SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan.. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan.. Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan..

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12155
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan.. Empty
PostSubject: Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan..   Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan.. Icon_minitime4/12/2007, 3:58 pm


[url=mailto://][/url]



KEMUNCULAN kumpulan duo adik beradik, K-Ci & Jojo memang dinantikan oleh peminat muzik tanah air. Kalau tidak, masakan kira-kira 3 ribu penonton yang membanjiri Stadium Negara di Kuala Lumpur, sejak jam 6 petang lagi.

Biar mata sudah layu menahan menahan mengantuk, mulut sudah beberapa kali menguap, namun demi K-Ci dan Jojo, semuanya mampu bertahan. Itulah penangan si pemilik nama penuh Cedric Hailey (K-CI) dan Joel Hailey (Jojo) kerana bukan mudah untuk melihat nama besar ini berada di depan mata.

Mereka muncul membuat persembahan dalam muzik aliran R&B sempena dengan festival muzik Live & Loud Kuala Lumpur 2007. Sebaik saja pengacara mengumumkan kemunculan kumpulan ini, jeritan dan sorakan penonton berkumandang seolah-olah tidak sabar dengan kehadiran penyanyi yang selama ini hanya dilihat di televisyen. Tanpa melengahkan masa, K-Ci dan Jojo terus melunaskan tanggungjawab mereka menghiburkan penonton yang masih kelihatan bertenaga menyanyi dan menari biarpun malam semakin larut.

Selama sejam, penonton disajikan dengan pelbagai lagu popular mereka antaranya Tell Me It's Real, Crazy dan termasuklah All My Life serta beberapa buah lagu hits kumpulan Jodeci, yang pernah dianggotai oleh mereka berdua sebelum ini.

Sambutan hangat penonton membuatkan barometer persembahan K-Ci dan Jojo semakin meningkat. Entah kerana panas atau ‘terlalu ghairah di pentas’, K-Ci mula membuka bajunya dan membiarkan tubuhnya itu disaluti singlet. Namun, lama-kelamaan penyanyi ini semakin hilang kawalan. K-Ci kemudiannya mengoyakkan singlet yang dipakainya dan menyanyi dalam keadaan berlengging. Melihat keadaan itu, jeritan dan sorakan terutama daripada anak gadis semakin kuat kedengaran.

Ingatkan setakat itu saja aksi berani penyanyi ini, rupa-rupanya ada tindakan lebih ekstrem yang dilakukannya apabila dia melondehkan seluarnya sehingga paras punggung menampakkan sebahagian daripada ‘boxer’ yang dipakainya. Satu aksi yang sangat keterlaluan. Tidak cukup dengan itu, dia juga melakukan aksi tidak senonoh ketika menari dengan beberapa penonton wanita yang diundang di atas pentas.

Amat memualkan dan ini menimbulkan persoalan kepada penganjur bagaimana perkara seperti ini boleh terjadi? Apakah setiap artis yang hadir tidak diberi taklimat terdahulu mengenai apa yang boleh dan apa yang dilarang ketika beraksi di atas pentas.

Mengulas perkara ini, Ketua Pengarah Festival, Reymee Mohamed Hussein yang ditemui sejurus tamatnya konsert itu berkata sebagai penganjur, mereka kesal dengan apa yang terjadi memandangkan sebelum ini semua pihak sudah pun diberi amanat mengenai syarat membuat persembahan di negara ini.

“Kami sedar mereka perlu mematuhi sensitiviti negara ini. Tapi apa yang berlaku adalah di luar jangkaan kami kerana sejak awal lagi, semua pihak, termasuk pengurusan artis sendiri sudah dimaklumkan apa yang perlu mereka patuhi sewaktu mengadakan persembahan di sini.

“Namun saya tidak nafikan mungkin mereka masih tidak biasa dengan budaya masyarakat di sini kerana ini baru pertama kali mereka menjejakkan kaki di Malaysia. Apa pun, saya puas hati dengan persembahan mereka kerana mereka berjaya melakukan persembahan di negara mereka sendiri.
“Lagi pun jika dilihat dari segi pemilihan artis antarabangsa, kami memang memilih artis yang 'selamat' dan tidak begitu kontroversi. Apa pun, ini adalah kali pertama kami anjurkan acara besar seperti ini dan kami akan cuba perbaiki lagi pada masa hadapan,” janjinya.

Selain kumpulan duo tersohor ini, konsert sensasi itu turut diserikan dengan persembahan Lil G of Silk , Mint Condition serta seorang artis Filipina, Mark Douglas dan bekas Singapore Idol musim pertama, Taufik Batisah.

Malam itu turut menyaksikan artis tempatan seperti Nikki, Lah VE, Mode dan Azan Ruffedge menunjukkan bakat semula jadi mereka. Kekuatan vokal keempat-empat penyanyi ini menerbitkan rasa bangga dalam diri kerana Malaysia sebenarnya mempunyai penyanyi setaraf dengan apa yang negara luar miliki.

Konsert yang memakan masa selama enam jam itu turut menampilkan bakat baru, Melissa Indot sebagai pembuka tirai.Dengan gaya penuh stylo dan vokal yang lantang, Melissa berjaya memikat penonton menerusi lagu Ain’t Got You, Woman In Love dan Sexy dengan caranya yang tersendiri.
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
bod_supersperm
SUPERIOR
SUPERIOR
bod_supersperm

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : kota kinabalu sabah
Tag ID: : SFC 03551
Points : 13765
Reputation : 6
Number of posts : 2276

Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan.. Empty
PostSubject: Re: Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan..   Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan.. Icon_minitime11/6/2009, 3:38 am

orang barat....kalau atas pentas tu......alpa dah..mcm anggun juga tu
Back to top Go down
http://www.redsunmotorclub.com
G-Schizow
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
G-Schizow

Male
Age : 33
location : Keningau
Tag ID: : SFC 04892
Points : 12303
Reputation : 0
Number of posts : 1170

Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan.. Empty
PostSubject: Re: Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan..   Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan.. Icon_minitime20/6/2009, 9:44 am

ya ya .....betul tu bro....klau sy pun...hmmm..memang Laughing geek
Back to top Go down
andira_suriena
REGULAR
REGULAR
andira_suriena

Female
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : Sipitang-KK-Miri
Tag ID: : SFC 04979
Points : 11549
Reputation : 0
Number of posts : 436

Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan.. Empty
PostSubject: Re: Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan..   Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan.. Icon_minitime7/8/2009, 11:01 am

rambo kesyiokan suda bah tuu.. dont tidak jg femes btl..eeeiiiirrkkk!!
Back to top Go down
baby_puteranaga2
MODERATOR
baby_puteranaga2

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 33
location : W.P Labuan
Tag ID: : SFC 05324
Points : 17602
Reputation : 16
Number of posts : 6512

Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan.. Empty
PostSubject: Re: Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan..   Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan.. Icon_minitime14/9/2009, 7:47 pm

lupa dah ba tue di mana dorg tue...
telampau seronok dh kan...
Back to top Go down
azroy_five
REGULAR
REGULAR
azroy_five

Male
Age : 39
location : k@y K@y
Points : 12826
Reputation : 0
Number of posts : 314

Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan.. Empty
PostSubject: Re: Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan..   Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan.. Icon_minitime14/9/2009, 7:50 pm

erm..... nma pun org barat kan..... ni pun sebab x bitau awal kan etika yg perlu ada bila kt negara kita ni.... so jdiya macam ni la......
Back to top Go down
FAREL
SENIOR
SENIOR
FAREL

Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : kundasang,Ranau
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC13231
Points : 11112
Reputation : -7
Number of posts : 818

Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan.. Empty
PostSubject: Re: Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan..   Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan.. Icon_minitime3/5/2010, 8:34 pm

jadi2kn huhuhu
Back to top Go down
zulkifle
JUNIOR
JUNIOR
zulkifle

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 38
location : malaysia
Tag ID: : SFC 10226
Points : 10678
Reputation : 1
Number of posts : 92

Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan.. Empty
PostSubject: Re: Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan..   Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan.. Icon_minitime3/5/2010, 8:46 pm

gambar ada...
Back to top Go down
http://www.mudahtopup.com
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18491
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan.. Empty
PostSubject: Re: Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan..   Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan.. Icon_minitime21/10/2010, 10:23 pm

talampau siuuukkk smpai lupa daratan tu dia...adduiiii...
Back to top Go down
Sponsored content




Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan.. Empty
PostSubject: Re: Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan..   Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan.. Icon_minitime

Back to top Go down
 

Aksi melampau K-Ci, Jojo memualkan..

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: GOSIP HANGAT :: Oversea-
Jump to: