SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Mirip Pak Man Telo Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Mirip Pak Man Telo Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Mirip Pak Man Telo

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15055
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Mirip Pak Man Telo Empty
PostSubject: Mirip Pak Man Telo   Mirip Pak Man Telo Icon_minitime21/5/2011, 8:40 am

KUALA LUMPUR: Berselindung di sebalik pengiklanan di blog, forum, laman sosial facebook atau penawaran skim pelaburan dalam sektor asas tani, skim pelaburan haram dikesan muncul kembali ibarat ‘cendawan tubuh lepas hujan’ dengan memerangkap mangsanya membabitkan kerugian jutaan ringgit.

Hasil pemantauan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati trend itu begitu popular walaupun pada dasarnya rakyat negara ini lebih bersikap berhati-hati ketika membuat penilaian sebelum melabur.


Kebanyakan skim yang ditawarkan itu mirip kepada Skim Cepat Kaya Pak Man Telo yang popular sekitar tahun 1980-an.

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Azmi Ariffin berkata, awal tahun ini, seramai 35 peserta yang melabur dalam projek tanaman serai secara berkelompok di Kuala Kubu Bharu, dekat sini dan menyertai skim itu selain dijanjikan pulangan pelaburan sehingga 680 peratus daripada pelaburan asal dilaporkan tertipu membabitkan kerugian mencecah RM600,000.


“Sejarah mengajar kita supaya mengambil sikap berhati-hati dalam membuat pelaburan. Pengajaran daripada kegagalan Skim Cepat kaya Pak Man Telo itu sendiri adalah contoh klasik yang boleh dijadikan rujukan.


“Namun, apabila dihidangkan dengan pelbagai janji manis terutama membabitkan pulangan pelaburan yang tinggi, tempoh masa pelaburan yang singkat dan mudah, kita terus jadi gelap mata dan menyertai sesuatu skim pelaburan yang ditawarkan tanpa berfikir panjang. “Pihak berkuasa hanya akan dimaklumkan apabila kita tertipu,” katanya di sini, semalam. Untuk rekod, skim cepat kaya diasaskan Osman Hamzah dan beliau boleh dikatakan sebagai pelopor kepada kewujudan skim cepat kaya di negara ini. Skim Pak Man Telo menarik lebih 50,000 orang peserta dengan jumlah kutipan sehingga RM99 juta sehinggalah beliau dihadapkan ke mahkamah pada tahun 1990-an. Antara tarikan utama skim anjuran Osman Hamzah yang dilaporkan adalah pulangan pelaburan yang lumayan iaitu sehingga 12 peratus pada ketika itu. Azmi berkata, skim pelaburan dianggap tidak sah sekiranya apa yang ditawarkan itu tidak memenuhi kriteria skim kepentingan dan tidak didaftarkan di SSM. “Manakala bagi perniagaan penganjuran wang kutu yang dijalankan juga dianggap sebagai satu skim pelaburan tidak sah. “Antara undang-undang yang berkaitan adalah, Akta Syarikat 1965 (AS 1965) dan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971,” katanya.

Definisi skim pelaburan mengikut AS 1965 menjurus kepada definisi yang ditakrifkan mengikut seksyen 84 Akta yang sama, iaitu Skim Kepentingan atau lebih dikenali di kalangan
masyarakat sebagai skim pelaburan bersama dan Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/MiripPakManTelo/Article/index_html
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18497
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Mirip Pak Man Telo Empty
PostSubject: Re: Mirip Pak Man Telo   Mirip Pak Man Telo Icon_minitime21/5/2011, 11:45 am

hati2 dgn penipuan..skrg ni mcm2 ada
Back to top Go down
 

Mirip Pak Man Telo

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: