SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Ulat makanan di angkasa Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Ulat makanan di angkasa Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Ulat makanan di angkasa

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12155
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Ulat makanan di angkasa Empty
PostSubject: Ulat makanan di angkasa   Ulat makanan di angkasa Icon_minitime28/10/2007, 2:09 pm

Ulat makanan di angkasa Mainpi13

JADI MAKANAN: Seorang pekerja Amerika Syarikat menunjukkan sejenis spesies kumbang yang dipesan menerusi pos bagi tujuan mengawal serangga. Kumbang ini antara serangga yang mungkin dijadikan sumber makanan angkasawan pada masa depan.


MOSCOW: Agensi angkasa lepas beberapa negara kini mencari jalan memastikan angkasawan mampu memperoleh bekalan makanan mencukupi, termasuk menjadikan serangga dan ulat seperti ulat sutera, anai-anai dan kumbang antara sumber utama dalam misi penerokaan angkasa lepas pada masa depan.

Pada masa ini, angkasawan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) memakan makanan disediakan Russia atau Amerika Syarikat biarpun pada masa tertentu juadah istimewa dibawa negara lain turut dihidangkan.

Media sains Barat melaporkan semalam, pemilihan serangga itu menyusuli juadah utama sebelum ini seperti 'Ais Krim Angkasawan' sebagai makanan utama.


Berikutan itu, Pasukan Petugas Khas Pertanian Angkasa Russia dengan kerjasama Agensi Angkasa Jepun, melancarkan usaha mencari sumber makanan berkenaan bagi memastikan angkasawan mendapat makanan mencukupi misi penting termasuk ke Planet Marikh.

Sebarang penerokaan lama ke planet berkenaan memerlukan angkasawan mewujudkan sumber makanan sendiri, kecuali produk atau diet berasaskan sayur-sayuran dan kekacang yang tidak membekalkan keperluan lemak dan asid amino yang mencukupi dan amat diperlukan tubuh.

Penyelidik Kanada, Robert Kok yang terbabit dalam projek itu berkata, serangga amat sesuai menjadi sumber makanan kerana boleh membiak dalam masa singkat dan memerlukan ladang ternakan yang kecil.

"Ia paling layak sebagai sumber makanan manusia mahu pun spesies binatang yang lain. Serangga juga berbakti kepada manusia kerana dapat mengubah bahan yang sukar dihadam manusia kepada bahan yang boleh dimakan seperti dedaun, kayu dan sisa.

"Ini menjadikan serangga dan ulat seperti ulat sutera, kumbang dan anai-anai sebagai bahan pemakanan yang sesuai. Malah, penyelidik Jepun sudah menghasilkan biskut berasaskan daripada ulat sutera," katanya.

Piawaian makanan antarabangsa menetapkan makanan yang dibekalkan perlu mempunyai jangka hayat sekurang-kurangnya setahun, berkhasiat dan mudah disediakan dalam persekitaran yang sifar graviti di angkasa lepas.

Ada makanan yang boleh terus dimakan seperti buah-buahan dan biskut manakala yang lainnya perlu dibancuh dengan air seperti spaghetti.
Kemudahan ketuhar disediakan di angkasa bagi memanaskan makanan tetapi peti sejuk sememangnya tidak ada menyebabkan makanan perlu disimpan rapi bagi mengelak tumpah, khususnya bagi misi yang memerlukan tempoh lama.

Media Russia baru-baru ini melaporkan rancangan Agensi Angkasa Lepas Jepun atau JAXA memasak ‘juadah angkasa lepas’ bagi angkasawan di Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa, tetapi gagal.

Juadah berkenaan merujuk menu penuh negara matahari terbit berkenaan selepas angkasawannya Soichi Noguchi makan mee segera dalam bungkusan khas ketika menyertai misi kapal angkasa Discovery, tahun lalu. - Agensi
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
MiRA_TaSHa
ADMINISTRATOR
ADMINISTRATOR
MiRA_TaSHa

Female
Countries/State : Sabah
Age : 39
location : Kota Kinabalu
Tag ID: : SFC 00002
Points : 12630
Reputation : 0
Number of posts : 2047

Ulat makanan di angkasa Empty
PostSubject: Re: Ulat makanan di angkasa   Ulat makanan di angkasa Icon_minitime28/10/2007, 11:46 pm

jadi.... kepada sesiapa yg berhajat utk menjadi angkasawan negara tuh.... bole la setat drpd skrg bljr makan kumbang2 dalam erti kata lain 'ais krim angkasawan' supaya tdk kebulur di angkasa nti... 8)
Back to top Go down
http://www.tagged.com/mira_tasha
andypeterh
ELITE
ELITE
andypeterh

Male
Age : 44
location : Kota Kinabalu (Kepayan & Putatan) & Ranau
Points : 12155
Reputation : 1
Number of posts : 4411

Ulat makanan di angkasa Empty
PostSubject: Re: Ulat makanan di angkasa   Ulat makanan di angkasa Icon_minitime10/12/2007, 11:49 am

bkn mati mkn serangga tu pun..
tgk jak org sana thailand..
dorg lg sgt suka mkn serangga2 ni..
Back to top Go down
http://tagged.com/yakuza_yakuza
Satria Neo84
SENIOR
SENIOR
Satria Neo84

Age : 39
location : Labuan
Points : 12268
Reputation : 0
Number of posts : 834

Ulat makanan di angkasa Empty
PostSubject: Re: Ulat makanan di angkasa   Ulat makanan di angkasa Icon_minitime11/12/2007, 8:38 pm

klu aku...bgs keja2 biasa ja....klu mkn serangga 2 aku x leh....
bererti aku xleh la jd angkasawan......
Back to top Go down
Shai_3292
REGULAR
REGULAR
Shai_3292

Male
Age : 37
location : Papar, sabah (PKK)
Tag ID: : SFC 759
Points : 12172
Reputation : 0
Number of posts : 352

Ulat makanan di angkasa Empty
PostSubject: Re: Ulat makanan di angkasa   Ulat makanan di angkasa Icon_minitime13/12/2007, 11:12 pm

banyak protein nie ulat......kaC sihat badan..... :bball:
Ulat makanan di angkasa 71510
Back to top Go down
vijay91hebat
SENIOR
SENIOR
vijay91hebat

Male
Countries/State : Kuala Lumpur
Age : 32
location : Labuan
Points : 12402
Reputation : 0
Number of posts : 649

Ulat makanan di angkasa Empty
PostSubject: Re: Ulat makanan di angkasa   Ulat makanan di angkasa Icon_minitime14/12/2007, 3:09 pm

tapi masalahnya kita tak besalah mkn mknan camni....
Back to top Go down
napster
MODERATOR
napster

Male
Countries/State : Selangor
Age : 40
location : KLIA (hometown papar)
Tag ID: : SFC 03920
Points : 17220
Reputation : 116
Number of posts : 6364

Ulat makanan di angkasa Empty
PostSubject: Re: Ulat makanan di angkasa   Ulat makanan di angkasa Icon_minitime23/4/2009, 3:09 pm

vijay91hebat wrote:
tapi masalahnya kita tak besalah mkn mknan camni....

wahkakaka... betul cakap mu tu...

rasa geli pula tekak aku ni... kekeke...
Back to top Go down
Sponsored content




Ulat makanan di angkasa Empty
PostSubject: Re: Ulat makanan di angkasa   Ulat makanan di angkasa Icon_minitime

Back to top Go down
 

Ulat makanan di angkasa

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: