SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Pembunuhan datuk sosilawati lawiya

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14738
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Empty
PostSubject: Pembunuhan datuk sosilawati lawiya   Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Icon_minitime13/9/2010, 8:58 pm

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Pix_gal1
ANGGOTA forensik meneliti tulang yang dikutip dari Sungai Panchau di Kancong Laut, Tanjung Sepat, Banting, semalam.


Pembunuhan datuk sosilawati lawiya N_3bio

BANTING: Jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu
lain dipukul sampai mati, sebelum mayat mereka dibakar dan abunya
dibuang ke dalam sungai di Ladang Gadong, Tanjung Sepat di sini.

Keempat-empat mereka dipercayai diculik pada 30 Ogos lalu, dibunuh kemudian dibakar di kandang ternakan yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit itu, manakala abu mereka dibuang ke Sungai Panchau, kira-kira dua kilometer dari tempat pembunuhan.
Polis mengesyaki motif pembunuhan ada kaitan dengan satu urus niaga tanah, selain hal kewangan.

Misteri kehilangan Sosilawati, 47, bersama pemandunya, Kamaruddin Shansuddin, 44; pegawai CIMB Bank cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, sejak 30 Ogos lalu terungkai selepas polis menahan lapan individu berusia 19 hingga 41 tahun, termasuk dua wanita sejak Jumaat lalu.

Mangsa dipukul hingga mati sebelum dibakar

Turut ditahan yang disyaki suspek utama, seorang peguam yang juga ahli perniagaan bergelar Datuk dan adiknya, juga seorang peguam serta enam pekerja mereka. Semua mereka ditahan reman sehingga 18 September ini.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, mengesahkan semua suspek disyaki terbabit dalam pembunuhan empat mangsa itu dan menegaskan lebih banyak tangkapan akan dibuat dalam tempoh terdekat.

“Mereka mengaku melarikan, memukul hingga mati dan membakar keempat-empat mangsa sebelum menabur abu mayat di sungai berhampiran dengan tujuan menghapuskan bukti, termasuk barangan peribadi mangsa dan senjata digunakan,” katanya.

Mohd Bakri berkata, walaupun tiada mayat ditemui, namun pengesahan dibuat berdasarkan pengakuan suspek yang ditahan.

Beliau berkata, selain pengakuan mereka, polis juga memperoleh petunjuk kukuh jutawan itu dan tiga rakannya adalah mangsa pembunuhan berdasarkan penemuan beberapa barangan peribadi milik mereka daripada suspek dan di tempat kejadian.

Ia termasuk penemuan seutas jam tangan mewah yang dipakai pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages itu ketika dilaporkan hilang daripada suspek utama.

“Hasil soal siasat suspek, mereka membawa polis ke pusat ternakan itu yang dikelilingi tembok di ladang kelapa sawit milik suspek utama di mana semua mangsa dibunuh.

“Pemeriksaan lanjut polis menemui tempat pembakaran, termasuk kesan dan bau kuat petrol, selain sisa pembakaran dipercayai sisa mayat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Mohd Bakri sebelum itu meninjau lokasi tempat pembunuhan yang terletak kira-kira 18 kilometer dari pusat bandar Banting.

Dua suspek yang berpakaian lokap polis turut dibawa ke tempat kejadian pagi semalam bagi membantu siasatan.

Ketika diminta menjelaskan keadaan di tempat pembunuhan, Mohd Bakri berkata ia dikelilingi tembok, ada pokok kelapa sawit serta beberapa kandang kambing dan bangsal lembu.

“Orang luar tidak akan dapat lihat sekiranya apa-apa berlaku di sebalik tembok itu,” katanya.

Mohd Bakri juga mengesahkan polis turut menyiasat ‘Datuk’ itu mengikut Akta Pengubahan Wang Haram berikutan ada maklumat beliau memiliki kekayaan luar biasa yang disyaki diperoleh secara tidak sah.

Beliau berkata, pengesahan rasmi identiti semua mangsa hanya akan dibuat selepas mendapat laporan penuh pasukan forensik dan Jabatan Kimia yang masih mengumpul bukti, termasuk sisa mayat, abu dan tulang di tempat pembunuhan dan Sungai Panchau.

Sementara itu, sumber memberitahu Berita Harian, masalah perniagaan yang turut membabitkan soal kewangan menjadi motif pembunuhan Sosilawati.

Sumber itu juga berkata, berlaku transaksi wang dari akaun Sosilawati kepada akaun salah seorang suspek ditahan sepanjang tempoh Sosilawati hilang.

“Suspek utama dipercayai bertindak sebagai broker dalam urus niaga tanah dan diperkenalkan kepada Sosilawati oleh seseorang yang rapat dengannya.


Last edited by aLFFiaN on 13/9/2010, 9:07 pm; edited 1 time in total
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14738
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Empty
PostSubject: Re: Pembunuhan datuk sosilawati lawiya   Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Icon_minitime13/9/2010, 9:00 pm

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Pembunuh
Inilah wajah suspek utama dalam kes kehilangan serta kematian jutawan kosmetik, Datuk Sosilawti Lawiya beserta 3 lagi yang lain. Nama suspek utama ni ialah DATUK PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN (nombor kad pengenalan: 690211-10-5525) dan merupakan seorang peguam serta ahli bar council.
Kami juga ada mendengar ‘cakap-cakap kedai kopi’ mengatakan yang DATUK PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN ni pernah ‘menghilangkan’ beberapa ahli perniagaan sebelum Datuk Sosilawati Lawiya. Ntah betul atau tidak, itu tak pasti la pulak. Tapi bila difikir-fikir, ianya bukanlah sesuatu yang mustahil.
Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Suspek
Kat bawah ni pulak wajah adik DATUK PATHMANABHAN A/L NALLIANNEN iaitu SURENDREN A/L NALLIANNEN yang juga menjadi salah seorang suspek diatas kematian Datuk Sosilawati Lawiya.
Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Adikpembunuh
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14738
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Empty
PostSubject: Re: Pembunuhan datuk sosilawati lawiya   Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Icon_minitime13/9/2010, 9:02 pm

Peguam Adik-Beradik Suspek Utama Pembunuhan Sosilawati & 3 Individu

KUALA LANGAT: Dua peguam adik-beradik merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain yang dibunuh, dibakar sebelum dibuang abunya di sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Polis kini sedang menyiasat sama ada adik-beradik terbabit turut bertanggungjawab terhadap empat lagi individu dilaporkan hilang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata, polis sedang menunggu pengesahan forensik, namun dipercayai ia adalah Sosilawati, pelanggan kepada suspek utama bergelar Datuk.

Suspek utama itu dikatakan mengendalikan urusan jual beli tanah di Pulau Pinang untuk usahawan itu.

Beliau memiliki sebuah ladang di mana tempat semua mayat dibakar selepas mereka dipukul dengan kejam sehingga mati.

Berdasarkan siasatan awal, polis menemui abu yang dihapuskan pada sebatang sungai pada jarak kira-kira 4.2 kilometer dari ladang tersebut.

Mohd Bakri berkata, motif pembunuhan mungkin berpunca daripada persaingan perniagaan, hutang dan konflik dalam urusan jual beli tanah.

Difahamkan, pembelian tanah di Pulau Pinang bernilai RM25 juta bagaimanapun dijual semula pada harga RM200 juta.

Kali terakhir Sosilawati ditemui meninggalkan Kuala Lumpur untuk ke Banting pada 30 Ogos bersama pemandunya Kamaruddin Shamsuddin, 44, peguam Ahmad Kamil Karim, 32, dan pegawai bank Noorhisham Mohammad, 38.

Misteri kehilangan mereka menarik perhatian umum.

“Polis percaya peguam berusia 41 tahun itu merupakan dalang di sebalik kehilangan itu dan berkemungkinan terbabit dalam empat lagi kes individu yang dilaporkan hilang,” katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat pada Ahad.

Adik-beradik terbabit merupakan antara lapan individu yang ditahan berikutan kaitan dengan kes kehilangan Sosilawati dan tiga individu bersamanya.

Enam yang lain termasuk dua wanita berumur antara 19 dan 45 tahun merupakan pengusaha ladang.

Polis berjaya menemui petunjuk baru berhubung kes itu berdasarkan tangkapan lapan individu menerusi kerjasama orang awam, media dan suspek-suspek yang ditahan sebelum ini.

Menurut Mohd Bakri, semua maklumat diperoleh daripada suspek yang ditahan sebelum memberi lebih banyak bukti menunjukkan kepada huraian berhubung kehilangan empat individu.

“Bagaimanapun, kami masih perlu melakukan ujian deoksiribonukleik (DNA) bagi mengenal pasti identiti mangsa tetapi peluang adalah tipis untuk mengesahkan mereka masih hidup,” kata beliau yang menjangkakan kemungkinan lebih banyak tangkapan dilakukan bagi membantu siasatan.

“Kami akan menyiasat adik-beradik itu berhubung harta, kereta mewah serta urus niaga mereka yang melibatkan jutaan ringgit,” tambahnya.

Polis turut menyiasat mengenai kehilangan RM4 juta yang dipercayai dibawa Sosilawati pada hari sebelum beliau dilaporkan hilang.

Mohd Bakri berkata, salah satu daripada kes empat individu yang hilang melibatkan seorang warganegara India yang menjalankan perniagaan restoran bersama rakan niaga adik-beradik itu.

Beliau berkata, polis akan terus menyiasat terhadap kes yang lain.

Lebih 60 polis di Ladang Gadong dan penyelam daripada Polis Marin di Sungai Panchau di Kampung Kanchong Laut bagi mencari bahan bukti pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain.

Pasuka forensik menjalankan siasatan di ladang berkeluasan 1.6 hektar itu di mana barang peribadi milik Sosilawati dijumpai termasuk jam tangan beliau.

Polis turut mengadakan sekatan laluan ke Ladang Gadong di Jalan Gadong, Tanjong Sepat, kira-kira 1 kilometer dari jalan raya itu.

Mohd Bakri berkata, polis sedang menyiasat ladang terbabit yang dibeli peguam itu kira-kira 30 bulan lepas bagi menentukan sama ada perjanjian dilakukan ‘secara betul’ atau tidak.

Beliau menambah, polis mahu mengenal pasti di mana pemilik ladang sebelum ini apabila difahamkan individu berkenaan turut hilang.
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14738
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Empty
PostSubject: Re: Pembunuhan datuk sosilawati lawiya   Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Icon_minitime13/9/2010, 9:15 pm

UPDATE : Lokasi Pembunuhan Sosilawati

BANTING, 13 Sept -- Kelihatan dipercayai waris-waris mangsa yang telibat dalam pembunuhan menunggu dengan sabar di jalan masuk kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi rakannya di Ladang Gadong, Tanjong Sepat dekat Morib di sini, hari ini.


Anggota polis unit skuba bersiap sedia untuk menyelam ke dalam sebuah anak sungai Kancong Laut yang dipercayai tempat pembuangan abu mayat pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi rakannya berhampiran Ladang Gandong, Tanjong Sepat dekat Morib di sini, hari ini.

Anggota polis dari Jabatan Forensik melakukan siasatan di sungai Kancong Laut yang dipercayai tempat pembuangan abu mayat pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi rakannya berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat dekat Morib di sini, hari ini.

Anggota polis memeriksa tempat kejadian kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi rakannya di Ladang Gadong, Tanjong Sepat dekat Morib di sini, hari ini.

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya 1

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya 2

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya 3

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya 5
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
aLFFiaN
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
aLFFiaN

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 41
location : Borneo Island
Website : www.sioloon.com
Tag ID: : SFC00001
Points : 14738
Reputation : 101
Number of posts : 7895

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Empty
PostSubject: Re: Pembunuhan datuk sosilawati lawiya   Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Icon_minitime16/9/2010, 4:19 pm

Suspek pembunuhan kejam jutawan kosmetik, tiga lagi mangsa didakwa minggu depan

KUALA LUMPUR: Polis menganggap kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain, selesai dan semua suspek dijangka didakwa minggu depan.

Suspek pembunuhan kejam jutawan kosmetik, tiga lagi mangsa didakwa minggu depan

KUALA LUMPUR: Polis menganggap kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya serta tiga yang lain, selesai dan semua suspek dijangka didakwa minggu depan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, berkata polis kini pada peringkat akhir mengumpul maklumat dan bukti sebelum mengemukakan kertas siasatan kepada Pejabat Peguam Negara untuk menentukan pertuduhan terhadap lapan suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk yang ditahan setakat ini.
Sambil memuji Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang diketuai Pengarahnya, Datuk Mohd Bakri Zinin dan Timbalan JSJ, Datuk Hadi Ho Abdullah atas kejayaan pasukan itu menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh yang cepat, Ismail bagaimanapun berkata, ini bukan bermakna siasatan sudah dihentikan.

“Pasukan itu masih meneruskan siasatan di lokasi kejadian di Banting dan mencari bukti berhubung kes berkenaan. Pasukan itu juga sedang mengumpul maklumat mengenai beberapa kes kehilangan lain yang dikaitkan dengan suspek sama,” katanya dalam sesi diskusi dengan pengarang kanan media di Bukit Aman, semalam.

Ini adalah pertemuan pertama Ismail dengan pengarang kanan media selepas mengambil alih jawatan Ketua Polis Negara pada 12 September lalu. Turut hadir, Timbalannya, Datuk Hussin Ismail dan Mohd Bakri.

Kes pembunuhan Sosilawati, 47; serta pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44; peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohamad, terbongkar berikutan penahanan lapan suspek dua hari selepas menerima laporan isteri seorang ahli perniagaan warga India yang sebelum ini turut dilaporkan hilang selepas berurusan dengan peguam bergelar Datuk itu.
Sosilawati dan tiga individu itu yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lalu, dipercayai dibunuh di Ladang Gadong, Banting sebelum dibakar dan abu mayat mereka dibuang ke dalam Sungai Panchau. Mereka dipercayai dibunuh kira-kira 10 malam, 30 Ogos, iaitu pada hari sama mereka dilaporkan menemui Datuk itu.

Setakat ini, polis menahan lapan orang bagi membantu siasatan kes itu, termasuk Datuk terbabit dan adiknya, juga seorang peguam. Semua suspek yang ditahan pada 10, 11 dan 12 September lalu direman sehingga Sabtu ini.

Polis dikatakan akan meminta lanjutan tempoh reman untuk membolehkan pendakwaan dibuat akhir minggu depan.

Mohd Bakri berkata, polis menubuhkan dua pasukan petugas khas, iaitu satu untuk menyiasat kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu yang bersamanya, manakala satu lagi bagi menyiasat laporan orang hilang yang dikaitkan dengan suspek sama.

Ditanya mengapa banyak laporan orang hilang yang dibuat sebelum ini tidak disiasat, Ismail yang mengaku turut menerima banyak pertanyaan mengenainya, berkata beliau akan memastikan semua aduan orang hilang disiasat secara serius.

“Jika pegawai atau anggota saya didapati tidak memandang serius kes orang hilang, saya akan pastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka,” katanya
Back to top Go down
http://www.sioloon.com
Nd walter
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Keningau
Points : 10092
Reputation : 1
Number of posts : 29

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Empty
PostSubject: Re: Pembunuhan datuk sosilawati lawiya   Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Icon_minitime16/9/2010, 4:37 pm

dasyat2..bikin kcian semua mangsa ma family dorg.time mau raya ba.respek la ma polis.capat.bkn macam high profile case yg sblm ni.x sttle2. nice thread
Back to top Go down
Nd walter
FRESHIE
FRESHIE


Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Keningau
Points : 10092
Reputation : 1
Number of posts : 29

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Empty
PostSubject: Re: Pembunuhan datuk sosilawati lawiya   Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Icon_minitime16/9/2010, 4:39 pm

hmmmm..rasa2 nya pernah jumpa la ni datuk/lawyer ni.tp di mana ya huhuhu
Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18513
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Empty
PostSubject: Re: Pembunuhan datuk sosilawati lawiya   Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Icon_minitime16/9/2010, 10:50 pm

skrg ne bro mcm2 brlaku.,smpai bunuh sna sni dn sbagainya..aduiii.,apa la mo jd dgn dunia ne..mkin hari mkin parah.. bosan
Back to top Go down
the BLitz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
the BLitz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 37
location : kota belud
Tag ID: : SFC 04544
Points : 12734
Reputation : 11
Number of posts : 1700

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Empty
PostSubject: Re: Pembunuhan datuk sosilawati lawiya   Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Icon_minitime17/9/2010, 12:03 am

mmg BODOH..org macam ni bgus kasi mati pelan2..dera2 dulu puas2..
Back to top Go down
http://profiles.friendster.com/user.php?src=login
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16604
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Empty
PostSubject: Re: Pembunuhan datuk sosilawati lawiya   Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Icon_minitime20/9/2010, 3:38 pm

mmg klu org dah gila 3'ta' ni...har'ta', takh'ta' & wani'ta'...sanggup perang dunia...bunuh org, macam bunuh binatang jak...ishh...
Back to top Go down
ahfick
REGULAR
REGULAR
ahfick

Male
Countries/State : Sabah
Age : 32
location : kota kinabalu,tuaran,
Website : ahfickqree@yahoo.com/facebook
Tag ID: : SFC 15300
Points : 10548
Reputation : 7
Number of posts : 483

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Empty
PostSubject: Re: Pembunuhan datuk sosilawati lawiya   Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Icon_minitime20/9/2010, 11:39 pm

ya rabbi......disebabkan harta n pngkat gelaran datuk......sanggup membunuh....kerjaya pun bkan calang2....peguam lagi.........dunia maw kiamat da kali....isy3x Suspect
Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18513
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Empty
PostSubject: Re: Pembunuhan datuk sosilawati lawiya   Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Icon_minitime21/9/2010, 12:06 am

sikap perikemanusiaan smakin kurang sda bro..bgni la jdnya.. dont know
Back to top Go down
omar
SENIOR
SENIOR
omar

Male
Countries/State : Selangor
Age : 34
location : SELANGOR
Tag ID: : sfc 13010
Points : 11182
Reputation : 1
Number of posts : 860

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Empty
PostSubject: Re: Pembunuhan datuk sosilawati lawiya   Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Icon_minitime21/9/2010, 12:40 am

Semoga ALLAH mencucuri Rahmat Kepada Allahyarhamah Sosilawati,Marilah Kita Sedekahkan AL-FATIHAH Kepada Allahyarhamah Sosilawati,Semoga Dia Tenang disana....
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16604
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Empty
PostSubject: Re: Pembunuhan datuk sosilawati lawiya   Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Icon_minitime21/9/2010, 5:07 am

diharapkan ahli keluarga dan kenalan allahyarhamah sentiasa tenang...
dah ditakdirkan macam itu, ajal maut rezeki jodoh di tgn Tuhan...takziah utk mereka...
Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18513
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Empty
PostSubject: Re: Pembunuhan datuk sosilawati lawiya   Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Icon_minitime21/9/2010, 11:59 am

im wrote:
diharapkan ahli keluarga dan kenalan allahyarhamah sentiasa tenang...
dah ditakdirkan macam itu, ajal maut rezeki jodoh di tgn Tuhan...takziah utk mereka...

kita cuma mrancang bro..tp Tuhan yg mnentukan..kita kna trima sgala dugaan dgn hti yg redha...btl x bro?takziah mereka yg tlh prgi..
Back to top Go down
ahfick
REGULAR
REGULAR
ahfick

Male
Countries/State : Sabah
Age : 32
location : kota kinabalu,tuaran,
Website : ahfickqree@yahoo.com/facebook
Tag ID: : SFC 15300
Points : 10548
Reputation : 7
Number of posts : 483

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Empty
PostSubject: Re: Pembunuhan datuk sosilawati lawiya   Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Icon_minitime21/9/2010, 2:06 pm

takziah untu smua family mangsa.... respek respek
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16604
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Empty
PostSubject: Re: Pembunuhan datuk sosilawati lawiya   Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Icon_minitime22/9/2010, 7:31 pm

kes ni macam akan menjadi lebih menarik mau diikuti...mmg menunggu sangat bila kes ini akan masuk mahkamah...utk perbicaraan...
Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18513
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Empty
PostSubject: Re: Pembunuhan datuk sosilawati lawiya   Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Icon_minitime25/9/2010, 9:06 pm

mmg la mnarik bro..kitaorg pn x sbr mo tau siapa dalang utama dlm kes ne..n apa hkuman yg akn trima..hkuman msti yg scukupnya,atau yg trlbih ckup..biar kena pngajaran kpda si pesalah 2.. Mod tembak
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16604
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Empty
PostSubject: Re: Pembunuhan datuk sosilawati lawiya   Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Icon_minitime25/9/2010, 9:38 pm

inilah akibatnya manusia yg sudah hilang sifat kemanusiaan dlm diri, kadang binatang xsekejam mereka ni...mgkn ini la yg dikatan akhir zaman...
Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18513
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Empty
PostSubject: Re: Pembunuhan datuk sosilawati lawiya   Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Icon_minitime25/9/2010, 10:16 pm

naa.,bgtu la 2 bro..bkn lg mngkin..mmg mo akhir zaman sda ne..kkejaman d sluruh dunia mkin manjadi2..x prnh pn dlm shari kita x dgr kes2 jnayah dlm brta ne..hr2 ada ja..smpai bila la bru mau tamat ne smua.. cheers
Back to top Go down
m_hafiz
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
m_hafiz

Male
Countries/State : Sabah
Age : 42
location : Borneo Paradise,)mcm d kK,)
Tag ID: : SFC 05031
Points : 12182
Reputation : 7
Number of posts : 1146

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Empty
PostSubject: Re: Pembunuhan datuk sosilawati lawiya   Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Icon_minitime26/9/2010, 7:45 pm

d ssbkan duit org snggup wat apa ja..
Back to top Go down
omar
SENIOR
SENIOR
omar

Male
Countries/State : Selangor
Age : 34
location : SELANGOR
Tag ID: : sfc 13010
Points : 11182
Reputation : 1
Number of posts : 860

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Empty
PostSubject: Re: Pembunuhan datuk sosilawati lawiya   Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Icon_minitime28/11/2010, 5:28 pm

betul tu M_Hafiz
Back to top Go down
Sponsored content




Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Empty
PostSubject: Re: Pembunuhan datuk sosilawati lawiya   Pembunuhan datuk sosilawati lawiya Icon_minitime

Back to top Go down
 

Pembunuhan datuk sosilawati lawiya

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: