SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
'Bermadu' anak sendiri Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
'Bermadu' anak sendiri Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 'Bermadu' anak sendiri

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15071
Reputation : 31
Number of posts : 1806

'Bermadu' anak sendiri Empty
PostSubject: 'Bermadu' anak sendiri   'Bermadu' anak sendiri Icon_minitime7/3/2011, 11:38 am

'Bermadu' anak sendiri Frontpagej

KUALA LUMPUR: Hati wanita mana tidak terguris apabila melihat suami sedang berasmara dengan anak kandungnya di dapur rumah ketika dia baru pulang dari hospital selepas menjalani rawatan pembedahan kerana mengandung di luar rahim.

Biarpun kejadian itu dua tahun berlalu, situasi ibarat ‘bermadu dengan anak sendiri’ menyebabkan dia yang mahu dikenali sebagai Azie amat kecewa kerana hatinya disakiti dua insan paling disayangi.

Azie, 30-an berkata, hidupnya tidak menentu selepas melihat perbuatan bekas suaminya yang mengambil kesempatan terhadap anak tiri.

Menurutnya, anak gadisnya yang ketika itu berusia 15 tahun anak sulung hasil perkongsian hidup dengan suami pertama yang dikahwini pada 1994 sebelum bercerai lima tahun kemudian.


“Hasil perkahwinan itu, saya dikurniakan dua anak. Seorang lagi anak lelaki yang kini berusia 13 tahun. Selepas bercerai, kedua-dua anak itu dijaga nenek mereka di pantai timur,” katanya.



Menurutnya, selepas tiga tahun menjanda, hatinya ditambat seorang lelaki berusia 40-an dan mereka melangsungkan perkahwinan pada 2002.

“Perkahwinan kali kedua ini pada awalnya bahagia dan kami mendapat dua anak masing-masing seorang lelaki yang kini berusia lapan tahun dan perempuan berusia lima tahun.

“Namun, kebahagiaan itu mula tergugat sedikit demi sedikit selepas saya mengambil dua anak dengan suami dulu tinggal dengan kami di ibu kota,” katanya.

Menurutnya, ketika anak gadisnya berusia 13 tahun, dia sudah mula mencurigai sikap suami yang seolah-olah cuba mengambil kesempatan terhadap anaknya itu.

“Saya pernah terserempak suami yang berada dalam bilik anak dan dia cuba meraba anak saya yang ketika itu tidur.

“Bagaimanapun, ketika ditanya dia membuat alasan mahu menghalau nyamuk dan saya mendiamkan diri kerana enggan bergaduh selain tidak mahu anak lain tahu,” katanya.

Menurutnya, kejadian itu makin menjadi-jadi apabila anak gadisnya berusia 15 tahun dan pernah anaknya itu demam teruk dan meminta dibawa ke klinik.

“Ketika dalam perjalanan ke klinik, baru anak saya menceritakan kejadian sebenar yang dia sudah beberapa kali menjadi pemuas nafsu suami, namun tidak berani menceritakannya kepada sesiapa kerana diugut bapa tirinya itu.

“Saya membawa anak saya ke balai polis untuk membuat laporan rogol kerana anak masih di bawah umur,” katanya.

Azie berkata, suami keduanya itu juga seorang yang panas baran dan suka memukulnya dan anak-anak, namun hanya anak sulung yang dijadikan hamba seks itu tidak dipukul.

“Lebih mengecewakan apabila suami memukul dan memijak perut saya walaupun ketika itu saya baru tiga hari selesai menjalani pembedahan kerana mengandung di luar rahim.

“Mungkin dia bertindak begitu kerana marah selepas saya ternampak dia berasmara dengan anak ketika mereka di dapur,” katanya.

Menurutnya, selepas kejadian itu, anak lelaki keduanya turut menceritakan yang dia pernah terserempak kakaknya beberapa kali masuk ke bilik bapa tiri sebelum keluar dua hingga tiga jam kemudian.

“Bagaimanapun, anak saya itu tidak berani menceritakannya sebelum ini kerana takut dipukul suami yang panas baran, malah dia pernah diseksa dengan diterbalikkan kepala ke bawah kerana mengetahui hubungan bapa tiri dengan kakaknya itu.

“Selepas mendengar semua cerita dan mengetahui apa yang berlaku ditambah dengan apa yang saya lihat, saya meminta cerai dan kami berpisah Ogos tahun lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Azie kini buntu apabila anak gadisnya itu yang kini berusia 17 tahun menghilangkan diri sejak enam bulan lalu dan dia syak kemungkinan bekas suaminya mengambil anaknya itu.

“Saya sudah membuat laporan polis berhubung kehilangan anak dan syak bekas suami melarikannya kerana saya tahu dia bijak memujuk.

“Tidak mustahil anak gadis saya mengikutnya kerana dia masih mentah dan mudah termakan pujuk rayu bapa tirinya,” katanya.
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
keba
ELITE
ELITE
keba

Male
Countries/State : Kelantan
Age : 34
location : Kemaman - Kota Bharu
Website : contact 01119778382
Tag ID: : SFC08063
Points : 14925
Reputation : 69
Number of posts : 3981

'Bermadu' anak sendiri Empty
PostSubject: Re: 'Bermadu' anak sendiri   'Bermadu' anak sendiri Icon_minitime7/3/2011, 1:08 pm

haissshh..ntah lorh..dunia ari ni mcm2 bleh jadi..sabo je la
Back to top Go down
fuumin
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
fuumin

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Lahad Datu, Sabah
Tag ID: : SFC3259
Points : 12643
Reputation : 7
Number of posts : 1048

'Bermadu' anak sendiri Empty
PostSubject: Re: 'Bermadu' anak sendiri   'Bermadu' anak sendiri Icon_minitime9/3/2011, 9:51 am

yah lar bro keba ,macam² blh terjadi zaman skrg ni
Back to top Go down
reborn
FRESHIE
FRESHIE
reborn

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 36
location : miri
Points : 9691
Reputation : 1
Number of posts : 22

'Bermadu' anak sendiri Empty
PostSubject: Re: 'Bermadu' anak sendiri   'Bermadu' anak sendiri Icon_minitime9/3/2011, 11:16 am

manusia yg menjadi syaitan smkin banyak pula
Back to top Go down
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16604
Reputation : 75
Number of posts : 5575

'Bermadu' anak sendiri Empty
PostSubject: Re: 'Bermadu' anak sendiri   'Bermadu' anak sendiri Icon_minitime8/4/2011, 3:45 pm

bila nafsu sudah menguasai segala-galanya...ajaran agama sudah tidak dipedulikan lagi...
Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18513
Reputation : 128
Number of posts : 8256

'Bermadu' anak sendiri Empty
PostSubject: Re: 'Bermadu' anak sendiri   'Bermadu' anak sendiri Icon_minitime8/4/2011, 10:38 pm

aiiinahh...smpai bgni pula....lain jg ni org ni makan anak ni...mo kena timbak ni tau... gun Mod tembak
Back to top Go down
LuVrAiN3
REGULAR
REGULAR
LuVrAiN3

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 32
location : Switzerland of the East-----Kota Kinabalu---Kuala Penyu
Website : http://www.sioloon.com
Tag ID: : SFC 12186
Points : 10694
Reputation : 4
Number of posts : 306

'Bermadu' anak sendiri Empty
PostSubject: Re: 'Bermadu' anak sendiri   'Bermadu' anak sendiri Icon_minitime9/4/2011, 12:00 am

agak jahanam yerr bapanya tue !
Back to top Go down
https://www.facebook.com/LuVrAiN3      www.tagged.com/yuriahn
sarvia
SENIOR
SENIOR
sarvia

Female
Countries/State : Sabah
Age : 34
location : sandakan to kay kay
Tag ID: : SFC 17594
Points : 10275
Reputation : 4
Number of posts : 547

'Bermadu' anak sendiri Empty
PostSubject: Re: 'Bermadu' anak sendiri   'Bermadu' anak sendiri Icon_minitime20/4/2011, 10:56 am

binatang bha nhe ... bknya manusia..
Back to top Go down
Sponsored content




'Bermadu' anak sendiri Empty
PostSubject: Re: 'Bermadu' anak sendiri   'Bermadu' anak sendiri Icon_minitime

Back to top Go down
 

'Bermadu' anak sendiri

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: