SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pelajar...ugut Bunuh Cikgu Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Pelajar...ugut Bunuh Cikgu Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Pelajar...ugut Bunuh Cikgu

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15071
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Pelajar...ugut Bunuh Cikgu Empty
PostSubject: Pelajar...ugut Bunuh Cikgu   Pelajar...ugut Bunuh Cikgu Icon_minitime10/3/2011, 12:25 pm

Pelajar...ugut Bunuh Cikgu Frontpagec

HULU SELANGOR: Tiga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah di sini, bertindak samseng dengan mengugut untuk membunuh seorang guru disiplin, kelmarin.

Difahamkan, kumpulan terbabit bertindak demikian kerana tidak puas hati apabila guru terbabit enggan menerima buku teks yang mahu dipulangkan mereka.

Berikutan itu, ketiga-tiga pelajar terbabit ditahan pihak berkuasa sejurus guru lelaki berkenaan membuat laporan polis berhubung insiden berkenaan.

Kejadian itu bermula kira-kira jam 11 pagi apabila tujuh pelajar sekolah berkenaan pergi ke pejabat sekolah bertemu pengetua untuk memulangkan buku teks yang enggan digunakan mereka.



Menurut sumber, tindakan tujuh pelajar itu yang berlagak samseng dengan meluru masuk ke pejabat sekolah tanpa meminta kebenaran bagaimanapun cuba dihalang guru berkenaan.



“Hairan dengan tindakan pelajar terbabit, guru disiplin itu bertanyakan tujuan mereka mahu berjumpa pengetua dan mereka memberitahu mahu memulangkan buku teks yang tidak mahu digunakan lagi.

“Guru itu menjelaskan kepentingan dan salah faham yang timbul mengenai buku berkenaan yang dianggap memberi ilmu pengetahuan kepada pelajar,” katanya.

Namun, pelajar terbabit tidak puas hati dengan penjelasan guru itu dan menganggap dia sengaja menghalang mereka bertemu pengetua dan mula bertindak biadab dengan meninggikan suara.

Sumber berkata, guru disiplin yang tergamam dengan tindakan pelajar terbabit cuba menenangkan keadaan dan menjelaskan perkara sebenar.

“Bagaimanapun, keadaan menjadi kecoh apabila tiga daripada pelajar terbabit mengugut guru itu kerana mendakwa dia menyinggung perasaan mereka,” katanya.

Bimbang keselamatan diri berikutan ugutan pelajar terbabit, guru berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahya Affendy ketika dihubungi mengesahkan penahanan ketiga-tiga pelajar itu.

Menurutnya, semua mereka ditahan dalam tempoh 24 jam bagi mengambil keterangan berhubung insiden itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sementara itu, Bernama memetik Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan, sebagai berkata beliau akan mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa dan guru sekolah berkenaan esok berhubung isu buku teks itu.

“Saya akan pastikan pelajar menerima kembali buku berkenaan kerana itu arahan kerajaan yang mengekalkan novel berkenaan sebagai teks komponen sastera (Komsas) tingkatan lima,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Kamalanathan berkata, berikutan kejadian itu, guru berkenaan sudah membuat laporan polis kerana mendakwa diugut abang seorang daripada pelajar itu pada Isnin lalu, manakala pelajar terbabit turut membuat laporan polis kerana perkataan yang digunakan guru itu.
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18513
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Pelajar...ugut Bunuh Cikgu Empty
PostSubject: Re: Pelajar...ugut Bunuh Cikgu   Pelajar...ugut Bunuh Cikgu Icon_minitime10/3/2011, 9:52 pm

adede...mcm2 kes pla brlaku ni skrg...smpai guru pn kna buat macam tu..."tanpa guru,siapalah kita ini skrg".....
Back to top Go down
RedMachine
REGULAR
REGULAR
RedMachine

Male
Countries/State : Sabah
Age : 38
location : papar,KK(sepangar bay
Tag ID: : 11857

Points : 10892
Reputation : 10
Number of posts : 454

Pelajar...ugut Bunuh Cikgu Empty
PostSubject: Re: Pelajar...ugut Bunuh Cikgu   Pelajar...ugut Bunuh Cikgu Icon_minitime10/3/2011, 11:17 pm

eya ba...kalau mau samseng jangan sekolah...kasi malu ibu bapa seja...
Back to top Go down
finalazy84
MODERATOR
finalazy84

Male
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Keningau - KK
Tag ID: : SFC 04901
Points : 15036
Reputation : 41
Number of posts : 3863

Pelajar...ugut Bunuh Cikgu Empty
PostSubject: Re: Pelajar...ugut Bunuh Cikgu   Pelajar...ugut Bunuh Cikgu Icon_minitime10/3/2011, 11:18 pm

ni la ni psal Interlok

cuba kamu tngok ni artikle...sama ka tdk ni aah Suspect
http://www.selangorkini.com.my/my/berita/30487
Back to top Go down
https://www.facebook.com/alfian.karim
im
MODERATOR
im

Male
Countries/State : Malaysia
Age : 43
location : |||||TAWAU|||||
Tag ID: : SFC 07691
Points : 16604
Reputation : 75
Number of posts : 5575

Pelajar...ugut Bunuh Cikgu Empty
PostSubject: Re: Pelajar...ugut Bunuh Cikgu   Pelajar...ugut Bunuh Cikgu Icon_minitime8/4/2011, 3:40 pm

finalazy84 wrote:
ni la ni psal Interlok

cuba kamu tngok ni artikle...sama ka tdk ni aah Suspect
http://www.selangorkini.com.my/my/berita/30487
rentetan peristiwa di atas ni la bro, tercetusnya thread ini...hampir sama...kenapa ek??? Suspect
Back to top Go down
Sponsored content




Pelajar...ugut Bunuh Cikgu Empty
PostSubject: Re: Pelajar...ugut Bunuh Cikgu   Pelajar...ugut Bunuh Cikgu Icon_minitime

Back to top Go down
 

Pelajar...ugut Bunuh Cikgu

View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: