SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Cekup pelajar lari ikut teman lelaki Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Cekup pelajar lari ikut teman lelaki Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Cekup pelajar lari ikut teman lelaki

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
rina01
SUPERIOR
SUPERIOR
rina01

Female
Countries/State : Malaysia
Age : 42
location : melaka
Website : http://cerita2pelik.blogspot.com/
Tag ID: : [B][I][url
Points : 15073
Reputation : 31
Number of posts : 1806

Cekup pelajar lari ikut teman lelaki Empty
PostSubject: Cekup pelajar lari ikut teman lelaki   Cekup pelajar lari ikut teman lelaki Icon_minitime23/6/2011, 9:18 am

POKOK SENA: Hasrat seorang pelajar perempuan tingkatan empat untuk melarikan diri bersama teman lelakinya tidak kesampaian apabila pasangan terbabit ditahan dalam sebuah rumah di Taman Ambar, di sini, awal pagi kelmarin.

Dalam serbuan kira-kira jam 3 pagi, sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar bergegas ke rumah suspek selepas menerima aduan bapa pelajar terbabit mengenai kehilangan anak gadisnya.


Difahamkan, pelajar terbabit dipercayai sudah tiga kali melarikan diri mengikut teman lelakinya berusia 18 tahun, bagaimanapun dia pulang semula ke rumah keluarganya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar, Superintendan Baharom Abu ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berkenaan dan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut.


“Kami menerima aduan bapa pelajar terbabit kira-kira tiga hari lalu berhubung kehilangan anak perempuannya berusia 16 tahun yang juga pelajar sebuah sekolah menengah di Pokok Sena.


“Bapanya memberitahu anaknya itu dipercayai mengikut teman lelakinya berusia 18 tahun yang bekerja sebagai pemasang jubin sebelum serbuan dilakukan berdasarkan maklumat yang diterima ke atas rumah suspek,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, dalam serbuan itu, pihaknya mendapati pelajar terbabit dan teman lelakinya berada dalam rumah suspek.


“Dia (pelajar) dan suspek berkurung dalam biliknya selain dipercayai cuba melarikan diri pada keesokan harinya. Siasatan lanjut juga menemui sepucuk pistol tiruan dalam bilik suspek lalu mereka ditahan dan dibawa ke IPD Kota Setar untuk siasatan lanjut,” katanya.


Menurutnya, suspek yang tinggal bersama keluarga sering membawa pulang pelajar perempuan itu ke rumahnya berdasarkan laporan bapa mangsa.


“Suspek dan pelajar perempuan terbabit kini direman sehingga hari ini. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 36(1) Akta Senjata Api 1960 yang membawa hukuman penjara setahun atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya.

sumber:http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Cekuppelajarlariikuttemanlelaki/Article/index_html
Back to top Go down
http://cerita2pelik.blogspot.com/
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18515
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Cekup pelajar lari ikut teman lelaki Empty
PostSubject: Re: Cekup pelajar lari ikut teman lelaki   Cekup pelajar lari ikut teman lelaki Icon_minitime23/6/2011, 10:12 pm

main lari2 pula dorg ni...seumur hidup x bahagia klu bgtu...x dpt restu dr ibu bapa bah...
Back to top Go down
Shinigami_TWU
SUPERIOR
SUPERIOR
Shinigami_TWU

Male
Countries/State : Sabah
Age : 35
location : TAWAU
Website : facebook.com/Shinigami.sfc12348.
Tag ID: : SFC 12348
Points : 12545
Reputation : 27
Number of posts : 2135

Cekup pelajar lari ikut teman lelaki Empty
PostSubject: Re: Cekup pelajar lari ikut teman lelaki   Cekup pelajar lari ikut teman lelaki Icon_minitime23/6/2011, 11:50 pm

klu lari ikut bf yg bekerjaya tggi td ada crita la perempuan tu... ne yg ntah2 bha... napa la pempuan tu sowt sgt...
Back to top Go down
Sponsored content




Cekup pelajar lari ikut teman lelaki Empty
PostSubject: Re: Cekup pelajar lari ikut teman lelaki   Cekup pelajar lari ikut teman lelaki Icon_minitime

Back to top Go down
 

Cekup pelajar lari ikut teman lelaki

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: