan syaitan, dianggap mendiami alam yang
berbeza dengan manusia. Islam mengajar bahawa makhluk halus atau jin ini tidak dapat memudaratkan manusia kecuali dengan
keizinan Allah swt. Sebagai umat Islam yang beriman dengan perkara-perkara ghaib, kita hanya takut dan mengesakan Allah
semata-mata. Kita digesa agar menjauhi pujukan syaitan dan hendaklah selalu berdoa
'Aku berlindung kepada Allah dari syaitan yang direjam - A'uzubillah himinash syaitanirrajim'




Bagaimanapun kebudayaan Melayu yang menebal menyebabkan masih ada yang terkeliru beza antara Islam dan kebudayaan Melayu,
yang mendorong mereka menyangka amalan-amalan kebudayaan adalah amalan Islam. Sebagai contoh mandi Safar pernah
disalah-anggap satu amalan Islam, sehinggalah para ulamak telah tampil ke hadapan bagi menjelaskan amalan Islam yang sebenar,
yang akhirnya mendorong pesta mandi safar dimansuhkan.

Bagaimanapun budaya hantu sukar dikikis daripada masyarakat kerana kecenderungan ibubapa yang sering menakut-nakutkan
anak-anak dengan kewujudan hantu hingga menyebabkan anak-anak mereka benar-benar takut kepada hantu dan percayakan bahawa
hantu itu berkuasa untuk memudaratkan mereka.


Peranan media massa

Pada zaman awal perfileman, filem-filem hantu Melayu seperti Pontianak, Dendam Pontianak dan
Pontianak Gua Musang juga telah mendapat sambutan hangat daripada para penonton dan penggemar filem pada waktu itu.
Akibat kejahilan dalam ugama dan ramai yang tidak terpelajar, filem-filem itu telah berjaya mempengaruhi masyarakat dahulu.
Ini mendorong kerajaan menghentikan pembuatan dan penayangan filem-filem bercorak hantu yang boleh merosakkan akidah.
Bagaimanapun cerita-cerita hantu masih ditulis dalam majalah-majalah. Setelah dipertimbangkan kembali bahawa kebanyakan orang
sekarang adalah terpelajar, dan faktor kebanjiran masuk filem-filem hantu asing, ini telah mendorong kerajaan menarik balik
sekatan tersebut sekitar tahun 2000. Malah dokumentari alam ghaib seperti Filem Melangkah ke Alam Ghaib,
Misteri Nusantara
di TV3, turut membincangkan mengenai kewujupan alam ghaib itu.

Malahan sekarang filem-filem seperti Mistik, Susuk, Saka, Gong, Potret Mistik dan Pontianak Harum Sundal Malam telah kembali mendapat
perhatian peminat filem-filem hantu tersebut.


Mengapa kita mengaitkan kewujudan hantu ?

Hantu wujud dalam minda Melayu sebagai satu penjelasan mengenai perkara-perkara yang tidak difahami atau diketahui.
Contohnya :

- Sakit mengejut tanpa sebab padahal sebelum ini kelihatan sihat ?

- Mengapa pokok besar dan berakar songsang itu berbunyi pada waktu malam ?

- Mengapa sesebuah rumah itu kerap ditinggalkan oleh penghuninya

- Dan jika ada orang yang berpindah masuk, tidak kekal lama

- Kawasan kubur seperti ada sesuatu bergerak dan berbunyi pada waktu malam

- Mengapa mayat seseorang dikatakan ada bahadi




Pendapat sesetengah orang yang tidak percaya dengan kewujudan makhluk halus

Mungkin orang Melayu hendak menakutkan anak-anaknya janganlah keluar waktu malam atau waktu maghrib.
Dan mungkin juga cerita hantu disebarkan kerana ia mudah direka dan menjadi hiburan pada waktu malam.



Ciri-ciri umum hantu

Pada umumnya orang-orang Melayu percaya hantu menjalankan aktivitinya
pada waktu malam sahaja khususnya pada bulan mengambang. 99 % hantu
dalam masyarakat Melayu terdiri daripada perempuan atau menyerupai
perempuan. Hantu dalam masyarakat Melayu adalah untuk ditakuti, bukan
untuk didekati.

Dan pada anggapan orang-orang Melayu juga, kebanyakan hantu ini
matanya merah, pada mulutnya merah kesan-kesan darah. Mulutnya penuh
dengan gigi yang tajam bercerancang, berwarna merah, selalunya selepas
menghisap darah.


Jenis-jenis hantu

Ada pelbagai jenis hantu atau makhluk yang dianggap hantu puaka ini. Munsyi Abdullah dalam Hikayat Pelayaran Abdullah telah lama mempertikaikan kepercayaan karut orang Melayu ini.



Antara jenis-jenis kelompok hantu-hantu ini adalah :

01. Pontianak - wanita berpakaian serba putih berambut panjangpuntianak
02. Polong
03. Toyol – hantu kanak-kanak bogel yang digunakan untuk mencuri
04. Pelesit – hantu perempuan yang dipelihara sebagai suruhan
05. Hantu air – tinggal di dalam air ( sungai, paya atau tasik )
06. Hantu raya – hantu lelaki, dipelihara dan dipelihara sebagai suruhan
07. Hantu bungkus - makhluk ghaib yang berbungkus dalam kain kafan
08. Langsuir – hantu perempuan yang suka berterbangan dan mengilai
09. Bota - makhluk besar hodoh menjelma dari dalam tanah
10. Bajang - makhluk aneh
11. Bunian (Kerajaan, Penghulu, Puteri) - Kacukan Jin & Manusia
12. Hantu Jepun -
13. Hantu bukit
14. Hantu kubur
15. Pari-pari / Hantu Pari - Gelaran lain bagi Orang Bunian
16. Hantu punjut
17. Jerangkung
18. Hantu laut
19. Hantu Tinggi / Hantu Galah - Hantu yang setinggi pokok kelapa
20. Jin Tanah
21. Hantu Keramat
22. Hantu Kum-Kum
23. Hantu Bungkus
24. Orang minyak - Manusia biasa yang mengamalkan Ilmu Hitam
25. Penanggalan / Penanggal – Kepala yg terbang bersama organ perut
26. Pocong
27. Puaka
28. Hantu bidai
29. Hantu kopek
30. Hantu Tetek
31. Harimau Jadian - Jelmaan Jin atau Manusia yang berilmu
32. Jembalang tanah
33. Hantu tengelong / tengelung / tanglung - sama spt penanggal
34. Kuntilanak - Gelaran Pontianak di Indonesia


Lain-lain jenis hantu akan ditambah dari masa ke semasa



Menghalau hantu

Pada masa kini, kebanyakan orang sudahpun berfikiran moden dan akan
mendapatkan rawatan di hospital atau klinik. Tetapi kadang-kala, pihak
hospital atau klinik mendapati tidak terdapat sebarang masalah
dijumpai. Biasanya keluarga si pesakit menganggap si pesakit diganggu
sesuatu dan akan berpaling kepada perkhidmatan tradisional sebagai
alternatif bagi mengubati pesakit.

Perubatan cara menghalau hantu secara umumnya terbahagi kepada dua:-
• Menggunakan khidmat sahabat jin bagi menghalau jin penganggu, biasanya dengan cara menurun.
• Menurut petua yang tidak bertentangan dengan Islam, tiada bacaan tertentu cuma menggunakan bahan-bahan semulajadi.
• Menurut keugamaan masing-masing.
Sesetengah
mereka yang berfikiran moden berpendapat, ianya hanyalan kesan placebo.
Selagi mereka yang diubati percaya mereka sihat, mereka akan sembuh
dengan sendiri. Dalam erti kata lain, penyakit ini adalah penyakit
dalam fikiran (psikologi). Walaubagaimanapun, keluarga pesakit tidak
mempeduli apa yang berlaku. Bagi mereka, asalkan sipesakit sembuh,
mereka akan melakukan apa jua yang diperlukan.


Bersahabat dengan makhluk halus spt jin, jin Islam, khadam, bunian dll

Bersahabat dengan jin merujuk kepada seseorang yang mengikat tali
persahabatan dengan makhluk halus. Persahabatan ini biasanya tidak
digalakkan kerana ia mampu mendorong seseorang menjadi syirik, tetapi
selalunya masih dilakukan kerana keinginan mendapat kelebihan tertentu
seperti kebolehan mengubat. Persahabatan dengan jin ini juga dikenali
sebagai saka.
Mereka yang bersahabat dengan jin ini perlu mematuhi beberapa syarat
seperti ada yang meminta persembahan makanan, ada yang perlu dibakar kemiyan
pada waktu-waktu tertentu dan ada yang mengenakan syarat-syarat
tertentu dan mereka perlu mengerjakan amalan Islam dengan taat. Jin
yang mengenakan syarat mereka yang bersahabat dengan mereka agar
mengerjakan amalan Islam dengan taat biasanya dikenali sebagai jin
Islam atau kaum bunian.


Cara berhubung dengan sahabat jin

Cara lama ialah memanggil bomoh atau pawang di dalam sesebuah kampung. Bomoh atau pawang biasanya membakar kemenyan
, membaca mentera tertentu seperti bahasa Jawa , menggunakan kain
kuning dan dedaun-dedaun tertentu sebagi peramu atau perambas. Untuk
kes yang lebih berat, kambing akan disembelih, darahnya dijadikan acak
(hidangan kepada hantu) dan dihanyutkan ke dalam sungai. Daging kambing
dimasak dan dimakan secara beramai-ramai. Sekarang perkara ini tidak
lagi dilakukan oleh kebanyakan orang Melayu beragama Islam kerana
perkara itu telah diketahui sebagai syirik dan amat ditegah dalam
Islam.
Di Terengganu , tarian Ulik Mayang atau Main Puteri akan dipersembahkan. Sekiranya seseorang itu gagal diubati dengan cara biasa, satu upacara besar-besaran dengan tarian Ulik Mayang atau Main Puteri
akan dilakukan. Nyanyian lagi Ulik Mayang yang merdu beserta tarian
ringkas , dirambas dengan tandan pinang kecil menyeru tuan puteri
(bunian) agar datang menyembuhkan pesakit.

Di banyak tempat, bomoh boleh 'menyelap' atau 'menurun' hingga boleh bertutur bahasa asing.
Contohnya bahasa Siam, bahasa Jawa, bahasa Jerman dan bahasa Inggeris.
Pendengar akan kehairanan kerana bagaimana jin boleh berbahasa asing walaupun sepatah dua sahaja.
Tidak pasti pula, entah betul entah tidak bomoh tersebut boleh berbahasa asing atau badannya dikuasai oleh Kuasa Asing/i> yang lain.

Kualiti bomoh semakin meningkat jika berasal dari Orang Asli , orang Siam atau orang Jawa.
Ilmu orang Asli tentang menghalau hantu dan memanggil hantu dipercayai lebih mujarab dan sangat ditakuti.
Sehinggakan jika mereka bertindak memuja atau mengenakan buatan terhadap orang lain, ternyata amat sukar diubati.



Bagi saya, perkara ini memang benar kerana mengikut ajaran Islam, syaitan yang mendampingi orang kafir adalah lebih kuat
daripada syaitan yang mendampingi Ahli Kitab. Dan syaitan yang mendampingi Ahli Kitab adalah lebih kuat
daripada syaitan yang mendampingi Umat Islam - Muhammad Kedah2U



Menurut cara perubatan Islam

Orang Melayu yang agak beriman akan berjumpa dengan orang alim seperti Ustaz, Imam, Lebai, Pak Aji
atau tokoh agama di dalam kampung untuk menyelesaikan masalah ini
dengan doa dan bacaan ayat-ayat suci Al Quran. Mereka yang sakit
biasanya akan dibacakan ayat-ayat tertentu bagi memulihkan semangat dan
biasanya dimandikan / disuruh mandi dengan air campuran limau bagi
menyegar badan. Ini lebih dikenali sebagai Mandi Bunga
Kebiasaannya, mengikut amalan orang Melayu, air yang dibacakan bacaan
al Quran diberi minum bagi memulih / penguat semangat pesakit. Ini sama
seperti mereka yang berfikiran moden berjumpa dengan pakar motivasi
bagi meringankan fikiran daripada masaalah yang dihadapi.
Mengikut ajaran Islam, makhluk halus, roh jahat, jin atau hantu boleh
dihalau dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran tetapi kaedah ini perlu
diamalkan selalu untuk mendapatkan kesan yang mujarab.
Oleh itu, kebanyakan orang Melayu lebih suka menyimpan al Quran di
rumah sebagai penjaga,
selain ayat-ayat Quran tertentu digantung di dinding-dinding rumah
walaupun mereka tidak mengerti apa maksudnya. Perkara ini adalah
bertentangan dengan ajaran Islam sebenar jika diharapkan terus kepada
Al-Quran atau ayat-ayat tersebut tanpa membacanya, kerana Al Quran
adalah untuk dibaca dan bukannya menjadi hiasan atau penolong.


Tetapi bagi saya, lebih baik menggantung ayat-ayat suci Al-Quran sebagai hiasan dengan niat untuk mendapatkan rahmat
Allah swt, asalkan tidak tersalah niat iaitu mengharapkan kuasa
daripada ayat-ayat tersebut, daripada mengantung gambar-gambar yang
kurang sesuai seperti gambar-gambar makhluk ( binatang, artis, ahli
sukan dll ) yang akan menjauhi kunjungan malaikat ke dalam kediaman
kita, sebaliknya mengundang syaitan pula untuk bertapak. Selain itu,
terdapat juga ayat-ayat Quran dan doa-doa yang telah dijadikan rajah
dan boleh diperolehi daripada kitab-kitab yang menjadi catatan amalan
kebatinan Islam sejak zaman dahulu. Rajah-rajah ini juga dijadikan
ikhtiar dan sebagai alternatif doa di atas sesuatu tujuan asalkan
berpegang teguh bahawa ia hanyalah sebagai ikhtiar dan hanya Allah swt
sahaja yang Maha Berkuasa untuk menjadikan sesuatu. Tetapi ramai yang
tidak pernah mempelajari ilmu kebatinan secara Islam, terus
melabelkannya sebagai syirik, khurafat dan sebagainya



Back to top Go down
http://www.tagged.com/fendy_yung23
 

Kepercayaan Hantu dalam Masyarakat Melayu

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: ALAM MISTIK :: Artikel Mistik-
Jump to: