SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16562
Reputation : 75
Number of posts : 5575

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Empty
PostSubject: 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis   10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Icon_minitime21/1/2011, 12:34 am

1. BAGAIMANA MENDEFINASIKAN ISTILAH ‘DITAHAN’? HANYA APABILA …
a. Polis berkata kepada anda, “Anda ditahan”
b. Polis menggari tangan anda
c. Anda dilarang dari meninggalkan sesebuah bilik, kawasan atau sebagainya oleh pihak polis

2. BAGAIMANA SEKIRANYA ANDA DITAHAN OLEH PIHAK POLIS (semasa berjalan, memandu pulang dsb.)
a. Anda mungkin akan disoal. HANYA berikan butir-butiran diri anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat. Anda juga mungkin akan diminta menunjukkan kad pengenalan diri anda
b. Anda tidak perlu menjawap lain-lain soalan
c. Biasakan bertanya pengenalan diri polis yang berkenaan. Sentiasa catatkan nama dan nombor kad pengenalan mereka.
d. Catatkan nombor kenderaan ronda mereka

3. JIKA ANDA DITANYA LAIN-LAIN SOALAN
a. Tanya kepada polis berkenaan, “Adakah saya ditahan?”
b. Sekiranya mereka berkata “Ya”, jangan menjawap apa-apa lagi soalan yang diajukan kepada anda. Adalah menjadi hak anda untuk menjawap apabila berada di mahkamah sahaja.
c. Sekiranya mereka berkata “Tidak”, anda boleh beredar pada bila-bila masa sahaja.


4. JIKA ANDA DITAHAN

a. Beritahu orang-orang yang berhampiran dengan anda
b. Sekiranya anda mempunyai telefon bimbit, telefon rakan, keluarga atau peguam anda. Sekiranya anda ditahan di kawasan diantara Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Dataran Merdeka, besar kemungkinan anda akan dibawa ke balai polis Dang Wangi (Stadium) dan balai polis Campbell. Minta kawan anda, keluarga atau peguam anda pergi ke balai polis Dang Wangi dahulu untuk mengesahkan penangkapan anda dan dimana anda berada.
c. Catatkan / ingatkan waktu anda ditahan

5. KETIKA DITAHAN, PIHAK POLIS MESTI MEMBERITAHU ANDA

a. Mengapa anda ditahan

6. SELEPAS DITAHAN

a. Pihak polis hanya boleh menahan anda didalam lokap selama 24 jam sahaja, tidak kira samada pada hari cuti am atau pada hujung minggu. Ini adalah hak PERLEMBAGAAN anda. Selepas tempoh masa 24 jam berakhir, pihak polis mesti membawa anda ke hadapan majistret untuk direman (dimana anda mesti tinggal di lokap polis bagi ‘membantu’ siasatan mereka). Jika tidak, anda akan dilepaskan samada atas jaminan (jamin mulut) atau akan didakwa di mahkamah. Sebaik sahaja didakwa, anda perlukan penjamin dan wang jaminan kecuali ianya bukan dakwaan yang berjamin

b. Anda tidak boleh membawa sebarangan barang-barang ke lokap kecuali pakaian yang sedang anda pakai ketika itu. Apabila pihak polis mengambil barang-barang anda, anda mesti menurunkan tandatangan untuknya. Sekiranya anda mempunyai wang atau kad bank / kredit, pastikan anda mengira duit anda dan pastikan polis tersebut mencatatkan jumlah yang anda ada, dan apa kad bank / kredit yang anda miliki.

c. Anda mungkin diminta memberi kenyataan 113 (kenyataan peringatan). Pegawai polis yang mengambil kenyataan tersebut mestilah membacakan hak-hak anda

7. SOAL SIASAT POLIS

a. Berhati-hatilah semasa menjawap soalan-soalan yang diajukan oleh pihak polis. Ia mungkin dalam bentuk soalan-soalan mesra yang biasa seperti cuaca, keluarga anda dsb. untuk menenangkan anda. fikir berulang kali sebelum menjawap kerana ia boleh digunakan untuk menentang anda semasa dimahkamah nanti. Ingat, kerja polis ialah memastikan mereka mempunyai cukup bukti untuk mendakwa anda, dan bukannya untuk mempunyai perbualan yang mesra.

b. Sekiranya pihak polis meminta anda memberikan kenyataan 113, anda mesti memberikan butir-butiran anda seperti nama anda, nombor kad pengenalan dsb. dan pastikan anda tahu nama pegawai polis tersebut. Jika terdapat lain-lain soalan, kami BETUL-BETUL nasihatkan anda supaya tidak menjawapnya sehingga hari perbicaraan anda dimahkamah, dan ketika bersama-sama dengan peguam anda. Itu adalah hak anda! Apa sahaja yang anda kata, boleh digunakan untuk menentang anda ataupun rakan-rakan anda. Anda boleh menjawap semua soalan-soalan lain tersebut seperti ini:

S: adakah anda berada di Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: bagaimana anda datang ke Dataran petang tadi?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah
S: adakah ibu anda menyediakan bekalan sebelum anda keluar?
J: saya hanya akan menjawap semua soalan di mahkamah

c. Sekiranya pegawai polis yang mengambil kenyataan anda mengancam anda secara percakapan mahupun kelakuan, anda mestilah berhenti dari memberikan kenyataan anda dengan segera. Bertenang dan beritahunya “Saya tidak boleh meneruskan kenyataan saya kerana awak telah mengancam keselamatan saya. Saya mahu ini dicatatkan kedalam kenyataan saya.” Sekiranya pegawai polis itu tidak mencatatkan bantahan anda tersebut, tunggu sehingga ke akhir kenyataan anda. Tetapi sekiranya pegawai polis tersebut masih terus mengancam anda, tinggalkan bilik tersebut dan beritahu pegawai polis yang lain dan minta ‘perlindungan’ mereka.

d. Apabila anda telah habis menjawap soalan, pegawai polis akan membenarkan anda membaca kenyataan anda tersebut. Dia akan bertanya samada anda mempunyai apa-apa yang ingin ditambah, ditukar atau dipadamkan. Inilah masanya anda membetulkan apa-apa kesilapan atau atau menambah lain-lain komen didalam kenyataan itu. Contohnya, jika anda telah diancam sewaktu soal siasat atau diserang semasa penahanan anda dsb. ini adalah satu lagi peluang untuk anda menyatakannya. Pegawai polis berkenaan mesti menaip semua itu. Anda akan diminta untuk menandatangani kenyataan anda tersebut. Baca semula dengan teliti dan tandatangan sedekat yang boleh dibawah perenggan yang terakhir, supaya tiada siapa yang boleh menokoktambahnya lagi.

8. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Direman)

a. Sekiranya anda tidak mempunyai peguam, anda mesti meminta wakil peguam. Pusat Bantuan Guaman ada menempatkan peguam-peguamnya dimahkamah bagi tujuan ini.

b. Beritahu majistret sekiranya anda ada mempunyai apa-apa rungutan seperti sekiranya anda di pukul, diancam; sekiranya anda sakit, perlukan rawatan perubatan dsb.

9. SEKIRANYA ANDA DIBAWA KE DEPAN MAJISTRET (Untuk Dakwaan)

a. Sekali lagi, anda mesti meminta wakil peguam

b. Pastikan anda mempunyai seseorang untuk menjamin anda keluar. Sekiranya anda tidak dapat menghubungi keluarga atau rakan anda, minta kebenaran dari majistret untuk membantu anda menghubungi keluarga anda. Jika tidak, anda boleh meminta bantuan peguam anda. Keluarga anda akan perlu membawa duit untuk menjamin anda keluar, yang mana mestilah dalam bentuk pembukaan akaun di bank yang terletak paling dekat dengan mahkamah tersebut. Tanya peguam anda atau majistret dimanakah letaknya bank tersebut. Tidak ada bentuk bayaran lain seperti bayaran tunai atau cek yang akan diterima oleh mahkamah.

10. SEKIRANYA ANDA DIPUKUL SEMASA DALAM TAHANAN

a. Selepas anda dibebaskan atas jaminan, pastikan anda pergi ke mana-mana klinik kerajaan atau hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan. Pastikan anda tahu nama doktor yang bertugas dan nombor rujukan laporan kesihatan anda supaya ia boleh digunakan dimahkamah kemudian.

b. Sekiranya anda masih dalam reman, pastikan anda memberitahu majistret yang berkenaan bahawa anda perlu pergi ke hospital atau ke klinik.

Oleh SUARAM
Back to top Go down
aint_87
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
aint_87

Female
Countries/State : Sabah
Age : 66
location : SABAH TANAH AIRKU..
Tag ID: : SFC 04769
Points : 12096
Reputation : 9
Number of posts : 1199

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Empty
PostSubject: Re: 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis   10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Icon_minitime21/2/2011, 4:34 pm

adaka..... hahahaha.. aku igt cara2 utk masuk spital jak ada tu.. xtau lak yg ni pun ada..
Back to top Go down
fuumin
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
fuumin

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Lahad Datu, Sabah
Tag ID: : SFC3259
Points : 12601
Reputation : 7
Number of posts : 1048

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Empty
PostSubject: Re: 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis   10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Icon_minitime21/2/2011, 5:04 pm

bagus ni sebagai panduan..kita perlu tahu hak kita hehe
Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18471
Reputation : 128
Number of posts : 8256

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Empty
PostSubject: Re: 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis   10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Icon_minitime21/2/2011, 9:45 pm

Nice info bro...mmg cun....kita mmg ada hak masing2... Bagus
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16562
Reputation : 75
Number of posts : 5575

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Empty
PostSubject: Re: 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis   10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Icon_minitime22/2/2011, 3:24 am

memang kita ada hak untuk mengetahui sekiranya keadaan itu berlaku...
Back to top Go down
LuVrAiN3
REGULAR
REGULAR
LuVrAiN3

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 31
location : Switzerland of the East-----Kota Kinabalu---Kuala Penyu
Website : http://www.sioloon.com
Tag ID: : SFC 12186
Points : 10652
Reputation : 4
Number of posts : 306

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Empty
PostSubject: Re: 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis   10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Icon_minitime22/2/2011, 9:16 pm

so kalau dipukul tp kita x salah kita xbley report?
Back to top Go down
https://www.facebook.com/LuVrAiN3      www.tagged.com/yuriahn
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16562
Reputation : 75
Number of posts : 5575

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Empty
PostSubject: Re: 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis   10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Icon_minitime23/2/2011, 12:37 am

tengok jenis pukulan tu sis, kalau pukulan sehingga mencederakan @memudaratkan, boleh...tapi kalau kena pukulan sapaan, gurauan tidak perlu la sampai report polis...hehe...
Back to top Go down
LuVrAiN3
REGULAR
REGULAR
LuVrAiN3

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 31
location : Switzerland of the East-----Kota Kinabalu---Kuala Penyu
Website : http://www.sioloon.com
Tag ID: : SFC 12186
Points : 10652
Reputation : 4
Number of posts : 306

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Empty
PostSubject: Re: 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis   10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Icon_minitime23/2/2011, 11:24 pm

kalau pukulan yang membawa maksud lain, misalnya gangguan s**s camna maw lapor?
Back to top Go down
https://www.facebook.com/LuVrAiN3      www.tagged.com/yuriahn
RedMachine
REGULAR
REGULAR
RedMachine

Male
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : papar,KK(sepangar bay
Tag ID: : 11857

Points : 10850
Reputation : 10
Number of posts : 454

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Empty
PostSubject: Re: 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis   10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Icon_minitime24/2/2011, 10:37 pm

lapor ja...e2 kira kes jenayah juga tu...tp lain jg tu org a...pukulan dsababkan e2...
Back to top Go down
LuVrAiN3
REGULAR
REGULAR
LuVrAiN3

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 31
location : Switzerland of the East-----Kota Kinabalu---Kuala Penyu
Website : http://www.sioloon.com
Tag ID: : SFC 12186
Points : 10652
Reputation : 4
Number of posts : 306

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Empty
PostSubject: Re: 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis   10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Icon_minitime26/2/2011, 11:03 pm

RedMachine wrote:
lapor ja...e2 kira kes jenayah juga tu...tp lain jg tu org a...pukulan dsababkan e2...

ya..mmg lain..hahaha..tp x mustahil jg..dn kdg2 kalau kes macam tue susah maw menang..bh, maw tutup aib kn..
Back to top Go down
https://www.facebook.com/LuVrAiN3      www.tagged.com/yuriahn
RedMachine
REGULAR
REGULAR
RedMachine

Male
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : papar,KK(sepangar bay
Tag ID: : 11857

Points : 10850
Reputation : 10
Number of posts : 454

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Empty
PostSubject: Re: 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis   10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Icon_minitime27/2/2011, 2:44 am

LuVrAiN3 wrote:
RedMachine wrote:
lapor ja...e2 kira kes jenayah juga tu...tp lain jg tu org a...pukulan dsababkan e2...

ya..mmg lain..hahaha..tp x mustahil jg..dn kdg2 kalau kes macam tue susah maw menang..bh, maw tutup aib kn..

eya betul...so klu dalam situasi macam ne sis x dapat kemukakan bukti kukuh at least ada 2 or 3 saksi yg boleh support sis...supaya orang e2 dpt hukuman setimpal...
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16562
Reputation : 75
Number of posts : 5575

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Empty
PostSubject: Re: 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis   10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Icon_minitime27/2/2011, 6:18 am

RedMachine wrote:
LuVrAiN3 wrote:
RedMachine wrote:
lapor ja...e2 kira kes jenayah juga tu...tp lain jg tu org a...pukulan dsababkan e2...

ya..mmg lain..hahaha..tp x mustahil jg..dn kdg2 kalau kes macam tue susah maw menang..bh, maw tutup aib kn..

eya betul...so klu dalam situasi macam ne sis x dapat kemukakan bukti kukuh at least ada 2 or 3 saksi yg boleh support sis...supaya orang e2 dpt hukuman setimpal...
baru padan muka orang tu, suka2 saja mau buat macam tu...

perkara2 macam tu, tidak boleh dibiarkan, nanti jadi satu kebiasaan...cegah sebelum parah...
Back to top Go down
Sponsored content




10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Empty
PostSubject: Re: 10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis   10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis Icon_minitime

Back to top Go down
 

10 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sekiranya Anda Ditahan Polis

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: