SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tiga jalan maut diberi tumpuan Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Please log in or register before viewing the unlimited contents of this forum.
Thank you for visiting our website.

by aLFFiaN.
Tiga jalan maut diberi tumpuan Facebo10
SIOLOON FC on Facebook
LIKE or UNLIKE
SIOLOON FUN CLUB
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

SIOLOON FUN CLUB

border=0
 
HomePortalGalleryLatest imagesSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Tiga jalan maut diberi tumpuan

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
kent1189
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
kent1189

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 40
location : miri sarawak
Website : http://www.lowisslow.com
Tag ID: : SFC 18976
Points : 10737
Reputation : 19
Number of posts : 1183

Tiga jalan maut diberi tumpuan Empty
PostSubject: Tiga jalan maut diberi tumpuan   Tiga jalan maut diberi tumpuan Icon_minitime28/8/2011, 2:59 pm

KOTA KINABALU: Tiga jalan raya utama yang sering berlaku kemalangan maut di sini akan diberi lebih tumpuan sepanjang Ops Sikap kali ke-24 pada kali ini.

Ketua Polis Bandaraya, Asisten Komisioner Ahmad Sofi Zakaria berkata jalan yang dimaksudkan itu ialah Jalan Tuaran, Jalan Tuaran Bypass dan juga Jalan Tun Fuad Stephen.

“Ketiga-tiga jalan berkenaan menjadi tumpuan Ops Sikap pada kali ini memandangkan jalan berkenaan adalah jalan utama yang menyumbang kepada kes kemalangan maut di bandaraya ini sepanjang Januari hingga Julai tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Karamunsing di sini kelmarin.

Menurutnya, sepanjang tempoh berkenaan Jalan Tuaran iaitu bermula dari stesen minyak Shell Karamunsing hingga lampu isyarat Batu 5 mencatatkan empat kes maut dan 13 kes cedera parah.

Sementara itu, bagi Jalan Tuaran Bypass yang bermula dari lampu isyarat Batu 5 hingga ke lampu isyarat Jalan Tuaran Bypass mencatatkan dua kes maut dan lima kes cedera parah.

Manakala bagi Jalan Tun Fuad Stephen yang bermula dari bulatan Perkasa hingga ke lampu isyarat Yayasan Sabah, sebanyak lima kes kemalangan maut dan empat kes kecederaan parah dilaporkan berlaku sepanjang tempoh berkenaan.

Dalam pada itu, Sofi berkata enam kesalahan yang menyumbang kepada kemalangan jalan raya juga akan diberikan penguatkuasaan khusus sepanjang Ops Sikap kali ini.

“Antara kesalahan yang akan diberi penguatkuasaan khusus ialah mengakibatkan kemalangan jalan raya, pandu melebihi had laju, tidak mematuhi isyarat kampu merah, memotong di garisan berkembar, memotong barisan dan yang menggunakan lorong kecemasan.

“Kadar kompaun saman ke atas semua enam kesalahan terbabit juga tidak akan dikurangkan,” katanya menambah kabinet sebelum ini juga telah meluluskan pengurangan had laju sebanyak 10 kilometer sejam bagi semua jalan persekutuan dan jalan negeri.

Sementara itu, Sofi memberitahu sebanyak 26 kemalangan maut dilaporkan berlaku di daerah berkenaan sepanjang tempoh Januari hingga Julai tahun ini.

Katanya, jumlah itu adalah daripada 3,053 kes kemalangan yang berlaku di Kota Kinabalu sepanjang tempoh berkenaan.

Sumber: Utusan Borneo online by WILLIE JUDE JUNAIDI.
Back to top Go down
kent1189
CONTRIBUTOR
CONTRIBUTOR
kent1189

Male
Countries/State : Sarawak
Age : 40
location : miri sarawak
Website : http://www.lowisslow.com
Tag ID: : SFC 18976
Points : 10737
Reputation : 19
Number of posts : 1183

Tiga jalan maut diberi tumpuan Empty
PostSubject: Re: Tiga jalan maut diberi tumpuan   Tiga jalan maut diberi tumpuan Icon_minitime28/8/2011, 2:59 pm

Berhati2 ya org2 Sabah.. Pulang la ke kpg halaman dgn selamat.
Back to top Go down
Kornurts
SIFU
SIFU
Kornurts

Male
Countries/State : Sabah
Age : 33
location : KK**TAWAU**
Website : Www.Sioloon.com[Low Profile Crew]
Tag ID: : SFC 15951
Points : 18509
Reputation : 128
Number of posts : 8256

Tiga jalan maut diberi tumpuan Empty
PostSubject: Re: Tiga jalan maut diberi tumpuan   Tiga jalan maut diberi tumpuan Icon_minitime29/8/2011, 7:48 am

mmg btul ni jln slalu kmlangan..jln tuaran by pass lurus pnjang baitu....hahahaha...syok klu takan miyak...
Back to top Go down
Sponsored content




Tiga jalan maut diberi tumpuan Empty
PostSubject: Re: Tiga jalan maut diberi tumpuan   Tiga jalan maut diberi tumpuan Icon_minitime

Back to top Go down
 

Tiga jalan maut diberi tumpuan

View previous topic View next topic Back to top 

 Similar topics

+
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
SIOLOON FUN CLUB :: BORAK CENTRE :: SUDUT INFORMASI-
Jump to: